22| Ahmad
"Kalau awak nak senang, boleh bahagi buku ni kepada tiga bahagian. Letak divider untuk aqidah, fiqh dan tasawwuf. Lepas tu..."
Salman hanya memerhati gadis itu melipat beberapa helai muka surat buku baharunya menjadi dua bahagian kemudian dia akan buka kembali.
" Eh, yang belakang biar saya lipat sendiri. Nanti saya takde kerja pula duduk dekat hospital ni," larang Salman.
Hari ini dia dilawati oleh Aisyah dan Najla. Dua orang gadis hadir kepadanya dengan membawa buah tangan padahal dia sudah berpesan awal-awal supaya jangan bawa apa-apa. Di atas meja taman ini terdapat sekotak coklat sebagai pemanis seleranya.
Aisyah memasukkan kembali buku nota itu ke dalam beg kertas. Di dalam itu terdapat beberapa alat tulis yang diminta Salman untuk dibelikan. Semangat Salman untuk menonton video talaqqi setiap malam membuat dia senang.
"Aisyah, resit-resit barang saya ni awak tangkaplah gambar. Takut nanti hilang pula, susah saya nak bayar," pesan Salman kepada gadis bermata hazel itu.
"Baik," akur Aisyah. Beg kertas diserahkan pada lelaki itu bagi dia melihat. Cahaya mentari tidak terlalu terik pagi ini. Bolehlah Salman menghirup udara segar. Dia sudah mampu untuk berjalan tanpa bantuan sesiapa.
"Kenapa ya awak suruh saya datang sekali?" Najla mencelah perbualan pasangan itu. Pada hujung minggu seperti ini, kedai makan milik keluarganya tidak dibuka. Kemudian, tiba-tiba sahaja Aisyah mengajak untuk melawat Salman di hospital pagi ini.
"Sebab Zack segan kalau jumpa berdua. Nanti dia datang sekejap lagi," balas Salman.
"Zack?" Najla terus memandang wajah Aisyah di sebelahnya. Rakannya itu membalas dengan senyuman nipis.
"Tapi berita... Zack kan dah meninggal dunia." Gadis Siam itu tidak mengerti sepatah pun.
"Berita tu sengaja direka untuk keselamatan dia," terang Salman.
"Apa?" Hairan Najla mendengar khabar itu.
Salman menggaru pelipisnya. Jika diberitahu pada Aisyah, mungkin Aisyah faham kerana gadis itu sudah terbiasa tetapi tidak bagi Najla. "Takpe lah. Yang penting sekarang ni saya cuma nak awak tahu yang Zack hidup lagi."
"Kenapa pula kena beritahu saya?" soal Najla.
"Sebab awak orang yang penting dalam hidup dia," jawab Salman.
Najla setahun tua daripada Zack tetapi itu tidak menjadi satu masalah. Zack telah luahkan rasa hatinya pada gadis itu beberapa minggu yang lalu. Lelaki itu tak mahu perasaannya kekal menjadi rahsia lalu mengambil tindakan berani mati.
"Zack tak main-main bila dia kata dia cintakan awak. Beri dia masa, nanti dia akan datang cara baik. Cuma itulah, perangai dia memang sengal sikit. Sanggup datang bertenggek dekat kedai orang sampai lewat malam." Salman tersenyum mengenangkan perangai rakannya.
" Saya boleh terima dia tapi dengan syarat khatamkan kitab fardhu ain dulu dan amalkannya. Niatkan buat semua tu bukan kerana saya tetapi Lillahi Taala," ujar Najla. Keberanian Najla menyatakan syarat itu menundukkan Aisyah. Sampai sekarang ini Aisyah masih tidak menyatakan hasrat hati kerana mengambil kira keadaan Salman.
" Kitab yang mana? " soal Salman kembali.
" Sekurang-kurangnya Awjazul Mukhtasarat, seringkas-ringkas kitab fardhu ain daripada mazhab syafie. Saya tak kisah soal mas kahwin, hantaran semua tu. Cuma itulah syarat saya. Pergi cari guru yang thiqah dan bertalaqqi." Gadis Siam itu benar-benar memaksudkan apa yang dikatakan. Dia tidak mengharapkan seorang huffaz 30 juzu', tetapi cukuplah seorang lelaki yang mempunyai asas fardhu ain yang kukuh. Yang mencintai ilmu, Allah dan Rasulullah SAW.
Beberapa ketika selepas itu datang seorang lelaki bertopi kepada meja mereka di tengah-tengah taman hospital. Zack tersenyum-senyum melihat Najla sedang duduk di sebelah Aisyah. "Assalamualaikum, sorry lambat."
Zack yang disangkakan telah tiada hadir padanya kembali. Najla menundukkan pandangan apabila berhadapan lelaki itu.
"Saya dengan Aisyah nak minta diri dulu," pamit Najla.
Aisyah faham kawannya itu tidak selesa jika berterusan di situ. "Kalau ada apa-apa nak cakap, awak mesej je saya dekat Mesengger," ujarnya kepada Salman.
Salman mengangguk sahaja. Wajah Zack yang terpinga-pinga dipandang lelaki itu. Zack termati kata, dia sendiri tak tahu apa salahnya sampaikan dua gadis itu beredar.
Keluhan berat dilepaskan lelaki itu lalu dia berlabuh di sebelah Salman. "Aku ada buat salah ke?"
"Tak," geleng Salman. "Dia cuma... Yela kan, dia perempuan yang baik. Mana nak suka duduk lama-lama dengan lelaki. Bukan macam awek-awek kau dulu."
Zack tersenyum sungging. "Ya, dia lain. Itu yang buat aku susah untuk lupakan dia. Kau tahu apa maksud Najla?"
"Apa?"
"Mata yang cantik." Mulalah lelaki itu tersenyum sendiri. Bayangan Najla dan Aisyah telah lama menghilang di koridor itu namun dia masih memandang tempat yang sama. Penangan cinta memang hebat.
"Dah, jangan merepek. Kau dapat kerja tak? " potong Salman.
"Hmm... Dapat tu dapat. Tapi gaji tak banyak." Zack mengubah posisi duduknya lalu menongkat dagu di atas meja. "Macam mana aku nak sewa rumah?"
Zack telah berusaha keras untuk tawar menawar tentang gajinya. Tak kisah lah terpaksa kerja over time asalkan gajinya dapat mencecah angka RM800. Itupun perit kerana dia hanyalah mempunyai kelulusan sijil SPM.
"Eh, takpelah. Aku okay je tidur dekat masjid lepas discharge selagi kita tak cukup duit nak sewa rumah."
"Mana boleh," larang Zack keras. Dia tak mahu Salman tidur di lantai sedangkan rusuknya masih belum sembuh.
"Aku mungkin discharge esok."
"Yeke?" Zack memandang lelaki yang berpakaian baju pesakit itu. Hujung bibirnya ternaik kerana gembira.
"Ya. Darah aku semua dah okay. Cuma nanti kena book appointment untuk sesi fisioterapi. Duit lagi..." Salman menghela nafas.
"Duit boleh cari. Jangan risau." Zack merehatkan lengannya pada bahu Salman.
"Aku ingat nak jadi freelancer baiki phone dan laptop macam zaman matriks dulu. Boleh la kot cari duit sikit sambil rehat."
Masalah duit adalah masalah yang pernah mereka larikan diri suatu ketika dahulu. Kini masalah itu hadir lagi dan terpaksa dihadapi sama ada mahu atau tidak.
***
Dua orang pemuda itu melangkah ke dalam balai polis sambil berlagak biasa. Perkara pertama yang Salman ingin lakukan selepas keluar dari hospital ialah ke balai polis daerah. Dia perlu tahu maklumat terkini tentang kes Ahmad.
"Macam mana kalau terjumpa Farah Ain?" soal Zack sambil membaiki topinya. Wajahnya sedikit tersorok dengan bantuan topi dan topeng muka.
"Dia bahagian narkotik. Kerja dia bukan dekat sini," balas Salman. Lelaki itu berlabuh di kaunter sebentar sebelum ingin merujuk kes anak jagaannya.
Namanya masih bersih di sini kerana mereka tiada apa-apa bukti untuk sabitkan dia dengan kesalahan penculikan Farah Ain. Lagipun wanita itu sedang menjangkakan yang dia telah mati juga.
"Encik Salman ya?"
"Ya, saya. Saya nak tahu ada ke maklumat terkini tentang budak tu?"
"Ada. Kami dah jumpa maklumat tentang ibu bapa Ahmad," ujar pegawai polis berkenaan.
Ayat-ayat itu telah mendebarkan jantung Salman. Dia jadi berat hati untuk bertanya lebih.
"Hasil maklumat dari penduduk setempat, dikatakan ibu bapa Ahmad dah meninggal dunia beberapa bulan yang lalu. Pasangan ini merupakan penagih dadah dan menghadapi kemelut kewangan semasa mereka hidup. Selain itu, kami tidak diberitahu tentang waris terdekat Ahmad. "
Detakan jantungnya semakin laju.
Dua keping gambar kad pengenalan diri disuakan kepadanya apabila diminta. Wajah lelaki dan wanita itu diamati seketika hinggakan tekaknya terasa berpasir.
" Kau nak barang ni, buat cara nak. Mana duit?" Dia melihat lelaki di hadapannya tanpa sebarang belas kasihan.
"Tolonglah bagi," rayu lelaki itu. Dia hampir melutut di hadapan Salman apabila bekalan dadahnya tidak diberikan. Tubuhnya menggeletar hebat selagi tidak memasukkan dadah itu ke dalam saluran darah.
Lengan lelaki itu ditepis Salman kasar. "Jangan pegang aku."
"Kali ni je. Nanti aku bayar," lelaki itu tak berputus asa. Dia sangat-sangat memerlukannya untuk meneruskan hidup. Wajah tokan dadah itu dipandang dengan penuh harapan.
"Kali ni?" Salman berdecit. "Kenapa bawa anak bini kau? Nak tagih simpati?" Dia sempat mengerling wajah wanita muda itu. Di lorong bangunan yang jauh dari orang ramai ini menjadi tempat perjumpaan mereka. Kanak-kanak di dalam dukungan wanita itu asyik memandangnya tidak berkelip.
"Kalau aku menang malam ni, aku boleh bayar semua hutang aku," ujar lelaki berkenaan. Dia tidak kisah soal isterinya yang telah terlibat sama dengan najis dadah.
"Jangan buang masa aku," Salman berura-ura untuk beredar.
"Tunggu," panggil lelaki itu. Dia berpaling ke arah isterinya lalu memaksa wanita itu menanggalkan sebentuk cincin emas pada jari.
"Salman? Kau okay?" Zack memetik jari di hadapan wajah Salman. Dia berkerut melihat wajah rakannya pucat semacam.
Salman tersentak dari lamunannya.
"Kalau takde apa-apa urusan, kami nak beredar dulu. Terima kasih, tuan." Zack menarik Salman keluar balai polis. Jelas Salman sedang di luar kebiasaannya.
"Kenapa, Man? Kau tak sihat ke? Sakit?" Zack bimbang disajikan wajah tanpa darah Salman.
Salman menggeleng perlahan.
"Dah lah, jom kita pergi. Kau rehatlah dalam kereta," putus Zack. Baru saja keluar hospital pagi tadi, dah pucat lesi macam ni. Siapa tak risau?
Salman terduduk di kerusi kereta. Fikirannya melayang walau jasad berada di sebelah Zack. Tapak tangannya telah menyejuk sejak tadi.
" Kau okay ke tak ni, Man? Kalau tak okay kita boleh pergi hospital balik. Kalau sakit cakap, jangan diam je," Zack mengerling ke arah Salman sambil fokus pada pemanduannya. Hanya kereta kancil ini yang masih tinggal buat kegunaan mereka.
Sekali lagi Salman menggeleng. Dia memeluk tubuh dan menyelinapkan tangan ke dalam sweaternya agar rasa sejuk itu berkurang. Gambar tadi benar-benar memberikan dia kejutan terbesar.
Ahmad, kanak-kanak yang dijaga selama ini ialah anak kepada pasangan penagih dadah. Dengan kedua tangannya, dia telah membekalkan mereka dengan benda haram itu. Hingga satu ketika hutang semakin menjerut dan Ah Long mencari mereka.
Salman menekur. Hatinya sarat dengan rasa yang berbaur. Memang orang sepertinya ini hanyalah sampah yang merosakkan hidup orang lain.
"Zack, boleh tak kita pergi rumah kebajikan? Aku nak melawat Ahmad... "
"Boleh," jawab Zack.
***
Terkedek-kedek kaki itu melangkah keluar sambil dipimpin Zack. Dia tidak lagi takut untuk bergaul dengan lelaki itu.
"Ayah!" Ahmad terus bertempik apabila terlihat wajah Salman. Dia berlari ke arah kerusi itu lalu cuba mendakinya.
Salman mengangkat tubuh anak kecil ke atas kerusi. Perbuatannya diperhatikan Zack yang sedang bersandar pada dinding.
"Adik indu ayah," tuturnya.
Tubuh Ahmad dibawa ke dalam dakapan lama. Dia mengusap kepala kanak-kanak itu dengan penuh kasih. "Ayah minta maaf," bisik Salman dengan suara seraknya. Titis demi titis air mata penyesalan itu membasahi bahu kecil Ahmad.
Air matanya disedari Ahmad. Kanak-kanak itu mengilaskan badan bagi melihat wajah Salman.
Diseka air mata itu dengan telapak tangan kecilnya. Ahmad masih terpinga-pinga dengan tangisan Salman. "Ayah?" Dia khuatir.
"Ayah minta maaf..." Untuk membahasakan diri sebagai ayah pun dia tidak sanggup. Lengannya masih melingkar di tubuh Ahmad. Dia tersenyum nipis dengan mata yang berkaca. Wajah bersih kanak-kanak itu dielusnya perlahan.
Wajah inilah wajah yang pernah dia terlihat di awal tahun. Terlalu ramai pelanggannya, kerana itulah dia sukar untuk mengecam wajah Ahmad tika pertemuan kali kedua.
"Maafkan ayah," bisik Salman lagi.
Tindakan Ahmad yang seolah memujuknya melebatkan air mata Salman. Kedua-dua belah telapak tangan Ahmad melekap pada pipi Salman. Dia mengucup pipi lelaki itu sekilas lalu mendakap tubuh Salman. Pelukannya tidaklah seberapa tetapi cukup untuk menyelimuti hati Salman yang tidak tenteram.
Salman membalas pelukan itu. Dia tak mahu menyakiti Ahmad sedikit pun selepas ini. Yang dia hanya inginkan adalah untuk menjadi penjaga dan pelindung anak yatim piatu ini.
Tubuh Ahmad direhatkan pada dadanya apabila dia bersandar pada bahu kerusi. Ahmad terdongak ke atas. "Ayah nangis lagi?"
Salman tersenyum nipis. Dia menggeleng lalu kembali mendakap tubuh itu.
"Adik buat ayah ke?" soal Ahmad.
"Tak," jawab Salman.
"Adik pandai nyanyi. Ayah nak dengar?" Ahmad mengangkat wajahnya.
"Nyanyilah dekat sini je. Ayah boleh dengar," ujar Salman perlahan.
Seraya dengan itu Ahmad kembali berbaring pada dada lelaki itu. Dia cuba mengingati lirik lagu yang sering dinyanyikan kawan-kawannya.
"Lagu apa?" Salman mengesat air mata sendiri. Dia tak mahu mematikan mood kanak-kanak itu.
"Bangau," balas Ahmad.
"Oh, lagu tu. Ayah boleh nyanyikan untuk adik."
"Ayah tahu?" Ahmad mengangkat wajahnya sekali lagi. Kali ini terhias dengan perasaan teruja. Matanya bersinar-sinar memandang Salman.
Salman tertawa halus. "Tahu."
***
Next chapter:
"Adik cakit ke ayah?"
***
vote x comment!
Jadi nak tanya, how was the story line? 😚🌻
dalam kata lain korang dah jadi first reader, special sangat.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro