13 | Bahagia
"Firash macam mana? Dah surut demam dia?" tanya seorang lelaki berkopiah di muka pintu rumah. Di sebelah lelaki itu pula ada seorang perempuan bertudung litup. Kedua-duanya ialah jiran Aisyah yang diselangi beberapa buah rumah.
"Abang Firash demam lagi. Dia tengah berehat," jawab Aisyah sambil tersenyum nipis.
"Kalau Aisyah nak minta tolong lagi, panggil je saya. Kesian pula dekat Firash. Tiba-tiba je ya dia demam?" Amin masih berdiri di situ bersama isterinya.
"Em, ya. Semalam sihat je." Aisyah menghela nafas halus. Dia sedih memikirkan keadaan Salman yang masih terlantar di atas katil sebaik pulang dari klinik pagi tadi. Sudah menginjak petang pun Salman masih tidak bermaya.
"Mungkin ada orang berhasad dengan dia."
"Orang tak puas hati?"
"Ya, kadang-kadang ada orang yang iri hati dengan rezeki kita. Hanya melalui pandangan mata, itulah bahaya penyakit Ain. Ada orang yang mungkin tak sedar telah berniat buruk ke atas Firash. Dengan izin Allah, niat buruk itu terkena pada dia."
Tubuh Jannah dipeluk Aisyah erat. Dia terdiam seketika. Pernahkah mereka menunjuk nikmat kepada orang lain? Muat naik di media sosial pun jarang sekali. Salman amat menegah Aisyah memuat naik gambar anak-anak mereka ke media sosial kerana takut terkena penyakit Ain. Tak siapa tahu niat buruk di hati kita akan menjadi kenyataan.
"Nanti Aisyah bacakan doa elak fitnah Ain dekat Firash. Sebutkan nama dia sekali masa baca. Insya Allah, semoga demam dia berkurang. Lepas subuh nanti baca ruqyah selalu. Macam yang ustaz ajar dekat kelas fardhu ain. Aisyah tahu kan doanya?"
"Tahu. Terima kasih, Amin."
Pada zaman Nabi, pernah berlaku juga keadaan seperti ini. Di mana ada seorang sahabat yang mencemburui rupa elok rakannya lalu dengan kuasa Allah, rakannya itu pengsan. Setelah dibacakan doa oleh Rasulullah SAW, barulah rakan berkenaan sedar. Walhal sahabat tadi bukanlah menghantar sihir, hanya dengan pandangan mata dan sedikit hasad dengki telah mampu memberi mudharat kepada orang lain dengan kehendak Allah. Apa-apa yang terjadi adalah daripada Allah, tidak ada yang berlaku melainkan dengan kehendakNya.
Aisyah amat berterima kasih kepada pasangan suami isteri itu. Dia hampir hilang harapan apabila kesemua jirannya sibuk ingin ke tempat kerja dan menghantar anak ke sekolah pagi tadi. Namun,ada juga insan yang baik hati seperti Amin dan isteri, sanggup mengorbankan masa kerja mereka.
Pintu rumah dikunci kemudian barulah dia melangkah masuk ke bilik. Ahmad masih setia di sisi Salman bagi menjaga ayahnya. Mata Aisyah yang berkaca segera dikesat. Dia menyimpulkan senyuman buat anak angkatnya.
Ahmad meletakkan sapu tangan lembap ke atas dahi Salman lalu dia berbaring elok di sebelah lelaki itu. Kanak-kanak itu tidak ke taska hari ini kerana katanya ingin menjaga ayahnya. Jannah diletakkan ke dalam katil bayi bersama-sama Firdaus.
Kedua bayi itu telah dimandikan dan sedang kekeyangan. Hanya menunggu masa saja untuk terlelap. Sukarnya Aisyah untuk menjaga bayi itu jika mereka membuat perangai lagi. Selama ini Salmanlah yang banyak membantunya di saat dia hampir berputus asa murung selepas melahirkan bayi-bayi itu. Dengan sakit ketika berpantang, susu badan tidak cukup untuk dua bayi itu dan bermacam lagi ujian yang dihadapi.
"Abang," panggil Aisyah sambil memegang lengan suaminya. Demam Salman tak sehebat pagi tadi kerana tubuhnya telah dimasukkan air di klinik. Perut Salman kosong tidak berisi sejak pagi, dia hanya tidur sepanjang hari.
Dahi Salman dirasai Aisyah. Lembap sahaja atas usaha Ahmad dengan sapu tangan kecil. Dia kembali mengusap lengan suaminya. "Abang."
Salman menghela nafas lalu mencelikkan mata. Badannya terasa serba serbi lemah dan berat. Wajah Aisyah dipandangnya dengan kerdipan mata.
"Abang rasa panas lagi? Kalau tak Aisyah nak hantar abang warded. Aisyah risau kalau demam abang melarat malam nanti." Tangannya bersulam dengan jemari Salman. Andai Salman pengsan malam nanti, susahlah Aisyah dengan tiga orang anaknya. Zack langsung tidak bertanyakan khabar Salman apatah lagi hadir ke rumah mereka.
Salman menggeleng tak mahu." Abang nak duduk sini. Abang nak jaga Aisyah dengan anak-anak." Perlahan saja balasannya.
"Macam mana abang nak jaga Aisyah kalau abang sakit?" soal Aisyah kembali.
Salman terdiam sendiri. Dia tidak tahu. Dia cuma mahu melihat Aisyah dan anak-anak di hadapan matanya. Takut andai terjadi apa-apa nanti biarlah dia yang menjadi galang gantinya.
"Zack ada telefon?" Salman memejamkan matanya yang pedih.
Aisyah menggeleng.
Wajah Salman terus berubah suram. Siapa yang mahu menjaga keluarganya jika dia begini? Apa salah dia pada Zack?
Gadis itu cepat-cepat menyimpulkan senyuman. "Takpe, Aisyah boleh jaga diri Aisyah. Tak payahlah kita susahkan Zack. Dia pun ada keluarga juga. Ya?"
Senyuman hambar terukir di bibir Salman. Betul kata Aisyah. Zack bukan lagi bujang seperti dahulu, yang boleh dia heret ke mana-mana. Tangan Aisyah ditarik dekat ke dada."Kalau jadi apa-apa, Aisyah kena minta tolong Zack tau? Jangan minta orang lain. Dia mesti datang tolong sebab dia kawan baik abang."
Kerana dia hanya mempercayai Yahaya seorang sahaja untuk membantu Aisyah dan anak-anaknya.
Aisyah mengangguk akur. Perasaan Salman berkongsi dengannya. Terpeta kesedihan di wajah lelaki itu." Abang ada beritahu Zack yang Aisyah mengandung?"
" Tak. Abang tak pernah beritahu siapa-siapa," jawab Salman.
"Mak mertua Zack tahu?"
Salman berfikir sesaat dua. "Mungkin... Kenapa?"
Aisyah tersenyum sahaja sambil menggeleng kecil. Dia dapat merasakan perang dingin yang Zack lancarkan adalah kerana Puan Asma. Mungkin lelaki itu terasa hati. Puan Asma sering sahaja menyebut-nyebut nama Salman di hadapan Zack selama mereka bersua.
Takut hati Zack telah berhasad kepada Salman. Lagi-lagi jika Puan Asma memberitahu soal kandungan Aisyah.
Wajah Salman kelihatan pucat dan masih memandangnya. "Abang rehatlah," ujar Aisyah sebelum berdiri tegak. Selimut ditarik menutupi sebahagian tubuh suaminya. "Aisyah nak solat asar sekejap."
Ahmad turut turun dari katil apabila diajak Aisyah. Dua beranak itu berlalu ke bilik air luar bagi mengambil wuduk.
Usai solat, Aisyah kembali ke bilik. Dia berlabuh di birai katil sambil menatap wajah lesu milik Salman. Bibirnya mula membacakan satu doa ke atas nama penuh Salman Firash. Surah 3 Qul dan ayat Qursi menemani Salman pada petang itu.
Rasulullah SAW bersabda mafhumnya 'Ain itu benar ada. Ketika adanya pandangan jahat, syaitan dapat merasai dan menyakiti orang yang didoakan untuk berlaku mudharat. Namun,' Ain ini tidak akan berlaku melainkan dengan izin Allah SWT.
***
Tubuh gadis itu didakapnya dari belakang. Dia tersenyum gembira apabila isterinya menoleh dan membalas dengan kucupan di pipi. Penat merawat pesakit di hospital hilang dibawa hangat kasih sayang. Pelukan itu dieratkan sambil tangan tidak henti mengusap perut yang sudah mula memboyot ke depan.
Fadzli mendiamkan diri. Detik-detik yang berlalu dihargainya. Anak pertama dari benihnya ada di dalam rahim Amirah. Terasa rezekinya meluas sejak berkahwin dengan pilihan hati. Tempoh perkahwinan mereka hampir 8 bulan, begitu juga dengan zuriat di dalam perut itu.
Pipi gadis itu berona merah sepanjang dipeluk suami.
Fadzli mengucup pipi isterinya sekilas. Wajah Amirah yang kemerahan menghiburkan hati. Pandang berkali-kali pun dia masih tidak jemu. Lelaki itu memagu di bahu gadis itu. "You nak masak apa?"
"Entahlah. Baru nak potong bawang," jawab gadis itu. Fadzli suka memeluknya dari arah belakang sejak hari pertama mereka berkahwin.
"Tak payahlah masak. Jom teman I dalam bilik?" pinta lelaki itu.
"Mira nak kena masak makan malam. Nanti abang juga lapar," omel Amirah.
"Tak payahlah..." Fadzli melurutkan pisau dari tangan isterinya lalu dia memeluk tubuh itu dari sisi. Dia penat bekerja dan hanya mahu melepaskan lelah bersama gadis kesayangannya.
Amirah tersenyum kecil. Langkahnya pun sudah sukar kerana membawa kandungan yang sarat. Fadzli membantu Amirah untuk membasuh tangan di singki.
Tangan isterinya diraih lalu dia mengelap dengan tisu dapur. Tubuh Amirah dicempung secara tiba-tiba. Membulatlah mata hazel gadis itu kerana takut. Dia terpaksa memaut batang leher suaminya. Mata gadis itu terpejam erat.
"Abang, Mira beratlah. Nanti jatuh." Bahu Fadzli ditampar Amirah perlahan. Dia benar-benar ketakutan. Dengan perut yang memboyot dan berat badan sebegini, kalau jatuh nanti sia-sia je.
"Malam ni kita makan dekat luar nak? I ada tiket makan malam dekat hotel," Fadzli tertawa dengan wajah cuak Amirah. Dia mengemaskan pelukan agar gadis itu tidak terlorot ke bawah. Baru teringat tempahan makan malam yang dibuat minggu lepas.
"Asyik makan luar je. Habis duit abang nanti."
"Salah ke? Saya cuma nak belanja isteri saya makan dan saya nak bawa baby ni jalan-jalan." Fadzli menaikkan sebelah keningnya.
"Tak. Cuma... Kena simpan juga. Abang janji nak bawa Mira pergi umrah lepas lahirkan anak. Nanti tak cukup duit... " Amirah mengecilkan badan dalam dakapan suaminya. Dia rasa bersalah asyik menghabiskan duit suaminya.
"I ada duit simpanan lain. Sekarang ni... Jom kita dating berdua." Bibirnya berlabuh pada ubun-ubun Amirah. Lembut sahaja menusuk ke dalam hati gadis kesayangannya.
Rasa tendangan pada perut menyentakkan Amirah. Dia mengusap perutnya sambil tersenyum kecil. Tidak sabar untuk melihat bakal zuriatnya lahir ke bumi. Wajah Fadzli yang amat dekat dipandang dengan penuh cinta.
Apa yang dipakai Amirah tampak cantik di mata Fadzli. Doktor tampan itu tersenyum melihat gaun flora yang dipakai isterinya untuk keluar makan di hotel malam ini. Dikenakan pula dengan selendang, wajah Amirah yang sudah berisi tetap dipandang Fadzli.
Sekali lagi wajah Amirah kemerahan. Fadzli tertawa sahaja. Lengannya melingkar di pinggang isterinya.
"Awak dah gemuklah," ujar Fadzli.
"Yelah. Mana abang nak pandang Mira dah, kan? Dekat hospital tu ramai budak practical lawa-lawa. Saya ni selebet dengan perut memboyot... Kerja makan tidur je. "
Bebelan itu membuatkan Fadzli tersenyum kecil. Dia menyandarkan kepala pada sisi isterinya. "Mana ada. I cuma pandang you seorang."
"10 tahun lagi belum tentu jawapan yang sama," balas Amirah.
"No. Tetap sama. Fadzli akan tetap sayang Amirah seumur hidup dia. Walaupun nanti rambut awak dah putih, saya tetap sayang buah hati saya. "
Amirah tertawa halus. Tawaannya mencairkan hati lelaki itu. "Kalau saya dah takde, awak akan kahwin lain?"
Bahunya terhinjut terkejut apabila sesuatu membaluti tubuh. Mata merahnya cuba membuka luas lagi. Dia terkelip-kelip melihat jururawat itu di sisi. Bahunya dilihat pula, ada selembar selimut menyelimuti.
Mia kaku berdiri di tepi meja kerja Fadzli.
" Abang, masuklah tidur dalam bilik," ujar Mia. Wajah mereka hanya diterangi lampu meja.
"Jangan panggil aku abang," balas Fadzli. Dia meraup wajah sebelum bersandar kembali pada kerusi. Pelipisnya dipegang sambil mata terpejam. "Keluar dari bilik aku."
"Doktor sakit kepala ke?" Mia memerhatikan wajah suaminya. Jarak beza usia mereka hampir 10 tahun juga dan perkahwinan itu langsung tidak meraikan Mia sebagai seorang isteri. Dia masih terpacak di tepi Fadzli bagi menemani lelaki itu.
"Keluar," ulang Fadzli sekali lagi. Matanya mencerlung ke arah Mia.
Mia tiada pilihan lain. Dia beransur keluar dengan sebaris senyuman nipis.
Pintu terkatup rapat. Tinggallah doktor pakar itu sendirian di heningan malam.
Setelah jururawat itu beredar, air matanya berlumba-lumba mengalir menuruni lekukan wajah. Dadanya bergetar menahan rindu.
"Abang takkan kahwin lain," lirih Fadzli. Bayangan wajah Amirah yang berona merah sentiasa ada dalam ingatan.
Mahligai cinta yang terbina, harungi bersama.
Riak bimbang Amirah ketika dia pulang lambat dari hospital berganti pula. Pelukan hangatnya. Air mata ikhlas gadis kampung itu. Sentuhan kasih yang sudah lama menghilang.
Tangisannya tidak berbunyi.
Penuh onak ranjau berduri, disulam jernih kesabaran.
Pandangannya beralih kepada satu bingkai gambar di pinggir meja. Pakaiannya serba putih, inai merahnya mencorak di kekura tangan, senyuman kegembiraan ketika diijab kabulkan. Pandangan manja dari sepasang mata hazel.
Tika diriku kepayahan, dia beri harapan.
Perlahan-lahan Fadzli mendaratkan kepala ke atas meja. Bingkai itu dibawa masuk ke dalam dakapan. Air matanya terus mengalir pada malam itu.
Kembali bersinar bahagia
***
vote x komen
***
happy 1 k read! terharunya 😣🌻 Hai silent reader, nak tanya best tak baca buku ni? ❤️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro