Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

UWMA: 3

Hai and assalammualaikum, new chapter is done!

Enjoy your reading!

| 17022022 |












AKU menopang dagu di atas meja menggunakan kedua belah tangan. Mulut dimuncungkan ke depan sambil otak jauh mengelamun. Masih terfikir alasan Mikael mengendahkannya pagi tadi.

Telefon yang berada di sisi dicapai lalu aplikasi Instagram dibuka. Nama Mikael ditekan lalu mula menaip sesuatu. Setelah menghantar mesej kepadanya, aku menutup kembali telefon.

Ting!

Username Mikael terpampang di screen telefon. Mesejnya aku baca dengan pantas. Senyuman lebar terukir di bibirku. Jariku mula menari-nari di atas keyboard telefon.

a.mikael
Sorrylah, aku sombong sikit dengan orang yang tak rapat.

l.ifti
Yelah tu heh.

a.mikael
Betul, sumpah. Tapi untuk kau, aku try jadi friendly okay? 😚

Wajahku terus berubah warna apabila membaca mesej terbaru Mikael. Senyuman yang cuba disembunyi terukir juga di bibir. Bantal ditekup di atas muka sambil menjerit kecil.

"Eee, apa buat aku blushing ni!" gumamku sambil mencebik. Bibirku diketap rapat dan badan tergolek-golek di atas katil. Hatiku terus berbunga-bunga pada waktu itu.

a.mikael
Waktu tu aku nak tegur kau, tapi cam segan. Kita dahlah tak rapat tiba-tiba aku tegur cam mem lak 😭

l.ifti
Aku tak makan orang pun gila. Kau dah kenapa. Tegur jelah 😭😭👎🏻

a.mikael
HAHAHAHAHA okaylah. Lepas ni aku nampak je kau aku terus jerit. Btw, apa nama kau?

l.ifti
Alah, sembang betul mamat ni. Nama aku pun tak tahu  🤨☠️

a.mikael
Sebab aku nak tepati kata-kata aku tu aku tanya kau budak. What's your name, little girl?

l.ifti
Okay fine. Ifti Liyana.

a.mikael
Wah, sedap betul nama kau.

l.ifti
Thank you 😳

a.mikael
Okaylah, aku nak buat hw. Nanti bonda marah do 🥲

l.ifti
Wah, bonda ajar kelas kau? Best tak?

Bonda itu pengetua sekolah aku. Dia sendiri yang menyuruh kami semua memanggilnya 'bonda'. Mungkin bonda nak anak murid dia berasa selesa dengan dia. Bonda tak pernah lagi mengajar tingkatan 4 buat masa sekarang.

a.mikael
Best! Tapi tulah, kalau dia dah marah, mampos kau do. Nampak je tenang tapi kalau mengamuk boleh demam kau.

Seriau pula aku membaca mesej Mikael itu. Tak dinafikan, bonda pun memang jenis yang tenang dalam semua perkara. Orang kata, jenis yang tenang inilah bahaya kalau marah. Memikirkan itu sahaja membuatkan bulu romaku menegak.

a.mikael
Okaylah, bye little girl. Have a good night!

l.ifti
Byeee!

Dan perbualan kami pun tamat. Aku meletakkan telefon di atas badan sambil merenung siling di atas. Senyuman lebar terlakar di bibir mungilku. Hati aku sedikit lega setelah mengetahui sebab Mikael.






















KEESOKANNYA, aku melangkah masuk ke dalam kelas masih tiada orang itu. Tempat aku dituju dahulu lalu meletakkan beg di atas kerusi. Langkah dihayun ke tempat suis lalu menekannya semua. Sesaat kemudian lampu dan kipas mula menyala.

Kelihatan banyak sampah yang berselerak di atas lantai. Meja-meja juga tidak bersusun kemas. Senang cerita kelas sangatlah serabut dan kotor. Automatik keluhan berat terlepas dari mulut.

Aku berjalan ke belakang kelas di mana tempat penyapu berada. Leher dilentokkan ke kiri dan ke kanan. Lengan baju disinsing sehingga paras siku. Nasib baik aku selalu memakai inner baju. Tak adalah nampak aurat nanti.

Maka bermulalah tugasku membersihkan seluruh kelas. Meja-meja juga turut aku susun bagi kemas. Setelah selesai, aku menyimpan kembali penyapu di tempat asal.

Puas hati aku melihat kelas kini berada dalam keadaan bersih. Siapa punya angkaralah ini yang mengotorkan kelas. Kalau bersihkan juga tak apalah. Ini dibiarkan macam itu sahaja.

"Hai."

Aku mengangkat kepala sebelum terkelu seketika. Wajah Inara menghiasi pemandangan aku. Dia mengukir segaris senyuman sebelum berjalan menuju ke tempatnya.

"Insecurenya aku dengan dia. Dahlah lawa," gumamku. Sambil-sambil mengemas bawah meja, mata mencuri pandang wajah Inara.

Bohonglah kalau aku tak cemburu dengannya. Boleh dikatakan Inara itu pakej lengkap. Lawa, pandai, famous dan pendek. Lelakikan suka perempuan yang pendek.

Nampak comel.

Kawan-kawanku mula masuk ke dalam seorang demi seorang. Kelas mula kecoh dengan suara kami semua. Cikgu mula masuk ke dalam kelas apabila jam menunjukkan sudah pukul 7:30 pagi.



















BUNYI loceng menandakan waktu persekolahan sudah pun berakhir. Aku mengemas buku-buku dan alat tulis lalu memasukkan ke dalam beg. Selesai sahaja mengemas, aku melangkah ke arah Alysa yang sedang menungguku di pintu kelas.

''Kau balik ke?"

''Taklah. Aku nak siapkan homework.''

Alysa tiba-tiba sahaja berhenti secara mendadak menyebabkan aku terlanggarnya kuat. Bahu yang terkena tubuhnya aku gosok bagi mengurangkan pedih. Alysa ini macam tiang, siot! Dahlah keras, tinggi pula itu.

''Ke kau nak lepak dengan dia?"

Aku mengerut dahi, pelik.

''Who?"

'Mikael Ayden,'' balas Alysa sambil menjongket keningnya. Aku cepat-cepat menggeleng kepala menafikan kenyataannya.

''Mana ada!'' sangkalku tegas. Tak suka orang menuduh aku sesuka hati tanpa bukti. Kepoh betul mulut murid dekat sekolah ini.

''Alah, chilllah. Aku tanya je,'' ujar Alysa sambil menjuihkan bibirnya.

''Tak adalah, kau tanya aku macam tuduh aku tau.'' Aku menjelingnya dengan ekor mata. Alysa menundukkan kepala berkali-kali tanda meminta maaf.

''Okaylah, take care! Aku chaw dulu." Aku melambai-lambaikan tangan ke arah Alysa sehingga bayangnya hilang di mata. Foyer C menjadi pilihan hatiku sebagai tempat untuk menyiapkan kerja sekolah. Harap tak ramailah orang dekat sana.

Setibanya dekat Foyer C, bola mata aku menangkap susuk tubuh seseorang yang memakai baju kemeja berwarna ungu dari arah belakang. Rasa seperti diperhatikan, dia menoleh ke belakang dan jelas wajahnya terpapar di mataku.

''Hai, mehlah duduk sini,'' sapa Mikael sambil melambai-lambaikan tangan ke arahku.

Lama jugalah aku berdiri kaku di situ sebelum melangkah ke arahnya. Beg sekolah diletakkan di atas kerusi panjang. Mataku jelas melihat banyak buku dan makanan berselerak di atas meja. Tahulah bahawa yang dia juga sedang membuat kerja. Tak pasti sama ada mengulang kaji atau menyiapkan kerja sekolah.

Tak sangka dia ada dekat sini.

Aku melabuhkan punggung di atas kerusi lalu mengeluarkan buku tulis subjek Bahasa Melayu dari beg. Mikael yang sedang menulis sambil makan itu aku pandang lama. Amboi, multitasking.

''What?" Tersentak aku apabila mendengar suaranya. Wajahku tiba-tiba terasa panas dan warna mula berubah lain. Malu sebab ditangkap mencuri-curi pandang.

''Eh, kenapa muka kau merah?'' Cemas Mikael menyoalku. Dia seperti mencari-cari sesuatu dari dalam beg. Mata aku menangkap sehelai kain berwarna biru yang berada di tangannya. Mikael menuang air di atas kain tersebut lalu memerahnya.

Kain itu diletakkan di dahiku secara tiba-tiba. Aku yang belum bersedia itu gelabah menahan kain daripada terjatuh. Tertanya-tanya juga kenapa Mikael melakukan ini.

''Muka kau merah, wey. Aku rasa kau demam."

Ambil masa jugalah aku untuk memahami ayatnya sebelum tergelak kecil. Kelakar pula tengok Mikael gelabah semacam. Nasib dia tak tahu yang bukan sebab demam menyebabkan wajahku berubah warna. Kalau tak, memang hari ini hari terakhir dia hadap Mikael!








TBC

Teruskan menyokong UWMA ❤️🤍

| read, vote and comments |

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro