17| Haus Rindu
Bunyi tangisan bayi memecah benak sejak tadi. Mata anaknya terpejam erat menangis kelaparan namun tak diendahkan si ibu. Terkocoh-kocoh abangnya dan isteri menjaga anak kembar itu.
Makanan tidak disentuh, anak tidak disusukan, Aisyah cuma termenung semenjak tadi. Dia mengiring ke arah tingkap dan membelakangi Mikhail dan Diana. Otaknya kosong. Rahimnya juga kosong tanpa janin.
"Aisyah, anak awak lapar ni. Dia tak nak minum susu formula," keluh Mikhail. Jannah didukungya dengan harapan tangisan bayi itu akan berhenti.
Ayat-ayat Mikhail tidak dibalas. Aisyah tidak beriak di atas katil. Keberadaannya bagai patung cendana. Dia tidak mahu apa-apa melainkan Salman.
Suaminya tidak menampakkan diri sejak pagi lagi. Aisyah sendiri dalam tangisannya. Tak tahu bagaimana untuk mengawal diri daripada terus memikirkan anak mereka yang telah gugur. Rahimnya sakit dibedah.
Kadang-kadang dia terfikir, ke mana Salman di saat dia dalam keadaan begini? Bukankah lelaki itu telah berjanji untuk sentiasa bersamanya?
Tubir mata Aisyah melinangkan air.
"Abang..." bisik gadis itu. Sungguh hati itu mengharapkan Salman Firash untuk ada.
Pandangannya terus terlontar ke luar jendela. Wajah bayi kembarnya tak ingin dilihat. Bagaimana dia hendak susukan jika jiwanya tiada di situ untuk mengusap dan membelai cahaya matanya?
Tangisan Aisyah tidak berlagu. Ditahan dirinya daripada terus menangis kerana Salman tidak suka dia menangis. Tangannya naik mengelap tangisan.
Masih hati itu mahukan suaminya.
Kebingitan tangisan tadi kian reda setelah Mikhail dan Diana menapak keluar, meninggalkan Aisyah sendiri dengan seorang lelaki yang dinanti.
Zack menepuk lembut bahu Salman sebelum melangkah pergi.
"Aisyah."
Mata Aisyah membulat. Suara itu. Dia segera menoleh ke belakang. Air matanya berlumba-lumba membasahi wajah.
Kelihatan Salman sedang tersenyum nipis ke arahnya. Namun, pada wajah suaminya penuh dengan lebam seperti baru lepas dipukul. Aisyah terkelip-kelip. Dia bingkas duduk di atas katil. Kepala Salman turut terbalut dengan kehadirannya bersama-sama kerusi roda.
"Abang pergi mana?" Aisyah mula menangis teresak-esak.
"Abang minta maaf." Kekura tangan Aisyah diraih. Nafasnya dihela melihat keadaan Aisyah. Emosinya tidak stabil seperti tika baru lepas melahirkan si kembar.
"Aisyah rindu abang," adu Aisyah. Hatinya sayu. Dia perlahan-lahan berbaring mengiring ke arah lelaki kesayangannya. Air mata terus berguguran, senyuman nipisnya terukir.
"Sini abang ubat rindu tu," balas Salman. Pipi Aisyah dielusnya lembut. Badannya masih sakit dipukul siang tadi, tapi selemah mana pun dia harus dikuatkan juga demi Aisyah.
"Abang... Kenapa abang duduk atas kerusi roda?" Wajah Salman ditiliknya.
"Abang tak larat. Ada orang pukul abang," ujar Salman separuh berbisik.
"Abang duduklah atas katil dengan Aisyah." Gadis itu cuba ingin mengesot ke tepi. Dia benar-benar risau melihat suaminya.
Salman menggeleng. Kepala isterinya diusap dengan penuh kasih. "Itu katil Aisyah. Untuk isteri abang rehat."
"Abang jangan tinggalkan Aisyah dah tau?" pinta Aisyah seperti anak kecil.
Salman tak boleh menjanjikan apa-apa. Ahmad sedang dikawal rapi oleh pihak polis di sebuah kamar hospital . Anak itu sedang berehat. Salman takut serangan tidak berakhir pada hari ini.
"Abang nak teman Aisyah," balas lelaki itu.
"Abang, anak kita dah takde." Aisyah tertunduk pilu. Wajahnya masih diusap Salman.
"Abang tahu. Asalkan Aisyah sihat, itu pun abang dah bersyukur."
"Abang tak sedih?" Mata hazel itu memandang suaminya kembali.
"Sedih. Tapi bukan rezeki kita. Aisyah jangan risau, nanti kita boleh usaha lagi. Kita kan nak anak tujuh orang? Baru dua, kan?" usik Salman buat isterinya.
Aisyah tertawa kecil. Dia suka melihat Salman ada di hadapan matanya. Mereka diam menatap wajah masing-masing. Rasa lapar Aisyah tidak menjengah, dirinya kenyang disuakan kasih sayang.
"Sayang."
"Ya, abang."
"Baby kita menangis lapar dekat luar," khabar Salman. Mungkin dia telah berjaya memujuk isterinya yang hampir meroyan buat hari ini.
"Aisyah lapar takde siapa kisah pun," balas Aisyah pula.
"Siapa kata?" Salman berkerut tidak setuju. "Abang kisah. Segalanya pasal Aisyah Qomar, abang akan ambil kisah." Pipi Aisyah ditepuknya halus menyentakkan gadis itu.
Pipi Aisyah berona merah dengan tenungan Salman.
"Aisyah nak makan? Abang pun lapar juga. Kita makan sama-sama nak?" tawar Salman.
Aisyah mengangguk kecil.
Hati Salman sedikit lega melihat Aisyah mula menyantap makanan hospital. Gadis itu masih tak mampu untuk duduk bersila. Dia bersandar pada kepala katil yang telah ditinggikan Salman.
Lelaki itu membuka mulut apabila diusakan nasi. Aisyah berkongsi makanannya dengan Salman. Satu suapan untuk dirinya, satu suapan buat Salman. Dilayan Salman seperti mereka baru minggu pertama bernikah. Anak-anak langsung tak diingati Aisyah tika itu.
Usai menghabiskan makanan, Aisyah membantu Salman untuk minum air. Salman masih sakit walaupun untuk mengangkat segelas air yang penuh.
"Abang kenyang dah?" Aisyah meletakkan bekas itu ke tepi. Dia berbaring perlahan-lahan.
"Kenyang. Sekarang ni abang nak minta sesuatu boleh?"
"Apa?" Aisyah tertanya-tanya.
"Boleh susukan anak-anak abang? Kesian dia lapar. Aisyah sayang abang, kan?" Lelaki itu tersenyum nipis.
"Sayang," laju bibir pucat itu menjawab
"Jadi Aisyah kena sayang anak-anak abang juga. Boleh?"
Aisyah mengangguk. Perutnya sudah penuh. Dia tidak kisah untuk berbuat apa-apa jika diminta Salman. Hanya ingin bersama suaminya.
***
Fadzli mencelikkan matanya. Sekali lagi dia telah tertidur di meja kerja. Kepalanya yang berat dipegang lama. Rasa risau pada puteri menyelubungi jiwa. Dia tidak suka melihat anak kesayangan Amirah menangis kesakitan.
Apabila dibuka mata kembali, Fadzli bagai terkaku di kerusi. Dia memandang wajah di hadapannya itu.
Perlahan-lahan doktor pakar itu menarik tangan gadis berkenaan. Lidahnya terkelu. Wajah manja isterinya ada di hadapan mata. Gadis berkenaan ditarik duduk ke atas ribanya. Tangannya mula melingkar pinggang gadis kesayangannya dari arah belakang. Dipeluk erat sambil wajah disembamkan pada ceruk leher isterinya.
Nafas dalam ditarik.
"Abang rindu sayang." Bahasanya tidak digunakan I dan you lagi. Kata Amirah, jika guna panggilan abang dan sayang lebih digemarinya.
Gadis itu diam dijadikan tempat untuk melepaskan rindu. Lengan kekar Fadzli melingkar dipinggang.
" Tadi... Abang dah hampir dapat penderma untuk princess. Nanti esok abang cuba lagi," bisiknya. Air matanya berlinangan. Dia rindukan sang isteri.
Haikal pulang dengan tangan kosong siang tadi. Mana tidak mengamuk doktor pakar itu. Ahmad dikatakan telah diambil pihak polis, Salman pula teruk dibelasah.
Fadzli tersenyum. Padan muka, Salman.
Dasar perampas.
"Abang janganlah tidur dekat kerusi," balas gadis itu perlahan.
"Abang takut kalau ginjal tu tak sesuai untuk princess. Abang kena pastikan segalanya baik-baik untuk anak kita," balas Fadzli. Matanya terpejam pedih.
"Tapi princess belum sakit tenat."
"Tahu. Kalau betul jangkaan abang, dari tahun ke tahun kesihatan dia akan merosot teruk. Abang tak nak kalau hari tu tiba, abang takde ginjal yang sesuai untuk dia. Jadi biarlah abang buat persediaan." Fadzli menahan tangis lalu memaksa diri untuk tersenyum. Dia mengalihkan bahu gadis itu agar menoleh ke arahnya. Biar dia dapat melihat raut cinta hati.
Bertahun dia mencari ginjal yang sesuai untuk Puteri. Bekerja dengan Kaisar dalam sindiket jual beli organ di pasaran gelap, tiada satu pun yang padan dengan tubuh Puteri. Hingga satu hari dia terdetik untuk melihat rekod kesihatan Ahmad Yusuf. Darahnya sama, imun tubuh juga sama, segalanya padan dengan sempurna
Dagu gadis itu dielusnya lembut. Dia masih tersenyum apabila air matanya dikesat gadis berkenaan. Rambut isterinya disisir dengan jemari tangan. Ringan sahaja bibirnya berlabuh pada dahi itu. Potongan rambut sebegini memang disukainya. Dialah yang meminta arwah isterinya untuk memotong rambut separas bahu.
"Abang rehat dalam bilik, ya?" ujar isterinya lembut.
"Sayang temankan abang?" soal Fadzli.
"Boleh."
Terus senyuman meleret ke telinga. Dia perlahan-lahan berdiri, mata tidak henti menatap raut wajah itu. Sepanjang berjalan ke bilik, tangannya utuh pada pinggang si isteri.
Mendung di hati terbawa pergi.
Pasangan suami isteri itu terduduk di atas katil. Selepas meminta izin, Fadzli berbaring di atas riba gadis itu. Hatinya berbunga-bunga.
"Sayang rindu abang?" Fadzli bersulam jari dengan gadis itu.
"Rindu."
"Balaslah rindu abang. Abang tak boleh hidup terus macam ni. Abang rindukan isteri abang. Sangat rindu. Jangan seksa abang lagi, sayang."
Senyuman manis gadis itu memujuknya.
"Abang takut kalau hilang Mira lagi," bisik Fadzli.
Mia tersentak mendengar bukan namanya yang disebut walhal Fadzli sedang memeluk tubuhnya. Dia mengabaikan sahaja dan terus berada dalam dakapan suami yang sah buatnya.
Pertama kali dilayan seperti seorang isteri setelah sekian lama. Baru hari ini Fadzli berlembut dan tidak membeku. Wajahnya tidak henti dibelai suami.
Rambutnya telah dipotong separas bahu siang tadi. Sejak itu Fadzli asyik memandang. Mia juga tidak tahu kenapa suaminya mula memberikan perhatian. Apabila ditegur, Fadzli cepat-cepat mengalihkan pandangan.
"Jangan tinggal abang," bisik Fadzli. Kegelapan malam menghalang lelaki itu untuk menikmati mata hazel yang disangkakan isterinya. Padahal mata Mia berpigmen gelap.
"Doktor Fadzli, doktor free hari ni? Saya nak ajak makan tengah hari," Mia memberanikan diri untuk bercakap dengan crush nya buat hari itu. Ini memang percubaan berani mati.
"I nak makan dengan anak I. Sorry." Lelaki itu menanggalkan kot putihnya sambil berkemas untuk keluar. Dia tidak pun memandang jururawat muda di hadapan pintu biliknya.
Seorang anak kecil memasuki bilik doktor itu. Mia terdiam melihat doktor pakar itu mendukung seorang kanak-kanak perempuan. Mia cuba lagi untuk meraih perhatian Fadzli. "Doktor, nama dia puteri kan?"
"Em, ya." Kening Fadzli terjongket sebelah. Dia tidak mengingat sangat wajah-wajah di hospital itu. Lebih-lebih lagi dengan limpahan jururawat baharu.
"You ni siapa ya? I kenal ke?" Fadzli menapak ke arah gadis berkenaan. Hujung keningnya digaru.
Wajah hairan Fadzli memang kacak buat Mia. Sudahlah tampan, doktor pakar pula tu. Orang kata Fadzli cinta mati terhadap arwah isterinya yang meninggal sewaktu bersalinkan anak sulung. Sejak itu, lelaki itu hidup berdua. Dia tidak memandang gadis lain kerana kesetiaannya.
"Saya Damia. Doktor boleh panggil saya Mia. Sayalah yang tolong jaga anak doktor hari tu... Masa doktor tiba-tiba kena panggil untuk pembedahan."
"Oh..." Fadzli menepuk dahi sendiri. Boleh pula lupa.
"Jomlah kita makan sekali. I belanja."
Senyuman Mia meleret ke telinga. Duda itu telah menyedari kewujudannya.
"Abang," panggil Mia.
Dengkuran halus Fadzli kedengaran setelah malam beralih ke dua per tiga. Mia masih tidak dapat melelapkan matanya lagi. Dia pura-pura tidur di dalam dakapan Fadzli sahaja tadi. Badannya terasa kebas lalu dia mengalihkan lengan Fadzli daripada terus memeluknya.
Fadzli kelihatan mabuk cinta. Cintakan isteri pertama hingga masih memanggil nama isterinya sewaktu bersama Mia.
Mia perlahan-lahan menuruni katil.
Pada malam itu, dia dilayan bagai seorang isteri yang selama ini Fadzli tidak pernah langsung menyentuh dia. Tidak sedar benih lelaki itu telah memasuki rahimnya dan bersenyawa. Ada satu janin yang bakal membentuk di dalam rahim gadis muda itu tidak lama lagi. Fadzli juga tidak sedar apa yang telah dilakukan pada malam itu.
Haus kasih sayangnya dibalas.
Gadis itu berlalu ke bilik air bagi membersihkan diri sebelum tidur di bilik sendiri. Senyuman Fadzli masih tak dapat dilupakan Mia. Dia melelapkan mata kebahagiaan.
***
vote x komen
***
Apa jadi nanti 😣😣😣 Fadzli x kena tangkap polis pun
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro