Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

UWMA: 22

Hai, new chapter is done! Sikit lagi ye guyss! 🫶🏻

Enjoy your reading!

[ Write: 190624 ]

[ Pub: 290624 ]






HABIS sahaja kelas bagi sesi pagi, aku terus melangkah menuju ke Foyer C seperti biasa. Kening mula berkerut apabila mendengar bunyi riuh yang terhasil dari foyer. Jangan cakap ada orang lain dekat sana.

Aku mendengus kasar. Malas pula hari ini nak bersosial. Dengan tak ada moodnya lagi. Kesian pula bila teringatkan balik macam mana teruknya aku melayan rakan sekelasku lagi-lagi Alysa. Sebenarnya, bukan sengaja pun.

Balik nantilah aku minta maaf dekat dia.

Sampai sahaja di foyer, langkahku serta-merta mati apabila melihat Qaire, Daniel dan juga Mikael sedang duduk melepak satu meja. Kening automatik ternaik hairan. Banyak persoalan yang bermain-main di minda aku saat ini.

Kaki dihayun mendekati mereka bertiga lalu dengan selamba aku melabuhkan duduk di sebelah Mikael. Dia pun seperti tahu-tahu aku hendak duduk di situ, laju sahaja Mikael mengalihkan begnya di belah lain.

"Sembang apa sampai rancak sangat? Sikit lagi aku nak cancel kan plan nak stayback tau." Mendengar kata-kataku, Qaire terus tergelak kecil. Sampai berair jugalah matanya itu.

Tak faham aku apa yang kelakar sangat.

"Kau punya borak, gajah pun boleh terbang, Ifti. Tak ada maknanya kau nak cancel," balas Qaire sambil menjelirkan lidah. Terus membulat kedua belah mata memandangnya.

Kurang ajar.

"Heh, kau jangan sampai aku balik betul-betul."

"Pergila. Babai!"

Aku mengetap bibir erat menahan geram yang sudah membuak-buak dalam hati. Wajah selamba Qaire aku pandang tajam. Sempat lagi dia kenyitkan mata dekat aku. Memang minta penempah maut agaknya.

"Malas aku layan kau." Aku mengeluarkan buku-buku yang ada kerja sekolah sahaja dari beg lalu diletakkan di atas meja. Buku Qaire yang berada di depan tertolak sedikit dan hampir jatuh ke lantai. Terus berubah wajahnya.

"Woi!" jerit Qaire separa kuat. Dia menghadiahkan aku satu jelingan tajam dan membetulkan kembali bukunya. Mungkin tidak sangka tindakan aku itu.

Padan muka!

Setelah penat bertikam lidah dengan Qaire, aku mula mengabaikannya dan kembali menyiapkan kerja sekolah. Namun, ada sesuatu yang tidak kena. Aku rasa seperti diperhatikan.

Perlahan-lahan aku angkat kepala sebelum tiga pasang mata sedang memandang aku serentak. Terkaku terus tubuhku dari bergerak. Air liur yang seperti tersekat di tekak dipaksa telan.

"Ifti, aku nak cakap something," ujar Mikael dengan wajah yang diseriuskan. Dia kemudian membetulkan duduk bagi selesa. Kedua belah tangan dicantumkan dan dipanggungkan di muka.

Qaire dan Daniel pantas mengganguk kepala serentak.

"Korang ni kenapa? Dari tadi tau. Kalau nak cakap, cakap jelah!" Aku melenting mereka bertiga dengan nada sedikit kuat. Peduli apa kalau budak sesi petang dengar pun. Tengah berdebar sekarang ini.

"Jom join kitorang masuk kem," ajak Mikael secara tiba-tiba. Usai sahaja dia menuturkan kata-kata, suasana di Foyer C itu senyap seperti tiada orang di sana. Wajah Mikael aku pandang lama.

"Kau demam ke?'' tanyaku sambil mengerut kening. Pen yang berada di tangan diletakkan di atas meja. Tumpuan aku mula beralih ke arah Mikael. Pelik-pelik sahaja permintaan dia ini.

''Kem tu lagi tiga hari. Jomlah join, Ifti,'' pujuk Mikael lagi. Dia mencantumkan jari-jarinya antara satu sama lain lalu mata dikelip-kelipkan. Tercengang aku melihat tingkah Mikael yang tidak pernah dia tunjukkan itu.

Mak aih, sampai macam itu sekali dia punya desperate.

''Ye wey! Joinlah, Ifti. Jadi girlfriend kitorang sementara. Pleasee...'' Pantas aku tolehkan kepala ke arah Qaire pula. Terkejut aku mendengar kata-katanya itu. Kalau sorang, boleh terima lagi. Boleh dipertimbangkan lagi.

Ini sampai tiga orang, siapa aje nak?

''Wait wait, korang ni makan apa waktu rehat? Pelik-pelik pulak tu mintak. Salah makan ke apa?'' Seorang ajak pergi kem, seorang lagi ajak jadi teman wanitanya. Sah, ada benda yang diorang makan ini sampaikan jadi macam ini.

''Tolonglah kitorang, Ifti. We need you,'' ujar Qaire dengan nada lirih. Dia mengesat matanya dengan bibir yang dicebik-cebikkan ke depan. Melihat tingkahnya itu, tanpa sedar wajah aku mula berkerut.

Judging face.

''Betul. Minah tu tiba-tiba pergilah. So, kitorang perlukan kau.''

''Jadi, sekarang kau nak gunakan akulah ni?''

Aku menjarakkan sedikit badan dari meja dan memandang mereka satu persatu.

''Bukan! Takkan kau tak kenal Arine, Ifti? Dia tu psiko. Confirm-confirmlah dia akan menyemak kacau kitorang nanti," balas Mikael penuh berhati-hati. Mungkin tak nak aku keliru atau ada perasaan buruk terhadapnya.

Qaire dan Daniel saling berpandangan sebelum mengganguk kepala. Tercengang aku mendengarnya. Tak percaya pula bila dengar macam itu. Tamak betul Arine itu sampaikan tiga orang dia nak. Demand yang popular dan hensem pula itu.

''Ah, malas aku. PPT nak dekat dah pun. Tak ada maknanya aku nak pergi semata-mata nak menyamar jadi girlfriend korang.'' Cadangan mereka awal-awal lagi aku tolak. Lagi satu sebab, aku tak nak terbabit sekali lagi dengan 'drama' Arine tersebut.

Kedengaran bunyi keluhan dari Mikael yang berada di sebelah sebelum dia bangun berdiri. Begnya dibetulkan dan disandarkan di tepi lenganku. Terus mengeras tubuhku, terkejut dengan tingkahnya yang tiba-tiba itu.

''Aku lapar do. Jom Ifti, teman aku,'' ajak Mikael bersama dengan senyuman di bibir. Aku mendongak sedikit kepala untuk memandangnya. Cepat-cepat aku alihkan wajah apabila menyedari perbuatan aku yang tidak malu itu.

Membahang terus wajahku saat itu.

''Aa.. tak pelah. Pergi jela. Du... duit aku dah habis.'' Tergagap-gagap aku berikan alasan kepada Mikael. Bibir bawah digigit perlahan sambil menyatukan sepuluh jari erat yang berada di bawah meja. Jantung mula berdegup kencang menahan debar yang kian gila ini.

''Rasanya, aku tak ada tanya pendapat kau nak ikut ke tak.'' Selamba Mikael menuturkan kata-kata. Dia menyilangkan kedua belah tangan ke dada sambil memandang tepat ke arahku. Hujung bibirnya ternaik mengukir senyuman sinis.

Kemudian dia berjalan menghampiri aku dan menundukkan sedikit badannya. Tanpa disangka, bibirnya di dekatkan dengan telingaku sebelum membisikkan sesuatu.

''Aku. Suruh. Kau. Ikut.''

Tubuhku serta-merta mengeras dan lidah seperti kelu untuk membalas. Nafas pula seperti tersekat di kerongkong. Selang beberapa saat derapan kaki kedengaran menjauhi aku. Automatik kedua belah bahuku jatuh ke bawah dan barulah nafas aku kembali normal.

Gila!














AKU berjalan sedikit perlahan di belakang sambil menundukkan kepala ke lantai. Masih terkenang lagi apa yang Mikael lakukan tadi. Qaire dan Daniel sudah jauh berjalan meninggalkan aku.

'Damn, Mikael!' getus hatiku geram. Disebabkan perbuatannya tadi, habis tak tenang hati aku saat ini. Rasa nak meletup aje menahan debar. Malu pun ada nak jumpa mereka bertiga.

Sampai sahaja di kantin, aku mengangkat kepala dan sesaat kemudian mata mula terpandang Mikael yang sedang berdiri di depan tempat bahagian terletaknya air. Dia tiba-tiba beralihkan pandangan ke arahku.

Mikael menguntum senyum lebar untuk beberapa saat sebelum memalingkan wajah kembali. Tercungap-cungap aku mengambil nafas setelah dia pandang ke arah lain. Jantung pula laju sahaja berdegup kencang.

Dengan langkah yang berat, aku melangkah menghampiri Mikael. Tak manis pula aku tidak menolongnya. Aku menyenggol lengannya perlahan saat berdiri di sebelah dia. Kening dinaikkan ke atas sebagai isyarat.

'Nak aku tolong apa?'

Faham sahaja dengan isyarat aku itu, dia pun mengambil cawan plastik yang sudah berisi air sirap lalu diberikan kepada aku. Cawan plastik tersebut aku ambil dan genggamnya erat.

Baru sahaja badan hendak berpaling ke belakang, terhenti terus perbuatanku apabila suara Arine dan kawan-kawannya mula menjengah pendengaran. Aku pantas memandang Mikael dan wajahku sudah berkerut meminta tolong.

Aduh, masa ini jugalah nak terserempaknya.

Mikael merapatkan jarak dengan aku sehinggakan dapat aku rasakan kepalaku menyentuh bahunya. Tubuhku terus mengeras dan mata membulat luas.

''Ifti, kau joinkan kem tu? Alah, nanti aku nak mintak dekat cikgu supaya kita bertiga satu kumpulan. Aku tak boleh do berpisah dengan kau.'' Aku tersentak mendengar soalannya yang tiba-tiba itu. Kepala ditolehkan ke arah Mikael dan dia segera memberikan isyarat agar terus 'play along'.

''Aah, ya. Insha Allah, aku join,'' balasku bersama dengan tawa yang dibuat-buat. Aku memandang Mikael sambil tersenyum. Dia turut membalas senyuman. Jelas kedengaran bunyi dengusan dan hentakkan kaki dari arah Arine untuk seketika sebelum lenyap di pendengaranku.

''Sialnya perempuan tu!''

Baru sahaja aku ingin pusingkan badan ke belakang, Mikael lebih pantas menahan aku dengan memegang bahu menyebabkan pergerakanku terus terhenti. Perlahan-lahan kepala mendongak memandang Mikael.

''You're not that 'sial', Ifti. So, just ignore it, okay?'' Lembut Mikael berkata sambil matanya yang redup itu memandang aku lama. Tak tahu kenapa, dapat aku rasakan ini seperti pandangan yang terakhir Mikael akan berikan kepada aku sebelum semuanya mula berubah.








TBC

Vote and comments! 🤍

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro