Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

UWMA: 16

Hai, new chapter is done!

Enjoy your reading!

[ Write: 150524 ]

[ Pub: 250524 ]







SETIAP nama yang berada dalam senarai itu aku baca sekali lagi. Setelah yakin semuanya sudah hadir, aku mengarahkan mereka semua untuk masuk ke dalam bas. Mereka semua akur dengan arahan aku lalu masing-masing melangkah masuk ke dalam.

Hari ini aku ditugaskan untuk membantu Cikgu Raihana menguruskan peserta yang berjaya dalam semua acara di trek. Jarang-jarang ye aku nak ponteng kelas semata-mata nak bantu cikgu uruskan murid.

Apabila yakin semua peserta dari rumah sukanku telah masuk ke dalam bas, aku turut menapak masuk lalu mata diliarkan mencari tempat duduk. Langkah diatur menuju ke satu kerusi kosong yang berada di tepi tingkap.

Lantas dilabuhkan punggung di situ. Telefon yang berada dalam beg aku keluarkan dan jari mula menatal skrin. Emosi aku berubah setiap kali melihat video yang disiarkan di Tiktok. Sekejap aku tersengih, sekejap aku tergelak.

Perbuatanku terhenti apabila merasakan kerusi di sebelah telah ada orang duduk. Kepala ditolehkan ke sebelah sebelum tergamam melihat Mikael yang sedang membetulkan duduknya. Tahu-tahu sahaja seperti ada orang sedang memerhatikannya, dia turut memalingkan wajahnya memandang aku.

Terus berubah warna pipiku dan segera aku toleh ke arah lain. Tangan dinaikkan ke atas lalu mengipas muka berkali-kali. Rasa bahang pula tiba-tiba.

''Rasanya baru pagi ni. Takkan dah panas kut? Lagipun, tempat kau betul-betul bawah aircond.'' Selamba Mikael berkata sambil mata mengerling ke arahku. Hujung bibirnya ternaik sedikit mengukir senyuman sinis. Aku mengetap bibir geram mendengar perliannya.

''Panaslah! Dah aku uruskan budak tadi,'' balasku sambil mengecilkan mata. Dia menyandarkan badan di kerusi dan mata dipejamkan sesaat sebelum membukanya kembali.

''Really? Tapi tak boleh lawan kut dengan aku yang dari tadi ulang-alik angkat barang,'' balas Mikael dengan kening yang sudah terangkat.

Jeda.

''Eleh, angkat barang je. Aku ni, cari budak tau.'' Kepala ligat mencari alasan untuk membalas semua kata-katanya walaupun ada yang tak betul. Tanpa aba-aba, Mikael mendekatkan muka ke arahku sebelum menatap mata dalam-dalam.

Tubuhku terus mengeras dan lidah seakan-akan terkelu untuk bersuara. Tak sangka dengan tindakan Mikael yang tiba-tiba itu. Jantung berdegup kencang dan cepat-cepat aku alihkan pandangan ke arah lain.

''Tapi, aku tak nampak pun kau berjalan. Nampak kau berdiri dekat satu tempat je.'' Mikael berkata dengan nada berbisik sebelum mula menjauhkan dirinya daripada aku. Membulat mataku seraya mendengarnya. Dia melirikkan pandangan sebelum mengukir senyuman mengejek.

Eee, sukalah itu dapat kenakan aku!




















PANDANGAN dihalakan ke luar tingkap sebelum aku menoleh ke arah Mikael. Dia sibuk melihat video di Tiktok. Lantas aku sandarkan badan di kerusi. Dah bosan tengok dekat luar. Nak main telefon nanti pening pula. Kadang-kadang aku iri dengan orang yang boleh main telefon dalam kereta. Sangat beruntung jadi mereka yang tergolong itu.

''Bosan ke?'' tanya Mikael tanpa memandangku. Tersentak aku dibuatnya mendengar soalan di situ. Aku mengganguk kepala perlahan bagi menjawab soalannya. Dia memalingkan kepala ke sisi, lebih tepat ke arahku.

Dia kemudian mencabut earphone di belah kanan lalu earphone itu dihulurkan kepadaku. Terkebil-kebil aku memandang Mikael dan earphone miliknya bersilih ganti. Dia nak suruh aku check earphone dia ke?

''Pakai,'' arahnya lagi. Aku memandang dia dengan pandangan tidak percaya. Melihat wajahnya yang tidak menunjukkan apa-apa reaksi, akhirnya aku akur juga. Eaphone itu diambil dan aku meletakkan di telinga.

Dia kemudian membuka aplikasi Spotify dan mencari lagu untuk kami berdua dengar. Jumpa sahaja lagu yang dia nak, dia mula menekan butang mula.

Aku toleh kepala ke arahnya lalu senyuman lebar terukir di bibir. Dia turut membalas pandangan dan senyuman aku sebelum masing-masing menghayati lagu yang dimainkan. Mata dipejamkan dan mengharapkan situasi ini terus kekal.

Setibanya sampai di stadium, kami berdua mula menuruni tangga dengan penuh berhati-hati. Disebabkan Mikael duduk di bahagian luar, maka dia yang turun dulu. Aku menyuruhnya untuk bergerak dahulu kerana aku nak memastikan semua peserta yang berada di bawah tanggungjawabku semua dah keluar.

Yakin tiada seorang pun yang masih dalam bas, aku mula berjalan menuju ke tangga bas untuk keluar. Sempat aku mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas itu. Turun sahaja dari bas, mata aku bingkas menangkap kelibat Mikael yang sedang sandarkan badan di bas. Bibir menguntum senyum.

''Tunggu aku ke?'' tegurku setibanya sampai di sebelah Mikael. Dia sedikit tersentak dengan kehadiranku yang datang secara tiba-tiba. Sempat dia menaip di telefon sebelum disimpan dalam poket seluarya.

''Dah?''

Aku mengganguk kepala.

''Okeylah, jom.'' Terpinga-pinga aku dibuatnya apabila Mikael tiba-tiba mengajak untuk mengikutinya. Namun aku akur sahaja arahannya tanpa membantah. Dia melangkah mendahului aku di depan.

Sampai sahaja di kawasan trek, dapat dilihat ramai cikgu yang sudah ada dan mula membuat persiapan untuk saringan yang akan dimulakan sekejap lagi. Masing-masing sibuk menguruskan peserta mengikut rumah sukan sendiri.

''Ifti, sini!'' Suara Cikgu Raihana yang lantang itu menjengah pendengaranku. Aku menoleh ke sebelah, meminta izin Mikael untuk pergi ke cikgu. Tak baik pula kalau main pergi macam itu sahaja.

''Pergilah. Nanti aku chat kau,'' ujar Mikael dengan senyuman di bibir. Faham akan aku yang akan mula sibuk selepas ini. Aku pantas mengganguk kepala sebelum bergerak menghampiri Cikgu Raihana yang sedang sibuk menyusun nombor-nombor.

''Tolong cikgu cari budak-budak ni. Kena get ready untuk acara 1500 m sekejap lagi,'' arah Cikgu Raihana sembari memberikan dua helai kertas yang sudah distaplerkan. Kertas itu diambil lalu menyemak setiap nama peserta bersama dengan acara yang mereka sertainya.

''Saya pergi dulu, cikgu,'' pamitku sebelum bergerak masuk ke dalam kawasan penonton bagi mencari setiap nama yang tersenarai di kertas. Mulut terkumat-kamit membebel, geram dengan perangai mereka yang suka merayau.

Langkah terus terhenti apabila tersedar sesuatu. ''Macam mana aku nak tahu diorang? Muka pun tak kenal.''

Aku menepuk dahi mengenangkan kecuaian sendiri. Itulah, sebelum setuju nak tolong tak terfikir pula benda macam ini. Gelojoh nak tolong kononnya. Dalam diam, aku mula menyesal dengan keputusan aku sendiri.

''Ifti?''

Mendengar nama disebut, badan pantas dipusingkan belakang. Terus membulat mataku apabila melihat susuk tubuh Mikael yang sedang berjalan menghampiri aku. Dia... buat apa dekat sini pula? Tak sibuk ke?

''Nampak macam ada problem je. Kenapa?'' soal Mikael tika berdiri di depanku. Dia yang sedikit tinggi itu terpaksa aku dongak kepala untuk pandang. Bibir digigt perlahan, malu untuk beritahunya.

''Ifti....''

Aku angkat kepala lalu wajahnya menyapa pandangan. ''Okey, cikgu suruh aku cari budak-budak ni. But the problem is... aku tak tahu pun muka diorang macam mana. Lagikan nak kenal.''

Mikael terdiam seketika sebelum meminta kertas di tanganku. Lantas diberikan kertas tersebut diberikan kepadanya. Bebola matanya bergerak membaca setiap nama yang tersenarai.

''Ada je aku kenal. Meh sini aku tolong kau,'' ujar Mikael sambil melakarkan senyuman lebar. Terkebil-kebil aku mendengarnya sebelum membantah keras.

''No, kau pun busy. Aku tak nak kacau,'' balasku sambil menggeleng kepala. Mikael memincingkan pandangan ke arahku dan kedua belah tangannya disilangkan.

''Ada aku mintak pandangan kau? Tak ada, kan?'' Hujung bibirnya ternaik mengukir senyuman sinis. Aku mengetap bibir sambil membalas pandangannya dengan tajam. Suka hati je buat macam itu!

Dia tundukkan badan sedikit dan wajahnya di dekatkan. ''So, listen to me, okay?''

Mikael kemudian menjauhkan diri sebelum bergerak meninggalkan aku sendirian. Kertas itu turut dibawa bersama. Tubuhku masih statik berdiri di situ sambil otak cuba menghadam semua tindakan Mikael tadi. Kelu lidah untuk bersuara. Tangan dibawa naik ke dada dan jantung aku berdegup kencang mengenangkannya.

This feeling.




***





LOUD speaker yang berada di tangan aku betulkan apabila dia hampir jatuh ke bawah. Berat juga bawa benda ini. Cakap pasal loud speaker, Mikael yang cadangkan untuk gunakan setelah masing-masing dah penat mencari peserta. Disebabkan rasa kesian yang melanda dalam diri melihat Mikael yang sudah berpeluh, aku setuju juga untuk gunakan. Walau hakikatnya aku tak nak langsung disebabkan rasa insecure dan malu dalam diri.

''Saya ulang sekali lagi. Kepada Muhammad Haiqal, sila berjumpa dengan Cikgu Raihana untuk dapatkan nombor.''

Kemudian, nama lain pula disebut. ''Kepada Amira Balqis, sila berjumpa dengan Cikgu Raihana sekarang.''

Aku tarik nafas dalam-dalam dan hembuskannya. Rasa geram bertimpa-timpa di hati apabila tiada seorang yang muncul. Dah panas dah ini. Rasa nak mengamuk aje sekarang. Kalau aku jumpa nama-nama ini, memang aku sekeh kepala.

Menyusahkan!

Baru sahaja aku ingin menyebut kembali, namun ada tangan yang tiba-tiba pantas mengambil loud speaker. Terkelu aku dibuatnya apabila loud speaker itu sudah berada di tangan Mikael. Tanpa aba-aba, dia mendekatkan loud speaker itu di bibir.

''Saya ulang  sekali lagi, kepada nama yang disebut, sila munculkan diri dalam masa lima minit. Kalau tak, cikgu-cikgu akan batalkan penyertaan awak semua dan blacklist dari masuk mana-mana acara.'' Penuh tegas suara Mikael memberi amaran. Wajahnya mula berubah garang. Selang beberapa minit, ramai peserta dari rumah Biru mula berjalan menghampiri kami berdua.

Terlopong aku dibuatnya apabila taktik Mikael itu berjaya memancing mereka.

''Sorry kak, saya lambat. Saya makan tadi,'' ucap seorang peserta lelaki dari rumah Biru. Dia menundukkan sedikit badan. Aku mengganguk kepala sebelum mula menanda namanya di bahagian kedatangan. Kemudian, aku arahkan budak lelaki itu untuk berjumpa dengan Cikgu Raihana bagi mendapatkan nombor.

Setelah selesi menanda kehadiran bagi setiap peserta, aku menghela nafas lega. Mikael yang masih setia berdiri di sebelah aku kerling. Lengannya aku cucuk menggunakan jari berkali-kali bagi menarik perhatiannya.

''Done?'' tanya Mikael. Aku mengganguk kepala bersama senyuman di bibir. Badan pun dah penat.

''Okaylah, kita duduk dekat ataslah. Kerja kau pun dah settle, kan?'' ajak Mikael sebelum kami berdua berjalan beriringan menuju ke tempat penonton yang berada di bahagian atas. Usai sampai di atas, aku pantas menyandarkan badan di kerusi yang disediakan.

''Kau rasa, siapa menang untuk acara 1500 nanti?'' tanya Mikael. Peserta-peserta yang berada di trek mula menyiapkan diri dulu seperti melakukan senaman ringan. Aku jeda seketika. Memikirkan kemungkinan yang akan berlaku.

''Maybe... Kuning?''

''Why?''

''Erm, sebab aku tengok kaki diorang macam panjang-panjang. So, maybe mestilah laju, kan?''

Kami berdua diam seketika sebelum kedengaran gelak yang datang dari sebelah. Aku toleh kepala ke sebelah dengan kerutan di dahi. Jelingan tajam diberikan kepada Mikael yang masih tidak berhenti menggelakkan aku. Apa yang kelakar sangat pun tak tahulah.

''Stop it now.''

''Kau kelakarlah Ifti,'' kata Mikael bersama tawa yang masih tersisa. Aku menjelingnya dan kemudian bibir dicebikkan ke depan. Menyampah betul dengan Mikael ini. Menyakitkan hati pun sama.

''Untung siapa dapat kau,'' ujar Mikael. Lantas kepala laju dipalingkan ke sebelah. Wajah hairan ditayangkan. Dah kenapa?

''Yelah, hari-hari mesti dia terhibur dengan kau, Ifti,'' balas Mikael sebelum menggeleng kepala. Pipi terus dikembungkan menjadi bulat seraya mendengar kata-katanya.

''Kenapa bukan kau je yang dapat aku?'' gumamku perlahan. Mikael pantas menoleh ke arahku dengan kening yang sudah naik.

''Apa kau cakap tadi?'' tanyanya. Aku segera menggeleng kepala sebelum menolehkan kepala ke depan. Dia masih lagi setia memandang aku, meminta aku ulang kembali.

''Ifti! Repeat.''

''Nothing.''

Jelas kedengaran bunyi dengusan daripada Mikael. Apabila melihat aku masih berdegil dengan pendirian aku, dia mengambil keputusan untuk mengalah. Kemudian dia memalingkan tubuh ke depan.

Aku mengerling Mikael di sebelah sebelum mengukir senyuman nipis.











TBC

Vote and comments! 🤍

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro