Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

PJ : SC. II

[ SPECIAL CHAPTER TWO ]

WARNING :: long chapter contains 1700+ words
Sweet content, chessy, and cringy.
Maybe contains emotionak scene, maybe 😂

saya mohon yang baca ni siapkan jantung, hati, dan perasaan okay! dont forget vomments banyak-ii ya! ✊ last chapter dah ni.

------

Pagi itu, Riwon seperti biasa akan pergi tempat kerja. Begitu juga dengan suaminya, namun...

"Sayang, hari ni kita makan tengah hari— " Jaemin menggantungkan bicaranya, dilihatnya Riwon yang terbelalak biji mata hendak terkeluar sambil menekup mulut dengan kedua tangannya.

Riwon cepat-cepat larikan diri dari situ, Jaemin juga agak risau. Riwon sepertinya hendak muntah.

"Buek.. buwek-!"

Benar sahaja tekaannya, Riwon memuntahkan semua isi perutnya di closet bilik air. Merasa kurang mual, Riwon membasuh mulutnya dari kesan muntahan makanan itu.

Habis semua sarapannya pagi itu.

"Awak, tak apa-apa?" Jaemin menyapu lembut belakang isterinya.
Riwon mengganguk lemah, "Okay, sikit.."

Jaemin memapah tubuh Riwon sehingga ke ruang tamu, mungkin hari ini mereka berdua akan terlewat sedikit untuk pergi ke tempat kerja.

Tapi, tak apalah, itu tanggungjawab Jaemin menjaga isterinya yang sedang sakit— fikirnya itu.

"Awak tak payah pergi kerja hari ini, ambil mc. Kita pergi klin—"

Riwon memeluk pinggang Jaemin, menghalang suaminya untuk mengambil semula kunci kereta atas meja. Riwon menggeleng semahunya.

"Awak.."

Jaemin berdehem kecil.

"Saya lewat datang bulan." Riwon menyembunyikan wajahnya di dada Jaemin, takut bertentangan mata dengan suaminya. Dia risau akan reaksi Jaemin apa mendengarnya memberitahu soal ini.

Jaemin berdehem lagi, dagunya diusap dan berfikir sejenak. "Sayang, jangan cakap yang awak mengandung—?"

"Saya tak tahu." Jawab Riwon pendek.

Satu, kemungkinan mungkin ya. Tetapi, tidak mungkinlah. Siapa tahu itu hanya kebetulan. Walau sebenarnya, Riwon jenis perempuan yang tak pernah tak datang bulan dalam sebulan.

"Macam mana awak boleh tak tahu pula?"

"Tak ada testpack dekat rumah ni." Jawab Riwon polos. Yalah, stock testpack tiada dalam almari di bilik mandi. Nak buat macam mana?

"Okay, sayang tunggu sini. Saya pergi beli. Sekejap." Jaemin mendudukkan Riwon di sofa, dikucupnya pipi isterinya sekilas dan berlalu pergi.

Riwon pula— senyumannya pudar. Memang dia mengharapkan yang sama seperti suaminya harapkan, tetapi dia berfikir bagaimana jika sahaja keputusan itu negatif?

-----

"Sayang?" Tanya Jaemin.

Riwon setia memegang pregnancy test dalam genggamannya, hujung kemeja suaminya digenggam erat seakan dia risau dengan reaksi Jaemin nanti.

Riwon menghambur ke dalam pelukan Jaemin, dia menangis kuat sampai teresak-esak. Jaemin yang melihat pregnancy test itu sudah tahu apa keputusannya.

Dua garis biru, tiada.
Negatif.

"Mianhae, saya bukan— "

"Shh- Tak apa sayang, kita boleh cuba lagi." Belakang badan isteringa disapu perlahan untuk tenangkannya, dicium lembut kening isterinya.

Tidak boleh salahkan sesiapa kalau itu bukan rezeki mereka lagi, kan?

------

After two weeks.

Jaemin menarik tangan Riwon yang sedang mengemas halaman rumah, hanya membersihkan pasu bunga dari tumbuhan parasit. Berjalan meluru masuk ke dalam kereta, dan Jaemin lantas menghidupkan enjin kereta.

"Awak.. kita pergi mana?" Tanya Riwon, takkanlah Jaemin nak bawa dia keluar dengan pakaian yang— Riwon hanya memakai kemeja lusuh dengan short pants paras lutut sahaja.

"Rumah parents saya. Lepastu, pergi rumah parents awak."

"Untuk apa?"

"Hari ini lah masa yang sesuai."

Riwon menatap Jaemin seakan tidak percaya, apakah Jaemin akan menceraikannya? Takkanlah sebab Riwon tidak dapat mengandungkan anaknya, Jaemin ceraikannya?

------

Jaemin baru sahaja dari rumah parentsnya, membawa si ayah dan ibu bersama dalam kereta itu. Keduanya juga sama tertanya-tanya dan panik. Jaemin masih belum membuka mulutnya.

Riwon yang duduk di sampingnya hanya mampu menahan tangisnya. Dia malu jatuhkan air mata depan orangtua Jaemin, risau nanti mereka akan berfikir yang bukan-bukan.

Padahal, mereka berdua suami-isteri langsung tiada bertengkar dan berselisih faham. Bahkan, topik untuk berpisah tidak pernah Jaemin utarakan pun.

Tapi Riwon tahu, ada yang tidak kena dengan suaminya itu. Dia tahu yang Jaemin kecewa dengannya.

------

"Pa, ma." Riwon duduk dengan ibubapanya.

Di situ, di ruang tamu rumah keluarga itu mereka berkumpul. Riwon sudah tidak mampu menahan tangisnya, dia menangis di pangkuan mamanya.

"Jaemin, kamu dah buat apa dengan anak papa?" Tanya tuan Park, dia melipat tangan di dada.

Jaemin hanya dengan pandangan kosongnya, "Kami akan bercerai."

"Jaemin!" Appa Jaemin menentang.

"Nana! Kamu cakap apa ni!" Kali ini, ommanya turut sama.

"Riwon, dah fikirkan betul-betul keputusan kamu berdua?" Tanya mamanya Riwon.

Papanya Riwon hanya berdiam, menahan diri dari marahnya. Dia amat percayakan Jaemin dari dulu lagi, tapi sekarang tengoklah apa yang sudah dilakukan oleh Jaemin terhadap puterinya.

Jaemin memberikan satu sampul besar berkulit coklat atas meja, Puan Na membukanya ragu-ragu. Dia dan suaminya meneliti apa isi dalam sampul itu.

Satu kertas semacam gambaran x-ray —apapun itu, ommanya Jaemin tidak faham— dan bersama sebuah testpack bergaris dua biru.

"Kamu hah Nana! Berani betul kenakan kami!" Ommanya menarik telinga Jaemin. Dipulasnya kerana geram sekali dengan anak lelakinya itu.

Sudah rasmi jadi ayah pun, masih lagi berperangai begini.

"Haih! Ini idea siapa nak kenakan kami?" Tanya appa Jaemin sambil mengusutkan rambut Jaemin.

Jaemin pula tertawa kuat, diusul dengan Riwon yang ikut ketawa sampai terbaring dipangkuan mamanya.

"Filem USG? Itu— " Ayat Puan Park tergantung sebaik sahaja dia berjaya merampas gambaran seperti x-ray tersebut, dan kemudian diperhatinya sekilas.

Dengan memerhati sekilas sahaja, Puan Park sudah tahu yang itu adalah gambaran filem USG. Itu filem janin dalam rahim Riwon. Walaupun masih kelihatan tak ubah seperti tompokan kecil sekecil kuman, pastinya itu adalah embrio.

"Jelaskan..." Papa Riwon dengan wajah seriusnya.

Riwon mendekati Jaemin, mereka kini duduk bersama lalu berbisik kecil. Cukup mereka berdua mendengarnya— padahal kedua ibubapa mereka itu dapat mendengarnya juga.

"Awak yang bagitahu." Signal Jaemin.

"Awaklah, ish!" Riwon menyiku Jaemin.

"Awak yang mengandung." Jawab Jaemin.

"Awak yang buat saya mengandung!" Marah Riwon.

"Idea siapa buat prank macam ni?" Kali ini, Tuan. Na pula bertanya.

"Jaemin yang bawa Riwon buat prank." Pintas Riwon. "Katanya, nak bagi kejutan."

"Tapi, kamu berdua tak berniat mahu bercerai kan?" Tanya Puan. Na dengan polos. Dia seakan-akan tidak tahu situasi apa yang berlaku sekarang.

"Ya, mestilah tak omma. Takkan, sebab Jaemin dah jadi calon ayah— eh bukan, rasmi jadi ayah." Jawab Jaemin kepada ommanya.

Jaemin kemudian ketawa semula diikuti oleh Riwon. Ketawa bahagia, sampaikan air mata terembes keluar dari hujung tubir mata. Kedua orangtua mereka pun ikut tergelak bersama.

"Papa hampir bunuh kamu tadi Jaemin, beraninya kamu nak ceraikan anak papa." Ucap Tuan Park sambil ketawa. Jaemin sudah kecut perut.

"Papa, jangan! Riwon taknak jadi janda muda!" Jawab Riwon dengan menjerit.

Misi mereka suami-isteri berjaya untuk prank ibubapa mereka itu.

------

Before the prank day.

Jaemin mengambil cuti untuk mengajar kelasnya hari ini, dilihatnya Riwon yang duduk bercangkung depan pintu bilik air. Sekejao lagi, Riwon akan berlari masuk semula ke dalam untuk memuntahkan semula isi perutnya.

Jaemin kesian dengan keadaan Riwon yang semakin hari, semakin teruk itu. Bahkan, nafsu makan Riwon mati begitu sahaja. Pernah satu hari Riwon tidak makan nasi— hanya makan biskut dan bubur saja kerana tekaknya perit untuk menerima masuk makanan yang rasanya semuanya tawar.

"Sayang, kita pergi klinik sekarang, mahu?" Jaemin memujuk Riwon.

Walau sudah banyak kali Jaemin mengajaknya ke klinik, Riwon tetap tidak mahu. Dia malas hendak bergerak kerana kepalanya terasa berat. Lagipula, bergerak sahaja sedikit dia akan termuntah.

Riwon mengangguk. "Boleh, tapi sebelum pulang saya nak kita singgah pergi Icharaku Ramen." Katanya.

Jaemin faham, Riwon sudah ada nafsu makan. Tetapi, takkanlah Riwon rindukan tempat itu? Tempat mereka berdua dulu—

"Cepatlah, saya nak makan ramen. I want it badly right now!"

"Ya ya, saya tahu sayang. Awak rindukan tempat kita kissing for the first time, yeah am I right?" Usik Jaemin, Riwon mencubit pinggang Jaemin kerana geram. Padahal, dia cuma mahu makan ramen.

Sangat-sangat mahukan ramen buat masa sekarang.

------

Doktor Seulgi selesai memeriksa apa yang tidak kena dengan isteri Jaemin. Riwon duduk di katil wad, Jaemin duduk dibangku sebelah katil dengan isterinya.

Doktor Seulgi membuka bicara, "Isteri encik sihat." Katanya ringkas.

"Tapi doktor, isteri saya asyik muntah dan tak nak makan." Jawab Jaemin.

"Ini memang dah biasa berlaku, dalam minggu ke-empat ibu mengandung akan alami hyperemesis gravidarum." Terangnya.

"A- apa? Meng— "

" —Ya, tahniah encik Na. Awak akan jadi ayah. Kandungan isteri awak sudah empat bulan." Terang Doktor Seulgi lagi. "Pernah cuba check sebelum ni?"

Jaemin dan Riwon mengangguk.

"Memang, kadangkala pregnancy test error juga atau rosak, ikut faktor tempat atau suhu, pregnancy test tak dapat berfungsi dengan baik. Sebab itulah, negatif." Doktor Seulgi mengambil filem gambaran USG. "Ini buktinya, janin kecil dah hadir dalam rahim isteri encik."

"Hiperaktif gandum tu takkan effect baby?"

"Hyperemesis gravidarum encik." Tegur Doktor Seulgi, walau di tahu calon ayah itu sangat gembira sampaikan tersalah cakap.

"Takkan effect sangat juga, tapi saya sarankan isteri encik kena selalu makan makanan berkhasiat, yang cukup gizi supaya baby tu sentiasa sihat."

Jaemin tak dapat menyembunyikan senyumannya. "Boleh check jantina dah?" Tanyanya.

"Belum lagi, bayi itu baru empat minggu. Ada masa lapang, datanglah ke sini buat check up baby setiap bulan."

Jaemin mengangguk laju dan berjalan keluar dengan isterinya. Di dalam kereta Riwon terus memeluk Jaemin.

"You officially become a dad." Bisik Riwon perlahan, sambil merasakan bahunya basah.

Jaemin memangis. Betul-betul menangis dengan bahunya yang bergetar. Riwon sendiri bahkan belum pernah melihat sisi Jaemin yang satu ini.

"Awak janganlah nangis, awak sepatutnya gembira." Pujuk Riwon. Dia sebenarnya, tidak pandai memujuk Jaemin yang kelihatan sangat— berbeza dari sisi biasanya itu.

Jaemin menekup kedua pipi Riwon dan mencium dahi isterinya itu. "Sayang, saya gembira dan bahagia sangat." Katanya lembut.

Riwon ikut tersentuh. Tetapi, perutnya berkoroncong minta diisikan kerana lapar sudah tengah hari belum makan. "Saya lapar, nak makan ramen sekarang juga!"

"Eh- awak mengandung anak kita, mana boleh makan pedas-pedas!"

"I want it badly, right now..."

"Okay boleh, tapi awak kena janji dengan saya dulu."

"Apa dia daddy?"

"Kita buat prank dengan parent kita?"

"Setuju!" Riwon bersetuju.

Jaemin beralih memeluk erat isterinya semula. "Ah- daddy lupa. Sekarang tak boleh peluk kuat sangat, ada baby dekat tengah kita." Pelukan dilonggarkan dan Jaemin mengucup bibir Riwon sekilas.

"Cepatlah jalan, lapar ni!"

"Sabar ya anak daddy, baby lapar ya.."

Riwon menggeleng kepalanya, calon ayah ini berperangai seperti budak kecil yang teruja dapat lolipop.

------

yeah! fanfic ni dah officially ended 😭
thankyou kepada supporter, reader, dan silent reader
(yang berfungsi menaikkan angka reader book ni)
i appreciate your time, votes, and comment through this fanfic!

anything want to talk abt this fanfic or leave message for me— i will take it as an improvement.
so, just comment here 👉

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro