Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

28| Koma

Baju jururawat putih yang tersarung pada tubuh dikerling. Mia menarik hujung baju di pinggang kedua-duanya lalu dia melihat imej yang terpantul pada cermin tandas. Bajunya sudah mulai ketat. Wajahnya juga kelihatan lain. Kusam pun ada.

Bibir gadis muda itu mengoyak senyuman nipis. Perutnya diusap lembut sebelum keluar dari tandas.

Dia melangkah ke kaunter pendaftaran dan duduk di situ bagi menjaga keluar masuk pesakit yang datang. Baju di perutnya dibetulkan dahulu.

Perut itu sudah mula membesar dengan kandungan lima bulan. Mia masih tak biasa dengan kandungannya. Banyak perkara baharu yang dia tidak tahu, lagi-lagi bila hidup sendiri di dalam rumah.

"Mia ni isteri Fadzli yang doktor pakar tu, kan?" seorang jururawat senior di sebelahnya menegur.

"Ya, Doktor Fadzli," angguk Mia. "Kak Liza kenal ke dia?" soal Mia polos.

"Kenal sangat. Dulu dia selalu datang sini. Sebelum ni pun akak pernah bekerja sekali dengan dia," jawab Kak Liza beserta senyuman. Perut Mia ditepuk perlahan. Semua orang sangat baik padanya nak-nak lagi bila tahu dia telah mengandung sebulan yang lalu.

"Em, akak kenal isteri pertama dia?"

"Puteri Amirah, dia pun budak yang baik. Dia selalu bersembang dengan Kak Liza."

Mia jadi panasaran untuk mengetahui tentang isteri pertama suaminya. Dia langsung tidak tahu perihal Amirah sebelum ni. Nak harapkan Fadzli cerita, kalau ditanya nanti kena marah ada lah.

" Kak Mira doktor juga ke?" tebak Mia. Sementara orang tidak ramai, bolehlah dia berbual dengan Kak Liza ini.

" Mana ada. Dia cuma budak kampung je."

"Oh, ya?" Mia sedikit terkejut. Disangkakan Fadzli mempunyai cita rasa yang tinggi dalam memilih isteri hingga dirinya pun dipandang sebelah mata.

"Ya. Mira cuma kerja biasa-biasa. Dia berhenti kerja bila kahwin dengan Fadzli. Dia bunting pelamin, Fadzli pun sayang sangat dekat isteri dia. Biasalah orang baru kahwin, kan?"

Gadis itu tersenyum nipis mendengar. Pandangannya jatuh pada perut sendiri. Dia takut untuk memberitahu Fadzli tentang janin ini. Entah lelaki itu mahu terima atau tidak anak dengannya.

"Itu yang kak Liza tengok Mia, teringat dekat Mira. Sebab Fadzli ni memang suka pilih orang biasa-biasa je untuk buat isteri. Tapi... Mira dah takde. Yang ada sekarang ni ialah Mia, satu-satunya isteri doktor Fadzli." Kekura tangan Mia disentuh Kak Liza.

"Kak Liza rasa... Fadzli kahwin dengan saya sebab cinta ke?" sayup sahaja soalan jururawat muda itu.

"Mungkin. Dalam ramai-ramai orang, dia pilih Mia. Mesti ada sesuatu yang istimewa dalam diri Mia untuk dia," jawab Kak Liza.

"Atau sebab Mia ni sekadar pengganti kak Mira?" Kadang-kadang dia juga jadi sedih. Adakah Fadzli hanya mahu melepaskan rindu pada dia, selepas itu pergi seperti tiada apa yang berlaku? Tubuh sahaja yang bersama tetapi hati masih pada Amirah.

"Mia tanyalah sendiri pada suami Mia nanti. Kak Liza tak tahu soal hati dan perasaan orang ni. Mia jangan sedih, kuat ya untuk baby dan Fadzli?"

Mia menjatuhkan kepalanya sekali. Dia mengesat tubir mata apabila ada seorang pesakit datang ke kaunter. Sebelah tangan masih mengusap perut di bawa meja. Degupan nadinya kuat dirasai.

***

Buku surah yassin diletakkan ke atas meja. Selesai sudah bacaan ayat suci Al-Quran untuk suaminya buat hari ini.

" Hari ni anak kita dah lima bulan, abang," bisik Mia. Kepalanya direhatkan di sebelah bantal Fadzli lalu dia mengusap rahang lelaki itu yang ditumbuhi jambang. Kelopak mata suaminya kekal terpejam. Telah terpejam selama lima bulan, selama itulah benih Fadzli di dalam rahim Mia bercambah sihat.

Telapak tangan Fadzli ditarik dan dilekapkan pada perutnya sendiri.

"Besar, kan?" Mia teruja dengan perut kecilnya. Badannya kecil, tak mampu menanggung perut yang sedang memboyot itu. Ada satu nyawa di dalam itu untuk dia dan Fadzli. Mata luas Mia terbentuk sepet kerana senyuman gembira bersulam teruja. Telapak tangan Fadzli digerakkan mengusap kawasan pusatnya.

Pejam celik, janin itu memenuhi ruangan perutnya. Doktor kata, bayi mereka sihat dan kuat.

"Abang cepatlah bangun dari koma. Mia dan baby sentiasa tunggu abang. Princess dah takde. Allah gantikan dengan anak yang lain. Mia harap abang terima anak ni sepenuh hati abang." Sisi pipi suaminya dikucup lembut.

Mahligai cinta yang dibina, harungi bersama.

Tangan itu diletakkan kembali ke atas perut suaminya. Mia gemar habiskan masa di sini berbanding di rumah seorang diri. Di sini, Fadzli ada menanti selepas pulang dari kerja di klinik Aisyah.

" Semalam kan... Mia muntah tiga kali. Tapi Mia okay je," khabar Mia. Wajah Fadzli ditatap cinta. Dengan duit insurans nyawa, kos perubatan Fadzli dapat ditanggung penuh.

"Mia rindu nak abang peluk Mia dari belakang. Walaupun Mia tak biasa sangat," senyum Mia. Wajahnya semakin dekat dengan kepala Fadzli. Meski raut wajah suaminya telah ditarik seri kerana sakit, cinta Mia tetap mekar.

Air matanya berguguran.

"Tapi, lepas ni abang dah tak boleh buat macam tu... Sebab..."

Terasa tangan Fadzli di sisinya bergerak. Mata Mia membulat besar. Dia segera menekan butang berdekatan katil bagi memanggil doktor.

"Abang?" panggil Mia perlahan. Tangan Fadzli yang tadi telah berhenti bergerak.

"Abang?" Mia masih menanti dengan sabar. Yakin gerakan tadi adalah dari lelaki itu dengan kudrat sendiri.

Kelopak mata yang sudah lama didoakan untuk terbuka.

Air matanya jatuh.

Doktor dan jururawat bergegas datang ke bilik Fadzli.

Senyuman Mia mengoyak bersyukur.

Fadzli telah membuka mata.

Mia menapak ke belakang apabila suaminya sedang diperiksa doktor. Tangan memeluk perut sendiri, hanya mampu menangis dalam senyuman.

Fadzli bertindak melawan doktor itu apabila merasakan kakinya tak dapat digerakkan lagi. Tangan doktor ditepisnya. Di kelihatan sangat terpinga-pinga. Sampaikan branula di tangan pun dicabut dengan sendiri. Habis berdarah kekura tangan lelaki itu.

"Abang..." bisik Mia.

Lelaki itu telah koma selama lima bulan. Sedarnya dia pada hari ini namun doktor telah mengikat kedua-dua tangannya agar tidak melawan sepanjang pemeriksaan.

"Lepaslah!" jerkah Fadzli. Hati Mia sayu melihat keadaan suami meronta di atas katil itu.

"Siapa kau ni?" Fadzli menggeleng berkali-kali apabila doktor itu ingin memeriksa tindak balasnya terhadap cahaya.

"Mana Mia?" Lelaki itu memanggil satu nama. Jahitan tersemat pada tempurung kepala telah menyembuh. Tekanan darahnya sahaja masih lemah.

Mia tersentak.

Bukan Mira yang disebut?

Mia melangkah perlahan-lahan mendekati katil itu. Air matanya galak mengalir. Beg sandangnya jatuh mencium lantai.

"Mia?" panggil Fadzli. Matanya dapat menangkap satu raut disebalik jururawat.

"Ya, abang," jawab Mia. Senyumannya terketar-ketar. Dia turun mendakap kepala suaminya.

"Mia, abang takut," adu Fadzli seperti anak kecil. Semua wajah tidak dikenali melainkan satu iaitu Mia. Rasa takutnya berkurangan tatkala Mia mengusap wajahnya. Fadzli tidak suka orang lain ada di situ, hanya mahu berdua dengan isterinya.

"Puan," panggil doktor di sebelah.

"Ya." Mia berdiri tegak.

"Suami puan dah sedar dari koma. Tapi mungkin dia akan alami amnesia sama ada hingga ingatan dia pulih atau selamanya atas sebab berlakunya trauma pada otak dia. Kami berikan ubat penenang dahulu buat masa ni untuk dia berehat. Nanti ikatan tangan dia, jururawat akan buka balik," maklum doktor itu lalu beransur pergi.

Pandangan Mia jatuh pada wajah Fadzli. Suaminya tidak melawan jururawat yang berdekatan kerana telah disuntik dengan sesuatu, mengalir ke dalam pembuluh darah. Lelaki itu membalas pandangan Mia dengan kerdipan mata yang semakin layu.

" Mia..." bisik Fadzli. Matanya berkaca melihat raut wajah Mia. "Jangan tinggal abang."

Mia meraih tangan suaminya. "Abang rasa sakit?"

Fadzli mengangguk. "Abang takut. Kaki abang tak boleh gerak dah. Apa doktor tu buat dekat abang?" soalnya. Dia masih cuba untuk mengangkat kaki sendiri.

"Doktor tu tak buat apa-apa. Dia nak rawat abang je." Kekura tangan lelaki itu diciumnya sayang, disalam setelah sekian mati.

Selamat pulang, abang.

Fadzli telah membuka mata. Sebelum ini, Mia terketar-ketar ingin menjatuhkan keizinan pembedahan otak Fadzli. Risikonya terlalu tinggi. Fadzli mungkin maut dalam pembedahan itu.

"Kenapa dengan abang?" Fadzli benar-benar tidak mengingati apa-apa melainkan memorinya bersama Mia pada malam itu. Celik mata sahaja dia dikerumuni doktor, ingatannya terbatas.

"Abang kemalangan kereta. Tak apa, abang dah sihat dah. Jangan risau," pujuk Mia lembut. Senyuman tak lekang di bibir untuk melayan Fadzli yang seperti anak kecil ini. Tautan mata menghadirkan rasa berdebar di dalam hati.

Linangan air mata Fadzli menyapa Mia tiba-tiba.

"Abang cacat," bisiknya dengan mata yang terpejam kecewa. Gagal menggerakkan kaki sendiri walaupun sedikit. Hentakan pada tulang belakangnya telah memutuskan fungsi kedua belah kaki. Kakinya ada, namun telah lumpuh ibarat tiada kaki.

"Abang cacat. Mia keluar... Tinggalkan abang. Jangan layan orang cacat macam abang," lirihnya. Matanya masih menangis dengan nasib hidup sendiri. Dia menolak tubuh isterinya agar menjauh. Tolakan itu jatuh pada perut Mia yang telah memboyot ke depan di sebalik sehelai baju.

"Mia-," Fadzli terkelu. Perut Mia tak seperti selalu.

Dibiarkan linangan air mata itu mengalir. Mia kekal di sebelah Fadzli dan mendakapnya erat menyalurkan kekuatan. Di bahu Mia, Fadzli meredakan tangisan sendiri. Tangannya masih boleh digerakkan. Perlahan-lahan diangkat.

Dengan kedua belah tangan, dia membalas pelukan Mia. Didakap erat. Tubuh isterinya terasa sudah berisi, bukan lagi kurus seperti dahulu.

"Mia ada," bisik Mia. "Mia akan setia dengan abang walau apa pun yang berlaku. Mia akan jadi isteri abang selamanya."

Hangat tubuh berbalas. Begitu juga dengan cinta. Bukti cinta mereka ada di dalam rahim gadis itu. Meskipun dahulu nama Amirah yang disebut, kini Mia sahaja yang diingati lelaki itu.

Mia tidak sedar Fadzli sedang mengusap perutnya. Wajahnya memerah malu. Tangan kasar itu sedang membelai nyawa mereka. Gadis itu mengangkat wajah, pandangan mereka pun bertaut sekali lagi.

"Bila Mia mengandung?" Sebuah kejutan buat lelaki yang baru sedar dari koma yang panjang.

"Sejak Mia bercinta dengan abang," balas Mia.

Jawapan itu mendiamkan Fadzli.

Mia memberikan pelukan hingga ubat itu merangsang Fadzli sepenuhnya. Suaminya terkedip-kedip memandang sebelum terlelap dengan sendiri.

Pelukan dilepaskan perlahan-lahan. Satu kucupan berlabuh pada dahi sang suami.

Sejujurnya, Mia takut jika nanti Fadzli memiliki kembali segala ingatan yang buruk. Apatah lagi ingatan yang mahu mengugurkan anak mereka.

Lima bulan benih Fadzli tinggal di dalam rahim itu. Lagi empat bulan, anak mereka akan lahir ke dunia.

***
votexkomen
***
Pilihanku, selamanya :)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro