Ryan memandang sahabatnya itu dari atas ke bawah. Bukan main bahagia muka sahabatnya itu. Dahinya mula timbul kerutan berlapis-lapis.
"Kau dah kenapa, King? Senyum macam orang gila. Sejak balik Malaysia, otak kau dah biul ke apa?" Ryan menunjal dahi sahabatnya itu. Berdiri bulu tengkuknya melihat senyuman yang tiada penghujung itu.
Thariq Aldrich mendecit perlahan.
"Tak baik tau cakap macam tu. Aku senyum pun salah. Takkan kau nak tengok aku menangis pula." Thariq mencebik. Tangan disilang ke dada.
Ryan menjelingnya sekilas. Fikir comel ke apa buat mulut macam tu?
"Macamlah kau baik sangat," gumamnya perlahan. Dia juga tahu siapa Thariq Aldrich sebenarnya.
Thariq Aldrich, Ketua Mafia Rusia. Bukan itu sahaja, dia juga merupakan The King of Mafia. Keturunan Aldrich adalah penyambung warisan King of Mafia sejak dari zaman nenek moyang mereka lagi.
Cumanya si mamat Thariq ini mana pernah bunuh orang. Menembak, berlawan dan sewaktu dengannya, semua itu dia mahir. Cuma belum ada satu nyawa pun tumpas di tangannya. Kalau setakat darah tumpah kerananya itu perkara biasa. Selalunya dia menghantar orang-orangnya untuk membunuh musuh. Dia hanya menyeksa dan mengurung musuh. Selebihnya anak-anak buah kesayangannya yang akan melunaskan semua sisa baki kerjanya.
Di samping bekerja sebagai mafia pungutan, Thariq juga mempunyai syarikat sendiri. Aldrich Empire. Cawangannya Thariq bukan dua atau tiga, malah di setiap pelosok negara ada cawangannya. Dia punya kaya tu bukan setakat tujuh keturunan tidak kehabisan tapi unlimited keturunan pun belum tentu habis hartanya. Melainkan Allah tarik nikmat tu. *gelak jahat.*
Thariq menolak bahu Ryan.
"Kau ni. Bagilah peluang aku nak masuk bakul guling sendiri."
Ryan memutarkan bebola matanya ke atas. Oleh kerana mesyuarat belum bermula, mereka duduk berbual di ruangan pejabat Ryan terlebih dahulu sebelum bergerak ke bilik mesyuarat.
"Tak, yang kau senyum tadi kenapa? Ada apa-apa yang berlaku ke?"
Mata biru Thariq mula bersinar. Dia kembali senyum lebar. Ryan mengeluh kecil. Rasa menyesal pun ada tanya begitu.
"Kau ingat tak budak perempuan yang aku pernah cerita empat tahun lepas?"
Ryan mengusap dagunya seketika sebelum menjatuhkan kepala perlahan.
"Aku dapat tahu dia akan balik Malaysia tak lama lagi!!" jerit Thariq penuh kegembiraan. Siap bangun berjoget sikok bagi duo lagi. Langsung tak hiraukan pandangan anak-anak buahnya yang juga berada di dalam bilik itu.
Kening Ryan terjongket naik. Dia memandang barisan anak buah Thariq itu.
"Ini ke ketua korang? Macam orang gila aje aku tengok. Nak kerja dengan aku tak?" selambanya.
Baru sahaja Thaqif dan Ahnaf mahu mengangguk, mata helang milik Thariq mencerlung ke arah mereka. Laju kepala mereka menggeleng.
"Tahu takut. Yang kau ni Ryan, bukan nak support member. Aku tengah bahagia ni." Thariq kembali duduk di atas sofa. Susah betul ada member tak supportive ni.
"Kalau dia balik Malaysia, bukannya dia kenal kau pun. Ni mana Nawfal dengan Nawwaf? Selalunya dekat mana ada kau, dua ekor tu mesti ada sekali." Ryan memerhatikan seorang demi seorang anak-anak buah Thariq itu. Si kembar Nawfal dengan Nawwaf itu tiada di antara mereka.
"Diorang ada dekat Malaysia. Aku suruh diorang uruskan rusuhan kongsi gelap dekat Damansara tu. Budak-budak samseng tu hentam kawasan aku. So, aku hantar kembar pergi kirim salam maut dekat diorang." Thariq menerangkannya panjang lebar. Ryan mengangguk faham.
Klak!
"Maaf mengganggu. Ryan, model tu dah sampai. Uncle Rodge pun dah sampai. Ayuh kita ke bilik mesyuarat." Skye menyampuk. Dia tersengih di hadapan muka pintu. Bukan main teruja dia nak jumpa model kegemarannya itu. Sepatutnya yang menjemput Ryan dan Thariq ke bilik mesyurat itu adalah Lizzy, PA kepada Ryan. Namun dek kerana terlalu teruja, dia pula yang menjemput Ryan.
Ryan bingkas berdiri. Dan diikuti oleh Thariq. Seterusnya, mereka terus menuju ke bilik mesyurat yang menempatkan semua pihak yang terlibat dalam kolaborasi produk terbaru.
Oh ya, Aldrich Empire adalah salah satu syarikat besar yang terlibat dalam penghasilan produk kali ini. Produk apa? Kali ini mereka mengeluarkan jam tangan pintar berteknologi tinggi. Jam tangan pintar ini boleh menerima notifikasi daripada telefon pintar secara terus ke pergelangan tangan pengguna. Bezanya jam tangan ini dengan jam tangan pintar yang ada di pasaran adalah jam tangan ini hanya boleh mengesan suhu dan tangan pemiliknya.
Di samping mempunyai alat pengesan jika berada dalam bahaya, ia juga mempunyai paparan skrin sentuh yang praktikal dan mempunyai variasi warna. Sesuai untuk golongan muda dan tua. Jam reka bentuk terbaru ini juga direka khas untuk orang yang sukakan sukan lasak, mempunyai skrin kaca yang tebal, kalis air dan peluru.
Jam ini juga mempunyai sistem hologram di mana pengguna yang ingin membuat panggilan video, wajah penerima panggilan akan terpapar jelas dalam bentuk gambaran tiga dimensi.
Untuk produk secanggih ini, tiga syarikat besar ini memilih Evelyn Rose, model tersohor di Eropah untuk mempromosikannya. Dengan taktik ini, jam tangan ini akan jadi jam tangan pintar yang terlaris di pasaran.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro