Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

26 | Cinta II

Dialah kekasih penyeri hidupku
Dia yang ku rindu setulus di kalbu
Dari belai jiwa titis air mata
Dia anugerah Tuhan Maha Esa

Mata hitamnya tidak berkelip memenungkan jubin lantai hospital. Kerdipan mata mengizinkan butir mutiara jernih jatuh dari takungan.

Perut kempis miliknya diusap kosong. Entah berisi atau tidak, dia pun tidak tahu.

Mahligai cinta yang dibina
Harungi bersama
Penuh onak ranjau berduri
Disulam jernih kesabaran

"Aku terima nikahnya Nik Damia Antasha binti Nik Zawawi dengan mas kahwin RM1000 tunai." Wajah Fadzli tersenyum kepada Mia apabila dia selesai melafazkan ijab dan kabul. Mata dikenyitkan sebelah hingga Mia tertunduk malu.

Wajah gadis itu berasa panas memerah. Dia tersenyum kecil menghilangkan gugup di hati. Berkahwin dengan seorang duda adalah perkara yang sangat asing di kalangan gadis seusianya. Dia pula telah memilih Fadzli dengan hati yang terbuka. Ibu bapanya hanyalah orang kampung, dia punyai enam orang adik dibawahnya yang masih kecil. Pilihan untuk mengahwini Fadzli adalah amat ditentang kedua ibu bapanya.

Lelaki kacak itu hadir menyarungkan sebentuk cincin emas putih kepadanya. Kelihatan lelaki itu sudah biasa untuk berakad nikah, tiada gugup langsung di hati. Deretan hantaran berbalut kain merah hati ada di belah sana. Dari Fadzli untuknya.

Hari ini dia sah bergelar seorang isteri crush sendiri.

Orang ramai yang berlalu lalang di hadapan Mia dipandang sepi. Ada yang mengerling gadis itu sesekali. Cincin di tangannya ditatap pula. Indah pada pandangan mata tetapi Fadzli tidak menyukai dia mengaku sebagai isteri buat doktor pakar itu. Mungkin Fadzli malu kahwini gadis miskin seperti dia.

Tika diriku kepayahan
Dia beri harapan
Kembali bersinar bahagia

"Mulai hari ni, you akan duduk dalam rumah besar ni. Bilik you ada dekat sana, dekat dengan dapur." Fadzli memaksudkan bilik orang gaji yang berhabuk itu.

"Apa?" Mia berkerut tidak mengerti. Kenapa biliknya berasingan? Bagasi ditarik dekat pada kaki. Memang rumah itu sangat besar buat gadis kerdil seperti dirinya.

"Yes, you tak akan tidur dengan I dalam bilik yang sama. Beri I masa untuk terima sesiapa dalam hidup I."

"Abang-"

"Jangan panggil I 'abang'. Panggil I, 'doktor'. Tak kisah dekat luar ke dekat rumah ke, kekalkan panggilan tu. You akan jaga anak I, bilik anak I ada dekat dengan bilik you."

Mia terkilan. Dia tidak sempat untuk memintas apa-apa, arahan telah keluar tak ubah seperti di hospital.

" Baju pun... Pakai baju jururawat dalam rumah ni supaya you tahu siapa you dalam rumah ni," tambah Fadzli. Mia dilihat atas dan bawah sebelum dia menggeleng.

"Doktor, saya kan isteri doktor?"

"Isteri atas kertas. Bukan dalam hati I. Apa yang you nak, you boleh minta. Tapi jangan minta hati I, sebab hati ni cuma ada satu nama."

Mata Mia mula berkaca. Dia masih tidak faham. Baru siang tadi mereka diakad nikahkan. Baru siang tadi Fadzli menyentuh tangannya. Doktor pakar itu telah berubah menjadi orang lain.

" Jangan menangis. I dah bayarkan kos perubatan ayah you. Harap you balas balik budi I dengan jaga kebajikan makan minum I dan anak I," ujar Fadzli sebelum beredar ke bilik atas.

Air mata segera dikesat Mia. Dia cuba mengukirkan senyuman pahit. Perlahan-lahan mengheret bagasinya ke bilik yang dimaksudkan Fadzli. Apabila lampu di buka, dalamnya penuh dengan habuk dan sawang. Bilik yang tidak berpenghuni ini akan menjadi kamar tidur Mia.

23 tahun dan sudah menjadi isteri kepada duda anak satu.

Mia mula membersihkan bilik tidur itu. Cuma menyedapkan hati sendiri berkali-kali.

Tidak mengapa, di sini dia tidak perlu membayar sewa rumah. Suaminya yang akan sediakan segalanya.

Daripada bersawang, hinggalah bersih tanpa secebis habuk Mia bersihkan. Peluh yang merenik pada dahi dibiarkan kering. Tangannya kotor akibat mengalihkan segala almari dan katil berseorangan.

Bahagian bawahnya yang sakit membuatkan dia terduduk. Penyapu terlepas begitu sahaja.

Sakit. Air matanya jatuh.

"Mia, I nak keluar ni." Fadzli hadir ke hadapan pintu bilik Mia. Dia terkejut melihat isterinya sedang mengerang kesakitan.

"You, kenapa ni?" Risau Fadzli.

"Sakit..."

"You angkat almari ni sorang-sorang ke?" Fadzli terkejut melihat almari pakaian telah teralih sedikit. Dia mencempung tubuh isterinya tanpa berfikir panjang. Tekanan kuat akan menyebabkan rahim gadis itu jatuh atau orang panggil peranakan jatuh.

Dibaringkan tubuh Mia di atas katil bilik tetamu yang bersih. Dia membuat pemeriksaan terlebih dahulu ke atas isterinya. Memang benar peranakan isterinya telah jatuh akibat mengangkat almari tadi.

Mia melinangkan air mata. Dia tidak tahu perkara begini akan terjadi. Ditahan rasa sakit tadi seorang diri.

"Jangan menangis, ni kalau tak teruk boleh baik dengan sendiri," kata Fadzli. "I boleh hantar you pergi spa."

Mia menggeleng.

Doktor itu berfikir seketika. Dalam kira-kira keadaan rahim isterinya telah jatuh melepasi peringkat awal. "Kita pergi hospital lah," putusnya.

Gadis itu mengangguk setuju. Dia mahu bangun dan berjalan. Sakitnya ketika melangkah. Mia memejamkan mata.

Apabila dicelikkan, tubuhnya telah dicempung suaminya.

"Jangan menangis. Ni perkara biasalah kalau perempuan angkat benda berat. Rasanyalah...," Fadzli tersengih. Mana ada biasa sebenarnya. Perkara itu jika dibuat main boleh menyukarkan kehamilan wanita.

Mia diam dan bersandar pada dada Fadzli. Bahagian rahimnya ditekan agar hilang kesakitan.

" You rasa tak bila tekan dekat bahagian pusat?"

Mia menggeleng. Tiada rasa denyutan.

"Tu maksudnya rahim you dah jatuh. I ada kawan pakar sakit puan. Jadi you tak payah risau."

Kata-kata Fadzli menenangkan hati Mia. Fadzli masih risaukan kesihatan dirinya walaupun dia hanyalah isteri di atas kertas.

Ibu jarinya menekan kawasan di bawah pusat yang terlapik dengan baju tshirtnya. Ada denyutan di situ. Air mata Mia menitis jatuh.

Sudah berjam-jam dia menunggu di ruangan itu. Tiada pun jururawat yang memanggilnya.

"Mia kena kuat untuk abang Fadzli," getus hati kecil Mia. Dia perlu teruskan menunggu hingga pembedahan itu selesai.

Cinta dia lafaz tercipta
Akan ku pimpin tangannya
Hingga sampai ke syurga

"Doktor, ni hadiah dari saya. Semperna hari jadi doktor," Mia tertunduk malu. Hadiahnya tidaklah seberapa. Cuma sebiji kek coklat cheese hasil air tangan sendiri.

"Oh, you pandai baking?" Fadzli kagum. Dia dijemput gadis itu tika pulang ke rumah.

"Ya. Doktor makanlah sepotong. Saya gembira sangat kalau doktor makan," senyum Mia. Mood Fadzli kelihatan baik hari ini. Lelaki itu melonggarkan tali leher lalu duduk di bangku kaunter dapur.

Sebiji kek 1kg terhidang di atas meja. Fadzli membaca ucapan yang tertulis.

'Selamat Hari Lahir yang ke-33 Dr. Fadzli'

Lelaki itu mengoyak senyuman. Masih ada yang memanggilnya doktor padahal dia sudah tidak bekerja di hospital. Dia hanyalah seorang doktor di pusat rawatan swasta selepas meletak jawatan sebagai doktor di dalam sindiket gelap. Di pusat rawatan, tak ramai yang mahu menyapanya.

"Doktor nak potong?" soal Mia.

"You potongkanlah. I takut tersalah potong pula." Fadzli menongkat dagunya. Perutnya sudah lapar, juga tiada mereka di pusat rawatan yang mahu mengajak dia keluar makan. Dia tidak punyai kawan.

"Okay," akur Mia. Senyumannya tak pernah lekang. Sepotong kek dihidangkan ke atas pinggan kaca. Garfu kecil diletakkan bersebelahan.

"You tahu, I memang chocolate lover. Macam mana you boleh tahu makanan kegemaran I?" Satu suapan kek dimasuk ke dalam mulut. Liurnya kecur. Memang enak gabungan dark chocolate dan milk chocolate. Rasa manisnya seimbang. Mata doktor itu mengerling tong sampah, ternyata bahan coklatnya adalah dari yang berjenama. Patutlah sedap.

" Doktor kan crush saya?" Mia malu untuk memberitahu. Sebelum kahwin memang dia peminat utama doktor pakar itu.

"I see.... Kek ni sedaplah. I suka. Nanti you buatlah lagi. Tapi jangan buat sampai 1kg, I pun tak habis makan sorang-sorang." Fadzli menikmati kek air tangan isterinya. Dia menguyah dengan cermat, memang lelaki itu pandai menghargai rasa coklat.

"Maaf, doktor. Saya cuma tahu resepi untuk 1kg. Tak pernah lagi cuba buat yang adunan kecil," jujur Mia. Dia utuh berdiri di sebelah meja kaunter. Penat lelah bertukang di dapur terbalas.

Habis sepotong kek Fadzli nikmati.

"You boleh simpan dua tiga potong untuk I. The rest ni... You bawa pergi kolej. Berikan dekat kawan-kawan jururawat you. Esok hari last belajar, kan?"

"Doktor tahu?" Mia mula rasa dirinya dihargai meski Fadzli tak pernah menyentuhnya.

"Yes, I knew it. You kan bawah jagaan I. I tahulah bila kena bayar yuran, bila cuti semester." Doktor itu bingkas berdiri, bibirnya dilap dengan tisu meja.

"Terima kasih, Mia. I really enjoy the cake," ujar Fadzli tika berdiri di hadapan isterinya.

"Happy birthday," balas Mia.

"Thank you." Lelaki tinggi lampai itu berlalu pergi begitu sahaja. Perlahan-lahan Mia cuba mencari cinta suaminya. Tidak mengapa jika tidak berbuah sekarang ini.

Dia cinta demi setia
Biarpun dunia yang berbeza
Tuhan kurniakan

Mahligai cinta yang dibina
Harungi bersama
Penuh onak ranjau berduri
Disulam jernih kesabaran

Tika nama Mia dipanggil, bulu romanya menegak. Jantungnya berdetak selaju mungkin. Langkah harus dipercepatkan bagi berjumpa dengan doktor bedah di dalam ruang legar dewan bedah.

"Isteri Fadzli ya?"

Gadis itu mengangguk kecil.

Terlalu takut untuk mengetahui hasil pembedahan.

"Kami berjaya keluarkan darah beku daripada otak pesakit. Tempurung kepala dia dah disatukan balik. Alhamdulillah, pesakit menunjukkan tanda-tanda yang baik. Dia akan kekal dalam bilik ICU hingga dos ubat pelali hilang," senyum doktor itu.

Dia cinta demi setia
Biarpun dunia yang berbeza

Tuhan kurniakanlah cinta
Dia yang mencintai-Mu
Kerana dia adalah
Pilihan-Mu untukku selamanya

Air mata Mia mengalir lagi. Tangannya naik ke mulut, hatinya bercampur baur dengan perasaan.

Doktor pakar bedah wanita itu mengusap bahu Mia. Dia menarik tubuh Mia ke dalam dakapan bagi menyalurkan kekuatan buat gadis muda ini. Pembedahan neurologi Fadzli telah berjalan lancar bagi membuang darah beku di bahagian kanan kepala.

"Suami puan perlu berehat. Kami pindahkan dia ke bilik ICU," ujar doktor itu.

"Terima kasih, doktor." Dikucup kekura tangan doktor itu dengan segaris senyuman.

Air mata dikesat segera. Dia harus kuat buat Fadzli. Mia kuat meskipun telah kehilangan anak tirinya pada malam semalam.

Tak siapa pun sedar tika Puteri didatangi sawan dalam kesejukan hujan. Segalanya tidak terjangka. Anak Fadzli telah pulang ke rahmatullah malam itu juga.

Mia terketar-ketar tersenyum. Dia menyentuh bilahan cermin kaca lutsinar yang mengizinkan mata bagi melihat suami di atas katil sana.

Tubuh Fadzli berselirat dengan wayar di badannya yang tak berbaju. Kepala suaminya telah dibotakkan bagi pembedahan tadi. Jahitan seperti bulan sabit tersemi pada kanan kepalanya.

Fadzli bernafas dengan alat bantuan pernafasan. Keadaannya masih lemah. Rupa kacak Fadzli telah ditarik serinya, wajahnya pucat. Namun, Mia akan tetap setia di sisi.

Suaminya akan dikenakan pasal 332 ayat 1 ke 1 dengan ancaman pindaan penjara selama tujuh tahun jika sabit dengan kesalahan penculikan Ahmad.

Mia masih tersenyum gembira melihat Fadzli bernafas. Dia naif hal-hal mahkamah apatah lagi untuk memilih peguambela buat Fadzli. Dalam gembira, tangisnya tetap ada. Kata Aisyah, mereka tidak akan membawa pendakwa raya bagi menjatuhkan Fadzli kerana Ahmad tidak dicederakan pun.

"Abang, Mia sayang abang," bisik Damia.

***
vote x komen
***
Ada sesiapa dapat teka bukan Fadzli yg mati? sebab korang betul :') Anak dia yg mati. Esok pula next bab ya! Komen banyak-banyak sikit hihi.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro