Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

UWMA: 4

Hai, sorry lambat! New chapter is done!

Enjoy your reading.

|  08032022  |














AKU berjalan bersiar-siar di kawasan sekolah buat sementara waktu bagi merehatkan otak. Namun ada yang menarik perhatian aku dari jauh. Susuk tubuh seperti orang yang aku kenal. Jelas kelihatan di mataku yang Mikael sedang memberikan air kepada Inara. Air apa aku tak pasti.

Perlahan-lahan tubuhku dipusingkan ke arah kanan bagi menggunakan jalan lain. Kebetulan jalan nak pergi ke foyer kena lalu dekat pentas. Dan di situ ada Mikael dengan Inara. Malas nak berlama-lama, aku terus mengorak menuju ke foyer yang selalu aku lepak.

Sampai sahaja di sana, ramai murid sesi petang sedang makan di meja. Nasib meja yang aku pilih tak ada orang duduk. Kalau lambat sedikit datang waktu mereka semua rehat, memang tak dapatlah tempat jawabnya.

'Haish ni malas ni,' rungutku perlahan. Kaki tetap berjalan menuju ke tempat yang aku pilih tadi walaupun banyak mata sedang memerhati tingkah laku aku. Aku hanya mengendahkan pandangan-pandangan tersebut dan melakukan kerja sendiri.

Earphone yang berada di dalam beg diambil lalu dipakaikan di telinga. Aplikasi Spotify ditekan dan lagu The Side Of Paradise aku pilih. Buku tulis yang disediakan untuk subjek English aku pandang lama. Soalan itu suruh buat essay. Masalahnya kalau dengan ramai-ramai macam ini, memang aku boleh dapat idea pun.

'Macam menyesal pulak aku datang waktu diorang rehat,' gumamku sambil mengeluh berat. Pen yang berada di jari dipusing-pusingkan sambil termenung jauh memikirkan jawapan essay di depannya.

''Nampak akak tu?"

''Yang tengah pusing-pusingkan pen dia tu?"

''Yup, cer kau baling timun dekat dia.''

''Dah kenapa?"

''Buat jelah, gil*!"

Jariku laju menulis perkataan di atas kertas sementara idea masih banyak dan fresh dekat otak. Tanpa aku sedar, terdapat dua orang budak lelaki sedang bersedia untuk membaling timun ke arahku. Mereka berdua pandang antara satu sama lain sebelum mengganguk kepala.

Aku yang khusyuk menulis langsung tak sedar apa yang berlaku di sekeliling. Dengan pakai earphone lagi, tak dengar apa-apa kecuali lagu yang aku pasang sahaja. Senang cerita, aku dengan 'dunia' aku sendiri.

Pap!

''Eh budak, perangai kau ni bod*h, gil*! Kau baru form 2 tau dah buat hal. Kau... kalau aku pukul memang sia-sia je hidup.''

Bunyi bising berjaya menggangu ketenangan aku untuk melakukan kerja sekolah. Aku memejamkan mata seketika lalu menoleh ke arah belakang. Bengang sebab ada yang berani buat bising, Orang tengah study, cuba senyap sikit.

Berubah terus wajahku apabila melihat susuk tubuh lelaki berdiri di hadapan seakan-akan melindungi aku. Mukanya aku tak dapat tengok tetapi bau perfume seperti aku kenal.

''Kau blah sekarang. Aku tak nak tengok muka kau. Kau bernasib baik tau aku tak report dekat cikgu disiplin. Blah!"

Suara Mikael!

Terkebil-kebil aku untuk memahami situasi ketika ini. Dua orang budak lelaki berjalan melepasi tempat aku sambil menjeling tajam. Wajah mereka berdua seperti menahan geram dan berdendam dengan aku.

''Kau jeling apa?" soal Mikael dengan nada tinggi. Mereka berdua pantas berlari keluar dari foyer. Mikael memusingkan badan menghadap aku lalu mengukir senyuman di bibirnya. Cuak juga aku sebenarnya apabila berhadapan dengan dia. Tak pernah-pernah aku nampak dia marah macam ini.

''Baju kau ada kena apa-apa ke?"

Laju aku menggeleng kepala bagi membalas soalannya. Namun aku dapat rasakan banyak mata memerhati ke arah kami berdua. Suasana dekat foyer kini sunyi sepi. Masing-masing segera menghabiskan makanan sebelum beredar masuk ke kelas.

Mikael melangkah lalu melabuhkan punggung di hadapan tempat aku. Tetapi mata aku laju menangkap kesan sambal di seluarnya. Bibir bergetar-getar ingin menanyakan tentang kesan kotoran di seluar Mikael.

''Macam mana boleh ada kesan sambal dekat seluar kau tu? Tak nampak macam sambal tu terjatuh. Siapa buat?''

Damn!

Aku pantas menekup mulut menggunakan kedua belah tangan setelah terlepas cakap kepadanya. Kepala digeleng-gelengkan kesal dengan diri sendiri. Mikael seperti tersentak mendengar soalan aku namun riak wajahnya cepat-cepat diubah. Dia tergelak kecil.

''Kau dah kenapa gelabah sangat?''

Mikael sambung gelaknya. Aku mengembung pipi sebelum tersenyum lebar.

''Tak ada apalah. Kau sambung je buat kerja kau tu."

Aku mengganguk kepala sebelum kembali menulis. Sambil-sambil itu aku mencuri pandang Mikael yang sedang bermain telefonnya. Dia menopang dagu menggunakan tangan kanan manakala tangan kiri menatal skrin telefonnya.

Sejam kemudian, aku menggeliat kecil bagi merenggangkan bahagian yang lenguh lalu memandang Mikael yang masih bermain dengan telefon. Namun wajahnya kini seakan-akan penat dan bosan. Rasa bersalah mula menyelubungi hati aku.

''Erm Mikael, homework aku dah siap,'' tegurku. Jarinya berhenti daripada menatal lalu meletakkan telefon di atas meja. Dia tersenyum lebar sehingga matanya tidak kelihatan. Terus aku teringat wajah seseorang yang agak popularlah juga.

''Kau perasan tak muka kau macam Emir Haqim?"

Mikael terkebil-kebil memandang aku sambil mengerut kening. Dah agak dengan balasan itu, aku terus mencari Instagram milik Emir Haqim lalu sekeping gambar ditekan. Telefon dihulurkan kepada Mikael.

''Mana ada sama!"

Dia mengembalikan telefon aku.

''Samalah. Muka Emir tu macam cina sikit and mata dia sepet. Samalah dengan kau.''

''Mana ada! Tapi part yang sepet tu macam sama sikit."

Aku tersenyum senget.

''See? Aku dah cakap."

''Kau pun sepet."

''Ehlah, aku cakap pasal kau."

Kami berdua pandang antara satu sama lain sebelum menghamburkan gelak. Ah sudah, dua-dua tak nak kalah. Setiap kali Mikael ketawa atau senyum lebar, matanya pasti 'menyorok'. Walaupun aku juga dikategorikan sepet, tapi mata masih nampak lagi apabila senyum atau gelak.

''By the way, why kau bengang sangat dengan budak tadi?" tanyaku ingin tahu. Mikael terkebil-kebil memandang aku sebelum mengukir senyuman nipis.

''Kau tak perasan?"

Lah, aku tanya dia... dia tanya aku!

Aku geleng kepala dengan laju. Masih sabar menunggu balasan Mikael. Nak kata budak itu buat hal, tak pastilah pula. Aku bukan sedar dan nampak pun dia buat apa.

''Ini kalau disuruh selamatkan diri or siapkan homework aku rasa kau pilih homework.''

Terkebil-kebil aku seraya mendengar kata-katanya. Wajah keliru aku tayangkan kepada Mikael. Dia menggeleng-geleng kepala sebelum berdeham perlahan.

''Ish kau kan khusyuk sangat buat homework tu sampai tak perasan ada yang nak baling timun dekat kau,'' terang Mikael sambil memeluk tubuhnya. Mata aku terkelip-kelip memandanganya sebelum terbuntang besar.

''Wah wah, mana budak tu? Meh aku bantai sikit. Ini kalau kena tudung aku, memang aku suruh dia sental,'' ujarku bengang lalu mata diliarkan ke sekeliling. Pinggang dicekak sambil membuat memek muka geram. Ingat aku rajin sangat ke nak cuci tudung kalau budak itu buat hal.

Kepalaku ditoleh ke arah tepi apabila terdengar gelak besar Mikael. Muka keliru ditayangkan kepadanya. Kenapalah Mikael ini suka gelak benda yang tak lawak dan secara tiba-tiba.

''Tak ada apalah."

Barang-barang yang bersepah di atas meja dikemas lalu dimasukkan ke dalam beg. Mikael menyandarkan tubuhnya di dinding sementara menunggu aku. Sambil-sambil itu dia bermain dengan telefon. Selesai mengemas, aku pantas menggalas beg sekolah di bahu dan cepat-cepat pergi ke arahnya.

''Jom!"





























KEDUA belah kaki digoyang-goyangkan sementara menunggu bas sampai. Hari ini mama balik lambat jadi nak tak nak aku kena naik bas. Walaupun dah biasa balik dengan bas, rasa takut masih menyelubungi diri. Dengan tiada orang dekat bus stop, sunyi pula itu. Siapa sahaja tak takut?

Badanku tiba-tiba menegak dan bulu roma mencacak-cacak naik apabila telinga terasa ditiup sesuatu. Aku menelan air liur sambil teragak-agak untuk pusing ke tepi. Tapi perasaan ingin tahu membuak-buak di hati.

Dengan lafaz bismillah, aku memejamkan mata sekejap lalu menoleh ke tepi. Badanku terus mengundur ke belakang bagi mengelak mendekatinya. Wajah selamba Nazhan yang minta kena pelempang menghiasi pemandangan aku.

''Kau pahal gil* tiup-tiup macam tu?" soalku dengan nada seoktaf tinggi. Tangan belah kanan dicekakkan di pinggang sambil menayang wajah bengang. Aku ingat 'benda' itu yang main tiup-tiup bagi menakut-nakutkan aku tetapi rupanya manusia.

''Hahaha, saje!" balas Nazhan selamba. Dia menjauhkan diri daripada aku lalu badan disandarkan di dinding. Aku melihat dia memejamkan matanya buat seketika waktu. Jelas terpampang wajah penatnya di mataku. Mungkin kelas dia hari ini banyak.

''Lambatnya kau balik?"

''Aku tunggu kau."

Aku terus mengalihkan pandangan ke arah lain apabila dia mula membuka topik pasal 'itu'. Tak selesa. Aku tahu dia ada perasaan dekat aku tetapi aku hanya anggap dia sebagai senior dan kawan biasa sahaja. Tak lebih daripada itu.

''Aku nampak kau sorang-sorang dekat bus stop. Dan kebetulan pula, hari ini aku balik naik bas,'' ujar Nazhan sambil menghadiahkan senyuman kepadaku. Tak pasti sama ada itu jawapan sebenar atau tipu.

Beberapa minit aku menunggu dengan sabar, akhirnya bas sampai juga. Aku menggalas beg sambil buku-buku teks dipeluk paras dada. Baru sahaja ingin melangkah masuk ke dalam bas, namun Nazhan terlebih dahulu mengambil buku-buku aku lalu memegangnya. Dengan selamba dia mengorak langkah masuk ke dalam bas. Terlopong mulut aku melihat tindakannya itu.

''Dia ni,'' keluhku perlahan sebelum berjalan masuk ke dalam bas. Aku memilih tempat duduk di belakang Nazhan lalu melabuhkan punggung di situ. Ambil masa 20 minit juga untuk sampai ke Terminal Bas dengan kelajuan bas ini.

Setelah tiba, aku dan Nazhan berjalan beriringan keluar dari bas lalu mengorak langkah masuk ke dalam terminal itu pula sementara menunggu bas yang lain sampai. Langkahku terus terhenti apabila teringat sesuatu.

''Aku nak beli air do. Pergilah masuk dulu,'' beritahuku lalu terus melangkah ke sebuah gerai minuman tanpa menunggu balasan Nazhan. Bersinar-sinar mata aku apabila melihat gambar air kegemaran aku terpapar di board.

''Kak, saya nak ice blended chocolate coffee,'' pesanku kepada pekerja perempuan itu. Dia mengganguk kepala sambil menunjukkan simbol 'okay' sebelum melakukan air yang aku pesan. Sementara menunggu ice blended siap, aku membuka aplikasi Instagram lalu jari scroll ke bawah. Namun tindakan aku terhenti pada sekeping gambar yang baru sahaja dihantar daripada account milik Mikael.

Mikael yang memakai t-shirt berwarna biru gelap sedang memeluk tubuh sambil menyandarkan badan di tiang. Wajahnya tidak memandang ke arah kamera dan kepala menghadap ke laut yang terbentang di hadapan. Lama juga aku tatap gambar dia sampaikan pekerja perempuan itu terpaksa menjerit kecil memanggil aku.

Aku menutup telefon lalu dimasukkan ke dalam poket seluar.

''Berapa ye kak?"

''Rm 4.50."

Aku mengganguk-angguk kepala lalu memasukkan tangan ke dalam poket seluar sebelah kanan. Dada aku terus berdebar-debar apabila purse aku tiada dalam poket. Kedua belah poket aku sentuh tetapi kosong. Aku memandang wajah pekerja tersebut dan memintanya menunggu sekejap.

Zip beg aku buka lalu mencari di setiap sudut dengan gelabah sebelum mengeluh berat. Bibir diketap takut sambil bermain-main dengan hujung tudung bagi menghilangkan rasa gelisah. Tiba-tiba aku teringat yang aku letak purse dekat atas meja yang aku buat homework tadi.

''Wait, jangan cakap aku tertinggal!" rungutku ingin menangis. Dahlah gambar IC aku buruk dan nampak sangat selekeh. Habis segala bayangan bermain-main di fikiranku.

''Adik, ambil ni."

Aku mengangkat kepala lalu terkebil-kebil memandang pekerja perempuan itu. Dia masih lagi sabar menghulurkan air yang aku pesan tadi. Aku dahlah tak bayar tiba-tiba dapat percuma. Memang taklah aku nak terima.

''Tak apalah dik, dah ada orang bayarkan untuk awak. So lucky,'' ujarnya sambil tersenyum nakal. Dia meletakkan ice blended di depan aku lalu meninggalkan aku keseorangan yang terpinga-pinga. Air tersebut aku ambil juga sambil mata meliar mencari orang yang bayarkan air aku walaupun agak mustahil untuk jumpa.

Setelah berputus asa, aku ambil keputusan untuk kembali ke terminal. Anak mata aku laju menangkap wajah Nazhan yang sedang menunduk ke bawah. Mungkin tengah bermain telefon. Langkah dihayunkan segera ke tempatnya lalu melabuhkan punggung di sebelah.

Ice blended yang masih sejuk itu aku sedut lama sambil menikmati rasanya. Dan beberapa saat baru aku tersedar Nazhan dari tadi asyik memandang aku. Wajahku terus berubah rona dan dapat aku rasakan panas kedua belah berasa panas.

Kurang ajar betul!

''Sedap ke air tu?" tanya Nazhan sambil memuncungkan bibir ke arah air aku. Aku menunjukkan ice blended kepadanya lalu mengganguk laju. Gil* ke tak sedap. Kalau tak sedap, tak adanya aku beli.

''Oh, sedap gil*! Pergilah beli,'' cadangku sambil menunjukkan gerai minuman tadi. Biar orang ramai serbu gerai itu, tapi jangan ramai sangat. Nanti aku nak beli, kena beratur panjang pula.

''Tak apalah, aku tak suka minum manis."

Ish ish, ruginya!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro