5
SETENGAH jam sudah Sufi menunggu di ruangan lobi hotel. Tangan Sufi sudah menggigil menahan sejuk penghawa dingin di sini. Tak senang duduk, Sufi bangkit daripada duduk di sofa. Daripada tadi dia memerhatikan sekeliling tempat, tidak pula kelihatan kelibat lelaki yang sama menunggu kedatangan sepertinya.
Mana Tuan Gibran ni? Sudahlah rupa Tuan Gibran pun Sufi tidak tahu. Bagaimana dia hendak tahu itu Tuan Gibran atau tidak? Terlalu kelam-kabut menuju ke sini tadi sehingga terlupa hendak meminta gambar daripada Encik Hamid.
Namun, sepatutnya lelaki itu sudah turun ke lobi setengah jam yang lalu. Akan tetapi sampai sekarang tiada sesiapa yang keluar daripada lift itu.
"Aduh, lama lagi ke aku kena duduk di sini?" Gumam Sufi sendirian. Terdetik hatinya untuk bertanya kepada pekerja hotel, lantas Sufi berjalan menghampiri kaunter pertanyaan.
"Err... excuse me, ada tak lelaki bernama Gibran menginap di hotel ni semalam? Dah setengah jam saya tunggu sini tapi tak nampak pula kelibat dia. Atau lelaki tu dah check out?" Soal Sufi.
"Sebelum tu, Cik ni siapa ya?" Pekerja hotel itu kembali membalas soalan. Sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk menjaga privasi setiap tetamu di sini.
"Saya Sufi. Salah seorang pekerja dari stesen Viral TV. Saya diarahkan ke sini untuk jemput dia." Ujar Sufi, siap menayang tag khas Viral TV sebagai bukti kepada pekerja wanita itu.
Kemudian kepala wanita itu mengangguk tanda faham.
"Sufi ya. Sekejap saya check dulu." Pamitnya sebelum tunduk menatap skrin monitor di meja. Manakala Sufi hanya menunggu dengan sabar, sementara pekerja wanita itu sedang memeriksa data hotel beberapa minit yang lalu.
Setelah beberapa minit, dia kembali mengangkat wajah memandang Sufi.
"Tuan Gibran belum check out lagi. Mungkin dia masih di bilik. Cik boleh duduk dahulu sementara tunggu dia turun." Katanya.
Sufi mengeluh kecil. Bukannya dia tidak mahu menunggu, tetapi sudah setengah jam dia duduk. Punggung pun dah terasa kebas.
"Tapi dah setengah jam saya dekat sini, Puan. Atau pun... boleh saya dapatkan nombor telefon dia? Saya nak beritahu dia yang saya dah sampai." Pinta Sufi.
"Sure." Wanita itu langsung mencapai pen dan kertas, menulis nombor telefon yang telah di daftarkan pada data hotel bilik VVIP. Usai mencatit lalu kertas itu ditolak ke arah Sufi.
Bibir Sufi menyengih sebelum kertas itu ditarik.
"Terima kasih ek." Ucap Sufi, pekerja wanita itu sekadar mengangguk kepala. Kemudian Sufi mengambil beberapa tapak menjauih kaunter sebelum telefon canggih miliknya dikeluarkan. Satu demi satu bait nombor telefon itu ditekan. Risau tersalah dail.
Lengkap menaip semua nombor yang tertera lantas butang hijau ditekan. Menghubungi lelaki itu. Seminit juga Sufi menunggu panggilan itu diangkat. Apa lelaki itu sedang buat agaknya? Namun sebaik terdengar panggilan dijawab, terus Sufi bersuara.
"Assalamualaikum, Tuan Gibran! Maaf mengganggu. Saya Sufi, pekerja dari Viral TV. Maaf kerana menganggu masa tuan tapi Encik Hamid yang suruh saya datang jemput. Dah setengah jam saya dekat sini, kalau Tuan perlukan bantuan saya boleh aje naik atas. Tuan nak saya tolong apa-apa ke?" Ujar Sufi, namun tiada suara kedengaran disebalik corong speaker itu. Dahi Sufi mula berlapis.
Sekejap Sufi menjauhkan telefon itu dari telinganya. Aik, masih dalam talian. Tetapi mengapa dia tak dengar suara? Telefon kembali di dekatkan.
"Hello? Tuan Gibran?"
"Saya dekat belakang awak."
Sufi sedikit tersentak. Mana tidaknya jika tiba-tiba ada suara garau menyergah daripada belakang. Laju Sufi memusingkan tubuhnya.
Sepasang mata Sufi membulat. Agak terkesima ketika menatap wajah kosong lelaki itu. Berpakaian kemas kot coklat gelap bersama kemeja putih. Tak ubah seperti ahli korporat yang bekerjaya. Anggaran tingginya lebih kurang 180 cm. Terasa kerdil pula Sufi tika ini.
Dia juga sedang berdiri menatap Sufi dengan sebelah tangan memegang telefon. Sebaik sahaja Sufi memandangnya, langsung lelaki itu mematikan panggilan.
Perlahan-lahan Sufi menjatuhkan telefonnya ke bawah. Matanya mengecil buat seketika, terasa seperti mereka pernah berjumpa sebelum ini. Tetapi di mana ya? Sufi diam sebentar tatkala kepalanya cuba memproses data-data yang lalu.
"Eh?" Sufi baru teringat. Teragak-agak jari terlunjuknya hendak menunding ke arah lelaki itu.
"En... Encik ke Gibran?" Terpacul soalan itu daripada mulut Sufi.
"Saya yang pegang telefon sekarang ni. So what do you think?" Soalan dibalas dengan soalan. Akan tetapi nadanya kedengaran lebih sinis.
Sufi tersengih kekok. Ya tak ya juga. Tiba-tiba pula otaknya jadi lembab tadi. Sudah tentulah lelaki itu Gibran kerana dia yang menjawab panggilan.
"Sorry. Saya blur sekejap. Tapi bos saya cakap Tuan Gibran tu baru balik dari luar negara semalam. Tapi bukan ke semalam kita berjumpa dekat dalam bas? Encik ingat tak muka saya?" Kata Sufi, tidak silap memang lelaki itulah yang mengejar dia sampai ke pangsapuri semalam. Semata-mata hendak memulangkan telefon dia yang tercicir.
"Tak. Kenapa? Penting ke saya untuk ingat muka awak?"
Sufi geleng kepala. Malulah pula kerana dia seorang sahaja yang perasan. Haish!
"Ya tak ya. Kenapa Encik nak ingat pula kan?" Balas Sufi dengan nada segan. Sekilas anak matanya turun melihat beg besar yang dijinjing oleh lelaki itu. Tampak seperti berat sahaja.
"Eh, beg tu mesti beratkan? Biar saya yang tolong bawakan untuk Encik." Baru sahaja Sufi ingin menarik beg daripada pegangan lelaki itu, dia terlebih dahulu mengelak. Sekelip mata perbuatan Sufi tergendala.
"Tak payah. Jalan aje." Serius dia mengarah. Sufi hanya mampu angguk kepala. Akur.
"O...okay." Sufi tayang sengihan.
"Kereta dekat depan sana. Jom!" Ajak Sufi, sempat menunding jari ke arah kereta Audi milik Encik Hamid yang terparkir di luar lobi hotel.
Gibran mengangguk. Lantas mereka sama-sama mengatur langkah ke arah pintu kaca automatik itu. Berjalan bersebelahan, buatkan Sufi terasa sedikit janggal.
Apatah lagi apabila lelaki itu cuma diam. Tiada sepatah kata pun yang keluar sepanjang perjalanan. Sufi yang peramah pun jadi takut untuk memulakan perbualan. Melihat muka lelaki itu yang serius daripada tadi buatkan dia teragak-agak untuk menegur.
Hmm...
Mungkin dia patut tanya soalan klise seperti orang lain.
"So, saya nak kena panggil Tuan atau Encik Gibran atau bos?" Akhirnya Sufi bersuara setelah seminit mengunci mulut. Sekejap kepala Sufi mendongak memandang lelaki itu. Tak berani nak pandang lama-lama, lalu Sufi toleh ke depan semula.
"Mana-mana yang awak rasa selesa." Balas Gibran bersahaja.
Sufi mengulum senyuman.
"Kalau macam tu, memandang Encik Gibran bakal jadi bos dekat stesen TV nanti jadi saya panggil bos ajelah. Boleh kan?" Soal Sufi.
"Yeah, Sure." Ringkas dia menjawab.
Sufi tersenyum lagi. Nampak gayanya dia dah salah anggap. Lelaki ini tidaklah segarang yang disangka. Boleh sahaja hendak ajak berbual.
Lega sedikit hatinya tika ini. Kemudian Sufi melepaskan satu nafas sebelum kembali berbicara.
"So... saya hantarkan Tuan terus ke stesen TV ya lepas ni." Cadang Sufi.
"No." Laju sahaja Gibran memintas.
Terkulat-kulat Sufi dibuatnya. Apa yang tiba-tiba cakap tidak?
"Huh?"
"Saya nak balik ke rumah dulu. Nak letak beg. Boleh singgah rumah saya sekejap?"
Dengan pantas Sufi mengangguk. Tiada masalah. Apa sahaja arahan yang keluar daripada mulut Gibran, dia akan turuti dengan segera.
"Tentulah boleh. Jauh ke rumah Tuan dari sini?" Soal Sufi lagi.
Lelaki itu menggeleng.
"Tak sangat." Balasnya dua patah.
Sampai sahaja di kereta, Sufi langsung membuka bonet belakang. Melihat lelaki itu hendak mengangkat beg untuk diletakkan ke dalam, lekas Sufi bertindak ingin mengambilnya. Dia yang sepatutnya melakukan semua kerja itu.
"Biar saya yang angkat, bos." Halang Sufi.
"Jauhkan tangan awak dari barang saya." Tekannya memberi amaran.
Semerta kedua-dua belah tangan Sufi mengeras. Sedikit sahaja lagi kulitnya mahu menyentuh beg itu. Tatkala mendengar amaran, cepat-cepat Sufi tarik tangannya semula.
"Sorry, bos." Rayu Sufi. Sekali lagi dia malu.
Gibran tidak berkata apa-apa. Beg miliknya terus dimasukkan ke dalam bonet lalu ditutup dengan sendiri.
"Dah, mari kita pergi sekarang." Arahnya.
Laju Sufi mengangguk kepala, kemudian berlari menuju ke pintu penumpang di bahagian belakang sebelah kanan. Dia membuka pintu, tak ubah seperti layanan hamba kepada seseorang berpangkat besar.
"Silakan masuk bos." Pelawa Sufi dengan tersengih-sengih.
Gibran langsung masuk ke dalam perut kereta. Dengan penuh lembut Sufi menutup pintu itu sebelum bergerak pantas ke ruang pemandu.
TUK! TUK!
Bunyi ketukan pada hujung meja menyentakkan Haq yang sibuk meneliti setiap cetakan maklumat tentang kes pembunuhan Unknown. Buat sesaat Haq mengangkat wajah memandang pegawai Hanif yang tiba-tiba muncul.
"Sibuk betul ya Tuan hari ni." Tegur pegawai Hanif. Tampa sebarang pelawaan, kerusi kosong yang berada di hadapan Haq ditarik lalu dia melabuh punggung di situ.
Tergeleng-geleng kepala Hanif melihat fail-fail yang bertimbun di atas meja kerja lelaki itu. Kesemuanya adalah data dan maklumat tentang pembunuhan bersiri yang dilakukan oleh Unknown lima tahun lepas. Dia pun boleh jadi gila jika harus baca semua fail itu.
Gambar-gambar nota hasil tangkapan unit jenayah disusun kemas di atas meja. Satu demi satu ayat dibaca oleh Haq penuh teliti.
"Apa yang Tuan cari dalam gambar tu? Bukannya ada bukti pun." Soal Hanif apabila melihat Haq yang begitu fokus membaca.
"Ada yang tak kena dengan nota baru-baru ni." Gumam Haq. Anak matanya masih melekat pada gambar nota yang ditangkap. Sekejap dia memandang nota baru kemudian kembali memandang nota lama. Seakan sedang membuat perbandingan.
Tatkala kening Hanif berkerut tidak faham. Kepala dijenguk sedikit, melihat isi kertas yang dikatakan ada sesuatu yang berlainan.
"Apa yang tak kena?"
"Nama Sufi." Jawabnya ringkas.
Namun otak Hanif masih lagi terasa lembab. Tiba-tiba blur sekejap.
Melihat muka Hanif yang polos tidak faham dengan bicaranya buatkan Haq mengeluh kecil. Kedua-dua gambar itu diletakkan ke atas meja lalu ditolak mendekat ke arah Hanif yang duduk dihadapannya. Biar lelaki itu lihat sendiri apa yang berbeza.
"Nota lima tahun lepas tak ada satu pun nama yang tertulis. Aku dah check kesemuanya sekali tetapi tetap tak jumpa. Tapi..." jari terlunjuk Haq menekan pada nama Sufi yang tertulis dihujung kertas itu.
"Tiba-tiba kes kali ini dia letak nama Sufi dekat sini."
"Jadi?" Hanif menyoal. Masih lagi blur.
"Jadi aku rasa kita kena cari siapa Sufi ni untuk tahu siapa Unknown. Sebab dari gaya dia tulis dekat semua nota yang kita jumpa dalam mulut mangsa ni seolah-olah ditujukan untuk dia." Ujar Haq, penuh serius.
Baru kali ini kepala Hanif terangguk-angguk tanda faham. Akan tetapi cuma sekejap sebelum keningnya kembali berkerut semula.
"Tapi... macam mana kita nak cari Sufi? Kita tak tahu siapa Sufi yang dia maksudkan. Dalam Malaysia ni ada beratus orang nama Sufi. Takkan kita nak soal siasat seorang demi seorang?"
"Dia wartawan." Pintas Haq.
"Macam mana Tuan tahu?"
Tangan Haq mencapai satu lagi gambar yang berada di sebelah kanannya lalu ditayang kepada lelaki itu.
Perlahan bibir Hanif bergerak membaca setiap bait perkataan yang ditulis.
"Aku suka cara penyampaian dia, cara dia bercakap, cara mata bulatnya pandang ke arah kamera seolah-olah sedang merenung aku. Semuanya aku suka."
Haq menarik gambar itu semula kemudian disusun semula di tempat tadi.
"Kau tahu stesen Viral TV kan?" Tanya Haq.
Laju sahaja Hanif mengangguk. Gila! Siapa sahaja yang tak kenal dengan syarikat Viral TV itu? Satu-satunya wartawan paling cantik yang wawancara berita tentang kes jenayah di Malaysia. Dia pun ikut terlayan sekali.
"Tentulah saya tau. Kenapa Tuan tanya?"
"Aku nak kau jumpa dengan staff dekat sana. Tanya mereka tentang Sufi. Boleh?'
"Ish, Tuan tak arah pun memang saya nak pergi. Saya teringin betul nak jumpa dengan si Sofia tu. Kalau Tuan suruh sekarang, sekarang pun saya sanggup!" Balas Hanif bersungguh-sungguh, terlebih semangat pula apabila sebut tentang Sofia. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air.
Sambil buka kertas siasatan sambil mengurat Cik Sofia. Acewahh!
Manakala Haq cuma tayang muka bosan. Fail yang bersepah di atas meja dikumpulkan satu demi satu.
"Ikut suka kaulah, Hanif. Janji kau buat kerja. Yang aku tahu, aku nak maklumat pasal Sufi. Faham?"
"Faham, Tuan!"
"Bagus." Ucap Haq sebelum bangun daripada meja kerjanya. Terpinga-pinga Hanif tatkala melihat Haq yang mula mengatur langkah ke pintu keluar.
"Eh, Tuan pulak nak ke mana?" Tegur Hanif, pelik. Bukankah tadi sibuk benar lelaki itu membuat kerja.
Tangan Haq yang sudah menarik separuh pintu jeda seketika. Dia toleh ke belakang, memandang Hanif yang masih duduk di kerusinya.
"Aku ada temu janji dengan tuan rumah baru." Balas Haq.
Automatik sepasang kening Hanif terangkat. Agak terkejut sebenarnya.
"Tuan nak pindah lagi?!"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro