UWMA: 19
Hai, new chapter is done!
Enjoy your reading!
[ Write: 050624 ]
[ Pub: 120624 ]
HABIS sahaja sesi persekolahan, aku cepat-cepat mengemaskan barang-barang dan memasukkan ke dalam beg. Usai selesai, aku terus melangkah melangkah keluar dari sekolah sendirian.
Tentang Alysa pula, dia sudah sedia maklum aku nak pergi melawat Mikael lepas sahaja habis sekolah. Jadi, dia biarkan aje aku pergi seorang diri dan tinggalkan dia. Syukur ada kawan macam itu. Tak ada nak merumitkan keadaan dengan terasa atau sebagainya.
Aku mengeluarkan telefon lalu aplikasi Grab dibuka. Tanpa membuang masa, aku terus menempah dan selang beberapa minit, sebuah kereta Saga berwarna merah berhenti betul-betul di depanku. Aku terus melangkah mendekati kereta tersebut dan pintu dibuka untuk masuk ke dalam.
"Hospital Shah Alam, kan?" tanya pemandu Grab yang berusia lingkungan 40-an itu. Dia membetulkan posisi telefon yang dilekapkan di Grip Holder Phone.
"Ya, pak cik boleh bawak laju sikit tak? Saya tengah rushing sekarang ni," kataku dengan nada sedikit takut-takut. Yelah, suka hati aku aje menyuruh dia bawa laju. Kalau jadi apa-apa, tak ke susah.
"Oh boleh je. Okay, jom gerak!" Pemandu Grab itu menegakkan tangannya di stereng lalu mula menekan minyak untuk bergerak. Aku menyandarkan badan di kerusi dan nafas dihela lega.
Jam dikerling sekilas. Perjalanan nak pergi ke hospital mengambil masa dalam 15 minit macam itu. Itu pun kalau tak jammed. Kalau tak, bertambahlah masa untuk aku sampai di sana.
Sebaik sahaja sampai, aku memberikan duit kepada pemandu tersebut lalu ucapan terima kasih diucapkan. Dia mengganguk kepala dan mula memandu kereta untuk beredar dari situ. Tanpa berlengah lagi aku terus masuk ke dalam hospital.
Kaunter dituju lalu aku menanyakan bilik Mikael. Dapat sahaja maklumat, aku pantas berjalan menuju ke sana. Tak jauh dariku, bilik nombor 103 terpampang di depan mata.
Pintu bilik diketuk dahulu dan aku mula melangkah masuk sebaik Mikael memberikan keizinan. Senyuman diukir di bibir saat bertentang mata dengan lelaki itu. Dia turut membalas senyumanku.
"Hai, Ifti!"
''Hai.''
Aku menapak menghampirinya yang sedang menunduk melihat Ipad di tangan. Khusyuk betul Mikael. Aku nak tegur pun jadi was-was sebab Mikael tengah membaca nota di Ipadnya. Beg sekolah yang digalas di bahu diletakkan di tepi rak yang berada di sisi katil. Berat kalau nak pikul lama-lama.
''Cuti pun study ke, bro?'' selorohku dengan senyuman mengejek. Terselit nada jengkel di situ. Mikael menjulingkan kedua belah mata ke atas.
''Nak SPM, bro. Kenalah study. Kita tak nak guna trend nobita,'' balas Mikael selamba. Aku hanya tersengih mendengar ayatnya itu. Betul juga apa yang dia katakan itu.
Bagus, bagus.
''Duduklah situ. Yang kau tercegat lagi berdiri dekat situ kenapa?'' Dia sudah menjongketkan keningnya ke atas. Kerusi yang berada di sisi katil ditarik mendekati Mikael. Kemudian tangannya bergerak menepuk handle kerusi berkali-kali. Mengarahkan aku untuk duduk di situ.
''It's okay, aku boleh berdirilah. Kejap je aku lawat kau ni.'' Cadangannya aku tolak baik-baik. Senyuman dipaksa ukir di bibir. Sebenarnya segan nak duduk dekat dengan Mikael. Walaupun kaki ini dah meminta-minta untuk duduk.
Penat ye dari tadi berdiri.
"Sure?"
Aku jeda sebelum mengganguk kepala. Terpaksa.
"No excuses. Sit here."
Aku tercengang tatkala dia menyuarakan kata-katanya itu. Bukan arahan. Tetapi lebih kepada paksaan.
Nak tak nak, aku ikut juga seperti yang Mikael suruh. Kerusi di sisi katil ditarik dan punggung dilabuhkan di atasnya. Kepala diangkat dan wajah Mikael yang sedang tersenyum puas itu menyapa pandangan.
Suka betul.
Aku julingkan kedua belah mata ke atas.
"Mikael," panggilku. Mikael yang sedang menunduk membaca Ipadnya pantas mengangkat kepala. Butang 'off' ditepi Ipad itu ditekan.
Fokusnya kini pada aku.
"Sukan nanti, kau join tak? I mean, kau buat persembahan ke?" tanyaku ingin tahu. Melihat keadaannya saat ini, aku tak yakin yang cikgu akan memberi keizinan untuk dia sertai.
Tapi, tak tahulah kalau sebaliknya.
"Of course, aku join."
Hampir tersedak aku dibuatnya apabila jawapan yang aku dah sangkalkan awal-awal lagi tiba-tiba meluncur di bibir Mikael. Muka selamba yang ditayangkan dipandang lama.
"Kau... main-main, kan?" Agak-agaklah si Mikael ini nak sertai. Doktor baru sahaja cakap dia tak boleh berada di kawasan bawah matahari atau berdekatan dengannya.
Mikael pantas menggeleng. "Mana ada. Penat-penat aku join sampai menang, last-last aku tak ada waktu show nanti?"
Aku hanya diam sebelum akhirnya Mikael kepala, setuju dengan apa dia cakap. Itu keputusan dia. Aku tak ada hak nak menghalang. Lagipun, Mikael ini bukan jenis yang dengar cakap orang pun. Ikut suka hati dia nak buat apa.
"Lagipun, ada hadiah tau nanti. So, aku nak hadiah tu," sambung Mikael lagi sebelum menghamburkan tawanya. Aku menjelingnya sejenak sebelum menggulingkan kedua belah mata ke atas.
Tak ikhlas betul.
"Bukan tak ikhlas, tapi at least adalah dapat hadiah yang berbaloi dengan usaha kitorang ni." Seperti tahu apa yang aku fikir, dia pantas menerangkan. Kemudian, dia pantas menyambung kembali membaca notanya di Ipad.
Aku hanya biarkan Mikael melakukan kerjanya. Telefon yang berada dalam poket dikeluarkan dan segera dihidupkan semula setelah aku matikan sepanjang sesi persekolahan.
"Phone baru?" Aku sedikit tersentak mendengar soalan Mikael. Kepala diangkat dan posisi Mikael masih sama seperti tadi. Dia masih lagi menunduk membaca nota. Lambat-lambat aku jawab soalannya.
Wah, alert betul Mikael ini sampaikan tahu aku menukar telefon.
"Iphone apa? 11?" soalnya dengan kening yang sudah berkerut. Aku pantas mengganguk kepala. Dia teka pun betul masalahnya.
''Nak kejap, boleh?'' pintanya sambil menghulurkan tangan. Terkebil-kebil aku dibuatnya sebelum memberikan telefon kepada Mikael. Setiap tingkah laku Mikael aku perhatikan sebelum tergamam seketika.
Mataku terus terbuntang saat melihatnya. Dia sedang selfie menggunakan telefon aku. Aku ulang kembali.
Dia. Selfie. Guna. Telefon. Aku.
Rasa nak jerit sekarang ini. Bayangkan crush selfie guna telefon sendiri? Dan gambar itu ada dalam telefon kau sekarang.
''Okey, nah. Thank you, Ifti. Cantik gila camera kau tu." Telefon diberikan kembali kepada aku. Lambat-lambat aku ambil sambil otak cuba menghadam semua benda yang berlaku. Benda ini bukan mimpi, kan?
Aku tak mimpi, kan?
''Kau kenapa tenung aku macam tu? Tahulah aku hensem,'' tegur Mikael sambil membuka plastik roti yang berada di tangannya. Pantas aku menjulingkan kedua belah mata ke atas. Perasan. Walaupun hakikatnya benda betul.
Aku segera menggeleng kepala.
Aku dah angau sangat ini.
Tok! Tok! Tok!
Kami berdua serentak menoleh ke arah pintu apabila mendengar bunyi ketukan sebanyak tiga kali. Mikael pantas menyuruh masuk ke dalam. Dan selang beberapa saat, kelibat seseorang mula muncul dan suasana hening mula menyapa kami bertiga dalam bilik ini.
Dapat aku rasakan tubuhku mengeras tatkala kedua belah mata bersabung dengan anak mata milik Inara. Raut wajahnya turut berubah sebelum dia cepat-cepat menarik bibir untuk senyum. Inara berjalan mendekati katil Mikael dan meletakkan sebuah bakul di atas meja yang berada di sebelahnya.
Baru aku perasan ada bakul yang berisi beberapa buah di dalamnya. Lalu aku menunduk ke bawah, segan untuk bertentang mata dengan Mikael dan Inara. Iyelah, aku datang sini bukan bawa apa-apa pun.
''Dah okey ke? Bila boleh discharge tu?'' tanya Inara sambil menolong Mikael menuangkan air di dalam gelasnya. Aku hanya diam memerhatikan mereka berdua. Dah macam suami isteri pula aku tengok.
Mikael meneguk air yang dituang tadi sebelum membalas. ''Erm, not fully sihat. Maybe dalam dua or tiga hari lagi macam tu baru boleh keluar.''
Inara mengganguk kepala sebelum dia memincingkan pandangan ke arahku.
''Dah lama ke kau sampai sini, Ifti?"
Aku tersentak apabila mendengar namaku disebut lalu kepala diangkat. Wajah Inara yang tiada senyum langsung di bibir aku pandang. Bawah bibir digigit perlahan dan otak ligat menyusun ayat agar aku tidak tersalah cakap.
''Erm, lepas habis sekolah terus datang. Tu sebab aku still pakai baju sekolah,'' balasku sambil diselitkan tawa di hujung ayat. Inara mengganguk kepala dan hujung bibirnya ternaik senyuman sinis.
''Patutlah. Berianya terus datang sini.''
Aku tersentak mendengar kata-katanya. Pandangan dihalakan ke arah Mikael. Riak wajahnya juga nampak terkejut. Mungkin tak sangka Inara boleh cakap macam itu.
Bibir menyimpul senyuman nipis.
''Joking. Janganlah terasa pula.'' Aku hanya diam dan membatu di tempat aku duduk. Walaupun Inara cakap dia bergurau, tetapi dapat aku rasakan dia memang maksudkan ayat itu untuk aku. Perlian itu betul-betul tepat mengena aku.
Kemudian bilik ini dipenuhi dengan gelak Inara dan Mikael yang sedang bergurau dan bersembang itu. Apa yang mereka cakap pun seperti masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Langsung tak ambil peduli.
Kehadiran aku seperti tak diundang saat ini. Malas nak berlama-lama, aku bingkas bangun dari posisi duduk lalu beg yang berada berdekatan dengan sisi katil dicapai. Terhenti terus perbualan mereka berdua dan sekarang aku menjadi tumpuan utama.
''Nak pergi mana Ifti?'' tegur Mikael sambil memandangku dengan pandangan yang aku sukar nak tafsir. Macam marah pun ada. Tetapi, kena dia perlu marah? Aku ini dikira baik tau nak bagi dia luangkan masa dengan Inara.
''Balik. Dah lama aku duduk sini. Aku pun nak mandi and buat homework semua tu,'' balasku sambil mengukir senyuman nipis. Ikutkan aku nak stay lama lagi, tetapi disebabkan Inara aku batalkan sahaja niat.
''Tak nak stay dulu ke? Pukul 3:30 or pukul 4:oo ke kau balik?'' Terangkat kening aku ketika mendengar kata-kata Mikael. Aku melirikkan mata ke arah Inara dan tepat sangkaan aku. Raut wajahnya jelas berubah.
''Biarlah dia nak balik. Lagipun, homework yang cikgu bagi tu banyak tau. And mostly kena hantar esok,'' celah Inara sambil menyilangkan kedua belah tangan di dada. Mikael terdiam sekejap sebelum mengeluh halus.
''Okeylah, Ifti. Take care okay,'' pesan Mikael. Bibirnya menguntum senyuman manis. Aku mengganguk kepala dan turut membalas senyuman itu.
''You too, Mikael.''
TBC
Vote and comments! 🤍
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro