08 | karma
***
"Argghh!!" Jimin melempar phonenya ke dinding dengan perasaan geram , phone hancur berkecai
"Semua dah tinggalkan aku.." Suara lemah Jimin kedengaran , Jimin meramas rambut nya pasrah
"Semua manusia pasti mati , patut ke aku mengikut mereka?" Soal Jimin sendirian lalu setitik air matanya mengalir.
Jimin berbaring di katilnya. "Diaorang semua dah tinggalkan aku" katanya lagi lalu memandang bingkai gambar di almarinya , sahabatnya masih cukup enam orang tersenyum gembira.
"Tinggal aku seorang .. Aku sunyi" Jimin bersedih seorang diri lalu dia tertidur berharap masa akan berlalu dengan cepat agar nyawa nya turut di ambil
***
1 BULAN KEMUDIAN
Jimin sekarang mula menjalani hidup nya seperti biasa walaupun dia kini tidak mempunyai sahabat dan Jimin sesekali bersedih tentang sahabat nya
Dulunya Jimin akan ke sekolah bersama sahabatnya namun sekarang dia hanya berjalan berseorangan
Jimin mengehela nafas nya.apabila masuk ke dalam sebuah teksi yang biasa mereka naik
Biasanya Jimin dan Hoseok yang akan membuat kekacauan di belakang dan Jin lah yang akan menenangkan mereka.
Yoongi dan maknae akan membonceng motorsikal menaiki motosikal beriringan dengan teksi itu
Dan mereka berdua akan membuat bising di luar sampai orang melihat mereka berdua menganggap kan mereka berdua baru pertama kali menaiki motosikal
"Sunyi ye" Ajusshi yang sedang memandu teksi bersuara
"Hurm..saya rindukan diaorang" balas Jimin , ajusshi itu hanya tersenyum nipis
"Ajusshi , boleh berhenti dekat cafe sana tak? Saya perlukan coffee" kata Jimin.
"Boleh je" kata ajusshi itu lalu mencari parking.
Jimin keluar dari teksi lalu masuk ke dalam cafe itu.
Selesai Jimin membayar dia menuju ke muka pintu.
"Ah , mungkin tenang sikit bila boleh min—Hey!" Marah Jimin pada seseorang apabila orang itu melanggar Jimin.
"Maaf" ucap orang itu lalu berlalu pergi.
Jimin memandang orang itu yang sudah menjauh.
"Gaya pakaian dan cara jalan sama dengan seseorang" gumam Jimin
Lalu Jimin menggeleng laju "Tak mungkin" katanya lalu masuk ke dalam teksi.
Ajusshi itu mula menghidupkan enjin lalu teksi mula bergerak.
Jimin yang berada di dalam teksi menghirup coffeenya sedikit.
"Ah , sekarang lebih tenang" katanya lalu tersenyum.
Jimin memandang ajusshi yang berada di depan , Kenape nampak lain macam je ? Pikir Jimin dalam hati
Teksi itu berhenti apabila lampu isyarat berwarna merah
Jimin memandang ke luar tingkap dan matanya terpandang orang yang melanggarnya tadi.
Jimin memandang orang itu yang menghilang di sebalik orang ramai.
Jimin terkejut apabila kereta di belakang memberi hon kepada teksi yang dia naiki , ajusshi itu belum bergerak walaupun lampu sudah bertukar hijau.
"Ajusshi , cepat lah jalan" tegur Jimin
Ajusshi itu tanpa berkata mula menggerakkan teksi itu.
Teksi itu berhenti di tengah-tengah landasan kereta api dengan tiba-tiba tidak disedari Jimin , matanya masih melilau memandang di kerumunan orang ramai itu mencari orang yang melanggarnya.
Tiba-tiba bunyi hon keretapi menyentakkan Jimin.
"Kereta api?" Gumamnya lalu memandang ke hadapan , betapa terkejutnya apabila ajusshi berhenti di tengah-tengah landasan keretapi.
"AJUSSHI!!" Jimin menjerit sambil berusaha pintu kereta.
Ajusshi itu tidak bersuara malah pandangan matanya adalah kosong seperti dipukau.
Kereta api itu semakin dekat namun Jimin masih berusaha membuka pintu kereta itu namun pintu kereta itu tersekat.
BANG!
Teksi yang dinaiki Jimin dirempuh kereta api sehingga teksi itu terseret ke tepi landasan. Nasib baik teksi itu tidak sepenuhnya hancur.
Jimin yang berada di dalam teksi itu tercungap-cungap. Matanya mula kabur. Jimin sempat mencari pemandi teksi itu, ternyata pemandu teksi itu sudah mati dengan tubuhnya yang separuh hancur.
Sebelum Jimin menutup matanya, dia terlihat bayangan seseorang. Seseorang yang melanggarnya tadi di cafe.
"Sial..dia masih hidup"
Suara asing itu kedengaran di telinga Jimin.
Jimin memandang orang yang melanggarnya tadi sedang memandangnya dengan pandangan sinis , dan akhirnya semuanya gelap.
***
"Aku tak suka la Taehyung sekarang" kata Hoseok sambil melipat tangan di dada , dia memandang sinis perempuan yang seksi itu sedang mendekati Taehyung
"Pasti Taehyung tidak sedar , aku akan rakam dan akan tunjukkan pada dia video ni" kata Jimin lalu mengeluarkan kamarnya
Jimin lah yang merakam kejadian itu tetapi siapa yang upload video itu ? Adakah orang yang sama?
Jimin ralit merakam video yang Taehyung sedang sibuk melayan perempuan
Taehyung tiba2 jatuh pengsan di tengah orang ramai , lalu Jimin tersenyum
"Hentikan! Jimin" marah Taehyung lalu memukul kamera Jimin sehingga jatuh
ESOK NYA
"Maaf Jimin , hubungan kita sampai di sini je" Yeoja chingu Jimin memutuskan hubungan mereka
Jimin sangat stress ,.dia meramas rambut dengan kesal lalu menuju ke sebuah club
Jimin berani minum arak yang dicuba Taehyung selama ni
Jimin meminumnya 4 gelas.penuh sampai Jimin mabuk dengan teruk
Sampai sahaja Jimin dirumah , dia menaiki tangga menuju ke bilik nya
Laptop nya dihidupkan
"Kata Taehyung betul , kepala aku pening" katanya sambil melihat video yang dirakam nya , Jimin sesekali ketawa melihat video itu
Lalu Jimin tiba2 pengsan tidak sedarkan diri , kepala nya jatuh mengenai mouse laptop nya
Pointer mouse laptop nya bergerak sendiri tanpa diketahui Jimin , ia menekan rakaman video itu menuju ke youtube lalu menekan tombol 'yes'
Dalam waktu 15 minit sahaja , sudah banyak viewer melihat video itu
***
Jimin tersedar dan dahinya berpeluh.
Jimin meraba kepalanya sendiri , memori sebelum kematian Taehyung berputar di otaknya.
"Kau koma empat hari"
Jimin membulatkan matanya dan kelihatan seorang lelaki berpakaian serba hitam berdiri di hadapannya
"Dah ingat semua nya?"
Tanya orang itu terdengar sinis
"Tae-Taehyung?!"
"Sudah lama tak jumpa"
Jimin menampar muka beberapa berharap ini mimpi
"Ini realiti Park Jimin"
"Ka-kau hidup" kata Jimin terketar-ketar
"Tentu Jimin , roh kitaorang tak diterima" kata Hoseok
5 lagi sahabat nya muncul
"Jimin"
"Namjoon, Yoongi , Hoseok , Jungkook dan Jin hyung ..macam mana.." Jimin bersuara
"Hyung dah ingat siapa yang upload video tu?" Soal Jungkook
Jimin menunding jari ke arah nya
"Ak-aku yang up-upload?" Soal Jimin terketar
"Kau tak rindukan kitaorang?" Soal Namjoon
Jimin menunduk dan mengalirkan air mata
"Aku rindukan korang .. Maaf kan aku" ucap Jimin sedih
"Kau tak nak ikut kitaorang?" Soal Taehyung
"I-ikut? Ak-aku.."
"Bunuh diri Jimin" Yoongi bersuara
"Bunuh diri?..tak .. tak mungkin" kata Jimin perlahan
"Aku akan tolong kau" kata Taehyung tersenyum
Jimin memandang Taehyung
***
Di beritakan bahawa seorang pesakit yang bernama Park Jimin mati setelah terjun dari bangunan hospital tingkat 4 dan telah mati di tempat kejadian
(Epilog Next Part)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro