Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

UWMA: 23

Hai, new chapter is done!

Enjoy your reading!

[ Write: 200624 ]

[ Pub: 290624 ]








RAKET yang berada di tanganku digenggam kemas dan badan mula bersedia menerima bola tangkis yang diberikan oleh Alysa. Bola tangkis itu melantun tinggi ke langit dan mula beralih ke arah aku. Aku mula melompat sedikit lalu bola tangkis itu tepat mengena raket dan aku membalas pukulan Alysa.

Alysa yang tidak bersedia itu akhirnya terlepas peluang untuk memukul kembali bola tersebut. Aku bersorak perlahan tetapi cukup kuat untuk didengari oleh Alysa yang sudah berubah wajahnya. Terkekeh-kekeh aku ketawa mengejeknya.

Padan muka!

''Aku tak readylah. Repeat aa jom!'' rungut Alysa tidak puas hati. Dia memuncungkan bibirnya ke depan sambil menjeling aku. Lengan Alysa dipukul perlahan.

''Tu kau punya pasal. Siapa suruh kau tak ready? Badminton ni kena fokus lebih dan semua anggota badan kau kena ready,'' bebelku. Sambil-sambil itu aku terangkan juga tentang badminton. Bagi kesedaran sedikit dekat Alysa yang pemalas nak bersukan itu.

''Eee kenapa kau bebel dekat aku je? Amyra dengan Nailah tu kau tak nak pula bebel dekat dia?'' Alysa menuturkan kata-katanya sambil menjuihkan bibir ke arah rakan sekelas mereka berdua. Nailah dan Amysa yang sedang sibuk berborak dan sekali-sekala menjamah makanan itu aku perhati. Aku pantas menggeleng kepala melihatnya.

''Waktu PJ ini gunakanlah untuk bersukan kalau dah tahap malas gila. Ini tak, tak makan, tidur. Bila nak bersukannya?'' ujarku sambil menggulingkan kedua belah mata ke atas. Aku terus tersengih apabila mendapat jelingan yang tajam daripada Alysa.

Terlepas pula part makan dan tidur itu.

''Terasa ke, kak?'' sindirku sambil menekup mulut menggunakan tangan. Mata sengaja dibesarkan bagi memerli Alysa. Dia terus menjulingkan mata ke atas tanda menyampah.

Aku tergelak kecil sebelum terhenti secara tiba-tiba saat mata tertancap pada satu susuk tubuh yang tidak jauh dari tempat mereka berdua. Kelihatan Mikael bersama-sama dengan rakan sekelas mereka berjalan melintasi dataran.

Aku bingkas berdiri dan ingin melangkah mendekati Mikael. Namun perbuatanku terhenti apabila terpandang Inara dan Adam sedang berjalan ke arah Mikael. Aku hanya perhatikan mereka bertiga dari jarak jauh.

Tak jadi niat untuk tegur Mikael.

Ada satu bola yang sedang laju meluru ke arahku namun aku pantas menunduk bagi mengelakkan diri terkena. Nafas dihela lega sebelum menolehkan kepala ke arah belakang apabila terdengar suara-suara bising yang seakan-akan menyorak nama Mikael.

Kening mula bercantum dan pandanganku turun ke arah tangan Mikael. Bukan tangan yang menarik minatku namun apa yang diggengamnya itu. Pandanganku turun memandang bola yang hampir terkena aku tadi di tangan Mikael.

''Mikael, nasib baik kau ada. Kalau tak, aku rasa aku dah pengsan dah. Takut...'' Aku mengetap bibir geram menahan rasa dalam hati. Suara lunak Inara yang tergedik-gedik itu menyebalkan hati aku yang sudah terbakar. Aku terus menyimpan raket di dalam bekasnya lalu mula berjalan balik ke kelas.

Suara Alysa yang memanggil aku berkali-kali aku abaikan sahaja.














STRAW yang disediakan itu aku cucuk ke lubang air kotak lalu mula menyedutnya seketika. Langkah diaturkan menuju ke Foyer C. Hari ini aku sedikit lambat kerana terpaksa menemani Alysa untuk balik ke rumahnya. Katanya, dia trauma untuk berjalan seorang diri disebabkan ada sekumpulan lelaki yang tidak habis-habis mengacaunya.

Alang-alang rumah Alysa dekat dengan kedai, jadi aku singgah sekejap untuk membeli air dan roti sebagai alas perut. Bukanlah memilih untuk makan makanan berat seperti nasi, namun aku tidak percaya dengan kebersihan kedai-kedai di luar. Maka langkah selamat adalah dengan membeli roti. Cukuplah untuk sementara waktu duduk di sekolah.

Sebaik sampai di foyer, pandanganku tertancap pada tubuh seseorang yang sedang meletakkan kepalanya di atas meja. Mungkin tidur. Tak payah penat-penat aku nak berfikir, dari arah belakang sahaja sudah tahu itu Mikael.

Aku tersenyum nipis.

Aku melangkah mendekatinya lalu kerusi di depan aku pilih. Perlahan-lahan aku letakkan beg di sebelah lalu mula melabuhkan punggung di atas kerusi. Plastik yang berisi dengan roti diletakkan di atas meja. Kedua belah tangan dicantumkan lalu aku menongkat dagu bagi menatap wajah Mikael yang sedang lena itu.

Hensem.

Mungkin Mikael penat sangat jadi sampai tertidur di sini. Rasa kesian pula aku melihatnya. Fizikalnya mesti penat sangat dengan kelas tambahan yang diadakan oleh cikgu-cikgu. Tak dinafikan, sekolah aku memang akan paksa dan push murid-murid tingkatan 5 untuk fokus terhadap SPM.

Dan aku juga akan menghadap situasi itu hanya beberapa bulan lagi.

Tubuh Mikael tiba-tiba bergerak dan matanya mencelik luas. Terbuntang terus mataku apabila bertentang mata dengannya. Seluruh tubuhku mengeras dan tidak mampu berbuat apa-apa. Lama kami dalam keadaan begitu sebelum cepat-cepat aku alihkan pandangan ke arah lain.

Drastik aku memegang pipi yang terasa hangat itu. Malu mula menyelebungi diri saat ini.

Mikael mengangkat kepalanya dan mula mengeliat seketika. Aku mengerlingnya lalu berdeham perlahan apabila kantoi mencuri-curi pandang. Mata ini gatal sangat nak pandang. Jadi bukan salah aku kalau asyik mengusyar Mikael.

Aku berdeham seketika. ''Mana member kau? Tak busy ke?''

''Nope, sebab aku bosanlah aku datang sini. Saje nak teman kau.'' Aku tergamam mendengar balasannya. Tak tahu nak berikan reaksi apa.

''Oh hahaha, aku jadi second choicelah ni?'' ujarku bersama tawa yang dibuat-buat. Tak nak nampak aku maksudkannya sangat. Walaupun dalam diam, mengakui juga diri ini sebagai pilihan kedua atau selebihnya. Tanpa sedar, aku lepaskan keluhan berat.

''Bukanlah! Aku memang nak temankan kau pun,'' sangkal Mikael sambil menjeling aku tajam. Aku jeda seketika sebelum mengangkat kedua belah bahu ke atas. Mengiyakan sahaja apa yang dikatakan Mikael itu. Lantas aku mengeluarkan buku latihan yang bersaiz panjang bagi subjek Sejarah. Nak siapkan esei yang diberikan oleh cikguku tadi.

''Lambat kau keluar hari ni?'' tanya Mikael. Dia kemudian meletakkan kepalanya di atas meja seperti tadi. Mulut pula sudah beberapa kali ditekup setiap kali menguap. Aku hanya tersenyum melihatnya itu.

''Aku solat tadi. And then, teman member aku balik rumah. Alang-alang tu aku singgah kedai jap beli roti and air.'' Panjang lebar aku menerangkan setiap aktiviti yang aku lakukan tadi. Mikael hanya mengganguk-angguk kepala dengan mata yang terpejam.

Tak tahulah dengar ke tidak apa yang aku bebelkan tadi.

''Kalau kau nak tidur, tid...'' Belum sempat aku habiskan ayat, kedengaran bunyi dengkuran halus yang terhasil berdekatan  dengan kami berdua. Aku mengerling ke arahnya lalu mengunci mulut dari mengeluarkan sebarang bunyi.

''Kruh...'' Sah! Memang daripada Mikael.

Aku menyimpulkan senyuman nipis sambil menatap wajah Mikael yang bersih itu. Dari dahi beralih ke kening, kemudian mata dan seterusnya. Aku terus menggeleng kepala laju apabila menyedari tindakan aku yang agar melebih tersebut.

Mikael yang sedang lena itu aku biarkan sahaja. Tanpa membuang masa, aku terus menyiapkan kerja sekolah yang diberikan pagi tadi. Malas nak tangguh sampai malam. Jadi, baik siapkan sekarang sahaja.

Sekejap aku menulis, sekejap aku termenung bagi memikirkan idea dan ayat untuk ditulis di atas kerja. Idea pula mestilah kena relevan dengan soalan yang diberikan. Suasana yang senyap memudahkan aku untuk berfikir dengan tenang. Sebab itu aku suka lepak di sini.

Setelah selesai menyiapkan kerja, aku pantas mengeliat sekejap bagi merenggangkan otot-otot. Tangan segera menekup mulutku yang sudah menguap beberapa kali. Okey, otak dah bagi isyarat untuk balik.

Buku-buku yang berselerak di atas meja disusun dahulu sebelum dimasukkan ke dalam beg. Jam di tangan dikerling sekilas. Dah pukul 5:00 petang. Mama mesti tengah dalam perjalanan menuju ke sini. Aku segera melajukan tangan untuk mengemas barang-barang yang belum lagi dimasukkan ke dalam beg.

Lantas beg yang sudah siap dizipkan aku galas di bahu. Aku memalingkan badan memandang Mikael yang masih lagi tidak sedar dari tidur. Telefon segera dikeluarkan dari poket seluar lalu aku halakan ke arah wajah Mikael.

Aku tersenyum lebar.

Puas mengambil gambar Mikael yang sedang tidur, aku bingkas mengejutkannya. Selang beberapa saat, dia bangun dan matanya terpisat-pisat memandang sekeliling. Aku memalingkan wajah ke arah lain bagi menyembunyikan senyum di bibir.

Comel.

''Ehem, hello. Are you there?'' tegurku sambil melambai-lambai tangan di depannya. Menyedarkan dia yang sedang mengelamun jauh itu. Lama jugalah aku terpaksa menunggunya kembali ke alam realiti. Mikael menggeleng kepala sebelum mengeliat seketika.

''Yes, yes. Ah, ngantuknya,'' rungut Mikael sambil menutup mulut yang sedang menguap itu. Dia menggosok matanya berulang kali bagi menghilangkan rasa mengantuk yang tidak hilang lagi.

''Aku nak balik dah ni,'' ujarku sambil membetulkan beg yang hampir jatuh dari bahu. Tersentak Mikael tatkala mendengar kata-kataku sebelum dia turut mencapai barang-barangnya seperti dompet dan telefon.

''Okey, jom aku teman sampai parents kau datang.''

''Eh, tak payahlah. Aku boleh tunggu dekat luar.''

''Well, aku tak mintak pendapat kau pun.''

Tercengang aku dibuatnya tatkala selamba sahaja dia bergerak meninggalkan aku sendirian setelah menuturkan kata-kata itu. Keluhan berat dilepaskan sebelum aku turut mengejar langkahnya yang sudah jauh ke depan.

















KAMI berdua duduk bersebelahan di bangku panjang yang disediakan oleh pihak sekolah. Ini bagi memudahkan pelajar untuk menunggu penjaga mereka mengambil pulang ke rumah. Aku mengerling Mikael di sebelah. Dia sibuk menunduk memandang telefon di tangan.

Aku mendekatkan sedikit jarak dengannya sebelum menjengulkan kepala untuk melihat. Seperti sedar apa yang aku buat, dia pantas menutup telefon lalu memalingkan wajahnya menghadap aku. Terus tubuhku mengeras apabila bertentang mata dengan anak matanya. Tak sempat untuk aku alihkan pandangan.

''Puas dah tilik muka aku?''

Aku tersentak mendengar soalannya sebelum cepat-cepat alihkan wajah ke arah lain. Kedua belah pipi sudah membahang menahan malu. Kedengaran tawa kecil yang terhasil dari arah sebelah. Lantas bibir dicebikkan ke depan.

''Tak ada maknanya,'' bidasku mendatar. Aku berdeham beberapa kali bagi mengurangkan rasa malu yang belum hilang lagi. Ini semua salah Mikael!

''Malulah tu,'' usik Mikael sebelum tergelak kecil. Aku menggulingkan kedua belah mata ke atas tanda menyampah. Sakit pula hati melihat Mikael elok sahaja gelakkan dia. Mamat ini tak ada rasa malu ke bila bertentang mata dengan orang?

Rasa nak meletup jantung tahu tak setiap kali aku bertentang mata dengan Mikael.

''Kau balik pukul berapa ni?'' tanyaku sekadar mencari topik. Sementara tunggu mama datang, baik aku ambil peluang ini untuk berborak lagi panjang dengan Mikael. Lepas ini, mungkin aku dah jarang berkomunikasi dengannya. Dia pun akan mula sibuk untuk mengulang kaji semua subjek untuk SPM kelak.

''Lepas je kau balik.''

Berkerut dahiku mendengar jawapannya.

''Balik jelah sekarang.'' Polos aku berkata. Dia menjentik perlahan kepala aku yang beralas dengan tudung. Membulat terus kedua belah mata memandangnya.

''Kan aku kata, aku nak teman kau. Jadi, aku temanlah kau dulu,'' balas Mikael sambil menyilangkan kedua belah tangannya ke dada. Rambutnya yang jatuh terjuntai di dahi dibiarkan.

Mulut membentuk 'Oh' sebagai balasan. Tak tahu nak balas apa. Kami berdua mula diam dan melakukan kerja sendiri. Dia dengan telefonnya, aku pula sibuk mencari idea untuk teruskan berborak dengannya.

''Mikael, tak rasa ramai orang pandang kita?'' bisikku sambil mata meliarkan ke sekeliling. Terhenti terus perbuatannya yang sedang menaip di telefon dan dia turut memandang ke sekeliling. Banyak mata mula memandang ke arah kami berdua. Sebahagiannya hanya buat tak tahu sahaja. Aku mula resah dengan pandangan yang diberikan mereka.

''Biar je. Diorang pandang, kita pandang balik,'' balas Mikael selamba. Kemudian, dia terus menunduk kembali dan mula menghadap telefonnya. Aku mengetap bibir sebelum akhirnya mengeluh halus.

Tak lama lepas itu, pandanganku terhala pada sebuah kereta baru sahaja sampai di depan sekolah. Mata dikecilkan untuk melihatnya dengan lebih jelas. Jelas nombor plate kereta mama tertera di situ. Lantas aku menggalas beg di bahu dan mula berdiri.

Mikael tersentak seketika sebelum memandangku.

''Dah sampai ke?'' tanya Mikael sambil matanya tercari-cari kereta kepunyaan keluargaku. Pantas aku mengganguk kepala lalu minta diri untuk pulang.

''See you tomorrow!''

''You too!''














TBC

Vote and comments! 🤍

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro