4 | Klinik
Kanak-kanak itu dipakaikan kembali bajunya yang semalam. Itu pun sudah bersih dibasuh Salman. Dia tersenyum dengan jawapan Salman yang mengatakan bahawa mereka akan pergi ke taman.
"Ayah. Adik cuka (suka) main buai." Dia bersandar pada tubuh Salman. Dililaukan matanya keluar tingkap kereta dengan penuh rasa teruja. Peristiwa Salman yang ingin meninggalkan dia di tepi jalan langsung tidak diingatinya.
Pertama kali Salman mendengar kanak-kanak itu membahasakan diri sebagai 'adik'. Mesti dalam keluarganya, dia dipanggil sebagai 'adik'.
Salman tersenyum kecil. Adik? Dahulu, dia turut dipanggil 'adik' oleh ibu dan ayahnya sebelum dihalau rumah. Lebih teruk, mereka tidak mahu mengaku Salman sebagai anak.
Terdetik rasa rindu untuk dipanggil dengan panggilan manja itu. "Adik."
Kanak-kanak itu mendongak untuk memandang Salman. Salman hanya menggeleng dengan senyuman pahitnya.
"Ayah. Adik apar (lapar)." Omel mulut kecil itu. Dia meletakkan tapak tangan Salman di pipinya. Terasa hangat lelaki dewasa itu mengawasinya.
"Nanti kita singgah makan." Jawab Salman. Tangannya dibiarkan melekap pada pipi kanak-kanak itu. Dia menarik kanak-kanak itu agar kembali bersandar pada dada bidangnya.
30 minit perjalanana dan mereka masih di atas jalan raya. Mata kanak-kanak itu telah lama tertutup. Dia masih memeluk tapak tangan Salman dengan erat.
"Man, kau jangan lupa pula yang kita nak jual budak tu." Tiba-tiba Zack bersuara.
"Ya, aku tahu." Salman menarik tangannya perlahan-lahan daripada pegangan kecil itu. Matanya beralih pula pada betis kanak-kanak itu sebelum kembali memandang jalan yang sedang di lalui mereka.
"Kita tengah nak pergi tempat Kaisar ke ni?" Soal Salman.
"Yela. Nak pergi mana lagi?"
"Boleh tak singgah klinik terdekat dulu. Aku ingat nak-"
"Apa masalah kau Salman?" Potong Zack. "Aku nak kita cepat jual budak ni. Lepas tu, kita settle kan kerja kita."
"Aku cuma nak cuci luka budak ni-"
"Kita takde kaitan dengan masalah dia. Budak ni cuma budak kutip yang kau jumpa tepi jalan. Takde makna nak cuci luka ke apa. Apa masalah kau Salman? Rasa nak jadi ayah budak ni? Sejak bila do kau macam ni? " Tak henti-henti Zack melepaskan geramnya.
"Kau baik sikit mulut tu sebelum aku tibai."
"Ni memang fakta kot. Dari pagi tadi aku perhatikan kau. Tak habis-habis belek anak. Bagi mandi la apa la..."
"Ikut kau lah nak kata apa." Akhirnya Salman mematikan perbualan. Dia malas nak bertikam lidah dengan lelaki itu. Nanti tak pasal-pasal bergaduh tiga hari tiga malam. Sudahlah hanya Zack sahaja sahabat susah senang dia.
Tapi ada betulnya kata Zack. Kalau dia terus bawa budak ni ke mana-mana, pekerjaan mereka akan bertambah sukar. Dia ni bukannya kerja kerani ke CEO ke, mereka cuma tokan dadah yang bergelumang dengan dosa setiap minit. Layakkah dia untuk sentuh budak sesuci ini?
Wajah kanak-kanak tanpa nama itu masih ditatap. Kenapa dia masih tidur?
"Mati ke budak ni?" Bisik hati kecil Salman. Tangan kasarnya merayap di sekitar dahi dan leher kanak-kanak itu sehingga wajah itu berkerut tidak selesa; tiada tanda demam-demam. Dada kanak-kanak itu pula beralun seperti biasa.
Tatkala enjin kereta dimatikan, tahulah Salman bahawa mereka telah tiba ke destinasi yang dituju untuk bertemu dengan Kaisar. Kawasan rumah perumahan mampu milik. Pandangan Salman diliarkan ke sekeliling. Dia membaca apa yang tertera pada notis pagar rumah itu.
Rumah anak-anak yatim Al Iman. Umur kanak-kanak: 4-12 tahun, bilangan kapasiti: 18 orang. Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun......
Salman berdecit.
Zack terlebih dahulu melangkah keluar dari perut kereta diikuti Salman. Kedatangan mereka disambut oleh seorang lelaki berkulit sawo matang. Lelaki itu sedang berdiri di pintu utama rumah dengan senyuman mesra. Matanya mengerling kanak-kanak yang berada dalam pelukan Salman.
"Zack, itu ke budaknya?" Soal Kaisar.
"Hmm." Jawab Zack.
Sepatu ditanggalkan lalu mereka berdua di pelawa untuk memasuki rumah serba sedehana itu. Memang itulah lokasi yang dihantar Kaisar kepada Zack melalui aplikasi Whats App, tak sangka pula mereka dibawa ke kawasan perumahan. Lagi mengejutkan, mereka menyamar di bawah nama rumah anak yatim.
Segalanya serba ceria di dalam rumah itu. Meja makan kopi yang panjang disertakan kerusi-kerusi kecil yang berwarna warni. Di rak buku pula terdapat pelbagai buku hikayat dongeng dan juga buku pembelajaran awal kanak-kanak.
Kanak-kanak itu mula membuka mata apabila Salman menurunkannya berdiri di tengah-tengah rumah. Langkahnya tidak stabil mana, dia terpaksa berpaut pada lutut Salman. Nampaklah ketinggiannya hanya pada melepasi paras lutut lelaki itu.
"Ayah." Panggil mulut kecil itu. Salman hanya membalas pandangannya sesaat.
"Itu ke budaknya?" Senyum seorang lelaki berkaca mata yang baru tiba. Inilah doktor yang bakal memeriksa kesihatan kanak-kanak itu untuk diterima beli oleh sindiket mereka atau tidak. Doktor Fadzli.
Kanak-kanak itu kelihatan takut apabila doktor Fazdli membongkokkan badan dan menatapnya. Dia memegang erat seluar jeans Salman kerana takut dengan keadaan sekeliling.
"Selalunya berapa kau ambil?" Soal Salman kepada Kaisar.
"Hmm.. Selalunya RM3000 je. Tapi tengok juga la macam mana keadaan budak tu. Mana kau jumpa budak tu?"
"Ni ha, Salman kutip tepi jalan." Zack berpeluh tubuh.
"Aku ingat kau jual dadah je, tak sangka pula terlibat dengan culik budak." Tawa Kaisar.
"Aku tak culik. Rasanya budak ni gelandangan yang hilang mak ayah." Potong Salman. Sedikit pun dia tidak rasa ingin ketawa. Pegangan tapak tangan kecil pada seluarnya itu membuatkan dia berfikir berkali-kali. Bukannya dia tak tahu yang Kaisar bukan semata-mata terlibat dengan sindiket minta sedekah, tetapi juga sindiket penjualan organ.
Doktor Fadzli memeriksa seluruh tubuh kanak-kanak itu termasuklah betisnya yang luka. Doktor itu kemudiannya membuka tampalan kain kasa yang menutupi luka kanak-kanak itu. Jelas kesan tusukan sesuatu yang masih belum sembuh dan berair.
"Boss, kaki budak ni luka teruk." Maklum Doktor Fadzli. Rambut kanak-kanak itu dibelainya lembut. Tindakannya diperhatikan Salman.
Doktor Fadzli menepuk dada kanak-kanak itu pula sebelum merapatkan telinganya pada dada kecil itu. Bunyi degupan jantung yang tidak normal sempat ditangkapnya dengan sekali imbas.
"Dan budak ni ada masalah jantung. Mungkin masalah jantung berlubang. Saya tak pasti ada berapa lubang tu, tapi kalau boss nak ambil budak ni mungkin kita akan terbeban." Doktor Fadzli kembali berdiri.
Dalam diam Salman memasang senyuman lega.
"Budak ni boleh bertahan setahun tanpa apa-apa rawatan. Tapi saya rasa kita boleh je ambil dia ni dan buat dana. Ramai je orang Malaysia yang derma kalau kes pembedahan yang perlukan kos besar ni, dengan duit tu kita boleh masuk tabung kita. Budak ni pula akan mati tak lama lepas tu. Just my two cents. " Senyum Doktor Fadzli tanpa sebarang rasa bersalah.
" RM3000, kau boleh ambil budak ni." Zack berkata.
"Okay, aku nak budak ni. Boleh bagi nombor akaun bank kau." Kaisar merapati kanak-kanak itu tanpa berfikir panjang. Dalam kepalanya sudah terbayang-bayang duit yang bakal diterima mereka disebalik sumbangan palsu, idea Fadzli. Pandai juga Fazdli ni.
"Ayah...." Tersebek-sebek kanak-kanak itu menahan ketakutan apabila Kaisar cuba mengangkatnya. Semakin ditarik tubuh kecil itu semakin kuat pegangannya pada seluar Salman.
"Ayah adik dah tak sayang adik. Sini la duduk dengan pak cik." Pujuk Kaisar.
Salman mengetap bibir. Dia hanya memandang kanak-kanak itu tanpa sebarang riak di wajah.
"Pak cik ada banyak mainan. Kita main, nak?" Kaisar memujuk dengan lembut. Kanak-kanak itu menggeleng berkali-kali apabila diusap Kaisar.
"Ayah..." Tangisan kanak-kanak itu makin nyaring apabila Kaisar bertindak memegang betisnya yang luka tanpa sedar.
"Sini la budak! " Kaisar terus menarik kaki kanak-kanak itu dengan kasar sehingga dia tersembam ke atas lantai rumah. Esakan kanak-kanak itu terus berpanjangan tanpa henti. Bahunya terhinjut-hinjut kerana kakinya yang sakit.
"Apa kau buat ni?" Bengang Salman. Salman bingkas mendapatkan kanak-kanak itu lalu membantu dia berdiri.
"Budak tu yang nak melekat dengan kau sangat." Kaisar ingin mengambil kanak-kanak itu dari Salman namun dihadang Salman.
"Kau ni nak jual ke tak nak?" Kaisar berkerut.
"Aku tak nak."
Tercengang Zack dengan jawapan kawannya itu. Buang tabiat ke?
"Kau gila ke Salman?!"
"Gila tak gila, suka hati aku la nak jual ke tak. Aku yang jumpa budak ni dulu."
"Ayah..." Berjujuran air mata kanak-kanak itu meminta simpati. Pipinya yang dibasahi air mata segera dilap Salman dengan bahu baju kecilnya.
"Sini kau." Zack menarik lengan Salman dengan kasar. Mereka berdua melangkah ke luar rumah segera.
Amarah Zack pun boleh tahan memuncak jika Salman berterusan dengan perangai macam ni. Zack menolak bahu Salman setelah mereka menapak di luar rumah.
" Apa masalah kau?!" Suara Zack naik seoktaf.
"Zack, kalau nak cakap, cakap slow-slow. Ni kawasan perumahan." Kaisar tersenyum janggal dengan karenah dua orang tokan dadah itu. Kata nak jual, lepas tu tak jadi pula. Dia menutup pintu rumah kembali dan memberi ruang buat dua pemuda itu berbincang.
"Aku kata aku tak nak jual. Kau tak faham bahasa ke?" Salman berlagak biasa. Dia takut kanak-kanak dalam dakapannya itu terkejut jika dia turut menengking.
"Apa masalah kau? Ni anak kau ke? Ke anak hasil kau terlanjur dengan mana-mana betina?"
"Zack, aku tak nak gaduh dengan kau. Tolong lah faham." Sedikit pun Salman tak terkesan dengan kata-kata kawan baiknya. Terlanjur? Tolong sikit. Dia masih teruna walaupun buat kerja kotor macam ni.
Tangisan kanak-kanak itu beransur reda setelah dipujuk Salman. Belakang kanak-kanak itu diusap perlahan.
"Kau yang tak faham sekarang ni. Kalau kita nak simpan budak ni, kau nak biar dia duduk dalam rumah kita tu? Kau gila? Ataupun kau nak bawa budak ni ke tempat kerja kita, biar Mat Shah bunuh dia terus. Sedarlah kita ni cuma pengedar dadah je, silap hari bulan nanti kita ke tali gantung. Masa tu siapa yang nak jaga budak ni?"
"Kau takde nilai kemanusian ke? Kau nak biar budak ni menderita dengan Kaisar tu? Kau nak biar dia mati? Biarlah aku nak jaga dia macam mana pun lepas ni. " Kini giliran Salman pula membalas. "Aku tahu la aku ni jahat. Kita buat kerja kotor. Tapi dalam hati aku ni, aku takkan biarkan budak tak berdosa macam ni mati. Lantaklah kau nak kata apa. Kau nak blah, blah. Aku boleh balik sendiri."
Jeda.
"Man, kita takde kaitan dengan budak ni. Kalau betul kau kesiankan dia, hantar dia ke rumah anak-anak yatim. Kau tak berhak jaga dia." Keluh Zack. Salman masih dengan kepalanya yang keras.
"Hantar ke rumah anak-anak yatim? Tempat Kaisar ni pun rumah anak-anak yatim tau. Tapi kau tengoklah apa Kaisar buat dekat budak-budak ni."
"Ni nasihat terakhir aku. Aku sayang kau, Man. Aku tak nak kau terlibat dengan masalah lain. Budak ni hanya akan bagi kita masalah je. Hidup dia dan kita berbeza."
"Aku tahu tu. Tapi... " Tapi dia tak kuat jika asyik dipanggil ayah. Jika terus dipandang dengan pandangan sebegitu oleh wajah suci ini. Salman tersenyum nipis. Salah ke untuk dia cuba menjaga kanak-kanak ini?
Dia juga pernah tinggal seorang diri tanpa tempat bergantung beberapa tahun yang lalu sebelum menyertai dunia dadah. Waktu itu, tangisannya tak dipeduli sesiapa. Betapa sakitnya hati yang menanggung rasa. Apa salahnya jika dia membela kanak-kanak itu andai kanak-kanak itu pun telah menganggap dirinya sebagai seorang ayah.
"Hmm." Zack memegang bahu Salman. "Macam ni lah, Man. Kalau kau kesian dekat budak ni, pergi buat aduan polis. Mana tahu ibu bapa dia tengah cari dia ke. Okay?"
"Okay. Kita tengok je la apa akan jadi lepas ni."
"Kalau macam tu, aku akan ikut rentak kau." Bahu Salman ditepuk beberapa kali sebelum Zack berlalu ke kereta Honda Accord yang terparkir di depan rumah.
"Man, nak pergi klinik mana?" Laung Zack di pintu kereta.
Salman tersenyum.
* * *
"Saya takde mykid budak ni," Salman mengetap bibir selepas satu keluhan.
"Kalau takde, ambil la dekat rumah dulu. Nanti datang klinik ni balik. Sebab kami perlu masukkan data ke dalam sistem, " senyum jururawat di kaunter pendaftaran. Kepingan buku rekod pesakit menjadi fokusnya kembali.
"Tapi kelmarin doktor tu bagi je saya masuk. Dia la yang suruh saya datang hari ni. "
"Doktor mana ya?" Dongak jururawat itu pula.
"Doktor... Doktor Raisya. " Teka Salman. Dia tidak berapa ingat nama doktor itu. Tetapi wajah wanita itu masih melekat di ingatannya.
"Maksud awak doktor Aisyah ke?"
"Saya tak tahu nama dia apa. Tapi dia ada kening tebal macam Elfira dan dia pakai contact lense warna almond. Tinggi dia separas bahu saya kot. Nama dia Aisyah ke?"
Jururawat itu tergelak kecil dengan cara Salman menceritakan figura doktornya. Macam tu sekali lelaki ni boleh ingat padahal baru jumpa Doktor Aisyah sekali?
"Dia ada kasut converse merah dalam bilik dia semalam. Saya rasa dia orang Kelantan sebab muka dia macam Kelantan," tambah Salman. Itu sahaja yang diingatinya ketika membawa kanak-kanak itu ke mari. Mereka dilayan oleh seorang doktor bermata almond yang ramah.
"Encik boleh duduk dulu. Nanti saya panggil ya Doktor Raisya awak." Jururawat yang bernama Kak Liza itu tersisa dengan ketawa namun dia masih mengawal perilaku.
Salman menggangguk kecil lalu mengambil tempat duduk di ruangan yang disediakan di sebelah kanak-kanak itu. Dia membawa kanak-kanak itu untuk duduk di atas ribanya. Jam dinding klinik itu menunjukkan sudah pukul satu petang.
Mereka bertiga belum menjamah apa-apa lagi sejak pagi. Zack sedang duduk di dalam kereta sementara menunggunya. Hai, nasib baik ada kawan yang memahami.
Salman menyanyi kecil sambil menepuk kanak-kanak itu dengan perlahan. Matanya diliarkan ke sekeliling sebelum dia disapa jururawat tadi.
"Encik boleh masuk dalam. Doktor Aisyah tengah menunggu." Senyum Kak Liza. Salman diiringinya ke dalam bilik yang tertera dengan tag nama 'Doktor Aisyah' pada daun pintu.
Saat pintu itu dibuka Salman, wajah kelmarin menyambutnya. Betul lah nama doktor yang dimaksudkan tadi ialah Aisyah, bukan Raisya.
"Encik Salman, jemputlah duduk." Senyum Doktor Aisyah.
Salman melabuhkan punggung di atas kerusi bertentangan dengan Doktor Aisyah. Hanya meja yang memisahkan kedudukan mereka.
"Lupa lagi bawa mykid dia? Macam mana dengan anak Encik hari ni?" Soal doktor muda itu.
Salman tersenyum janggal hingga menampakkan baris giginya yang tersusun rapi. Lupa bawa mykid? Itu alasan kelmarin.
"Doktor, sebenarnya saya takde mykid dia. Memang takde."
" Ada dekat isteri ke?"
" Saya takde isteri."
"Encik ni duda anak satu ke?"
"Bukan, saya cuma terjumpa budak ni. Tu je." Salman tersenyum nipis. Kadang-kadang dia terfikir, mana ibu bapa kandung kanak-kanak itu.
"Nanti kita sambung bincang. Kita cuci dulu luka budak comel ni. Okay?" Senyum Doktor Aisyah. Matanya memandang Salman atas dan bawah. Sempat dia menangkap senyuman manis Salman beberapa saat. Senyuman itu mengingatkan dia kepada sesuatu.
Salman mendukung kanak-kanak itu lalu dibaringkan di atas katil. Doktor Aisyah memulakan kerjanya dengan beberapa alatan bagi mencuci luka di betis kanak-kanak itu.
Kanak-kanak itu dipujuk Salman apabila esakannya kedengaran. Rasa sakit dan pedih bercampur sepanjang lukanya dibersihkan.
"Luka dia ni ada kena air ke?" Soal Doktor Aishah.
"Takde. Saya dah mandikan dia elok-elok."
"Bagusnya encik jaga dia. Selalunya lelaki bujang ni suka main lepas tangan je." Rambut kanak-kanak itu diusap lembut. Air matanya berhenti mengalir seiring apabila Doktor itu selesai merawatnya.
"Jadi, awak nak buat apa dengan budak ni?"
"Buat aduan polis. Tapi polis hanya akan siarkan kehilangan budak ni dalam seminggu sebelum letak dia dekat rumah anak yatim. Kalau takde orang mengaku sebagai ibu bapa dia, saya ingat nak jaga dia."
"Hmm... Macam tu. Saya ingat ke awak ni suami orang. Tapi kalau awak nak jaga dia, jaga la elok-elok. Sebab saya nampak dia macam sayang sangat dekat awak ni." Sejak tadi kanak-kanak itu duduk diam di atas riba Salman. Dia bermain-main dengan tapak tangan Salman. Salman pula hanya membiarkan telatah kanak-kanak itu asalkan dia tidak menangis dan buat perangai.
"Doktor, normal ke kalau kanak-kanak sayang orang asing?" Salman memandang doktor itu kembali.
"Selalunya kanak-kanak hanya akan berkepit dengan mak ayah dia je. Sebab tu la saya ingat ni anak awak ke atau jiran. Tapi awak bukan siapa-siapa pada dia, kan?"
Riak wajah Salman berubah suram.
"Eh- Jangan terasa dengan apa saya cakap ni." Doktor Aisyah jadi tak senang duduk. Pedas sangat ke ayat dia ni. "Dia nampak selesa dengan awak. Dah la baik je tak buat perangai. Kalau budak-budak lain ni, berlari 24 jam. "
"Hmm."
"Encik ada masalah ke?"
"Tu la yang saya risau. Dia tak aktif macam budak-budak lain. Dia asyik tidur je.
Semalam, dia demam. Hari ni pula saya dapat tahu dia ada masalah jantung. Mungkin sebab tu tenaga dia terbatas. Haha, gaya cakap macam dah setahun jaga budak ni. Padahal baru sehari. " Salman ketawa mengenangkan dirinya.
Ayat-ayat Salman yang ikhlas itu membuatkan doktor Aisyah tersenyum kecil.
" Dia ada masalah jantung? "
" Ya." Wajah kanak-kanak itu dibelai Salman.
"Kalau betul, kena proceed check up dengan doktor pakar. Encik Salman kena rujuk dekat hospital besar."
"Doktor, selalunya kalau kos operate kan... Berapa ribu?"
"Puluh ribu juga la."
Jawapan Doktor Aisyah membuatkan Salman terdiam. Mana dia mampu untuk cari duit sebanyak itu?
"Tapi saya boleh tolong Encik Salman untuk buat pengesahan keadaan jantung anak Encik ni. Lepas tu nanti saya tolong Encik ikut prosedur-prosedur. Encik boleh ambil nombor telefon saya. Kalau ada apa-apa masalah dalam masa terdekat ni , mesej je saya. Kalau demam dia melarat, datanglah klinik."
"Terima kasih, doktor." Kad yang dihulurkan disambut Salman. Lelaki itu tersenyum lega kerana merasai urusannya telah dipermudahkan. Bolehlah lepas ni dia terus tanya doktor tu kalau kanak-kanak ini ada masalah kesihatan.
"Sama-sama. Ubat dan bayaran boleh buat dekat kaunter."
Salman bingkas berdiri sambil mendukung kanak-kanak itu.
"Encik Salman. Apa nama dia?" Mata almond milik Doktor Aisyah memaksudkan kanak-kanak yang berada dalam pelukannya.
"Saya tak tahu."
"Apa kata Encik letak satu nama."
"Nama?" Pandangan Salman beralih ke wajah kanak-kanak itu. Otaknya ligat berfikir nama yang sesuai. "Ahmad," satu nama terbit dari bibirnya sendiri.
"Sekurang kurangnya dia ada nama sementara. Kan, Ahmad?" Doktor Aisyah masih dengan senyumannya.
Kanak-kanak itu ketawa kecil dengan sikap doktor yang peramah. Sejak tadi doktor itu melayannya dengan baik. Dia melambai pada doktor itu apabila Salman ingin melangkah ke luar bilik.
***
so far, how was it?
drop your comment and boost up this story
thank u for reading ya
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro