PJ. V
"Hari tu awak tidur, dan terlepas pelajaran penting untuk ujian Semester 3." Lanjutnya lagi. "Ada kerja saya nak bagi."
Nasib sahaja Jaemin lanjutkan bicaranya, kalau tidak. Berfikiran melayanglah si Riwon. Maklumlah, otak kuning.
"Oh- sorry Prof." Ucap Riwon kekok. Ketahuan dirinya curi-curi tidur.
"Awak maafkan saya?"
"Ha?"
"Soal hari tu?"
"Ya. Lagipun, professor tak sengaja terlanggar saya."
"Then, let me do a favour for you. Sebagai tanda maaf." Ucap Jaemin lagi, refleks Riwon disebelahnya menoleh Jaemin yang memandu.
"Saya akan buatkan awak suka dengan sains." Jaemin dengan yakinnya.
Oh tidak! Batinnya Riwon sudah mula terseksa bila dengan perkataan sains itu. Apatah lagi, nak suka akan sains. Saat itu juga, Riwon rasanya ingin terjun melalui tingkap kereta.
"Sekali buatkan awak sukakan saya." Lanjut Jaemin lagi. Kali ini, Riwon betul-betul terjun melalui tingkap kereta milik Jaemin itu.
------
Sepanjang perjalanan, Riwon tertidur. Gadis pemalas itu tidak sah jika sehari tidak tidur pagi. Bukan selalu bergadang malam, cuma memang sudah menjadi rutin harian Riwon.
Kereta diberhentikan di depan rumah agam keluarga Park itu. Jaemin tahu jalan ke rumah ini. Sebab selalu ikut dengan ayahnya berjumpa dengan papanya Riwon.
Riwon masih belum terjaga . Gadis ini kalau sahaja Jaemin itu lelaki jahat, sudah lama dia culik Riwon dan jual organ gadis itu pergi luar negara.
"Ri- " Kata-kata Jaemin terpintas, dia segera melihat Riwon yang masih tertidur pulas. Untung sahaja, tiada air liur basi meleleh. Riwon tidur tak ubah macam budak kecil, gigit ibu jari.
Wajah gadis itu diperhati dengan jarak dekat, naif betul dia ni! Gumam hati Jaemin. Riwon memang naif dan berperangai keanak-anakan.
Buktinya, Riwon berteman rapat dengan Somi, Yuqi, Mark, dan Dino yang mereka semuanya itu-- otak masuk air.
"Engh- " Riwon menggeliat kecil dan membuka matanya sedikit demi sedikit. Dia terkejut bukan main kepalang. Wajah Professor Jaemin dekat sangat dengannya. Seraya menjerit, "ARGH APA PROF NAK BUAT HAH!"
Jaemin mengundurkan dirinya, kedua telinga ditekup dengan telapak tangan. Kalau Jaemin pekak, sila salahkan Park Riwon!
"Apa awak fikir nak kiss awak?"
Riwon sebaliknya hanya berdiam, Jaemin dapat membaca fikirannya. Pintu kereta cuba dibuka, tetapi masih dikuci oleh Jaemin.
"Prof- "
"Saya boleh kiss awak, bukankah itu yang awak fikirkan?" Jaemin sengaja mengusik, dan membuka kunci kereta.
Riwon lekas keluar. Wajah yang sudah naik memerah itu cuba disembunyi dan berlari keluar. Betul-betullah, wajahnya sekarang tak ubah seperti ketam direbus.
Sambil keluar dan menuju masuk ke perkarangan rumah agam itu, Riwon membebel macam mak nenek kebayan. Kaki dihentak-hentak tanda dia tidak suka. Riwon belum sempat ucap terima kasih.
"Mostly welcome!" Jerit Jaemin dan kembali menaikkan tingkap keretanya. Kemudian memecut pulang dari situ. Jaemin menganggap ucapan amarah dan bebelan Riwon itu adalah ucapan terima kasih.
➳❥ tbc
double update sebab banyak idea tetiba 😂
thankyou for 200 reads, baru dua hari fanfic ni! comments juga dah 200, xie xie ❤🌸
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro