Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

05 | gasoline

***

"Siapa yang upload video tu?" Soal Yoongi terdengar agak serius.

Ketiga sahabat di hadapannya memandang ke arah Yoongi yang sedang melipat tangannya di dada.

"Dari kelmarin aku pun nak tanya hal ni , tapi aku tak berani" kata Jimin menunduk.

"Bukan aku yang upload! Sumpah!" Kata Hoseok.

"Kita akan cari siapa yang upload video tu" kata Jin yang juga serius.

Yoongi mendengus.

"Pasti ade salah sorang antara kita , kalau Namjoon yang upload , Jungkook takkan mati... Jungkook takkan jadi korban seterusnya , ada di antara korang bertiga" kata Yoongi lalu berlalu pergi.

"Wah, sedap dia je tuduh kita , entah-entah dia yang upload...perangai lain macam je sejak mula" bebel Hoseok.

Jimin ikut mengangguk kepalanya.

"Korang percaya tak kalau ni karma?" Soal Jin membuatkan Jimin dan Hoseok memandang Jin.

"Kita buli Taehyung dulu , dan roh dia kacau kita" terang Jin.

"Bukannya ni idea hyung?" Soal Jimin dan Jin mengangguk.

"Memang idea aku , tapi aku tak percaya yang dia sanggup buat benda bodoh tu , aku hanya nak bagi dia pengajaran . Sejak dia bergaul bebas dia berani bawa arak di pesta rumah Jimin hari tu , untung kita tak minum arak tu kalau tak mesti ada yang rakam dan upload di youtube " kata Jin panjang lebar.

"Kita perlu cari orang tu" kata Hoseok

***

"Taehyung apa yang kau bawak tu?" Soal Jin sambil memandang botol-botol yang dibawa Taehyung
Hari itu Jimin membuat party kecil di rumahnya.

"Hyung! Minuman ni best tau" kata Taehyung menghulur satu botol arak kepada Jin.

"Taehyung!!" Marah Jin , keadaan Taehyung sekarang mabuk dan seperti orang tidak waras.

"Dah! cukup minum!" Marah Jin lalu merampas botol arak itu dari tangan Taehyung lalu jatuh ke atas lantai dan pecah.

"Wae hyung?" Soal Jimin yang baru tiba.

"Tengok , Taehyung mabuk teruk" kata Jin.

"Korang ni relaks lah!" Kata Taehyung lalu pergi ke arah orang ramai dengan jalan yang terhuyung-hayang.

Disebabkan Taehyung membawa arak ke party tu , hampir kesemua tetamu Jimin mabuk.

"TAEHYUNG PENGSAN!!"

Jin terbangun dari tidurnya
"Kenapa. . Kenapa aku mimpikan tentang tu?" Gumam Jin. Jin memandang jam dinding , sudah jam 12 malam.

Jin turun dari katil dan membuka laptop nya , Dia berminat bermain game yang Taehyung janjikan.

App Skype dibuka dan Jin join ber-videocall bersama Yoongi , Hoseok dan Jimin

"Hyung?" Panggil Jimin tapi bukan Jin hyung tetapi Yoongi.

Yoongi memandang mereka dengan tatapan kosong , tatapan itu membuatkan Jin teringatkan akan Jungkook.

Dengan tiba-tiba Yoongi menggeleng kepalanya beberapa kali.

"Wae Yoongi geleng kepala?" Pelik Hoseok.

"Aniya" balas Jin lalu bangun menuju ke pintu.

Jin memulas tombol pintu namun tersekat

Kim Taehyung;
Tiada siapa yang boleh hentikan game ni.

Pesanan itu muncul di group mereka.

Yoongi mula berganjak dari hadapan laptop dan keluar dari biliknya , seperti ade yang menarik Yoongi.

Yoongi ke korban seterusnya?

Jimin cuba menghubungi Yoongi tetapi gagal.

Hoseok pula cuba memecahkan pintu biliknya namun itu sia sia.Mereka bertiga terkurung di dalam bilik masing-masing.

Tiba-tiba Yoongi muncul kembali di skrin laptop membuatkan mereka bertiga menuju ke laptop masing-masing.

Yoongi membawa sebuah tong yang berisi minyak tanah atau lebih tepat lagi gasoline.

Gasoline yang berada di tong itu dicurahkan di seluruh badannya dan biliknya.

"Tak..Yoongi takkan buat benda tu" Jin mula bersuara dia tahu apa yang akan terjadi seterusnya.

Yoongi mengeluarkan sekotak mancis lalu dikeluarkan satu batang mancis dari kotak itu.

"YOONGI AKAN BAKAR DIRI DIA!!" Jerit Hoseok.

Hanya satu nyalaan mancis yang dibuat Yoongi.

Api terus menyambar tubuhnya

"PANAS!! TOLONG AKU!!"

Petak Yoongi gelap secara tiba2 membuatkan dada mereka bertiga yang menyaksikan nya berdegup kencang.

Yoongi bakar diri dia hidup-hidup.

***

Banyak kesan bakar yang terdapat pada tubuh Yoongi dan yang membuat Yoongi mati adalah kerana jantung.nya turut terbakar kerana dia telah minum sedikit gasoline.

Yang mengejutkan mereka adalah di tubuh Yoongi yang terbakar adalah ada torehan perkataan di belakang badannya , perkataan itu adalah ' who? '

Seperti tempat yang sama mereka sekarang bertiga berkumpul di sungai Han.

"Yoongi hyung.." esakan tangisan Jimin kedengaran membuat dua hyungnya turut mengalirkan air mata , kesan yang amat mendalam kepada mereka kerana telah 4 sahabat nya mati dengan tragis.

***

MALAM ITU sebelum kejadian...

Entah apa yang membuatkan Yoongi ingin membuka laptop sedikit awal Yoongi membuka laptopnya dan membuka app Skype.

Kim Taehyung;
Yoongi hyung!

Akaun Taehyung mengirimkan pesanan.

Kim Taehyung;
Hyung dah sedia? Kita main berdua dulu tau.

Yoongi seakan-akan terpukau dan mengiyakan apa yang dikatakan Taehyung.

Min Yoongi;
Teruskan

Kim Taehyung;
Jawab jujur tau hyung ;)

Dengan tiba-tiba skrin laptop Yoongi menunjukkan video seperti Jungkook yang mereka sedang berseronok di pantai.

Kedua , di mana Yoongi dan sahabat nya yang lain sedang bermain ular di sebuah Zoo , yang paling takut sekali adalah Hoseok.

"Erm..Yoongi hyung?" Panggil Jimin yang tiba-tiba muncul sambil menggaru lehernya di videocall skype itu.

Video ketiga , menunjukkan di mana Yoongi dan yang lain sedang menyambut hari jadi si maknae selepas membuat satu persembahan di pentas.

"Yoongi?" Kali ini giliran Hoseok yang muncul tiba-tiba memanggil Yoongi.

"Jadi hyung...Siapa yang upload video itu?"

Soal suara itu lagi di sebelah Yoongi.
Petak muka Jin muncul menyertai mereka.

Yoongi menggeleng kepalanya beberapa kali.

"Wae Yoongi geleng kepala?" Pelik Hoseok.

Terdengar keluhan seseorang di sebelah Yoongi , lalu ia menarik Yoongi keluar dari bilik menghiraukan kawannya yang memanggil Yoongi.

Suasana semakin memanas apabila Yoongi datang dengan satu tong gasoline.

"Hiraukan mereka , buat apa yang aku suruh"

Dengan perlahan-lahan Yoongi membuka penutup tong itu dan mencurah gasoline seluruh ke badannya dan biliknya.

Tanpa sedar Yoongi menyalakan sebatang mancis yang dikeluar dari kotak.

Saat bunyi mancis itu menyala , Yoongi baru sedar apa yang dibuat nya , tapi sayang kerana api terlebih dahulu menyambarnya.

Saat tubuh Yoongi terbakar di atas lantai , Yoongi masih melihat di skrin laptopnya terdapat bayangan lelaki di skrin laptopnya

"Itu sebab kau tak nak bagitau"

Sedetik kemudian , Yoongi menghembus nafas terakhirnya.

***

Tak cukup kejam , tak cukup menarik .. Tak pe chap seterusnya saya nak buat lebih kejam untuk korban Taehyung seterusnya

Who upload that video? Hanya tinggal 3 orang lagi

Jimin nampak je macam tu tapi siapa sangka kan?

Hoseok .. dia bersumpah bagai kata bukan dia yang upload .. mulut je cakap macam tu , dalam fikiran dia kita tak tahu

Jin? Kenape dia yang boleh mimpi pasal tu? Jin ke ?

Vote [/]
Comment [/]

itsmaniesa

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro