UWMA: 18
Hai, new chapter is done!
Enjoy your reading!
[ Write: 300524 ]
[ Pub: 120624 ]
TANGANKU menongkat dagu sambil mendengar penerangan Cikgu Muna di depan. Sekejap-sekejap mata dibesarkan bagi menahan mengantuk yang mula hadir. Sebelah tangan lagi mula mencatat isi-isi penting yang disebut oleh cikgu.
Mengantuknya hari ini!
Alysa yang duduk di sebelah dikerling dengan ekor mata. Membulat terus mataku melihat perbuatan selamba Alysa yang sedang tidur itu. Siap berlapikkan dengan buku lagi. Lena pula itu dia tidur.
''Wey, bangunlah,'' kejutku sambil menolak lengannya berkali-kali. Masih lagi tiada respons. Aku mengetap bibir sambil memandang cikgu dan Alysa bersilih-ganti. Takut pula Cikgu Muna tiba-tiba datang.
Tap! Tap!
Baru aje cakap!
Aku pantas memejamkan mata dan mula menjauhi Alysa sedikit bagi mengelakkan diri turut terlibat. Air liur ditelan kesat apabila terpandang susuk tubuh Cikgu Mula yang sudah berdiri di sebelah. Hati sudah bersumpah seranah terhadap Alysa yang selamba tidur dalam kelas Cikgu Muna.
Cikgu Muna itu nampak aje baik dan lembut, tapi kalau dah sampai tidur kelas dia memang siap-siap kena tempah batu nisanlah jawabnya.
''Alysa Nur Raudah!''
Aku mengerling Alysa yang sedang terpisat-pisat bangun sambil memerhatikan sekeliling. Wajahnya jelas terpamer riak keliru. Beberapa minit dalam keadaan begitu, barulah dia tersedar ke dalam realiti. Mesti terkejut bila kantoi dengan Cikgu Muna disebabkan tidur dalam kelasnya.
Goodluck, bestie!
''Er, cikgu...''
''Keluar dan berdiri sampai kelas saya habis.''
Aku menyambung kembali menyalin nota yang telah ditulis di papan putih. Sempat aku bersabung mata dengan Alysa sebelum dia berdiri di luar kelas. Cikgu Muna pula mula kembali ke depan untuk meneruskan mengajar.
Fokus, Ifti!
''Cikgu nak tanya, apa beza Mitosis dan Meiosis?'' soal Cikgu Muna sambil memerhatikan muka anak muridnya satu persatu. Buku teks yang sudah terbuka luas di tangan dibetulkan agar tidak jatuh ke lantai. Aku menunduk sambil otak ligat berfikir menyusun ayat.
Inilah masalah murid, dia tahu aje jawapan tapi nak susun ayat itu yang susah.
Mitosis hasilkan dua sel anak manakala meiosis pula hasilkan empal sel anak. Kalau Mitosis itu, setiap sel anak mempunyai bilangan kromosos yang sama dengan sel induk. Berbeza dengan Meiosis yang mempunyai bilangan kromosom separuh daripada sel induk.
Itu apa yang aku faham.
Lagi satu, kalau nak senang ingat... Mitosis ini berlaku di sel soma manakala Meiosis pula berlaku di organ pembiakan untuk dia hasilkan sel pembiakan.
Aku segera mengangkat tangan saat bertentang mata dengan Cikgu Muna. Kemudian aku mula berdiri seperti apa yang diarahkan oleh cikgu tadi. Ayat yang telah disusun di kepala diucapkan kembali dengan berhati-hati.
Jantung sudah berdegup kencang melihat Cikgu Muna yang diam mendengar penerangan aku. Selesai sahaja memberikan jawapan, aku pantas mengunci mulut. Cikgu Muna memalingkan badannya menghadap papan putih sebelum menepuk tangan secara tiba-tiba. Kemudian satu kelas turut menepuk tangan.
Membahang terus wajah aku saat itu.
''Goodjob, Ifti. Come here.'' Teragak-agak aku dibuatnya untuk pergi ke depan apabila Cikgu Muna secara tiba-tiba menganjak. Namun aku gagahkan juga kaki melangkah mendekati cikgu. Tingkah laku cikgu aku perhatikan sahaja. Cikgu Muna seperti sedang tercari-cari sesuatu dalam begnya sebelum membawa keluar.
Oh, dompet.
Dompet dibuka lalu tangannya mencapai not bernilai Rm 20 lalu diberikan kepada aku. Terbuntang mata aku dibuatnya apabila melihat nilai duit itu. Aku jawab soalan yang simple aje. Banyak ini cikgu bagi.
Rm 20 untuk satu soalan.
''Disebabkan Ifti sahaja yang berani jawab dan sekali dengan jawapan betul. Beri tepukan kepada dia.'' Dan seluruh kelasku bergema dengan tepukan yang terhasil dari mereka semua. Aku menunduk sedikit kepala sebagai tanda terima kasih. Duit yang diberikan oleh cikgu lambat-lambat aku ambil.
Lantas aku melangkah kembali ke meja aku dan melabuhkan punggung di atas kerusi.
Kringg!
Loceng sekolah yang berbunyi kuat itu menandakan masa subjek itu dah habis. Masing-masing mengunci mulut dan menahan diri daripada bersorak gembira. Aku pun turut melakukan benda sama. Kalau buat nanti, dikatakan kurang ajar pula.
''Terima kasih, cikgu!'' ucap kami semua satu kelas bersama-sama. Cikgu Muna mengganguk kepala sebelum melangkah keluar dari kelas. Aku menghela nafas lega kerana subjek yang bagi aku susah nak faham akhirnya dah habis pun. Finally.
''Ifti, malu wey aku tadi!" kata Alysa dengan nada separa jerit. Kepalanya terus diletakkan di meja. Aku tergelak kecil melihat tindakannya itu.
"Itulah, siapa suruh tidur lagi? Dalam kelas Cikgu Muna pulak tu!" Aku menggeleng kepala sambil menyusun buku-buku yang sudah siap salin nota di depan. Kemudian buku tersebut diletakkan ke dalam beg.
Alysa menjerit kecil sebelum mengetuk kepalanya berkali-kali. Sedar akan kesilapan dia sendiri. Dia tak akan meroyan macam ini melainkan ternampak crush dia yang satu itu.
Lantas badan aku berpaling menghadap Alysa yang masih dengan kedudukan tadi. Bahunya aku tolak sedikit kuat.
"Kau mesti nampak crush kau, kan? Kalau tak, tak adanya kau nak meroyan macam ni," ujarku dengan senyuman mengejek yang tersungging di bibir.
"Ye, wey! Kau tahu tak, dia pandang aku pastu dia gelak! Malu aku wey. Muka ni nak letak mana," balas Alysa sambil memejamkan matanya sejenak. Menyesali tindakan bodohnya pergi tidur dalam kelas hari ini.
"Kalau aku tahu dia tiba-tiba lalu tadi, tak adanya aku nak tidur," rungut Alysa bersama keluhan berat.
"And mesti kau akan jawab punya soalan Cikgu Muna bagi tadi." Not bernilai Rm 20 yang diberikan cikgu tadi ditunjukkan di depan Alysa. Aku menjelirkan lidah kepadanya sebelum tergelak kecil. Membuntang terus mata Alysa melihatnya.
"Wey, Rm 20 bhai! Dia tanya apa je?" Alysa membetulkan duduknya sebelum merapatkan lagi jarak dengan aku. Tahu dah kalau Alysa buat macam itu, adalah itu benda nak digosipkan.
"Dia tanya perbezaan antara Mitosis dengan Meiosis je. Terkejutlah juga tiba-tiba aje bagi Rm 20 tu."
Terus Alysa menepuk tangan sambil mempamerkan wajah teruja.
"Pastu tak ada siapa yang jawablah waktu cikgu tanya tu?" tanyanya lagi. Aku pantas mengganguk kepala, mengiyakan kata-katanya.
"Girl, so lucky!" ucap Alysa sambil menggoncangkan lenganku dengan kuat. Kemudian dia menjerit kecil. Cepat-cepat aku menghentikan perbuatannya lalu menjauhkan diri dari Alysa apabila ternampak dia berura-ura untuk menggoncangkan lagi.
Bahaya!
''Dah, pergi siapkan kerja kau tu.''
BUKU-BUKU yang berselerak di atas meja aku masukkan ke dalam beg. Bunyi loceng sekolah menandakan sesi persekolahan pada waktu pagi sudah tamat. Ramai rakan sekelasku dah balik dulu. Yang tinggal hanyalah aku dan beberapa orang lagi dalam kelas.
''Ifti, kau stayback ke?'' tanya Alysa sambi menggalaskan begnya di bahu. Dia kemudian memasukkan botol air yang berada di atas meja ke dalam poket di tepi begnya. Kedua belah tangannya disilangkan ke dada sambil menunggu aku siap mengemas barang.
Aku pantas mengganguk kepala sebelum menyambung. ''Okeylah, jom gerak sekali. Kau balik terus eh?''
''Of course. Aku tak serajin kau nak stayback semata-mata crush kesayangan kau tu,'' perli Alysa selamba. Terus aku menjelingnya tajam sebelum kami berdua mula melangkah keluar dari kelas.
''Eleh, aku pun tak serajin kau pusing satu sekolah semata-mata nak usya crush kau tu,'' balasku geram. Betul apa aku cakap. Alysa itu, pantang ada peluang terus dia keluar dari kelas lepas itu terus pusing satu sekolah. Sebab apa?
Abang senior dia punya pasal.
Alysa hanya tersengih sebelum mengganguk kepala, setuju dengan aku. Tengok, perempuan ini kalau tak gatal tak sah.
"Okeylah Ifti, aku balik dulu tau. Bye!" pamit Alysa sebaik sahaja kami berdua sampai di bahagian tangga perempuan. Di situ ada dua jalan yang berbeza. Satu laluan untuk menuju ke pagar utama. Manakala satu lagi untuk orang yang ingin pergi ke Foyer C.
Aku mengganguk kepala lalu melambai-lambaikan tangan kepadanya. Langkahnya aku perhatikan sehinggalah bayang Alysa hilang di mata. Kemudian, aku terus berjalan menuju ke arah Foyer C.
Setibanya di Foyer C, tanpa berlengah aku terus meletakkan beg di salah satu meja. Telefon yang disorokkan ke dalam kotak pensel diambil dan senyap-senyap aku membukanya. Takut tiba-tiba ada cikgu yang nampak.
Hari ini aku seorang sahaja. Mikael pula masuk hospital disebabkan badannya dehydrated sangat jadi doktor tahan dia untuk beberapa hari. Semalam lupa pula nak tanya khabar Mikael. Penat sangat punya pasal.
Aplikasi Instagram aku buka lalu aku tekan di bahagian mesej. Jari mula menari-nari di atas skrin telefon dan selang beberapa saat muncul notifikasi daripada Mikael. Senyuman terus tersungging di bibir.
a.mikael
Demam sikit je. Tengah lepak ni
tengok netflix 🤭
l.ifti
Siot HAHAHA.
Bila boleh discharge tu? Esok?
a.mikael
Maybe lusa. Tak denya doc nak bagi aku
balik esok 😌
l.ifti
Stay je kat sana. Tak payah balik 🤗
a.mikael
Sampai hati
Kau tak rindu aku ke?
Jariku terus berhenti menaip dan aku jeda sejenak. Mesejnya yang terakhir itu aku baca kembali. Lantas nafas dihela berat.
Rindu.
Ye, dia rindu sangat.
l.ifti
Mengarutlah kau.
Btw, kalau esok aku nak melawat kau,
boleh kan?
a.mikael
Boleh boleh.
Aku laparla. Nanti aku chat balik.
Babai!
l.ifti
Okay
Get well soon ya!
Babaii!
Butang telefon ditekan lalu skrin pun terpadam. Lantas diletakkan di sebelah kotak pensel dan aku mula membuka buku subjek Matematik. Aku mengangkat kepala dan kerusi yang kosong di depan menyapa pandangan. Rasa kosong pula kalau Mikael tak ada. Selalunya mesti ada sahaja benda yang dibualkan.
Tak pun, mereka mesti akan berbalah tentang pelajaran. Aku dan dia sama-sama tak nak kalah nak buktikan diri sendiri betul. Nafas lantas dihela berat.
Haih, cepatlah keluar hospital Mikael.
TBC
Vote and comments! 🤍
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro