Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

4 | Bidadari

Bacaan surah ayat suci Al-Quran meniti di bibir pucatnya. Gadis bertudung litup itu membaca setiap baris sambil membelai anaknya yang telah terlelap di sebelah.

Bukaan pintu bilik disedarinya. Terus gadis itu menyudahkan ayat yang terakhir dan meletakkan naskhah Al-Quran di meja berdekatan. Dia mahu berdiri dengan menurunkan kaki namun suaminya cepat-cepat menghalang.

"Tak payah berdiri," larang Zack. Selalunya memang Najla akan berdiri menyambut kepulangan Zack. Gadis itu tidak akan duduk selagi Zack tidak berlabuh di katil. Begitulah rutin hariannya.

"Awak..." tegur Najla. Dia memegang bahu Zack yang sedang menghalang kakinya daripada diturunkan. "Janganlah duduk atas lantai, tak elok."

Layanan yang diberikan kepada Zack sebagai seorang suami adalah yang paling penting buat Najla.

"Awak baring balik," arah Zack. Wajah pucat Najla masih tidak berubah berbanding siang tadi.

Najla turuti sahaja permintaan suaminya. Gadis bertudung litup itu bersandar pada bahu katil kembali. Kakinya disimpuhkan tidak berlunjur ke arah Zack.

"Awak nak saya buat apa-apa?" Zack berdiri utuh di sebelah katil kamar tidur mereka. Zack dan wajah risaunya memang tak dapat dipisahkan. Dia ternanti-nanti jawapan dari bibir isteri tercinta. Pakaian pun belum ditukar lagi, tahu-tahu terpacak di tepi katil.

"Saya okay je la, awak." Najla tersenyum nipis. Dia hanya demam tetapi dilayan bagaikan puteri buat minggu itu. Ruangan kosong di sebelahnya ditepuk dengan harapan Zack akan bertenang.

"Awak ada rasa nak muntah ke... Perut masuk angin ke..." Lelaki itu duduk di birai katil. Hatinya tidak tenang selagi Najla tidak melelapkan mata.

Gadis Siam itu terhibur melihat keprihatinan Zack yang melampau-lampau. "Saya okay je, Yahaya," katanya sambil mengangguk. Dari tadi si isteri bersandar pada kepala katil sambil menunggu suaminya pulang dari kerja.

"Hm," Zack mengeluh kecil. Dia tertunduk sambil mengesat mata sendiri yang sudah mengantuk. "Kenapa awak tak tidur lagi? soalnya.

" Saya tunggu awak balik kerja," jawab Najla lembut.

"Awak sakit." Muram Zack. Dia selalu sahaja fikir yang bukan-bukan perihal Najla. Rasa risaunya menjadi-jadi walau Salman sudah menasihati.

"Saya sakit sikit je la," Najla memegang kekura tangan suaminya. Dia bersalaman dengan Zack lalu mengukir senyuman manis. "Saya minta maaf sebab buat awak risau."

Zack menarik nafas dalam dan memaksa diri untuk membalas senyuman itu. Najla kelihatan ayu di sebalik litupan tudung. Berikan dia emas dan permata, dia tetap akan memilih Najla sebagai bidadari. Najla terlalu baik buat dirinya. Dia tak mahu membiarkan gadis ini menanggung kesakitan.

"Awak sakit lagi bahagian rahim awak tu? Nak saya tuam?" Zack mengusap kekura tangan isterinya tanpa berlapik. Perbuatan itu membatalkan wuduk Najla.

"Dah kurang sikit. Mak tolong saya tadi masa awak pergi kerja. Jadi, awak jangan risau ya? Sekarang ni awak rehatlah. Nak saya ambil air?"

"Awak, tak payah. Saya boleh ambil sendiri," ujar Zack. Kehadiran Puan Asma ke rumahnya ada juga hikmah. Selain terpaksa menadah teguran, Zack dapat pergi ke restoran Thailand itu dengan hati yang tenteram tanpa perlu merisaukan keadaan Najla. Mujur, wanita tua itu ada di sisi.

Najla tersenyum hambar. Satu pekerjaan pun dia tak dapat lakukan buat Zack. Dia sedih jika berterusan terhalang daripada memanfaatkan diri untuk suami. "Saya minta maaf."

"Janganlah sedih. Sekarang ni awak rehat. Boleh tasmi' bacaan Al-Quran saya sementara belum pukul 12 malam lagi ni." Air wuduk Najla telah terbatal jadi biarlah dia yang pergi ke bilik air dan mengambil air sembahyang.

"Okay." Najla mengangguk akur. Zack setahun muda daripadanya, tak mudah juga untuk dia membuatkan Zack menuntut ilmu agama. Lelaki itu ada ego dan pendirian tersendiri.

Wajah Naufal yang sedang nyenyak tidur dipandang Najla. Anak soleh ini hasil perkahwinannya bersama lelaki itu. Lelaki asing yang tak pernah berputus asa mengejar cintanya.

Zack kembali duduk di birai katil dengan wajah yang tersisa air wuduk. Rasa mengantuk lelaki itu dibawa pergi apabila muka dialirkan dengan air. Al Quran di atas meja dicapainya. Dia bersila bertentangan dengan Najla di atas katil.

"Awak nak baca surah apa hari ni?"

"Saya... Nak sambung juzu' Ammar. Nanti awak baiki kalau saya salah," ujar Zack. Dari segi makhraj huruf dan hukum tajwid, dia masih merangkak. Hanya surah Al-fatihah dan Al-Ikhlas yang telah diperiksa dari segala aspek oleh ustaz di kelas fardhu Ain. Surah lain pula dia sentiasa membaiki dengan bantuan Najla.

Tahun ini tahun ketiga mereka bersama. Sepanjang itu jugalah Zack hanya membacakan surah lazim ketika mengimamkan Najla. Surah itu ialah surah yang dibaca sempurna tanpa apa-apa kesalahan yang telah dibacakan kepada mereka yang arif soal ilmu itu. Najla tidak pernah sedikit pun merendahkan suaminya, kerana membaca surah yang pendek tetapi sempurna makhrajnya itu lebih afdhal daripada membaca surah yang panjang dan banyak kesalahan ketika solat.

"Boleh, bacalah. Lepas ni kita tidur." Najla tersenyum gembira. Masih ada yang boleh dia manfaatkan kepada suami. Rasa bersyukur di hati sentiasa ada buat Najla meskipun doktor mengkhabarkan dia akan menjalani pembedahan tidak lama lagi.

***

Aisyah melihat pantulaan wajahnya pada satah cermin tandas. Dia mengesat sisa basuhan bibirnya dengan belakang tapak tangan. Gadis itu tercungap-cungap kepenatan setelah memuntahkan segala isi perut. Singki dipaut untuk menguatkan tubuh beberapa detik. Kepalanya terasa berpinar-pinar akibat perut yang kosong sejak pagi.

Hati Aisyah berbelah bahagi untuk membuka puasa mengenangkan lagi empat hari nazarnya akan dilunaskan. Hari ini ialah hari yang ke 96 puasa nazarnya buat Firdaus dan Jannah.

Aisyah menarik nafas dalam lalu masuk ke dalam bilik rawatannya kembali. Rasa lemah itu cuba dibuang jauh-jauh. Dia perlu kuat. Hanya beberapa jam sahaja lagi untuk waktu berbuka.

Sepanjang Aisyah ke tandas tadi, telah ada seorang pesakit yang menantinya di bilik itu. Seorang lelaki yang ralik bermain telefon pintar dilihat Aisyah. Doktor itu berlabuh di kerusi dengan segera.

"Maaf, encik dah lama ke menunggu?" Aisyah mula rasa bersalah.

"Tak juga, Aisyah." Lelaki itu mengangkat wajah sambil mengulungkan senyuman manis buat wanita yang pernah dia cuba untuk berkenalan beberapa tahun yang lalu.

Aisyah terkedu. Rasa mual yang ada makin membuatkan jantungnya berdegup laju. Raut wajah lelaki itu mendiamkan Aisyah Qomar.

"Kenapa terkejut?" Lelaki itu menongkatkan dagu. Hebat sangatkah kehadirannya sampaikan Aisyah terhilang kata-kata? Dia memandang ke dalam anak mara hazel gadis itu

"Apa yang awak nak?" soal Aisyah seraya mengalihkan pandangan.

"Well, I sakit. Logiklah kan nak jumpa doktor?" Fadzli meletakkan telefon pintarnya ke atas meja. Dia mengangkat bahu tanda tidak bersalah.

"Sakit apa?"

"Garangnya doktor ni mentang-mentang dah kahwin. Tak jemput I pula tu."

Keberadaan Fadzli di situ tidak menyenangkan Aisyah. Lelaki di hadapannya inilah yang telah membawa lari duit Mikhail. Sudahlah menyeleweng, lepas itu kesnya menang di mahkamah. Akibatnya, Mikhail pula kena bayar sejumlah wang yang besar.

" Encik Fadzli, awak sakit apa?" Aisyah mengawal nada suaranya.

"Rasa macam nak demam. Check lah dulu." Lelaki itu memeriksa dahi sendiri dengan belakang telapak tangan.

Fadzli tahu bahawa Aisyah tidak akan menolak kerana gadis ini mampu mengetepikan soal peribadi dari kerjaya. Dia membiarkan diri diperiksa Aisyah. Bacaan suhunya diambil kemudian Aisyah mahu melihat pula kalau-kalau ada radang pada tonsil anak tekaknya. Sepanjang Aisyah melakukan pemeriksaan, Fadzli tersenyum.

"Demam, kan?" soal Fadzli. Nadanya sengaja mahu bersarkastik.

"Ya," jawab Aisyah acuh tidak acuh.

"You kahwin dengan Salman, ya?"

Aisyah menyudahkan laporan di atas kertas yang tertera nama Fadzli. Simptom-simptom ditulis agar nanti ahli farmasi mudah untuk memberikan ubat yang sesuai. Soalan Fadzli diabaikan sahaja.

"Kecilnya dunia ni. Tapi serius la lelaki macam tu pun you boleh selera?" Fadzli menggeleng hairan.

Kata-kata Fadzli kedengaran agak melampau. Nyata lelaki itu sedang memperlekehkan suaminya.

"Awak ada masalah ke dengan suami saya? Kalau ada masalah, pergi selesaikan baik-baik dengan dia." Senyuman manis dibuat-buat Aisyah. Kertas itu dihulurkan pada pesakitnya dengan jelingan mata.

"You tahu tak dia tu siapa? Ada nampak apa-apa tatu dekat badan dia?"

Soalan Fadzli bukanlah tin kosong. Dia ada sesuatu yang tidak diketahui oleh Aisyah. Tatu di belakang badan Salman, Aisyah tahu itu. Rupanya seperti kala jengking hitam. Namun, dia tidak pernah bertanya pada Salman dan Salman juga tidak membuka mulut.

Riak wajah Aisyah membuatkan Fadzli simpati. "Tak tahu? I boleh beritahu."

"Awak nak apa sebenarnya?" tegas Aisyah.

"Nak beritahu je. Salman tu bukannya baik mana pun. Budak kecil tu... Dah jadi anak angkat dia? Wau, hebat," kagum Fadzli sendiri. Dia mengusap dagunya sambil memencilkan mata. Sayang sekali Aisyah sudah bergelar isteri orang. Tak bolehlah dia cuba memancing Aisyah lagi, silap hari bulan tumbukan Salman memakan wajahnya.

"Kenapa awak sibuk nak tahu hal keluarga saya? Keluarlah Fadzli, ramai lagi pesakit lain nak masuk bilik ni," geram Aisyah.

"Sebab... Hm, takpelah. Doktor yang elok macam ni boleh tertarik dengan seorang kaki dadah. Salman bagi you dadah ke sampai boleh melekat dengan dia? Atau... Dia dah perkosa kau dan buat kau kahwin dengan dia? Aku tak boleh brain kau kahwin dengan lelaki macam tu. Kau ada sebab munasabah tak? "Riak wajah menjengkelkan Fadzli menyakitkan hati Aisyah. Setiap kata-kata doktor lelaki itu menghiris perasaan Aisyah Qomar.

" Tolong, keluar," suara Aisyah kedengaran serak. Dia sedang menahan tangisan dari terhambur keluar. Lantunan balasan kata Fadzli tidak mahu didengar lebih lanjut.

" Takde jawapan? Mungkin betul apa sangkaan aku. Sampah masyarakat macam dia pun kau terima. Tapi kenapa orang yang lagi mulia macam aku kau tak nak terima pula? Sebab aku terlalu baik untuk kau? Oh ya... Taste kau ni macam bad boy. Betul-betul jahat lelaki yang kau buat suami ni."

" Keluar, Encik Fadzli. Urusan kita dah selesai. "

Dia telah berjaya menghangatkan keadaan. Syabas, Fadzli. Mata merah Aisyah sedang menjelingnya tajam.

Fadzli bingkas berdiri. "Mungkin aku kena belajar dari Salman cara-cara nak tackle hati perempuan. Penat juga menduda ni. I cuma nak nasihatkan you, jaga anak baik-baik. Jangan sampai dorang pun jadi kaki dadah macam suami kau." Perkataan 'kau' sengaja ditekan Fadzli ketika menunding jari ke arah Aisyah.

Lelaki itu melambai kecil sebelum beredar dan meninggalkan Aisyah dalam keadaan yang mungkin sudah capai tahap yang diingininya.

Tap tap

Aisyah menekur riba sendiri. Baju kurungnya menjadi tadahan linangan air mara. Ketika Fadzli merendahkan Salman tadi, hatinya turut menerima torehan. Tiada sesiapa boleh memperlekehkan Salman Firash di hadapan Aisyah.

Dia menyeka air mata.

Rasa mual tadi datang kembali. Matanya berair memahan kesakitan. Aisyah tahu perutnya sudah tiada apa-apa untuk dimuntahkan melainkan kandungan kantung perut. Dia mempercepatkan langkah ke tandas lalu meluahkan isi perut. Tekaknya sakit.

Hendak diteruskan puasanya bagaikan mustahil saat itu. Lehernya diusap perlahan lalu dia terduduk lemah di bangku ruang rehat dalam tandas itu. Tudung bawal yang tersarung ditanggalkan Aisyah agar kepalanya berkurang denyutan. Dia bersandar pada dinding buat seketika. Kipas siling tandas membenarkan pengudaraan yang baik. Matanya terpejam rapat.

Hanya Salman yang bermain di fikiran. Senyuman lelaki itu menemaninya. Badan Aisyah terasa begitu lemah.

***

vote x komen

***
Zack & Najla
Salman & Aisyah

Semoga mereka baik-baik sahaja.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro