Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

11

Haq dan Tuah berjalan bersebelahan, langkah mereka serentak diiringi oleh bunyi tapak kasut yang bergegak-gegek di lantai yang sepi. Setiap langkah terasa semakin berat, seolah-olah jarak menuju bilik Encik Hamid semakin jauh. Keduanya tidak mengucapkan sepatah kata pun, membiarkan keheningan itu menguasai. Ada sesuatu yang tergantung di udara, tetapi tiada yang mahu memecahkannya.

Tiba-tiba, Tuah berdehem sambil menggosok hidungnya buat sesaat, cuba mencairkan suasana yang mulai menekan.

"Sufi macam mana semalam selepas kau hantar dia balik?" soalnya, suaranya rendah dan begitu santai. Seolah-olah perkenalan mereka sudah begitu rapat.

Haq menoleh sekilas kearah Tuah di sisinya.

"Sufi?" Haq mengulang perlahan, suaranya terdengar sedikit bingung.

Tuah hanya mengangguk, tetapi bibirnya sedikit terherot dengan senyuman yang lebih mirip ejekan. Dia melepaskan gelak tawa kecil sebelum bersuara.

"Sufilah, takkan nak tanya pasal mak cik kau pula?" Nada suara Tuah jelas mengejek.

Haq terdiam sejenak, agak terkejut dengan cara Tuah bercakap, tetapi dia cuba mengawal diri. Ada sedikit rasa tidak senang dengan cara Tuah yang tiba-tiba seperti mahu berbual dengan mesra, walaupun mereka berdua tahu hubungan mereka tidak pernah rapat. Namun, dia tetap mengangguk, berusaha untuk menunjukkan sikap profesional sebagai seorang detektif.

"Sufi okay aje. Dia terus tertidur selepas Nana bawa dia masuk ke bilik. " Haq menjawab, walaupun nada suaranya tidak begitu mesra, matanya tetap lurus ke depan, berusaha kekal dengan gaya tenang.

"Nana?" Tuah ketawa. Lucu dengan panggilan adik Sufi yang digelar 'Nana' oleh Haq. Geli hati pula mendengarnya.

Namun kening Haq berkerut pelik. Entah dimana terletak kelucuan dalam ayatnya tadi.

"Apa yang kelakar sangat?"

"Panggil budak tu adik aje. Tak payah nak Nana bagai. Budak tu jenis kuat perasan. Kau panggil dia dengan panggilan tu nanti automatik dia ingat kau suka dia. Tak percaya tunggulah nanti." Ujar Tuah, kemudian dia  menyeluk kedua-dua belah tangan ke dalam saku jaketnya dengan gaya bersahaja.

Tanpa sedar hujung bibir Haq menyenget sedikit. Kepala turut terangguk-angguk. Daripada gaya penceritaan Tuah seakan-akan sudah melalui situasi seperti itu. Pasti hubungan diantara mereka sudah begitu rapat sehingga Tuah boleh tahu segala-galanya tentang keluarga Sufi.

"Dah berapa lama kau kenal Sufi?" Kini tiba giliran Haq pula menukar topik. Bahlan soalannya bukan bersahaja, mana tahu jika ada kegunaan serba sedikit untuk kertas siasatan baru-baru ini. Sementara perjalanan mereka masih jauh hendak sampai ke bilik Encik Hamid,

Tuah mendongak kepala seakan sedang mengira. Dia cuba mengingat kembali detik pertama pertemuannya dengan Sufi.

"Rasa-rasanya nak dekat lima tahun dah aku kenal dia." jawab Tuah akhirnya, suaranya kedengaran sedikit ragu. Entah betul atau tidak kiraan itu. Tetapi rasanya seperti betul.

Haq mengangguk faham.

"Macam mana boleh kenal dengan dia?" Soalnya lagi.

Sekonyong-konyong bibir Tuah tersenyum tatkala kotak fikirannya terimbas kembali detik pertama mereka bertemu. Waktu itu, Tuah baru hendak menghadiri temu duga penting untuk kerjaya masa depannya. Dia tergesa-gesa, dengan alatan kamera penuh ditangan, dia berjalan menuju ke pintu masuk bangunan.

Namun, tiba-tiba kamera yang dibawanya terjatuh, dan beberapa keping gambar terpelanting ke lantai. Dalam keadaan kelam-kabut, Tuah cuba mengutip gambar-gambar itu, namun orang ramai yang lalu-lalang hanya memijak tanpa mempedulikannya. Rasa geram dan malu bercampur, tetapi Tuah cuba menahan perasaan tersebut, tidak mahu kelihatan lemah menjelang temu duga yang sudah menunggu.

Atau pendek kata, dia sedang nervous.

"Apa bendalah kau ni, Tuah. Baru first Day dah kelam-kabut.  Belum dapat kerja lagi..." Bebel Tuah, geram dengan diri sendiri.

Tiba-tiba, muncul seseorang dari arah yang tidak disangka. Sufi. Tanpa berkata apa-apa, dia duduk di sebelah Tuah dan mula membantu mengutip gambar-gambar yang terjatuh itu. Tanpa riak wajah, Sufi menyusun gambar-gambar yang berserakan dengan penuh perhatian.

"Tak apa, aku tolong," kata Sufi saat melihat bibir Tuah yang seakan terbuka ingin berbicara sesuatu.

Sekelip mata, Tuah terdiam kembali.

"Nervous ek?" Tegur Sufi, dia memandang sekilas ke arah Tuah yang masih mengutip gambar. Laju sahaja lelaki itu mengangguk kepala mengiyakannya.

Sufi tergelak kecil buat seketika. 

"Kau nak ambil jawatan apa?" Soal Sufi, sekadar ingin tahu.

"Cameraman."

"Hmm... kalau tengok gambar-gambar ni, semuanya cantik. Encik Hamid mesti suka. Lagipun, dia memang tengah cari orang yang pandai ambil gambar.  Sekarang ni tengah hangat pasal kes Unknown. Jadi dia perlukan gambar jelas macam ni untuk masuk dalam pages Viral TV." Ujar Sufi, sempat lagi dia memeriksa setiap gambar yang ditangkap itu. Sangat jelas dan penuh teliti, dia yakin lelaki itu bukan jurukamera yang biasa.

Encik Hamid akan rugi jika tidak memilih orang ini. Dia ada bakat.

Manakala Tuah yang mendengar pujian melambung sudah mengembangkan hidung. Perasaan gemuruh tadi terus digantikan dengan semangat lebih yakin.

"Kau rasa macam tu?" Tuah bertanya, wajah Sufi dipandang dengan penuh harapan.

"Yeah, kalau aku suka dengan gambar kau. Apatah lagi bos. Kalau kau suka sesuatu, kau kena kejar sampai dapat. Jangan biar perasaan gementar kau jadi penghalang. Faham?" Ujar Sufi sambil menyerahkan gambar terakhir yang berjaya dikutip. Senyumannya yang ikhlas sedikit sebanyak mengurangkan kegelisahan Tuah.

"Faham." Jawab Tuah, ringkas.

Sufi tersenyum lebar. Suka dengan keyakinan lelaki itu yang terkini.  Tanpa menunggu lama, Sufi bangkit ingin menyambung langkah pergi namun sebelum itu...

"Tuah!" Jeritan Tuah menghentikan langkah Sufi ditengah jalan. Sufi pusing ke belakang dengan riak muka penuh tanda tanya.

"Nama aku Tuah." Ulangnya lagi.

Sufi diam sejenak cuba memproses maksud. Dan apabila mula memahaminya, barulah riak wajah Sufi berubah. Bibirnya mengulum senyuman.

"Sufi Leila. Panggil Sufi sahaja. Semoga kau bertuah masa interview nanti." Ujar Sufi, memperkenalkan diri. Setelah tiada apa-apa yang hendak diucapkan, Sufi langsung pergi meninggalkan laluan pintu masuk itu. Membiarkan Tuah yang masih tercongok di tempat yang sama, memerhatikan dia yang sedang menyeberang jalan raya dengan penuh berhati-hati.

Tuah menghela nafas panjang, kembali tersenyum mengingatkan pertemuan itu. Siapa sangka, cita-citanya ingin menjadi salah seorang jurukamera Viral TV tercapai dek kerana kata-kata semangat daripada Sufi. Dia takkan sesekali lupa memori itu sampai bila-bila. 

"Sufi tu sahaja yang aku rasa baik dekat sini. Jadi sebab tu aku pilih untuk berkawan dengan dia aje. Yang lain semua macam sampah. Termasuk yang dalam ni sekali." Kata Tuah, suaranya seakan sengaja menekan-nekan perkataan sampah itu biar jelas ditelinga Haq. Sekilas anak mata Tuah menjeling ke arah pintu di sisi kanannya.

Langkah mereka terhenti sebaik sahaja sampai di hadapan pintu bertanda 'En. Hamid'. Haq hanya diam tatkala memproses kata-kata Tuah sekejap tadi. Riak wajah lelaki itu cuma kosong, namun ayatnya penuh tajam.  Sukar untuk ditebak.

"Inilah bilik dia. Panggil dia Encik Hamid je. Aku pergi dulu." Pamit Tuah, setelah tugas menghantarnya selesai, dia terus berlalu pergi daripada bilik itu.  Banyak lagi tugasan yang perlu disiapkan daripada menunggu di situ.








SUFI sedang khusyuk menaip di papan kekunci, fikirannya tertumpu pada tugasan yang perlu disiapkan. Tiba-tiba, tekaknya terasa kering, dan dia meraba cawan di sebelahnya, ingin meneguk air. Namun, hanya tinggal sedikit titisan di dalamnya. Sufi mengeluh perlahan sebelum bangun dan berjalan menuju ke dapur kecil di hujung pejabat untuk membancuh secawan kopi tanpa susu.

Sementara menunggu air panas siap dijerang, Sufi bersandar seketika pada hujung kabinet sambil kedua belah tangan memeluk tubuh. Beberapa minit dalam posisi seperti itu tanpa sedar dia sudah termenung jauh.

Teringatkan kejadian ngeri yang berlaku di hadapan mata semalam, buatkan tubuh Sufi kembali menggigil ketakutan. Bayangan mayat Akim yang dibiarkan terbaring kaku di situ masih segar dalam ingatan. Malahan nama Sufi juga elok terlakar di dinding dengan cecair pekat darah.

Kenapa? Kenapa dia perlu terperangkap dalam tragedi yang begitu menakutkan ini?

Tiba-tiba, suara Sofia memecah kesunyian, menyentak fikirannya yang kabur.

"Mesti kau orang pertama yang seronok bila Akim dah mati, kan?" ujar Sofia dengan nada sinis, senyumannya tajam seperti pisau yang menghiris jiwa Sufi.

Sufi menundukkan wajah, cuba menahan gelora amarah yang mula memuncak. Tangannya memegang erat cawan di hadapan, mata tertumpu pada air panas yang sedang dituangkan. Dia cuba mengalihkan perhatian, tetapi suara Sofia semakin mendekat, lebih pedih dari sebelumnya.

"Kenapa tiba-tiba jadi pekak ni? Apa yang aku cakap tadi tu betul ke?" Sofia mendekat, matanya menyuluh Sufi dengan penuh dendam.

"Kesian Akim, tak pasal-pasal mati sia-sia kerana perempuan macam kau, kan? Dan kau pula, boleh berseronok dengan lelaki dekat sini."

Sufi menarik nafas dalam, cuba menenangkan diri yang sudah hampir hilang sabar.

"Sudahlah, Sofia. Jangan cakap pasal orang yang dah tak ada. Boleh tak?" jawab Sufi dengan suara yang tersekat, menahan perasaan yang hampir meletus.

Sofia ketawa sinis, menyindir lagi. "Seronoklah tu, kan? Hidup dikelilingi lelaki. Mula-mula Tuah, lepas tu detektif, lepas ni siapa pula? Kalau perempuan, pasti awal-awal lagi sudah kau tolak, kan?"

Sufi menggigit bibir, darahnya mendidih. "Kau nak cakap apa ni sebenarnya, Sofia?" soal Sufi dengan suara yang bergetar, menahan amarah yang hampir meledak.

"Aku nak cakap yang kau tu 'pick me'. Sengaja nak sedarkan diri kau tu sikit! Semua lelaki kau nak. Kawan kau Tuah tu, sampai gila fikirkan kau je. Entah apa jampi kau guna dekat dia sampai dia jadi macam itu," Sofia berkata dengan penuh kebencian. Setiap patah perkataan seakan menusuk jauh ke dalam jiwa Sufi.

Sufi merasakan darahnya berderu.

"Kalau kau datang sini untuk cakap pasal Tuah, lebih baik kau pergi sambung kerja kaulah!" katanya, suara semakin keras.

"Bukan masalah aku kalau dia tak tertarik dengan kau!" Sambung Sufi lagi.

Sofia menjuih bibir, senyumannya semakin tajam, penuh ejekan. "Oh, so kau nak cakap Tuah sukakan kau? Sia-sialah, muka kau tu takkan layak untuk sesiapa pun! Jangan nak perasanlah, Sufi! Cermin diri kau balik!" Sofia menambah, suaranya penuh dengan hinaan.

Sufi menahan nafas, kesabarannya semakin tipis."Siapa yang tengah perasan sekarang ni? Aku atau kau? Aku tak pernah rasa yang Tuah sukakan aku. Tapi kau, selalu fikir semua orang akan jatuh hati pada kau. Tapi sayang... Tuah tak buta dengan kecantikan yang kau ada," balas Sufi, suara yang penuh dengan sindiran tajam.

"Dah elok cantik tapi syok sendiri. Memalukan!" Sinis Sufi, selesai membancuh air dia langsung melangkah pergi.

Sofia yang sudah tidak dapat menahan amarahnya, merampas cawan berisi air panas di atas kabinet dan meluru ke arah Sufi.

"Hei, Sufi!" jerit Sofia.

Sufi pusing ke belakang, dan tanpa amaran, air panas ditangan Sofia itu terus dicurah ke arah Sufi.

"Arghhh!" jeritan itu melantun ke seluruh pejabat, mengejutkan semua yang ada. Sufi merasakan tubuhnya menggigil, bersedia untuk menerima rasa sakit yang akan datang. Dia memejamkan mata, menunggu kepanasan yang pasti akan membakar kulitnya.

Namun, yang berlaku sangat pelik. Tiada rasa sakit, tiada rasa panas. Perlahan-lahan, Sufi membuka mata, dan wajahnya terkejut. Di hadapannya, seorang lelaki berdiri dengan tenang, lengannya yang basah akibat air panas itu tidak menunjukkan sebarang reaksi kesakitan. Wajahnya kosong, seperti tiada apa yang berlaku.

Sofia terkejut dan segera melemparkan cawan itu ke lantai. "Apa aku dah buat ni?" suaranya tersekat, seakan tidak percaya dengan apa yang baru sahaja terjadi.

"Tuan Gibran?!"  Tiba-tiba, Encik Hamid muncul dengan langkah pantas, menghampiri Tuan Gibran yang sedang mengelap lengannya dengan tenang.

"Tuan Gibran, tak apa-apa? Maafkan saya. Saya tak tau apa yang sedang berlaku tadi. Mungkin staff saya tak sengaja..."

Tuan Gibran mengangkat tangan, menyuruh Encik Hamid berhenti.

"Talk to me later," katanya dengan nada yang datar dan tenang, sebelum berjalan masuk ke biliknya tanpa sebarang perasaan.

Sofia yang kini mula kelihatan panik, berlari menuju Encik Hamid. "Bos, siapa Tuan Gibran tu? I...  I tak sengaja. Sumpah I tak sengaja bos!"

Encik Hamid mengeluh, wajahnya semakin serius. "Dia tu anak pemilik syarikat ini, Sofia. Baru pertama kali dia datang sini, dah jadi macam ni. Habislah kalau dia terfikir nak buang kamu, siapa lagi nak jadi wartawan nanti?"

Sofia mencebik bibir, cuba mempertahankan diri. "Tapi ini bukan salah I! Sufi yang mengelak! Kalau dia tak elak, mungkin tak kena lelaki tu!"

Sufi yang tidak tahan lagi, melepaskan segala kemarahan.

"Eh, apa hal pulak ni? Kau yang cuba nak simbah air panas tu dekat aku!" bentaknya, dengan suara yang penuh rasa terhina. Mahu sahaja dia menampar wajah wanita itu, namun Tuah lebih pantas menggenggam kedua-dua belah lengannya. Menghalang dia daripada meneruskan perbuatan mengikut emosi itu.

"Sudah! Cukup! Pergi balik ke meja masing-masing! Saya tak mahu dengar apa-apa alasan sekarang!" bentak Encik Hamid, memecah ketegangan yang semakin memuncak. Suasana di pejabat itu sunyi sepi. Sofia tersenyum penuh kemenangan, sementara Sufi hanya menggelengkan kepala, menepis tangan Tuah yang masih erat memegangnya sebelum melangkah pergi tanpa sepatah kata, hatinya masih berdebar kencang.

"Padan muka!" Sindir Sofia, siap tersenyum melebar lagi.

"Kau ni memang tak serik-serik cari pasal dengan dia, kan?" Suara Tuah kedengaran dingin menahan perasaan amarah. Tajam renungannya menembus Sofia yang berdiri angkuh tanpa rasa bersalah.

Malahan wanita itu cuma menjuih bibir dengan muka penuh mengejek.

"Kenapa? You nak marah ke? Marah sebab I kacau girlfriend you huh?" Soal Sofia dengan nada menyindir, kemudian ketawa sinis. Kepala digeleng-geleng sambil dia melangkah ingin kembali ke meja kerjanya, namun buat sesaat langkah Sofia terhenti tatkala jalannya di halangi oleh Haq.

Sofia terdiam sejenak.  Riak wajahnya terus berubah tatkala anak mata tidak sengaja bertembung dengan sepasang mata yang serius itu.

"Excuse me." Ucap Sofia perlahan, meminta sedikit laluan sebelum dia berjalan melepasi Haq. Entah mengapa tiba-tiba jantungnya berdegup laju, mungkin kerana dia baru sedar ada detektif di dalam bangunan ini. Dengan perbuatan terkutuk tadi dan bersaksikan ramai orang, kemungkinan dia boleh dikenakan denda.

Namun Haq cuma diam tidak berkata apa. Dia memandang Tuah sekilas sebelum anak matanya beralih ke arah Sufi yang duduk di meja kerja. Wajah Sufi masih lagi masam mencuka. Jelas, amarahnya masih belum surut.

Lantas Haq mengutuskan untuk tidak mengganggu wanita itu buat sementara waktu, dan berlalu ke arah sofa yang disediakan di penjuru kanan sana. Duduk di situ dan membuat hal sendiri.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro