Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

UWMA: 27

Hai, new chapter is done! Semoga korang semua baik-baik sahaja <3

Enjoy your reading!

[ Write: 160824 ]

[ Pub: 160824 ]








MENJELANG musim percubaan peperiksaan SPM bagi tahun ini, semua cikgu telah bertungkus lumus dalam membantu setiap anak murid mereka untuk meningkatkan markah dan gred dalam setiap subjek. Jadi, bagi kami yang tidak terlibat ini memang akan diabaikan buat seketika waktu.

Dan cikgu telah amanahkan aku untuk membantu kawan-kawanku yang lemah dalam subjek tertentu. Walaupun sebenarnya berat untuk aku mengikut apa yang disuruh. Ajar orang tidak susah, nak buatkan dia faham itulah yang susah. Tetapi, dalam diam aku turut berasa bangga dengan diriku sendiri kerana cikgu mula percaya dengan kemampuan dan akademik aku.

''Ifti, ajarkan aku log!''

''Ifti, macam mana nak cari kata kunci dia?''

''Ifti..."

Dan masing-masing mula mencari aku untuk menanyakan soalan yang mereka tidak tahu. Aku mula memberikan tumpuan kepada mereka dan mula mengajar apa yang mereka semua tidak faham. 

Lagi pula PPT akan diadakan pada minggu hadapan. Minggu ini sahaja yang tinggal untuk membuat persiapan. Aku menggeleng kepala dalam diam melihat perangai rakan-rakanku yang suka sangat belajar saat-saat akhir.

''Ifti, kau rasa soalan masuk apa?'' bisik Alysa sambil mengetuk mejanya perlahan. Aku menjelingnya sekilas sebagai isyarat menyuruhnya diam dan sambung menyiapkan latihan. Dia ingat aku ini boleh ramal soalan ke apa?

''By the way Ifti, kau tahu tak...''

Laju aku memintas kata-katanya. ''Tak.''

Alysa mengetap bibirnya erat sebelum memukul lenganku perlahan. Terhenti terus perbuatanku yang sedang menulis jalan kerja bagi soalan log tadi. Tempat yang dipukul Alysa aku usap berkali-kali. Pedih nak mampos!

''Tangan kau ni besi ke apa? Sakit tahu tak!'' rungutku sambil mencebik bibir ke depan. Jelingan tajam aku berikan kepadanya. Alysa mengendahkan jelingan aku itu sebaliknya membalas dengan menjelirkan lidah.

Geramnya!

''Ifti, kau tengok Inara tu.'' Aku mengangkat kepala dengan malas lalu pandangan dihalakan ke tempat Inara seperti yang dikatakan Alysa. Elok aje perempuan itu buat kerja. Tak ada buat salah apa-apa pun. Ini tak lain tak bukan, mesti Alysa nak ajak gosip dengan aku.

''Biarlah dia tu. Kau nak busybody kenapa?'' ujarku sambil menggeleng kepala. Aku yang boleh dikatakan ada beef dengan Inara pun malas nak ambil tahu pasal dia. Ini lagikan Alysa yang langsung boleh dikatakan tidak rapat dengan Inara, tiba-tiba sahaja nak sibuk pasal dia.

''Bukanlah! Kau tak rasa ke dia tu macam tak puas hati dengan kau? Dia jealous dengan kau ke? Tapi obvious gila do. Kalau kau nak nafikan lagi, memang kepala kau tu aku ketuk. Biar sedar sikit!''

Buku yang sudah siap dengan jalan kira itu aku berikan kembali kepada salah seorang rakan sekelasku sebelum menumpukan perhatian kepada Alysa. Bebelannya tadi seperti masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

''So? Kalau dia tak puas hati pun, biar jelah. Bukan aku boleh halang pun siapa tak suka aku,'' balasku acuh tak acuh. Mendengar sahaja kata-kataku, Alysa terus mendengus kasar menandakan ketidakpuasan hatinya.

Aku menggigit sedikit bibir bawah bagi menahan gelak daripada terhambur keluar.

''Aku serius ni, Ifti!'' kata Alysa dengan nada yang sedikit tinggi. Dapat aku rasa dia tengah tahan geram namun aku buat tak endah sahaja.

''Kau ada nampak muka aku main-main ke?'' Aku membalas kata-katanya dengan soalan.

Pak!

Sekali lagi lengan aku menjadi tempat dia lepaskan geram. Laju aku menggosok-gosok lenganku yang ditampar oleh Alysa tadi. Mak aih, pedih siot.

"Sakitlah, woi!"

"Padan muka!"

Ya Allah, sakitnya hati layan Alysa ini. 

''Dah, pergi siapkan kerja kau tu!''












***














SEPERTI biasa, aku akan duduk di foyer selepas habisnya waktu persekolahan. Selalunya Mikael akan temankan aku sampailah aku balik. Hari ini pun sama. Tetapi, dia baru sahaja bagi tahu aku yang dia akan lambat sedikit. Belum sempat aku ingin bertanya lebih lagi, dia terlebih dahulu pergi.

Jam sudah menunjukkan pukul 3 petang namun kelibat Mikael langsung aku tidak nampak. Waktu rehat bagi sesi petang pun sudah berakhir 10 minit yang lalu. Segala alat tulis aku letak di atas meja. Bibir bawah digigit perlahan bersama kedua belah kaki yang digoyangkan serentak.

Mana Mikael ini? Dia tak jadi datang ke? Tapi, dia dah janji.

''Ifti?''

Kedua belah bahuku serentak terangkat ke atas, terkejut dengan suara yang menegurku secara tiba-tiba. Badan segera dipalingkan ke belakang sebelum segaris senyuman terlakar di bibir saat melihat Mikael berjalan menghampiri tempatku. Kemudian dia mengambil tempat di depanku dan mula melabuhkan punggung di situ.

''Sorry, Ifti. Aku buatkan kau tertunggu-tunggu,'' ucap Mikael bersama muka serba salahnya. Aku pantas menggeleng kepala laju, menafikan kata-katanya. Walaupun baru sahaja tadi berbakul-bakul sumpah seranah aku berikan kepadanya dalam diam.

''Kenapa lambat?'' tanyaku sambil memerhatikan gerak-gerinya. Mikael terdiam seketika sebelum memalingkan wajahnya menghadap aku. Senyuman lebar dilakarkan di bibir.

''Aku pergi tengok budak-budak yang join KRS tadi. Aku rasa, aku kawad lagi cantik,'' balas Mikael bersama tawa di hujung ayatnya. Sambil-sambil itu dia menyedut saki-baki airnya yang masih tersisa sehinggalah habis.

Aku hanya tersenyum nipis sebelum mengganguk kepala beberapa kali.

''Siapa je ada?'' tanyaku ingin tahu. Rajin betul orang yang masuk kawad ini. Kalau tidak difikirkan tentang PPT yang makin dekat, aku rasa aku dah lama turut serta juga. Mungkin... kalau rajin.

''Classmates kau? Inara dengan member dia tu. And then, ada beberapa budak perempuan lagi.'' Wajahku mula berubah saat mendengar nama yang meniti di bibir Mikael sebelum cepat-cepat menarik senyuman. Jantungku mula berdegup kencang apabila melihat senyuman yang terlakar di bibirnya itu.

''Mikael, kau tengok KRS untuk apa?'' Terlepas juga soalan yang bermain-main di fikiranku. Mikael seperti tergamam dengan soalan yang diajukan olehku. Mungkin tak sangka aku boleh tanya soalan begitu kepada dia.

''Saje. Salah ke?'' tanyanya balik. Bibirku diketap perlahan apabila mendengar jawapan bersahajanya. Itu bukan jawapan yang aku nak.

''Sebab ada Inara?''

Sunyi.

''Ifti, kenapa kaitkan dia ni?'' Lembut Mikael bertanya kepadaku. Wajah tenangnya diamati lama sebelum nafas berat terhela dari mulutku. Bibir ditarik mengukir senyuman nipis dan kepala digeleng-gelengkan. Soalannya aku biarkan sepi berlalu.

Kemudian, aku memintanya untuk memberikan aku masa seketika bagi menyiapkan kerja sekolah yang diberikan cikgu pagi tadi. Sekejap-sekejap aku menoleh memandang Mikael yang khusyuk melihat telefon itu. Namun, aku abaikan sahaja perasan ingin tahu yang sudah membuak-buak dalam hati.

'Kau tak ada hak nak tahu apa-apa pasal dia, Ifti,' getus hatiku.

''Banyak lagi ke, Ifti?'' Suara Mikael menyentakkan aku yang sedang menulis. Pantas kepala diangkat lalu mataku terus bersabung dengannya yang tidak lepas memandangku. Menggeletar habis seluruh bibirku untuk menjawab soalanya itu.

Petikkan jarinya yang berkali-kali menyentakkan aku dari lamunan. ''Apa kau cakap tadi?''

Mikael terkebil-kebil memandangku sebelum tawa halusnya terlepas di bibir. Lalu bibirnya menyimpul senyuman lebar. Kepalanya mula melentok sedikit ke bahu sambil menatapku.

Ya tuhan...

''Aku tanya kau, banyak lagi ke?'' Soalannya diulang kembali. Tetapi, kali ini dengan lebih kuat lagi.

''Ohh, aa... aah banyak lagi. Eh sikit lagi. Ha... sikit je!'' Penuh tergagap-gagap aku membalas soalannya itu. Bibir digigit perlahan menahan malu yang mula hadir. Kedengaran tawa halus dari bibir Mikael.

''Relax, Ifti. Aku tanya je. Nervous kau macam hadap orang yang kau suka pulak,'' ujar Mikael sambil menggeleng kepalanya. Mati terus senyuman di bibirku dan badan mula mengeras tatkala mendengar kata-kata yang keluar dari mulutnya.

''Kalau ada orang suka kau, kau suka dia balik ke?'' Serius aku menyoal kepadanya.

Bergerak-gerak bebola mataku mencari jawapan di sebalik iris mata milik Mikael. Dia seakan-akan tergamam dengan soalan yang diberikan olehku. Jantung  mula berdebar-debar menunggu jawapannya. Suasana hening mula memenuhi seluruh foyer pada saat ini.

''Okey je. Cuma tengoklah siapa orang tu.'' Sekian lama membisu, akhirnya Mikael memberikan jawapan. Dia membetulkan postur badannya agar selesa. Aku pantas mengukir senyuman nipis sebelum mengganguk kepala perlahan.

Perlahan-lahan aku angkat kepala lalu menatap wajah kacaknya itu.

''Kalau aku... yang suka kau?''

Sunyi.

Wajah Mikael yang mempamerkan riak tergamam menyapa pandanganku. Air liur yang terasa kesat ditelan perlahan-lahan. Agak menyesal sedikit aku menyuakan soalan itu kepada Mikael. Mesti dia pun terkejut saat mendengarnya.

''Aku gurau je.'' Serta-merta nafas panjang terhela di bibir Mikael setelah aku mengungkapkan ayat itu. Kemudian dia mula melepaskan tawanya lama. Aku menundukkan sedikit kepala, menghalangnya memandang wajahku yang mula berubah.

''Takkanlah kau, Ifti.''

Ye, mustahil aku... untuk kau balas balik perasaan ini.









TBC

Vote and comments 🤍

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro