Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

1| anonymous

12 November 2015

Jin membuka satu butang atas baju kemeja , Jin membuka pintu rumah dan ommanya menghampirinya , "Dari mana Jin?" Soal ommanya.

"Hari ni tanggal 12 November , baru lepas ziarah Taehyung , hari ni adalah genap setahun kematiannya" terang Jin.

"Ouh , ye omma lupa .. kesian Taehyung" keluh ommanya yang turut bersedih.

"Dia yang sensitif omma , baru di buli dah bunuh diri .. tu bukan jalan terbaik untuk dia" kata Jin yang kesal dengan tindakan bodoh Taehyung.

"Omma , Jin naik dulu" kata Jin , omma hanya mengangguk, tahu yang anaknya penat kerena seharian keluar rumah.

Jin masuk ke dalam biliknya dan membuka lampu , pintu biliknya ditutup.

Phone Jin berbunyi , satu mesej masuk dan itu dari Jimin.

Jimin;
Buka Skype hyung

Jin lantas mencari laptopnya untuk membuka Skype seperti yang diarah Jimin.

Muncullah mesej dari sahabatnya sekarang waktu facetime.

Mereka membuat satu group di Skype yang terdiri daripada beberapa ahli.

-Kim SeokJin

-Min Yoongi

-Jung Hoseok

-Park Jimin

-Jeon Jungkook

-Kim Namjoon

-Kim Taehyung

Dulu mereka bertujuh tapi sekarang mereka ber-enam kerana Taehyung sudah tiada tetapi mereka tidak kick akaun Taehyung yang tak terpakai

"Annyeong!" Sapa seorang lelaki yang muncul sambil melambaikan tangan , Jin membalas lambaian Hoseok.

Muncul lagi sahabatnya yang lain yang bergigi arnab iaitu Jungkook.

Kemudian lelaki berlesung pipit iaitu Namjoon.

"Hye semua" sapa lelaki yang ber-eyesmile , itu Park Jimin.

Terakhir , lelaki putih berambut hitam muncul dengan muka yang tidak menunjukkan senyuman.

"Korang baru balik?" Soal Hoseok.

"Nae, susah betul nak cari teksi" keluh Namjoon sambil memukul bahunya berkali-kali.

"Korang rasa Taehyung tenang tak ade kat sana?" Soal maknae.

"Mollayo~" balas Hoseok yang turut tak tahu dengan singkat.

"Tak percaya aku Taehyung bunuh diri hanya sebab video tu" kata Jimin disokong yang lain.

"Kita yang keterlaluan" keluh Jin.

Semua memandang petak yang menunjukkan wajah Jin. "Apa maksud hyung?" Soal Jungkook.

Jin menghela nafasnya.

"Kita buli dia teruk sangat"kata Jin. "Itu pelajaran untuk dia , dia terpengaruh dengan pergaulan bebas dan kita dah rancang semua ni tapi tak sangka sampai kes bunuh" tambah Jimin.

Semua terdiam tak ada yang membalas.

"Hurm..esok korang pergi sekolah?" Soal Jin menukar topik perbincangan.

"Aku mungkin tak masuk kelas" pantas Yoongi membalas. Semua tertumpu kepada manusia termalas antara mereka.

"Yoongi pun malas , korang ntah la" tanggapan Jin.

"Aku macam biasa , pergi sekolah tengok perempuan cun" Namjoon bersuara.

"Kau memang Namjoon" keluh Hoseok.

"Hyung aku dah mengantuk ni , jam 12 dah jadi-"Kata-kata Jungkook terhenti apabila ada seseorang yang menghubunginya.

"Hyung , anonymous call aku" kata Jungkook sambil menggerakkan mousenya ke arah petak hijau.

"Jangan Jungkook! Aku pun dapat!" Terkejut Jungkook dan menghentikan perbuatannya apabila Jimin bersuara cepat.

Mereka semua dapat panggilan dari anonymous itu.

"Dia dapat call kita bermaksud dia ada dalam group ni" kata Namjoon.

Satu-satunya ahli yang tak aktif dalam group itu adalah akaun milik Taehyung.

"Mungkin Taehyung" ujar Yoongi selamba padahal membernya yang lain sudah pun menggigil ketakutan.

"Tak mungkin hyung! Taehyung dah mati la , takde siapa pun tahu password akaun Taehyung!" Marah Jimin kerana ketakutan.

"Mungkin akaun Taehyung kena hack"kata Namjoon membuatkan yang lain bernafas lega.

Namjoon menggerakkan pointer mousenya ke arah petak hijau untuk menjawab panggilan tetapi terputus kerana salah seorang dari mereka mematikan panggilan itu.

"Yah! Siapa yang putuskan?" Soal Hoseok.

"Ish, aku tak nak fikir benda ni , baik aku tidur" kata Jin yang sudah ketakutan.

"Betul tu ! Good night!" Kata Hoseok melambaikan tangan lalu log off akaun Skypenya.

"Dari tadi lagi aku tunggu saat ni" kata Yoongi lalu lantas log off.

"Jaljayo hyung" serentak Jimin dan Jungkook mengucapkan selamat malam pada hyungnya lalu men-log off akaun mereka.

"Good night Jin" Namjoon yang terakhir mengucapkan selamat malam pada Jin , Jin hanya tersenyum dan melambaikan tangan.

Lalu Namjoon log off.

Mata Jin tertancap pada kotak berwarna biru di skrin dengan tulisan Kim Taehyung.

"Tak mungkin" kata Jin lalu log off akaunnya dan meletakkan laptopnya di atas meja.

***

19 November 2015

Sudah seminggu semenjak nombor yang tak diketahui itu menghubungi mereka , mereka tidak dapat sekali pun dapat menjawab panggilan itu.

Kerana setiap kali mereka hendak menjawab saat itulah panggilan itu terputus.

"Aku rasa sekarang tengah dihantui oleh pemanggil tu" kata hoseok. Seperti biasa mereka semua membuka skype dan bervideo call dan berbual hal tidak penting. Tetapi mereka semua tidak lepas dengan memikirkan akaun Taehyung itu.

"Aku pun, aku rasa hidup aku tak tenang macam biasa" Jimin pula bersuara lalu meraut wajahnya kerana terlalu serabut.

Namjoon terdiam seketika lalu dia bersuara "kita tunggu sampai jam 12 malam" kata Namjoon lalu memetik jarinya, ada idea yang keluar dari otaknya.

"and then? " Jungkook menyoal rancangan Namjoon seterusnya.

Namjoon mendengus kesal "kita tunggu hacker tu call , dan jaga-jaga tekan terima" kata Namjoon.

"Tak tak , aku malas masuk campur aku nak log off dan aku nak tido" pantas Yoongi menyampuk sambil membuat muka tidak berminatnya.

Jin terkekeh ketawa "cakap je lah kau takut".

"Takut cari alasan konon hahaha" tambah Jungkook membuatkan muka Yoongi merah padam.

"Baiklah aku akan buktikan yang aku tak takut dan aku akan bercakap dengan hacker tak guna tu dulu." bentak Yoongi yang pantang dicabar. Mereka yang lain sudahpun ketawa kecil melihat telatah Yoongi.

Yoongi mula tidak sabar lalu menghantar chat kepada akaun Kim Taehyung itu. "Bodoh kalau tunggu sampai mampus tak call" bebel Yoongi sambil mengetik laptopnya.

"Lah apa yang kau buat tu Yoongi" soal Namjoon hairan.

"Aku hantar chat pada hacker tu" ujar Yooongi santai. Hoseok dan Jimin mula pucat.

"Hyung jangan buat macam-macam" pinta Jimin, hatinya mula gelisah.

Lalu secara tiba-tiba mereka mendapat panggilan dari Kim Taehyung. Semua terkejut lalu dengan cepat Yoongi menerima panggilan itu.

Tetapi, gelap.

Petak yang sepatutnya ada wajah Taehyung itu hanya gelap gelita, kosong.

Lalu ting...

Satu chat masuk di group itu , ternyata Taehyung menghantar voicenote.

Satu persatu mereka mula menekan tombol lalu.

Kim Taehyung;
Hai guys, rindu aku tak?

Nafas mereka semua tersekat, suara itu mereka amat mengenalinya. Itu adalah suara sahabat mereka yang telah tiada.

Tidak ada balasan dari mereka buat beberapa minit. Lalu Jungkook bersuara, "hei , siapa kau. Kenapa kau hack akaun Taehyung? " soal Jungkook.

Akaun Taehyung diam, gelap, tidak bersuara dan chat juga tidak ada. Beberapa minit berlalu. Tidak ada respon.

"BODOH TUNJUKKAN DIRI KAU SIAL!" bentak Yoongi tiba-tiba membuatkan semua kawannya terkejut.

Dan serentak dengan itu.

DOR-!

Bunyi tembakan yang kuat membuatkan mereka semua tersentak dan masing-masing menjauhi diri dari laptop. Bahkan Hoseok dapat merasa jantung lari dari tempatnya.

Hanya Jin sahaja yang berani melihat apa yang terjadi.

Lalu Jin pun mengakhiri videocall dengan mereka. Masih tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

***


vote (/)
comment (/)

itsmaniesa

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro