UWMA: 32
Hai, new chapter is done! Fuh, mencabar ye chapter ni 😮💨🥲
Enjoy your reading!
[ Write: 090924 ]
[ Pub: 110924 ]
FOYER C yang sunyi tanpa sesiapa di situ aku pilih untuk duduk seketika. Fikiranku saat ini dipenuhi dengan pelbagai benda. Alysa pun sedar dengan perubahanku. Katanya, wajahku nampak tidak berdaya dan seperti orang putus cinta.
Mungkin... betullah itu.
Secara tiba-tiba, imbasan dari perbualan Inara denganku mula hadir kembali.
''Jauhkan diri kau daripada Mikael.''
Rasa bersalah yang bertandang di hati semakin dalam bila mengenangkan pertemuanku dengan Inara hari jumaat lepas. Keluhan berat langsung dilepaskan saat terasa beban yang dipikul di bahu semakin banyak.
Patut ke...?
Ting!
Tersentak aku dibuatnya apabila bunyi notifikasi yang datang dari Whats4pp kedengaran. Aku menjeling sekilas untuk melihat mesej yang diberikan. Wajahku mula berubah saat melihat nama yang menghantar mesej tersebut.
Mikael
Tunggu aku dengan foyer tau. Nanti aku datang.
Mesejnya yang baru diberikan aku baca dan hanya biarkan ia tidak berjawab. Langsung tidak terdetik untuk aku balas. Selalunya, kalau Mikael yang menghantar mesej, akulah orang yang paling bersemangat. Namun, sekarang semuanya berubah. Atau... lebih tepat lagi, aku yang memilih untuk berubah.
Tetapi, mengenangkan apa yang telah Mikael lakukan, buatkan aku keliru. Sekali pun dia sudah ada Inara, mengapa Mikael layan aku berbeza dengan perempuan lain? Dan layanannya terhadap Inara apabila di depanku pun lain.
Skrin telefon yang menyala terang itu aku pandang lama, memikirkan sama ada aku perlu jawab atau tidak. Lama dalam kedudukan itu, akhirnya aku menutup telefon dan mesej dari Mikael dibiarkan. Lantas disimpan ke dalam poket yang dijahit di sisi baju kurung sekolah.
Jam tangan dijeling sekilas dan waktu pun sudah menginjak pukul 2 petang. Aku mula menyandangkan beg di bahu dan buku-buku latihan dicapai lalu dipeluk erat di dada. Malas nak berlama-lama di situ, jadi aku mengambil keputusan untuk balik sahaja.
Lagi pun, tak ada sebab pun untuk aku stayback.
Suis kipas ditutup dahulu sebelum keluar dari foyer. Selesai memastikan semua dalam keadaan baik, aku mula berjalan menuju ke pagar utama untuk pulang. Laluan foyer ini yang menuju ke luar sekolah hendaklah melalui blok tingkatan lima dahulu. Dan dari jarakku saat ini, dapat aku lihat murid-murid dari kelas yang berada di tingkat tiga sudah pun mula turun untuk balik ke rumah. Setiap hari, bagi semua pelajar tingkatan lima perlu tinggal sebentar untuk menghadiri kelas tambahan.
Sebaik sahaja aku melalui blok itu, tepat-tepat Mikael baru turun dari arasnya. Jantungku seperti terhenti seketika saat matanya bersabung dengan anak mataku. Cepat-cepat aku alihkan pandangan ke arah lain dan mula melangkah lebih laju. Sempat aku lihat wajahnya mula berubah dan mungkin dia tidak menyangka dengan tindakanku itu.
"Ifti!"
Panggilan Mikael aku buat tidak tahu dan meneruskan langkah menuju ke pagar utama. Namun, langkahku terhenti mendadak apabila Mikael secara tiba-tiba sudah pun berada di depanku. Entah macam mana dia boleh berada di depanku dengan masa yang singkat. Jarak kami hanya tinggal beberapa meter sahaja gara-gara aku tidak sempat mengambil jarak yang banyak sebelum berhenti.
"Ifti, kenapa ni?" tanyanya dengan nafas yang sedikit tercungap-cungap. Mungkin letih berlari mengejarku yang berada di depan. Sinis senyumanku yang diukirkan di hujung bibir.
"Aku suruh kau tunggu dekat foyer, kan? Kenapa kau terus balik ni?" tanya Mikael tidak puas hati. Wajahnya jelas kemerahan menahan marah dan keletihan. Senyuman sinis yang terukir perlahan-lahan memudar. Rasa bersalah mula hadir di hatiku.
"Aku ada buat salah ke? Aku buat kau tunggu lama sangat ke sampai kau nak balik ni? Aku minta maaf. I'm sorry, Ifti. Aku tak sengaja." Lembut tutur katanya mengucapkan kata maaf sambil menundukkan sedikit kepala ke bawah.
"Mikael..." Wajahnya aku tatap lama dan tanpa sedar dapatku rasakan kolam mata mula bergenang dan bila-bila masa sahaja air mataku akan tumpah ke bawah. Mikael mula mengangkat kepalanya sebelum terkedu untuk seketika.
"Ifti..."
"Aku nak balik. And for now, stop... rapat dengan aku."
Air mata yang ditahan dari tadi mula gugur dan mengalir deras di pipi. Tanpa menunggu jawapan Mikael, langkah terus diatur menuju ke pagar utama. Kedua belah kakiku menggeletar habis saat mengungkapkan ayat itu. Dada terasa dirobek-robekkan apabila ayat itu dilontarkan keluar dari bibir.
Sakit.
***
SIANG mula berlalu pantas, dan jam pun sudah menginjak pukul 9:30 malam. Buku yang terbuka luas dibiarkan kosong tanpa tulisan. Fikiranku sudah jauh melayang entah ke mana. Langsung tidak boleh fokus untuk menyiapkan kerja yang berlambak tersebut.
Ting!
Ting!
Ting!
Aku tersentak apabila mendengarkan notifikasi yang berbunyi banyak. Malas-malas aku capai telefon yang diletakkan di hujung meja belajar dan mula melihat mesej tersebut. Penuh bahagian notifikasi dengan mesej yang dihantar oleh Mikael sejak dari pukul 8 malam tadi. Awal-awal tadi aku mula aktifkan mod senyap kerana tidak mahu diganggu dengan mesej-mesej yang dihantar oleh sesiapa pun.
Namun, tidak sangka pula Mikael akan menghantar mesej sebanyak ini kepada aku. Rasa kesian pula melihat dia tidak henti-henti menghantar mesej itu. Akhirnya aku mengalah dan mula membuka mesej yang diberikan Mikael.
Mikael
Ifti, aku dah buat salah ke?
Tell me.
Aku minta maaf sangat-sangat.
Tolong jangan senyap macam ni. Please give me back old ifti that i known.
I need to talk with you.
Status 'online' yang sedari tadi dipaparkan di situ mula berubah kepada 'last seen'. Mungkin dia dah mula sibuk, fikirku. Aku tarik nafas dalam-dalam dan mula menghembuskannya berat. Mata dipejamkan sejenak dan jari-jariku mula bersedia untuk menaip bagi membalas mesejnya itu.
Buat kali terakhir.
(Me)
Mikael, thanks for everything. Thanks sebab ada dengan aku. Thanks sebab selalu ajar aku. Thanks sebab selalu layan aku.
For someone... that maybe so important for you. Please, stay away from me. Aku minta maaf kalau kau fikir aku ni ambil kesempatan dekat kau.
Tolong, jauhkan diri daripada aku.
Thank you for everything, Mikael.
Aku memandang lama ayat itu dan mula membacanya berulang kali untuk memastikan tiada yang tertinggal. Bibirku disimpulkan senyuman nipis seketika sebelum kembali kepada asal. Mataku dipejamkan rapat bagi menahan rasa sakit yang menjalar di hati. Tanpa sedar, air mataku mula mengalir setitis demi setitis.
Tap!
Untuk beberapa saat, status Mikael mula bertukar kepada 'online'. Aku menggigit bibir menunggu balasan daripada Mikael. Rasa debar tidak henti-henti dari tadi. Sepuluh jari mula dicantumkan erat dan air liur yang terasa kelat ditelan beberapa kali.
Ting!
Mikael
Ifti, I don't get why you need to act like this.
But if you already made up your mind, then i will respect.
Kalau itu keputusan kau, it's okay. Mungkin ada silap aku without aku sedar. Aku minta maaf, Ifti. But, kalau kau perlukan aku, let me know.
And, thanks for everything too, Ifti.
Sejurus membaca mesej yang dihantar oleh Mikael, lantas aku menekurkan kepala ke lantai. Seluruh tubuhku menggeletar melepaskan esakan yang ditahan. Aku mula turun dari kerusi lalu badan disandarkan di kaki meja. Kedua belah lutut dirapatkan di dada dan kepala ditekupkan di situ. Air mata mula merembes-rembes keluar. Bibir bawah digigit bagi menahankan diri mengeluarkan suara.
Let... him go, Ifti.
TBC
Vote and comments! 🤍
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro