UWMA: 10
Hai, new chapter is done!
Enjoy your reading! 🤍
| 200424 |
BUKU yang terbuka luas itu dibiarkan sahaja di atas meja tanpa berusik. Kepala lantas diletakkan di atas meja sebelum mata dipejamkan buat seketika. Tak tahulah kenapa, sejak kebelakangan ini diri aku rasa sangat berat nak buat sesuatu. Sehinggakan kerja sekolah yang selalu aku siapkan pun tiba-tiba sahaja ada lompong sana sini.
''Ifti, okay tak?''bisik Alysa di sebelah. Aku angkat tangan sebelum menunjukkan simbol 'okay' kepadanya. Malas nak buka mulut untuk menjawab.
Apa yang aku perasan terhadap perubahan yang agak ketara dalam diri ini, aku tak mampu untuk berikan sepenuhnya perhatian kepada guru yang mengajar. Aku tak mampu untuk fokus dalam kelas. Aku juga tak siapkan kerja yang diberikan.
Kenapa ini, ya Allah.
''Ifti Liyana!''
Aku diam.
Bam!
Terangkat kedua belah bahu aku apabila hentakkan yang kuat betul-betul di sebelah. Perlahan-lahan kepala diangkat lalu wajah pertama yang menyapa pandangan aku ialah wajah Cikgu Yusra. Betul-betul berdiri di depan mejaku. Dengan rasa takut-takut aku bertentang mata dengannya.
''Keluar kelas saya sekarang! Saya tak ada murid yang biadap dalam kelas ni. Keluar!'' Hanya beberapa ayat sahaja, mampu menghentikan seketika degupan jantungku. Dengan berat hati aku capai buku dan bekas pensel lalu melangkah ke luar kelas. Agak menyesal juga aku tak fokus dalam kelasnya.
Banyak mata yang memandang aku namun aku hanya abaikan. Langkah terus diatur menuju ke luar kelas. Buku tulis disandarkan di dinding luar kelas untuk mudahkan aku menulis di atasnya. Lantas aku pun mula menyiapkan kerja yang diberikan Cikgu Yusra.
Beberapa minit kemudian, aku turunkan buku ke bawah kerana terasa lenguh di belakang leher dan bahu. Mungkin kerana aku terlampau lama menunduk sambil berdiri.
Buk!
Tersentak aku dibuatnya apabila bunyi buku tersebut terjatuh di atas kepala seseorang. Aku ulang, kepala orang. Bukannya lantai ke apa. Cepat-cepat aku turunkan badan dan mengubah kepada posisi mencangkung. Rasa cuak melanda dalam diri apabila lelaki tersebut tidak mengangkat lagi kepalanya.
Sakit sangat ke?
"Ifti, what's wrong with you? It hurts, you know!"
Aku tergamam.
Lelaki itu perlahan-lahan mengangkat wajahnya lalu senyuman diukir di bibir. Aku terpana seraya bertentang mata dengan kedua anak matanya. Aku kembali tersedar apabila Mikael memetik jarinya berulang kali di depanku.
Ye, Mikael. Entah dari mana dia datang, tiba-tiba sahaja dah duduk di sebelah.
"Kau buat apa dekat sini?" soalku dengan mata yang dibulatkan. Kepala ditolehkan ke kiri dan kanan bagi memastikan tiada cikgu yang lalu di kawasan situ. Yakin sahaja tiada siapa atau cikgu yang berada berdekatan, aku pantas menghela nafas lega.
"Aku yang patut tanya kau. Kau buat apa dekat sini?" tanya Mikael sambil menjongketkan kening. Dia memeluk tubuhnya sambil menyandarkan badan di dinding.
"Kau rasa?" tanyaku sambil menjulingkan kedua belah mata ke atas.
"Kena denda?"
Aku diam seketika sebelum menggangukkan kepala. Nak tipu pun tak boleh, sebab Mikael ini bijak. Sekejap aje boleh dapat tangkap.
"Wow, top student kena denda! Amazing." Aku menjelingnya tajam apabila mendengar kata-kata yang meluncur dari bibirnya. Terus dia tergelak kecil.
"Okay okay, tell me macam mana kau boleh kena denda ni? Cepat, aku dengar," ucapnya sambil membetulkan posisi duduknya agar lebih selesa. Aku menghela nafas berat.
"Lately ni kan, aku selalu lost focus. Tak tahu kenapa. Sampai kerja yang cikgu bagi pun sometimes ada je tak siap. Stres tahu tak bila jadi cam ni," luahku dengan panjang lebar. Mikael hanya diam sambil mendengar bicara aku tanpa menyampuk apa-apa.
Bagus, senang aku nak luah.
"Sometimes, ada cikgu yang dah start pandang rendah dekat aku. Haih, siapa cakap jadi top student ni best? Bila kau dah start lost, cikgu-cikgu pun akan start understimate kau,'' sambungku lagi. Kepala ditundukkan ke lantai bagi menahan air mata dari mengalir. Ah, aku tak nak Mikael nampak aku nangis lagi. Malu.
''Ifti, look at me and sit here,'' ujar Mikael sambil mengarahkan aku duduk di sebelahnya. Simen itu ditepuk-tepuknya. Aku teragak-agak untuk mengikut arahannya. Takut pula cikgu tiba-tiba muncul.
''Sit.'' Tegas dia memberikan arahan. Aku mendengus geram sebelum melabuhkan juga punggung di atas simen. Tahulah pengawas, tak payahlah nak paksa-paksa! Ergh!
''Look, aku faham perasaan kau. Aku tahu benda tu menyakitkan kau. Bila kau jadi salah seorang harapan sekolah, dan bila kau berada di titik paling rendah, orang ramai mula pandang serong dekat kau. I know it hurts you so much.''
Aku hanya diam.
''But, I'm here right? I'm with you, Ifti. You did the best in everything. I'm proud with you. So, bila kau dah start lost, remember usaha kau selama ni. Look at the person around you. Person that always with you. And, I'm also the one, you know?''
Aku hanya menunduk tanpa membalas sepatah langsung. Dan beberapa saat kemudian, barulah aku angkat muka untuk memandangnya. Dengan wajah yang sudah basah dengan air mata, aku mengganguk kepala. Mikael seakan-akan tergamam melihatku. Mungkin tidak sangka aku boleh menangis kut.
''Hey, aku minta maaf kalau kata-kata aku ni...'' Belum sempat Mikael menghabiskan ayatnya, aku dah menyampuk.
''Shh, aku yang sensitif. Walawey, rasa terharu ada orang care pasal aku. Yelah, aku ni lonely,'' ujarku dengan tawa kecil. Dia terdiam sebelum mengukir senyuman nipis. Aku pun turut membalas senyumannya.
''Kau buat apa kat sini? Dari tadi aku tanya tau,'' tanyaku sambil menjelingnya tajam. Suka sangat mengelak bila aku tanya. Melihat reaksi aku yang tidak puas hati, terus dia tergelak.
''Santailah. Cikgu subject aku tak datang. Aku saje lah ronda kat area sini. Eh, tup tup nampak pula kau,'' balas Mikael sambil mempamerkan wajah bangga. Terus aku menjulingkan mata ke atas tanda menyampah. Nak cakap, dia itu dah senior so dia boleh buat apa sahaja.
''Suka hati kaulah, Mikael,'' balasku dengan nada malas. Kemudian, aku membuka kembali buku tulis sebelum mula menyiapkan kerja sekolah yang aku tak siapkan. Lagi sikit ini.
''Subject apa?''
''English.''
''Kacang je tu.''
Aku menjelingnya tajam. Memanglah kacang, dah Mikael itu tokoh pelajar bagi subjek Bahasa Inggeris. Tak mampulah nak lawan dengannya.
Kringg!
Bunyi loceng yang agak kuat itu menandakan waktu rehat bagi pelajar menengah atas menyebabkan ramai yang berpusu-pusu menuju ke kantin. Mikael juga tidak terkecuali. Dia pantas berdiri sebelum merenggangkan seluruh tubuhnya.
''Okaylah, aku chaw dulu. Jumpa nanti,'' ujar Mikael sebelum melangkah meninggalkan aku sendirian. Aku hanya membalas dengan anggukan sahaja. Langkahnya aku perhatikan sehingga hilang jejak di mataku.
Aku pantas mencapai buku dan alat tulis lalu mula berdiri. Badan direnggangkan sekejap bagi mengurangkan rasa lenguh. Usai sahaja selesai, aku pun melangkah masuk ke dalam kelas. Namun, langkahku terhenti apabila Inara berdiri betul-betul di hadapanku. Kerutan di kening automatik tercantum.
Aku memandangnya dengan kerutan di dahi. Keliru dan pelik dengan tingkah lakunya. Dah kenapa tiba-tiba halang ini? Namun, aku abaikan sahaja sebelum mengatur langkah menuju ke meja. Belum sempat selangkah aku berjalan, Inara telah menahan tanganku dari terus bergerak.
Tajam dia memandangku bersama wajah yang serius.
''Aku ada benda nak cakap dengan kau.''
***
SEPERTI biasa, aku duduk di Foyer C seorang diri. Nak ajak Mikael, dia macam busy pula. Katanya ada kelas tambahan. Jadi, aku malaslah nak kacau. Lagipun, macamlah tak biasa lepak sorang-sorang dekat sini.
Tengah khusyuk mengulang kaji subjek Sains, tiba-tiba kedengaran bunyi kerusi ditarik di depan. Aku mengangkat muka sebelum kening tercantum kehairanan. Wajah selamba Qaire dan Daniel menyapa pandanganku. Mereka berdua sibuk bermain telefon masing-masing tanpa mengendahkanku.
''Rasanya banyak lagi tempat boleh duduk,'' perliku sambil menjeling mereka berdua. Terhenti terus perbuatan mereka itu sebelum menayangkan sengihan.
''Biarlah, lagipun kitorang kesian tengok kau sorang-sorang dekat sini. Yelah, kau kan selalu lonely, so better kitorang temankan,'' balas Qaire selamba. Wah, selamba aje dia cakap macam itu. Geramnya!
''Betul-betul.'' Kini giliran Daniel pula menyampuk dengan senyuman mengejek. Aku menjeling mereka berdua tajam. Sukalah itu sakat aku.
Ting!
Ting!
Bunyi notifikasi menyebabkan aku lupa sekejap tentang rasa geram terhadap mereka berdua. Lantas aku ambil telefon lalu membukanya. Chat daripada Mikael. Senyuman lebar terus terlakar di bibir. Aku meletakkan pen di atas meja lalu mula membalas mesejnya.
''Woi, buat kerjalah,'' tegur Qaire sambil menolak bukuku. Aku menjelingnya sebelum menjelirkan lidah. Dia membulatkan mata dan mengetap bibir kegeraman. Padan muka!
Selang beberapa minit, aku pun menutup telefon lalu meletakkan kepala di atas meja. Dah habis dah chat Mikael. Sebab dia kata dia ada hal dan dia tak dapat datang untuk temankan aku. Bibir dimuncungkan ke depan sebelum mata dipejamkan.
Haih.
''Kau pahal buat mulut macam tu? Dah macam itik tahu tak?''
Mendengar kata-kata yang meluncur dari bibir Qaire, aku pantas angkat kepala. Baru sahaja ingin membalas, tubuhku terus mengeras apabila terpandang susuk tubuh seseorang yang sedang berjalan dengan seorang perempuan di sebelahnya. Membulat terus mataku apabila melihat perbuatan mereka berdua.
Namun, yang lebih mengejutkan lagi apabila lelaki itu ialah Mikael dan di sebelahnya pula... Inara. Jantung laju berdetak memainkan iramanya. Wajahku terus berubah muram. Lantas aku mengemas barang-barangku dan menyimpan di dalam beg. Qaire dan Daniel yang berada di hadapan aku abaikan sahaja.
''Ifti, kenapa ni?"'
Tanpa membuang masa, aku terus melangkah meninggalkan mereka berdua dan terus berjalan menuju ke luar sekolah. Sakitnya di hati bukan main lagi. Apa yang dilihat di depan mata merobekkan hatiku. Perbuatan mesra antara mereka berdua bagaikan terlayar kembali.
Dan yang lebih menyakitkan lagi, apabila Mikael memberikan alasan dan menipuku.
TBC
Vote and comments!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro