UWMA: 7
Hai, new chapter is done!
Enjoy your reading! 🤍
| 090324 |
***
AKU menopang dagu dengan tangan kanan sambil tangan belah kiri bermain batu-batu kecil yang berada di tapak perhimpunan. Ucapan pengetua dengar tak dengar sahaja. Seperti masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Aku mengeluh halus. Bosannya perhimpunan pagi. Nak sahaja aku menyorok dalam tandas sehinggalah perhimpunan tamat.
''Wey, Alysa.'' Lengan Alysa dicuit perlahan. Namun, tiada balasan darinya. Aku cuit lengannya berkali-kali sehinggalah dia mula memberikan perhatian kepada aku. Wajah bengang Alysa menyapa pandangan aku.
''Aku tengah buat kerja ni, Ifti. Kau nak kacau aku, kacau lain kalilah. Busy ni,'' balas Alysa dengan satu nafas. Dia sempat menolak bahuku sebelum menyambung kembali menyiapkan kerja sekolahnya. Terkebil-kebil aku dibuatnya.
Mak aih, macam tu je.
''Bukan kacaulah. Aku nak spill the tea ni,'' ujarku dengan nada berbisik. Bukan apa, sekolah ini ada pengawas yang boleh kawtim dan ada juga yang jenis mengikut sahaja peraturan sekolah. Bercakap waktu perhimpunan pun sudah diambil nama.
''Kau tahu tak....'' Belum sempat aku membuka cerita, kata-kataku telah dipotong oleh pengetua yang berdiri di atas pentas.
''Murid-murid, hujung bulan enam sekolah akan adakan hari sukan. Jadi, kamu semua tahukan bahawa setiap murid harus sertai sekurang-kurangnya satu acara. Wajib. Tak ada alasan untuk kamu tidak join melainkan kamu ada masalah kesihatan dan sebagainya.''
Benda ini... yang paling aku tidak suka.
Sukan.
Rasa nak meraung dan menjerit saat ini juga setelah mendengar apa yang pengetua katakan tadi. Tolonglah, aku rela belajar 24 jam dari bersukan. Sukan dengan aku memang tak ada chemistry langsung!
''Ifti, bulan enam kita ada sukan do. Jom join!''
Ah, sudah!
Laju aku gelengkan kepala kepada Alysa. Tak berminat langsung untuk sertai acara. Bagilah apa-apa acara pun, pilihan aku muktamad!
''Siapa yang tak join langsung acara, markah dimerit akan diberikan kepada murid tersebut,'' sambung pengetua lagi. Bahuku terus jatuh apabila mendengar kata-kata pengetua. Tak aci, main ugut! Aku merengus kasar lalu menukarkan postur badan. Kedua belah kaki dipeluk sambil meletakkan dagu di atas.
Alysa yang berada di sebelah aku jeling dengan ekor mata. Kelihatan dia sedang menahan ketawanya dari terlepas. Sukalah itu bila pengetua cakap macam itu. Eee, benci!
''Kau tak nak join ke?'' tanya Alysa sambil menjongketkan keningnya.
''Kau ada nampak muka aku nak join ke?'' tanyaku balik. Bebola mata digulingkan ke atas tanda menyampah.
''Jomlah, Ifti. Join sekali masuk. Kau temanlah aku masuk, wey. Barulah aku semangat.'' Mataku terus mengecil setelah mendengar ayat terakhirnya. Semangat dia kata?
''Ah, semangat apanya. Kau masuk pun sebab ada crush kau, kan? Kalau tak, tak adanya kau nak jejakkan kaki dekat padang sekolah,'' bidasku geram. Macamlah aku tak kenal si Alysa ini. Pantang nampak crush dia join apa-apa acara atau kelab, laju sahaja ikut join.
''Itu betul. Tapi, aku nak kau join jugak!'' balas Alysa sambil menggoyang-goyangkan lengan aku. Aku menjelingnya tajam, memberikan amaran untuk dia berhenti.
''Terima kasih kepada pengetua. Murid-murid, sekejap lagi kita akan adakan perjumpaan rumah sukan ye. Ini sebagai persediaan bagi merentas desa minggu depan.'' Cikgu Muna yang merupakan cikgu yang bertugas minggu ini mula mengambil alih. Dia memberikan beberapa pesanan kepada kami semua untuk menjaga kebersihan sekolah.
Selesai sahaja perhimpunan, kami diminta untuk beredar menuju ke tempat perjumpaan rumah sukan masing-masing. Setiap tempat dipenuhi dengan murid-murid sekolah ini. Langkah aku diatur menuju ke arah foyer A yang tidak jauh dengan dataran. Kelihatan sudah ramai yang berada di situ. Aku turut mengambil tempat di sebelah seorang budak perempuan yang mungkin junior. Wajahnya tidak familiar dalam tingkatan lima. Jadi, mudah untuk aku anggap dia itu junior.
''Dah lama start ke?" tanyaku dengan nada berbisik. Dapat dilihat cikgu-cikgu di depan riuh bersembang. Sama ada berbincang tentang jawatan-jawatan yang akan ditawarkan sekejap lagi.
''Er, tak. Eh ye. Eh tak, cikgu tak start lagi,'' balasnya dengan tergagap-gagap. Aku tergelak kecil melihat tingkahnya yang cepat gelabah itu. Bahunya aku pegang sebelum gosok perlahan. Tenangkan dia yang mungkin nervous dengan aku.
Dia hanya tersengih.
Bunyi tapak kasut dari arah belakang menarik perhatian aku. Kepala ditoleh ke belakang dan mataku laju menangkap susuk tubuh Mikael yang sedang menghala ke depan. Sempat kami berdua bersabung mata untuk seketika. Aku hanya perhatinya dari jauh memandangkan jarak kedudukan kami sedikit jauh. Agak sukar untuk melihatnya.
''Okey semua, hari ni cikgu nak lantik pengerusi for this year. Any suggestion?''
Masing-masing terdiam sambil memandang antara satu sama lain. Beberapa minit kemudian, ada tangan yang mengangkat tinggi ke langit. Mungkin volunteer untuk mencadangkan rakannya. Selalunya macam itu.
''Iqmal, awak nak cadangkan siapa?'' tanya Cikgu Yana dengan senyuman di bibir. Iqmal terdiam sekejap sebelum membuka mulut. Suasana ketika itu sunyi bagi memberikan Iqmal untuk mengusulkan cadangannya.
Aku hanya memilih untuk menunduk sambil jari bermain-main di atas meja. Tidak berminat untuk mengambil tahu.
''Saya nak cadangkan Mikael Ayden dari kelas 5 Elit.'' Mendengar jawapan Iqmal, automatik kepala aku diangkat dan dapat dilihat dengan jelas Mikael sudah siap-siap untuk berdiri di depan. Tepi bibirku sedikit naik sambil mata tak lepas memandang Mikael.
''Semua setuju?'' Laju sahaja warga sekolah ini mengganguk kepala. Dan tanpa membuang masa, Cikgu Yana pantas menulis sesuatu di bukunya. Barangkali nama Mikael sebagai pengerusi rumah sukan Biru yang baru.
''Okey, pengerusi kita dah ada. Sekarang, naib pengerusi pula. Anyone?'' tanya Cikgu Yana. Di tangannya, tersedia sebatang pen bagi persediaan untuk mencatat perkara penting. Foyer A kembali sunyi seperti tadi.
''Cikgu, saya ada cadangan.' Mikael mencelah sambil tangan sebelah kanannya diangkat. Jantungku berdegup kencang, menunggu siapa gerangan istimewa yang meluncur di bibir Mikael.
''Ifti Liyana, dari kelas 4 Suria.'' Hampir pengsan aku mendengarnya. Bukan nama aku yang aku expect daripada dia! Dan... aku tahu dia sedang sengaja mengenakan aku pada saat ini.
Bibir bawah diketap geram sambil mata mencerun tajam ke arah budak lelaki yang diberi nama Mikael Ayden itu. Dengan malas aku bangkit berdiri dan langkah diatur menuju ke depan. Aku berdiri betul-betul sebelah Mikael.
Aku jelingnya tajam.
***
SELESAI sahaja perjumpaan rumah sukan, masing-masing diminta untuk beredar masuk ke dalam kelas. Tinggal hanya murid yang memegang jawatan penting sahaja. Aku menjeling Mikael yang masih setia berdiri di sebelah aku. Laju sahaja mulut ingin bertanya kepadanya namun aku tahan dulu.
Aku hanya berdiri pegun sambil mata melilau memerhatikan sekeliling. Tak tahu nak buat apa. Cikgu sedang sibuk menulis nama-nama yang terpilih dalam pencalonan jawatankuasa tadi. Mikael pula memberikan bantuan dengan memberikan nama murid.
''Yes?'' Aku sedikit tersentak apabila suara Mikael menghentikan lamunan. Dia sedang membetulkan lipatan baju kemejanya bagi kemas. Aku dalam diam memerhatikan tingkahnya. Mikael tampil kacak dengan kemeja berwarna ungu bersama blazer di tangannya.
Standard baju pengawas sekolah.
''Cik Ifti Liyana, awak mengelamun apa ye?'' tegurnya. Jarinya dipetik berkali-kali di depan wajahku. Aku menolak tangannya menggunakan buku teks sehingga jatuh ke sisi asal.
''Ha, apahal kau letak nama aku? Siapa kata aku nak jadi?'' semburku geram. Dari tadi aku tahan untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Geram bertimpa-timpa di hati saat ini.
''Apa? Salah ke kalau aku nak kau join jugak?'' tanyanya dengan wajah keliru. Dia menggaru-garu kepala.
''Salah! Sebab aku tak nak join tahun ni. Aku nak jadi penonton. Nak tengok orang lari je,' balasku sambil menyilangkan kedua belah tangan. Terkebil-kebil Mikael mendengar jawapanku sebelum mengganguk kepalanya. Terdapat senyuman kecil yang naik di hujung bibirnya.
Aku dapat rasakan sesuatu tidak baik.
''Cikgu Zarina, Ifti tak nak masuk acara. Dia nak jawatan je. Tamak betul.'' Dengan selamba saje Mikael melaporkan kepada Cikgu Zarina. Aku tergamam buat seketika. Tidak sangka Mikael akan report dengan Cikgu Zarina.
Cikgu paling menakutkan dalam sekolah.
''Ifti!''
Habislah aku!
''Mana Ifti?'' Naik sedikit nada suara Cikgu Zarina. Dengan takut-takut aku melangkah menghampiri cikgu perempuan itu. Kepala ditundukkan ke lantai. Tidak berani untuk bertentang mata dengan cikgu.
''Jangan mengada nak tarik diri.''
Hanya sebaris ayat sahaja cukup membuatkan nafasku tersekat. Kepala masih dalam posisi asal. Gerun melihat wajah Cikgu Zarina bagaikan yang bakal menerkam mangsanya.
''Ba... baik cikgu,'' balasku dengan perlahan. Dengar tak dengar sahaja suara aku ketika itu. Cikgu Zarina mengganguk kepala sebelum melangkah pergi menuju ke bilik guru. Lantas aku hembuskan nafas lega.
Mikael Ayden!
Tahu sahaja aku mencarinya, dia dengan selamba menayangkan senyuman manisnya itu bersama gaya peace di tangan. Aku ketap bibir geram sebelum menapak mendekatinya. Memang nak kena si Mikael ini!
Melihat aku berura-ura untuk melangkah ke arahnya, Mikael pantas melarikan diri. Dia terus masuk ke dalam bangunan B yang merupakan blok kelasnya. Dia melangkah menaiki tangga. Mengetahui kelasnya berada di tingkat paling atas, malas pula aku nak kejarnya.
Sampai sahaja di depan kelasnya yang berada di tingkat tiga, Mikael menundukkan kepalanya ke bawah. Lebih tepat lagi ke arah aku. Dengan selambanya dia menjelirkan lidah sambil menayangkan wajah mengejek. Sengaja membuatkan aku sakit hati.
Eeee!
***
TAMAT sahaja kelas mata pelajaran Sains, aku minta izin untuk pergi ke tandas. Sementara cikgu subjek seterusnya belum masuk, baik aku siap-siap lepaskan hajat. Tak adalah terlepas apa yang cikgu ajar nanti.
Selesai sahaja melepaskan apa yang patut, aku melangkah keluar. Malas nak berlama-lama dalam tandas. Lagipun, Mak Cik Qira belum lagi mencuci tandas. Tak tahan aku untuk menghidu bau 'wangi' semerbak dalam tandas.
Buk!
Tanpa sengaja, aku terlanggar bahu seseorang sehingga buku-bukunya terlepas dari pegangan. Disebabkan kurang berat badan, menyebabkan badan tidak mampu untuk stabilkan diri lalu jatuh terduduk di atas lantai. Aku mengaduh perlahan sambil muka berkerut menahan sakit.
''Ifti, okey tak?''
Suara Mikael!
Aku angkat kepala dan tepat tekaanku. Wajah kacak Mikael menyapa pandangan aku. Lama aku tenung wajahnya sebelum tersedar sendiri. Cepat-cepat aku bangun untuk berdiri walaupun rasa sakit masih mencucuk-cucuk.
''Sorry, tak nampak pulak kau,'' ucapku sambil menundukkan kepala sedikit. Sebagai tanda minta maaf kerana terlanggarnya. Dia mengukir senyuman di bibir sebelum mengganguk kepala.
''Lain kali pakai spek kalau dah tahu rabun,'' perli Mikael. Tangannya lincah mengutip buku-buku yang bertaburan di lantai. Aku ingin menolong namun dihalang keras oleh Mikael. Dah tuan badan tak bagi, duduk diam jelah.
''Hei, tak okay. Cuma tadi tak sedar terlanggar kau,'' balasku lantang sambil menjulingkan mata ke atas. Dia turut buat benda sama.
Tengok itu! Geram saje aku dengan dia.
Kami berdua mula berjalan beriringan. Destinasi kami sehala jadi apa salahnya jalan sekali. Mikael mengambil keputusan untuk menghantar aku dahulu ke kelas. Walaupun telah dibantah, siapalah aku untuk halang Mikael Ayden itu.
Degil!
''Kau masa apa lepas ni?'' tanyaku bagi memecahkan kesunyian. Sebenarnya aku tahu jadual kelasnya. Macam mana? Mestilah menggunakan cable dari akak-akak senior yang sporting dari kelasnya itu.
''Sejarah. Kau?''
''Sains.''
Kami berdua mula diam. Aku mengetap bibir sambil memikirkan idea untuk bersembang lagi dengan Mikael. Tak nak sia-siakan peluang yang ada ini.
''Ifti.''
Aku mengangkat kepala apabila namaku diseru olehnya. Terkebil-kebil aku memandang wajah Mikael. Menunggu apa yang hendak dikatakan. Riak wajahnya pula menunjukkan seperti was-was untuk mengatakannya.
''Stayback?''
Aku angguk kepala.
''Tunggu aku.''
Aku terkelu seketika sebelum bibir mengukir senyuman lebar. Laju aku angguk kepala tanda setuju. Dia turut tersenyum. Kami meneruskan berjalan sebelum langkah kami terhenti apabila sudah sampai di kelas. Mikael mengarahkan aku untuk masuk ke dalam kelas dahulu.
Aku hanya akur arahannya itu.
''Tunggu aku juga!''
Thank you for reading! 🤍
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro