11 | Ajar
Farah Ain bersandar pada dinding sambil berpeluk tubuh. Dilihat lelaki tua dihadapannya yang tak sudah-sudah membaca akhbar harian walaupun sudah lewat malam.
"Ayah," panggil Ain.
Lelaki tua itu hanya berdehem dan tidak mengendahkan keberadaan anak gadisnya.
"Ayah, saya tak rasa Salman tu orangnya." Farah Ain mengambil tempat duduk berhadapan ayahnya di meja makan. Hari sudah lewat malam, seisi rumah sudah tidur. Hanya mereka dua beranak sahaja yang masih bersengkang mata.
"Teruskan je la berhubung dengan dia sampai dapat maklumat yang kita nak," ujar Inspektor Ramli.
"Saya dah ekori dia siang tadi. Dia cuma pergi jumpa seorang gadis dan ke rumah kebajikan. Itu je yang dibuat sepanjang hari. Takde langsung perkara yang mencurigakan," khabar Ain dengan serius. Dari pagi hingga ke petang, dia hanya menunggu di hadapan sebuah rumah kebajikan yang diiktiraf kerajaan. Sebarang mondus operandi baharu tiada lagi berkait dengan rumah anak yatim.
" Bagus, track nombor phone dia dan ikut dia ke mana saja."
"Ya. Tapi sampai bila saya kena layan dia macam saya ni terhegeh-hegehkan dia?" Keluh Ain. Dia tidak mahu memegang watak budak kolej dalam karier polisnya.
Dengan menyandang watak itu, dia terpaksa bersifat kurang matang dan ceria. Bukan itu sahaja, dia juga terpaksa berpenampilan sopan seperti gadis melayu terakhir. Semua itu bertujuan untuk memikat hati Salman agar lelaki itu membuka mulut sedikit demi sedikit.
"Cuba korek lagi rahsia dia. Tanya rumah dia dekat mana atau bila nak bawa jumpa parents dia..." Surat khabar dikatup. Dia mula fokus pada Farah Ain. Sejak berada dalam jabatan jenayah narkotik, Farah Ain terpaksa akur akan arahan ketuanya iaitu ayahnya sendiri.
" Ayah, Salman tu pun ada perasaan juga. Saya tak rasa dia tokan dadah atau terlibat dengan sindiket macam ni. " Jika memikirkan kembali tentang pemuda itu, Salman tak ubah seperti lelaki kebanyakkan yang masih terumbang ambing mencari pekerjaan di tengah kota.
"Kita takde satu pun maklumat lengkap tentang kegiatan kumpulan Black Jack. Salman je satu-satunya suspek kita untuk kita tahu maklumat kumpulan tu. Dan boleh jadi yang kawan Salman juga terlibat dengan kumpulan Black Jack." Inspektor Ramli masih bertegas untuk Ain meneruskan penyamaran itu.
"Saya tengok dia tu biasa je ayah. Tak mewah mana pun hidup dan rupa dia bukan seperti seorang penagih dadah. Ujian urine dia pun negatif," ujar Ain pula. Dia tidak mahu berterusan memperbodohkan Salman. Dia tak mahu Salman betul-betul jatuh hati padanya. Cukuplah sepanjang mingggu ini Salman asyiik mengajaknya keluar. Itu tak termasuk lagi nak on the phone setiap malam. Fikirannya serabut dengan timbunan kerja, nak kena layan lelaki yang entah siapa-siapa?
"Ada tokan yang hanya ambil manfaat tanpa terjebak sekali dengan najis dadah. Jadi tak mustahil lah yang Salman tu tokan dadah juga.
Berdasarkan beberapa maklumat yang kita perolehi, Salman telah muncul beberapa kali di lokasi sasaran kita seperti Ulu Tiram. Tetapi kita tak ada banyak bukti untuk tangkap dan reman Salman. Kau teruskan je macam biasa dan cuba kenali Salman dengan lebih mendalam. Aku tak nak hasil risikan kita selama dua minggu dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia hanyalah benda yang sia-sia. Bulan lepas saja kita dah terima laporan yang ada sindiket telah membawa masuk dadah menerusi jalan laut dari Thailand ke negara kita."
"Dan ayah nak kata ni angkara kumpulan Black Jack?" Tebak gadis itu.
"Ya."
"Ayah je yang yakin ni kumpulan Black Jack punya angkara padahal orang lain pun tak pasti kumpulan tu betul-betul wujud atau tak."
Inspektor Ramli berdecit tatkala mendengar jawapan itu. "Sebab tu lah aku nak kau siasat si Salman tu. Aku yakin kita akan berjaya tumpaskan kumpulan Black Jack. Siasatan dan risikan pasukan narkotik lain masih diteruskan untuk mengesan sindiket-sindiket yang masih aktif dan bebas. Pasukan kita pula bertanggungjawab untuk menjaga daerah ni. Jangan biarkan satu maklumat pun terlepas."
"Hm. Baiklah, ayah." Gadis itu mengeluh sekali lagi. Dia menongkatkan dagunya. Telefon pintar dikeluarkan lalu dia membuka aplikasi whats app.
Dilihat mesej-mesej sebelum ini. Salman Seolah-olah sudah jatuh cinta padanya, dia dapat rasakan perasaan itu melalui setiap pesanan suara milik Salman.
Ain menilik gambar profil Salman pula. Ternyata Salman sudah menukarkan gambarnya kepada gambar dia dan kanak-kanak lelaki itu. Tak silap, ini mesti gambar yang diambil oleh gadis yang bersama-sama Salman siang tadi. Kadang-kadang dia sendiri tertanya-tanya. Andai kata Salman seorang tokan dadah, bagaimana pula dia punyai masa untuk menjaga budak itu?
"Takkan lah Salman ni pengedar dadah." Detik hatinya.
***
Email yang tertera di skrin telefon itu ditatap seminit dua sebelum dia menyalin nombor pembelian lalu membuka halaman pos laju. Sesaat kemudian, terteralah perjalanan barang yang dipesan oleh si pembeli. Masa penghantaran, lokasi terakhir dan segala data.
"Dah sampai barang tu?" soal Zack.
"Belum. Pukul 10 pagi delivery dari hub bandar. Dalam pukul sekarang barang tu sepatutnya sampai ke penerima." Salman mengerling masa di penjuru skrin telefon pintar.
11.00 pagi.
Email yang diterima tempoh hari adalah maklumat di mana barang haram itu akan sampai bermodus operandi yang mengumpan pengguna media sosial. Sasaran penerima sudah lama dikunci oleh pihak sindiket, hanya menunggu masa sahaja bagi mangsa memberikan alamat dek terpedaya dengan umpan hadiah giveaway percuma. Taktik licik terbaharu keldai dadah itu, tak ramai yang sedar.
Pacuan empat roda itu berhenti di bahu jalan sebuah simpang yang rendang. Alamat rumah penerima hanya di hujung sana.
"Penerima bernama Qaisara, seorang gadis berusia 20 tahun dan sedang cuti semester. Empat digit terakhir kad pengenalan 6472. Mangsa tinggal berseorangan di rumah, sebab kawan-kawan lain dah balik kampung. So line clear kalau kau nak pecah rumah dia lepas dia terima bungkusan tu." Salman membacakan secebis maklumat sebelum Zack keluar kereta.
" Kacang je." Zack yang berjaket jeans itu tersengih lalu menutup pintu kereta kembali. Dia berlari anak ke seberang jalan sambil memerhatikan kiri dan kanan. Senyumannya tak lekang di wajah sejak meluahkan rasa pada awek Thailandnya semalam.
Salman hanya menunggu di dalam kereta. Skrin telefon dihidupkan semula dengan hati yang kosong. Anak mata hitam itu membaca kembali peti perbualan whats app. Hatinya sakit setiap kali Farah Ain mengelak untuk berjumpa dengan dia. Apa salah dia pada gadis itu?
Telefon pintar itu dilemparkan ke atas dashboard bersulam perasaan geram. Sakit di hatinya tak siapa yang tahu. Dia beria untuk mengenali gadis itu selama ini. Banyak masa yang dibazirkan untuk gadis itu juga. Alih-alih layanan yang diperoleh makin suram hari demi hari.
"Apa masalah kau perempuan? Kalau kau tak nak aku dari awal, cakap. " Salman meraup wajah kasar.
Dia tersandar di kerusi itu. Tangan kirinya cuba mencapai sesuatu dari ruang simpanan di pintu kereta. Hujung jarinya merasai sesuatu seakan buku nota kecil. Terus dia mengintai sudut itu. Lighter berjaya juga diambil untuk pekena sebarang rokok. Lama dia menahan giannya kerana tak mahu merokok di hadapan Ahmad selama ini.
Buku nota kecil itu turut dikeluarkan. Berkerutlah kening lelaki itu melihat buku nota bersaiz tak lebih dari tapak tangannya.
'Aisy'
Tulisan emas di atas kulit hitam buku itu cukup menarik perhatian dia. Niat untuk mengeluarkan sebatang rokok terbatal serta merta. Dia menyimpan kembali baik lighter atau kotak rokok.
"Aisy... Aisyah? " Tebak Salman. Hujung bibirnya terjungkit sedikit.
"Nama kau apa?"
"Aisyah. Boleh panggil Aisy."
"Macam nama aku. Tapi takpe, aku ada tugas untuk kau. Kau akan siapkan modul program kem bestari solat ni," kata Salman sedang matanya masih pada skrin komputer riba.
"Ta-tapi saya tak pandai."
"Kalau tak pandai, kenalah cuba. Barulah pandai," balas Salman sambil memandang gadis di hadapannya atas dan bawah. Raut wajah gadis yang sedikit cuak itu diperhatikannya.
"Abang Ash carilah orang lain yang dah berpengalaman," Aisyah tertunduk malu dipandang begitu.
"Panggil Ash je. Senang je benda ni. Bagi email kau, nanti aku hantar contoh aktiviti yang pernah team aku buat."
Tok Tok
Salman sedikit terkejut dengan kehadiran Zack. Dia menggeleng lalu memanjangkan tangan untuk membuka lock di bahagian tempat duduk pemandu.
"Apa dalam bungkusan tu?" soal Salman. Buku nota tadi masih di dalam genggaman.
Zack membuka bungkusan kertas itu berhati-hati bagi melihat isi dalamnya.
"Crack. 1 kg," khabar Zack.
"Oh. " Bentuk kokain yang mempunyai ketagihan paling teruk ialah crack. Crack Cocain ialah nama untuk sejenis kokain tulen yang bercampur baking powder.
Granules di sebalik plastik lut sinar itu menjadi tatapan dua pemuda berkenaan.
"Nanti aku set tempat pertemuan dengan geng Fang secepat mungkin," ujar Salman. Ini akan menjadi penghantaran terakhir buat mereka sebelum meneruskan plan untuk melarikan diri daripada cengkaman Mat Shah.
***
1 March
Tajuk: Muqaddimah
Oleh Ustaz Arif
Salman menjongketkan kening apabila Zack memanggil. Buku nota itu ditutup kembali.
"Aku nak pergi restoran Thailand tu jap. Kau nak apa-apa tak?" Pintu bilik terkuak sedikit, Zack pula sedang berpaling ke belakang menanti apa-apa pesanan rakan baiknya.
"Aku nak bihun tomyam ayam. Dalam tu letak santan sikit, extra pedas," bilang Salman. "Kau ni try hard awek tu hari-hari, dia pandang ke kau?"
"Aku ni slow-slow try dia. Tak boleh mendadak nanti dia lari pula. Jadi, sebab tu kena pergi hari-hari bagi tunjuk muka. Biar melekat masuk mimpi. Hahaha," Zack tersengih. Harum semerbak bilik itu gara-gara minyak wangi si Zack.
"Jangan balik lambat sangat." Zack ni kalau dah habis makan pun, dia masih ingin menyibuk di restoran itu. Sampailah tuan kedai nak tutup restoran, barulah dia pulang dan bawa balik makanan kepada Salman. Tahu-tahu makanan itu sudah sejuk.
Daun pintu bilik pun ditutup.
Salman tercari-cari buku tadi bagi menyambung pembacaan. Muka surat pertama dilihat lagi. Badannya mengiring ke kanan katil. Mata itu mula ralik membaca setiap patah yang ditulis doktor Aisyah.
Allah SWT mengangkat darjat orang beriman dan orang yang berilmu di antara kamu. Tiada perintah di dalam Al-Quran kepada Nabi untuk meminta ditambahkan sesuatu melainkan ilmu. Nabi bersabda mafhumnya menuntut ilmu itu fardhu ain yakni menuntut ilmu agama.
"Ayat hari tu..." bisik hati Salman.
Takwa bermaksud menunaikan segala perkara yang wajib dan meninggalkan segala yang haram. Sebaik-baik bekalan ialah takwa.
Bagaimana seseorang ingin menunaikan kewajipan jika dia tidak belajar apa yang diwajibkan ke atasnya secara menyeluruh?
Kita kena pastikan apa yang diwajibkan ke atas kita, apa kewajipan kita terhadap Allah SWT. Seseorang juga perlu belajar apa yang haram ke atasnya. Ada satu kadar agama yang wajib kita belajar.
Kening lelaki itu berkerut apabila helaian yang seterusnya kosong. Diselak hingga ke muka terakhir, masih tiada sebarang patah perkataan. Hairan.
Buku itu diletakkan ke tepi lalu telefon pintar di sebelah bantal diambil. Salman menggigit bibir bawahnya, berkira-kira mahu telefon si empunya buku atau tidak. Tetapi dia mahu tahu lagi, apa kadar agama yang dimaksudkan?
Hasrat hatinya dikuatkan untuk mendail. Telefon itu pun ditekupkan skrinnya pada telinga. Si teruna menanti dengan sabar bertemankan bunyi detikkan jam yang telah menunjukkan pukul 10.00 malam.
Lewat sangatkah untuk dia menelefon gadis itu?
"Assalamualaikum, kenapa Salman telefon saya malam-malam?" berdesup salam. Baru saja Salman nak membuka bicara. Lelaki itu tersenyum sendiri.
"Waalaikumsalam. Saya ada banyak benda nak tanya Aisyah sebenarya. Boleh ke? Ke Aisyah nak tidur dah?"
"Tak. Tanyalah."
Salman mengubah posisi baringan dan bingkas berdiri. Dia berlalu ke tingkap biliknya dengan beberapa langkah.
"Pertama, Aisyah kenal saya sebenarnya kan?" Kunci tingkap dibuka perlahan-lahan, dia menolak kaca tingkap dengan lengannya bagi mengambil angin luar.
"Kenal."
Mereka berdua pernah terlibat dalam program yang sama masa di universiti. Masa itu Salman berada di tahun satu, Aisyah pula masih sebagai pelajar asasi perubatan.
"Kedua... Buku nota Aisyah tertinggal dalam kereta saya. Buku nota kecil warna hitam. Saya ada baca isi dia tadi tanpa kebenaran. Sorry."
"Eh- Takpe. Saya tak kisah pun awak nak baca." Sepatah yang ditanya, sepatah juga Doktor Aisyah menjawab.
"Kenapa Aisyah salin sepatah-sepatah ayat ustaz tu?"
Mendengar pertanyaan itu, Aisyah Qomar pun menyepikan diri. Salman sedikit risau jika soalannya tersalah.
"Sebab nanti saya akan lupa."
"Lupa?"
"Kita kan manusia? Untuk mendapat keberkatan ilmu, kena bersungguh ketika menuntut. Ikat ilmu yang kita dapat supaya tak terlupa."
Salman mengangguk seolah gadis itu sedang melihatnya. "Apa yang Aisyah tulis nampak macam tak habis..."
"Saya guna buku yang lagi satu sebab besar sikit ruangan dia. Sebab tu separuh je yang tertulis." Nada suara gadis bermata hazel itu mula kendur tak segugup tadi.
"Apa maksud... Kadar ilmu agama?" Bentangan lebuh raya berlampu di hadapannya menjadi peneman perbualan. Salman masih ingin mengetahui lebih perihal itu.
"Ada satu kadar ilmu agama yang wajib kita pelajari sebagai seorang mukallaf. Yang paling asas dari aqidah, fardhu ain dan tasawwuf."
"Tapi... Kita kan dah belajar dekat sekolah?"
"Okay, saya nak tanya awak satu soalan."
"Soalan?" Salman sedikit berkerut.
"Kalau tangan kita terkena tahi cicak batal tak wuduk?"
"Entahlah. Batal la kot?" Hujung keningnya yang tidak gatal digaru.
"Salah. Tak batal. Awak cuma perlu basuh tangan awak. Nampak tak pentingnya untuk kita belajar asas ilmu fardhu ain?
Perkara yang membatalkan wuduk mengikut kitab bermazhab syafie yang saya belajar ada empat. Satu keluar sesuatu dari qubul atau dubur sama ada pepejal, cecair dan gas. Sama ada adat atau bukan adat... Kedua... "
Setiap kata bicara suara lembut itu menarik hatinya untuk mendengar lebih. Tak pernah ada orang terangkan sesungguh ini ketika bercerita tentang ilmu kepadanya.
Dia mula menjadi pendengar setia.
" Awak masih dengar lagi ke? "
" Ya. Habiskanlah apa Aisyah nak cakap."
"Dah habis dah. Kalau awak nak tahu lebih, datanglah ke kelas fardhu ain. Nanti saya hantar jadual kelas."
***
Next episode:
"Barang tu akan cukup kalau anak buah kau tak cuba tipu aku."
***
Terima kasih kerana masih membaca novel ini. Tinggalkan sebarang komen!
Jom kumpul komen dulu dekat bab ni wahai reader2 ;)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro