Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

15 |Jaga II (edited)

note: boleh play lagu sepanjang membaca.
vote dan jangan lupa comment tau! :)
Alhamdulillah, dah sampai bab 15.

Apa agaknya nasib Salman dan Zack?
Boost this novel with your lovely comments. Janganlah jadi silent reader :(

selamat membaca ;)!

🌻🌻🌻

Hujan rintis di luar dilihat Salman. Kadang-kadang dia mendongak ke atas bagi melihat jika ada bintang-bintang yang kelihatan. Langit malam itu gelap sahaja dan dia masih utuh berdiri di hadapan dinding kaca yang memisahkan ruangan klinik dan koridor luar.

"Salman?"

Salman menoleh. Tangannya di dalam saku seluar dikeluarkan.

"Kenapa awak tak balik lagi?" soal Aisyah. Dia melangkah mendekati lelaki itu sementara kawan-kawan doktor yang lain sedang bersiap untuk pulang.

"Boleh kita cakap dekat luar?" balas Salman.

Aisyah mengangguk tanpa banyak soal. Dia mengikuti langkah lelaki itu ke koridor kliniknya. Seketika, Salman berpaling badan ke arahnya.

"Sebenarnya... Saya risaukan keselamatan awak," jujur Salman.

"Tapi selama ni saya balik okay je? Saya takdelah balik lewat sangat," jawab Aisyah. Wajah disebalik topeng muka itu diperhatikannya. Ketika kawan-kawan doktor yang lain melangkah keluar, gadis itu menyimpulkan senyuman manis.

"Keadaan berbeza sekarang ni. Saya tengah lari dari seseorang dan dia mungkin akan cederakan orang yang pernah saya kenal. Saya takde sesiapa dekat sini melainkan Zack, Ahmad dan awak. Jadi, saya tak nak benda buruk berlaku masa saya terlepas pandang," Salman berpeluk tubuh.

"Takpelah. Jangan risau, saya okay je sekarang ni." Aisyah tersenyum yakin. "Awak nak balik rumah? Saya boleh hantarkan awak."

Pertanyaan itu dijawab dengan gelengan. "Saya tak nak balik rumah. Tugas saya sekarang ni untuk hantar awak balik rumah dengan selamat. Awak ada nak pergi mana-mana lepas ni?"

"Sebenarnya saya nak jumpa kawan lepas ni. Kitorang nak pergi majlis ilmu. Awak nak ikut sekali?"

"Yang jadual awak hantar dekat saya tu ke?" Satu kelas pun Salman tak hadiri kerana sibuk dengan kerja.

Aisyah mengangguk. "Tak lama pun, sejam je. Sekarang pun nak pukul 9 malam dah. Kereta saya ada dekat tempat parking sana," ujar gadis itu sambil mengeluarkan payung lipatnya dari beg sandang. Dia membuka payung itu lalu berpaling ke arah Salman. "Saya ada satu payung je, sorry."

"Eh, hujan sikit je pun. Jomlah, sebelum makin lebat." Salman melihat tapak tangannya yang dihulurlan ke luar koridor. Hujan rintis-rintis itu masih tak mampu membuatkan dia demam jika mandi hujan sekalipun. Dia terpaksa hadiri kelas fardhu Ain untuk menjaga keselamatan gadis itu.

Mereka berdua melintas jalan ke seberang bersama-sama. Aisyah berpayung, Salman pula hanya melindungi kepala dengan jaket jeansnya. Beberapa langkah lagi, tibalah mereka ke kawasan parkir kereta yang terletak di sebelah restoran mamak.

Kening Aisyah berkerut tatkala ada seorang lelaki berlari ke arahnya.

"Hai, doktor. Nak balik dah ke?" Wajah Fadzli terpampang di hadapan mereka berdua. Lelaki bergelar doktor itu tersenyum manis ke arah Aisyah.

"Ya. Kenapa?" Aisyah jawab bersahaja.

"Nak minum malam dulu?" pelawa Fadzli. Dia agak tertanya-tanya siapa lelaki di sebelah Aisyah ini. Topeng muka di wajah lelaki itu menghalang dia bagi mengecam wajah si fulan. Tambahan, kawasan itu kurang cahaya. "Siapa ni?"

"Ni kawan saya. Takpelah, saya nak cepat lagipun."

"Oh, kawan?" Fadzli menghulurkan tangan untuk berjabat. "Aku doktor Fadzli."

Salman pun menyambut tangan itu dan bersalaman. Jelingan Fadzli diabaikannya. Dia malas hendak melayan lelaki itu. "Aku Ash, senior Aisyah."

Usai berjabat, Aisyah dan Salman meloloskan diri ke dalam sebuah kereta Myvi. Cermin tingkap pada bahagian Salman diturunkan sedikit agar angin luar masuk. Lelaki itu masih bertopeng muka kerana tak mahu ada yang mengenali dengan sekali pandang. Dia cukup risau untuk berkeliaran di waktu malam sebegini.

"Aisyah," panggil Salman dari tempat duduk belakang kereta.

"Ya?"

"Siapa lelaki tadi?"

"Itu kawan abang saya. Abang saya kan jenis yang suka buat sukarelawan sana sini. Jadi dia terserempak dengan doktor yang entah datang dari mana tu." Kereta kecil itu menyusur ke jalan bertar setelah keluar dari kawasan parkir percuma.

"Kenapa nampak macam Aisyah tak suka dia?" Bingkai cermin di tengah-tengah itu membenarkan Salman untuk melihat sipi wajah Aisyah.

"Sebab dia gatal. Saya tak suka. Saya suka lelaki yang hormat saya, bukannya ambil kesempatan macam dia."

"Dia buat apa dekat Aisyah ?"

"Dia pegang tangan saya hari tu... Walaupun nampak biasa, saya tetap benci," keluh Aisyah.

"Aisyah hati-hati tau dengan dia." Selain risaukan doktor lelaki itu menggatal dengan gadis yang dia cuba lindungi, Salman lebih khuatiri pekerjaan gelap Fadzli yang tidak ada kena mengena dengan Aisyah. Mungkin dia perlu buat sesuatu mengenai itu agar Fadzli tak berani lagi kacau Aisyah.

"Nasib baik awak ada tadi. Ash? Haha." Aisyah tertawa halus. Lama dia tak dengar nama itu.

"Ya, Ash. Mungkin Aisyah boleh panggil saya dengan nama tu balik. Dan kalau boleh jangan sebut nama Salman dah lepas ni," Salman menurunkan sedikit topeng mukanya. Batang hidungnya yang mancung terdedah ke udara. Bau hujan pada waktu malam amat digemarinya.

Sebuah restoran Thailand menjadi hentian kereta itu. Salman terkelip-kelip matanya. Ini restoran yang biasa dia dan Zack makan malam ke?

Dari jauh, ada seorang gadis bertudung litup berlari anak ke arah kereta Myvi itu. Si gadis membuka pintu dan duduk di sebelah tempat duduk pemandu tanpa menyedari kehadiran Salman di belakang ini.

Dua orang gadis itu bersalaman sesama sendiri sambil diperhatikan Salman.

"Awak ni Najla, kan?"

Mata Najla membulat terdengar suara lelaki dari belakang kereta. Dia sedikit terkejut.

"Awak kenal dia ke?" soal Aisyah kepada Salman.

Najla turut hairan. "Siapa lelaki ni Aisyah? Kenapa bawa lelaki?" bisiknya.

"Ini Sal- Ini Firash. Panggil dia Ash. Dia ni lah senior saya dulu. Alang-alang kita nak pergi masjid, boleh dia join sekali," Aisyah tersenyum segan di hadapan Najla.

"Oh... Kamu ni kenal saya ke?" Najla pelik juga sedangkam dia tak kenal lelaki itu.

"Kenal nama je la. Saya selalu datang kedai makan ni dengan kawan saya. Kalau kawan saya, mungkin awak kenal kot. Dia yang suka usha awak tu," balas Salman.

"Zack?" Najla inginkan kepastian.

"Ya."

Najla menjadi segan meskipun bukan Zack di hadapannya.

***

Sebuah buku dikeluarkan Aisyah dan diberikan kepada Salman.

"Untuk?" Salman melihat buku itu.

"Untuk awak salin la. Nanti awak boleh baca balik tulisan awak nanti, baru tak hilang di ingatan." Sebatang pen dihulurkan kepada Salman pula.

Lelaki itu turuti sahaja lalu melangkah masuk ke dalam kelas khas itu. Dia tertunduk malu ketika melintasi meja hadapan yang menempatkan para penuntut ilmu lelaki. Pakaian mereka semua berjubah, berbaju Melayu dan berserban. Salman pula seluar jeans dan tshirt biasa, perasaan malu menerjah dirinya.

Setelah melabuhkan punggung di ruangan kosong, Salman membaiki sedikit topeng mukanya. Dia memegang pen tadi dengan tangan kiri dan menongkat dagu.

Aisyah dan Najla ada di belakang sana, di kawasan ruangan muslimat. Salman terpaksa menyelesakan diri di situ. Dia buat-buat menulis sesuatu jika ada orang di sebelahnya memandang.

Tarikh hari ini.

Nama penceramah? Tajuk?

"Assalamualaikum. Insya Allah hari ini kita akan mengulang kitab Awjazul Mukhtasarat dalam bab aqidah. Para muslimin dan muslimat boleh buka kitab. Kalau takde, boleh kongsi dengan orang sebelah." Seorang ustaz yang putih bersih kulitnya sedang berbicara di hadapan.

Salman berpaling sedikit ke sebelah kanannya apabila ada seorang lelaki ingin berkongsi sebuah buku dengannya. Dia berkerut melihat ayat-ayat buku itu bertulis dalam tulisan Arab. Namun, di bawah setiap barisan ada terjemahannya.

"Berkata pengarang, perkara yang paling besar dalam Islam itu lima perkara iaitu penyaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.

Syarahannya, perkara yang paling besar merupakan syiar Islam yang besar. Pengarang cuba memahamkan kenapa disebut 'rukun Islam', yakni untuk mengatakan lima perkara ini besar dalam Islam, " ujar ustaz itu.

Terkial-kial Salman cuba menyalin balik ayat-ayatnya, lalu dia salin sahaja yang mana sempat.

Rukun Islam
1-Bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah...

"Untuk jadi Islam tak bermakna lima ini sahaja dibuat. Bila kita sebut rukun Islam, maksudnya perkara dalam Islam. Rukun Islam bukan seperti rukun wuduk, ada lagi perkara yang terkandung dalam Islam. Perkara pertama dalam Islam ialah beriman kepada Allah SWT.

Imam Al-Ghazali menyebutkan dalam kitabnya Ihya Ulumuddin, tidak sah amal ibadah melainkan setelah mengenal Allah SWT. "

Akhirnya Salman membuat keputusan untuk fokus mendengar. Dia tak mampu untuk salin sepatah-sepatah seperti Aisyah.

" Berkata pengarang, dan bahawa Muhammad SAW itu utusan Allah, mendirikan solat,  puasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat, haji ke Baitullah bagi sesiapa yang mampu pergi ke Baitullah."

Rukun Islam
1-Bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad SAW itu utusan Allah
2-Dirikan solat
3-Tunaikan zakat
4-Puasa di bulan Ramadhan
5-Kerjakan haji bagi yang mampu

" Syarahannya, bersama-sama keimanan kepada Allah SWT mesti digabungkan dengan keimanan kepada Rasulullah SAW. Beriman dengan Rasulullah bermaksud beriman dengan manusia yang diutuskan oleh Allah, yang membawa khabar gembira untuk orang yang taat dan membawa ancaman kepada orang yang ingkar.

Zaman sekarang ada yang memisahkan syahadah pertama dan syahadah kedua. Kassim Ahmad mengatakan orang yang melafazkan syahadah kedua itu munafik, tak wajib selawat kepada Rasulullah. Nauzubillah. Dia mengambil ayat Al-Quran dengan kefahaman sendiri.

Ada ayat Al-Quran yang jelas mengatakan orang yang tak beriman dengan Allah dan Rasul ialah kufur, maka mesti menggabungkan syahadah pertama dan syahadah kedua.Abu Bakar ialah yang pertama mengucap syahadah.

Allah SWT berfirman mafhumnya,
siapa yang tidak beriman kepada Allah dan RasulNya, sesungguhnya Aku telah menyediakan neraka baginya.

Untuk solat, puasa, zakat dan haji akan dibahaskan dalam kelas Fiqh. Jadi muslimin dan muslimat boleh datang ke kelas fiqh minggu depan."

Salman yang baru sahaja ingin belajar fiqh solat sedikit terkilan. Dia perlu hadir ke situ lagi pada minggu hadapan tetapi persoalannya masih berpeluangkah dia?

" Jika seseorang meninggalkan salah satu rukun Islam bukan bermakna Islam tercabut darinya. Orang ini masih dikira muslim tetapi muslim yang fasik.

Adapun yang pertama yakni dua kalimah syahadah, orang yang mengingkarinya walaupun dia buat empat rukun yang lain, hukumnya murtad dan hukum ibadah empat itu tidak sah.

Maka yang paling asas ialah aqidah. Ulama' menyebutkan aqidah adalah asasnya dan yang mendirikan tiang-tiang ialah empat ibadah itu."

***

" Macam mana tadi? Okay?" Aisyah memandang Salman di sisinya.

" First time masuk, saya rasa macam saya paling bodoh dalam tu. Semua orang pakai elok sopan...," balas Salman perlahan . Dia membuka pintu kereta lalu melabuhkan punggung di tempat duduk belakang

" Semua orang jahil tanpa ilmu. Dengan ilmu, kita akan keluar dari kejahilan. Jadi kita kenalah lazimi majlis ilmu. Banyak keberkatan dia tau. Orang luar akan anggap belajar dua kalimah syahadah je. Sedangkan perkara itu amat penting untuk kita belajar. Macam Najla, Najla dah banyak kali ulang kitab tu. Kan?" Gadis bermata hazel itu tersenyum ke arah rakan baiknya di dalam kereta

"A ah," Najla malu-malu di sebelah Aisyah. Dia tidak biasa bersembang dengan lelaki.

"Tapi kenapa nak ulang banyak kali buku yang sama?" soal Salman hairan.

"Kata guru saya, ilmu agama untuk memahaminya dan menjadi mantap memerlukan masa yang panjang. Untuk menjadi alim itu bukanlah dia cepat-cepat memperbanyakkan habis kitab-kitab yang besar tetapi yang sebenarnya orang yang alim itu adalah orang yang memahami dengan baik permasalahan dan kaedah-kaedah yang dibahaskan oleh ulama dalam kitab-kitab mereka, " jawab Najla.

Penjelasan gadis Siam itu menarik perhatian Salman. Salman agak kagum dengan huraian ayat yang begitu tersusun dan mudah difahaminya.

" Aisyah, kalau kan... Macam saya tak tahu pun perkara yang saya buat tu membatalkan solat , takpe ke?" soal Salman perlahan. Dia tahu solat itu wajib dan ada lima waktu. Tapi dia sendiri tidak yakin apa perkara yang membatalkan solat, apa rukun yang wajib, adakah yang sunat itu perlu buat atau bagaimana?

" Dalam ilmu fardhu ain, tak tahu bukan takpa. Tetap ada hukum. Kalau buat sesuatu yang membatalkan ibadah, tetap dikira batal. Kalau tak sempurna rukun sesuatu ibadah, tetap dikira tidak sah. Contohnya tidak menutup aurat dengan sempurna atau membaca surah bukan dengan cara yang betul ketika solat.

Kedua perbuatan ini menjadikan ibadah tidak sah. Orang yang tidak sah ibadahnya, maka sebenarnya dia dikira tidak menunaikan ibadah tersebut. Kalaulah selama 40 tahun dia menjalani hidup dia macam tu, maka sebenarnya selama itu dia dikira tidak pernah pun menunaikan ibadah itu," balas Aisyah bagi menjawab pertanyaan Salman.

" Oh, " Salman terkelu. Hatinya merundum sedih mendengar jawapan Aisyah.

Keluhan halus Salman ditangkap Aisyah."Sebab tulah pentingnya untuk belajar ilmu fardhu ain. Awak belajarlah. Semua orang bermula dari jahil. Tapi dengan ilmu kita dapat keluar dari kejahilan. Jangan putus asa dalam menuntut ilmu," ujar Aisyah bagi memujuk hati Salman kembali.

"Tapi saya dah belajar dah masa kecil,"balas Salman.

" Pengajian ketika kecil itu adatnya disusun seduai dengan kefahaman anak kecil. Maka seharusnya seseorang itu check balik kefahaman dalam ilmu fardhu ain sesuai dengan usianya agar tepat berlandaskan syarak." Aisyah tidak menoleh ke belakang tetapi dia tahu Salman sedang mendengar.

" Nanti insyaaAllaah saya datang lagi kelas tu," putus Salman. Tak boleh jika dia terus mengambil ringan soal ibadah yang akan dibawa selepas mati ini.

" Ash, awak nak saya hantar dekat mana ni? " Aisyah menoleh ke belakang ketika Najla telah keluar dari kereta.

Salman yang sedang bermain dengan telefon baharunya berfikir sejenak.

10.15 malam.

"Saya teman Aisyah balik rumah. Nanti Zack jemput saya dekat rumah awak," putusnya.

"Maaf kalau saya tanya, sebenarnya apa yang terjadi? Awak berhutang ke sampai ada orang kejar awak?" polos gadis itu menyoal. Dia benar-benar ingin tahu situasi sekarang ini.

"Bukan. Tapi lebih kurang bahaya macam tu lah. Saya takkan maafkan diri saya kalau ada apa-apa terjadi dekat orang lain."

"Tapi, sampai bila?"

"Saya tak tahu Aisyah."

"Sebenarnya tak manis kalau kita duduk berduaan dalam kereta macam ni," ujar Aisyah. Dia terpaksa juga suarakan itu. Keretanya statik di hadapan rumah Najla.

"Hari ni je. Lepas ni saya boleh naik kereta sendiri. Maaflah awak terpaksa jumpa orang macam saya. Saya minta maaf." Salman sedar siapa diri dia. Dia hanya orang yang tak punyai masa depan seperti yang Farah Ain katakan. Pandangannya jatuh ke riba.

"Tak, saya tak kisah pun terjumpa awak. Kalau Allah dah takdirkan takde apa yang dapat menghalang. Lagi pun saya gembira awak datang majlis ilmu hari ni. Hari-hari saya tengok kalau-kalau awak ada datang lepas saya bagi jadual tu. Saya harap awak dapat datang lagi ke situ. Semoga Allah permudahkan urusan awak untuk menuntut ilmu."

Salman menghela nafas halus. Dia memandang Aisyah yang berada di tempat pemandu di hadapannya. " Terima kasih, Aisyah."

Kelihatan Aisyah Qomar sedang fokus pada pemanduannya untuk pulang ke rumah. Dia menuruti permintaan pemuda itu kerana kepercayaan. Hati gadis itu yakin apa yang dikatakan Salman semuanya benar belaka bukan kerana ingin mengambil kesempatan ke atas insan seperti dia.

"Kalaulah hari ni hari terakhir kita berjumpa, saya nak ucap terima kasih atas segalanya. Jasa dan budi Aisyah pada saya dan Ahmad. Saya tak dapat balas semua tu tapi saya janji takkan satu calar pun hinggap dekat kulit awak. Saya tak nak libatkan awak dalam masalah saya," ujar Salman Firash ikhlas daripada lubuk hati.

"Semoga awak berjodoh dengan lelaki yang baik," sambung Salman. Dia tak mahu wanita sebaik ini mahu menjalinkan kasih dengannya. Dia tak sekufu dengan Aisyah Qomar. Baik dari harta, ilmu dan segalanya.

Gadis itu terus mendiamkan diri sepanjang perjalanan pulang ke rumah.

***
Upcoming chapter:
"

Kalau kau nak perempuan ni selamat, datang jumpa aku sekarang..."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro