💓 ; 06
♧•♧•♧
jeonjungkook's POV
Dari dalam bilik sampai keluar bilik, perempuan ni asyik ikut aku je. Aku tak tahu lah apa masalah dia.
Dia nak attention ke?
HAHAHA maaf lah. Aku sendiri pun kurang attention. Inikan pulak nak bagi dia attention kan?
Kau boleh bayangkan tak, bila ada orang yang sentiasa ikut kau ke hulu ke hilir tanpa sebab macam orang gila. Kau tak rasa rimas ke?
Eee aku rimas. Rasa nak sound je dia tapi...aku malu. Lepas tu nanti aku pulak yang dapat malu macam insiden pagi tadi.
Aku tolehkan kepalaku sedikit ke belakang. Ya, ternyata dia masih mengikuti aku.
Aih...
Bangku yang terletak berhadapan dengan kolam ikan itu menjadi tempat punggung aku berlabuh.
Haemi juga turut duduk di sampingku.
Aku tak berani nak pandang dia lama-lama. Entah mengapa, aku malu bila berdekatan dengan makhluk yang bernama perempuan.
Lenganku dicuit perlahan lalu aku terus memandang Haemi di sebelah yang mula mengukirkan senyuman.
"Ikan-ikan dalam tu comel kan, Kook?"
Haemi menghala jari telunjuknya ke arah ikan-ikan beraneka warna yang sedang berenang dengan riang ria di dalam kolam.
Aku hanya mengangguk kecil.
"Awak suka ikan?"
Aku mengangguk lagi. Haemi tersenyum girang lalu menepuk tangannya sekejap. Gadis itu kelihatan sungguh comel dengan perilakunya.
"Sama lah! Saya pun suka! Awak nak tahu tak, dulu saya ada bela ikan warna oren! Cantik! Tapi, dia mati."
Suara gembira Haemi tadi tiba-tiba bertukar menjadi perlahan dan sayu. Riak wajah gadis itu kelihatan sedikit sedih.
"Wae?" aku mula bertanya mengapa ikan yang dia maksudkan tadi mati.
"Sebab Yoongeh makan ikan saya. HUWAAA!"
Haemi mula menayang riak wajah ingin menangis. Aku tertawa kecil.
"Yoongeh? Siapa tu?"
"Kucing saya yang putih melepak tu lah punya kerja. Habis balang kaca tu pecah sebab dia nak ambil ikan tu. Nasib Yoongeh comel." keluh Haemi.
"Tak apa lah, awak masih ada ikan kat sini. Lagi banyak." pujuk aku untuk gembirakan dia semula.
Usaha kecilku berbaloi, Haemi seorang yang mudah tersenyum. Untung siapa yang dapat dia, sebab Haemi ni mudah dipujuk.
"Betul jugak! Ni semua ikan kita, hehehe."
Aku mengiyakan apa yang dikatakan Haemi itu. Sejujurnya, aku mula berasa selesa dengan dirinya. Mungkin kerana sikap positifnya yang dibebaskan membuat tekanan dan kesunyian aku hilang sedikit demi sedikit.
Dia siapa? Kenapa dia dihantar untuk aku?
end of jungkook's POV
° ° °
"Baik semua! Esok kita akan adakan pertandingan memasak untuk 10 orang peserta sahaja. Tak kisah berapa lelaki, berapa perempuan. Siapa cepat, dia dapat."
Taklimat itu diberikan oleh seorang pegawai lelaki bernama Kim Jungmyeon ataupun dikenali sebagai Encik Suho yang bertugas di pusat rawatan tersebut.
Kesemua penghuni yang tinggal di pusat rawatan ini berkumpul di dalam satu dewan yang dikhaskan untuk menyampaikan taklimat.
Jungkook dan Haemi duduk di belakang sekali memandangkan mereka berdua lambat masuk ke dalam dewan tersebut.
"Bagi sesiapa yang berminat, sila daftarkan nama anda kepada Cik Irene sementara tempat masih kosong. Bahan-bahan semua akan disediakan. Masa anda hanya diberi selama 1 jam sahaja." Encik Suho memberi penjelasan lagi.
"Hah, dan lagi satu! Boleh berseorangan dan berpasangan sahaja memandangkan kita akan lakukannya di sini nanti. Nak masak tak perlukan ramai orang. Nanti kelam kabut." sambung Encik Suho.
Kesemua penghuni di situ mengangguk faham dengan bicara Encik Suho. Perempuan berambut panjang berwarna hitam yang duduk di sebelah Encik Suho sudah bersedia ingin mencatat nama peserta yang berminat.
"Kook...Kook...nak masuk tak?" tanya Haemi sambil menggoyangkan lengan Jungkook dengan perlahan.
Jejaka itu bersetuju untuk masuk tapi ada sesuatu yang melekat di mindanya.
"Kalau masuk pun, nak masak apa?"
Jungkook mula mengeluh perlahan. Bibir merah Haemi mula muncung sedikit.
"Ala. Nak masak apa eh? Simple-simple je."
cadang Haemi.
Kalau simple, orang senang nak makan. Cara nak buat pun tak banyak dan tak rumit.
"Awak nak masak apa?"
Haemi sekadar mengangkat bahu. Sudah ada beberapa orang yang berminat untuk menyertai aktiviti pada hari esok telah mendaftarkan nama masing-masing kepada Cik Irene.
"Awak suka makan apa? Haa, senang cerita makanan apa yang ibu awak selalu masak?"
Jungkook mula berfikir makanan simple yang pernah mendiang emaknya masak waktu dahulu.
"Entah lah. Banyak yang mak masak."
"Pilih lah yang mana menjadi favourite awak."
Jungkook berfikir lagi. Tak tahu nak buat pilihan sebab semua makanan yang emaknya masak sedap-sedap belaka.
Tiba-tiba, satu makanan yang amat digemarinya terbayang-bayang di ruang fikiran.
"Hah, Kook tahu!"
Mata Jungkook terus membulat dan bersinar galak. Dia tersenyum lebar saat sudah memutuskan untuk masak apa esok.
"Apa dia?"
"Haemi nak join Kook tak?" Jungkook mempelawa gadis itu sekiranya dia ingin menyertainya dalam pertandingan tersebut.
"Eh, boleh ke? Kook tak kisah?"
"Tak. Lagipun biasanya Kook memang buat makanan ni berdua dengan mak. Kalau Kook seorang je yang buat, sampai ke sudah lah tak siap."
Jungkook ketawa kecil sambil menggaru hujung keningnya yang terasa gatal.
Haemi terus menerima pelawaan Jungkook itu dan mereka akan bekerjasama untuk memenangi pertandingan tersebut pada hari esok.
Nama telah didaftarkan, mujur masih ada beberapa tempat kosong.
Kalau dulu buat dengan mak, kali ni buat dengan dia.
▪▪▪▪
TBC
820 words for this chapter!❤
maaf sebab lambat update! nak tunggu idea datang berjeman tau 😭 dengan takde moodnya lagi. aih
put harap chap kali ni tak hambar walaupun put rasa macam hambar sikit. eh sikit? tak, maybe banyak 😂 im sorry sayang 😕
okaylah! selamat membaca!❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro