Bab 7
Nana merangkul lengan sugar daddy nya masuk ke dalam dewan. Strapless dress labuh yang terbelah mempamerkan kakinya yang putih mulus. Kelihatan anggun dipadankan pula dengan necklace berukiran namanya 'NANA' yang diperbuat dari emas ros Perancis.
"Do you need anything? Wine? Alcohol?"
Nana menggeleng lalu tersenyum.
"I'm not really a wine and alcohol person you know, more into water."
"Aye baby."
Datuk Arsyad menjauhkan lengannya dari pinggang itu untuk mengambil minuman.
"I nak ambil air coca cola untuk you kejap."
Dalam beberapa minit, dia kembali dengan dua gelas minuman di tangannya. Keduanya nampak sama. Tak ada yang mencurigakan. Dia menyerahkan salah satunya. Teragak-agak Nana menerima.
"Come on, have a drink." Ucapnya seraya meraih kembali pinggang itu ke dalam pelukannya.
"Thank you."
Air miliknya diminum habis. Tinggal Nana saja yang masih pegang tanpa berniat untuk meminumnya.
"Come baby."
Lengan itu diheret mengikut langkahnya. Akur, Nana menurut sahaja. Langkahnya terhenti di hadapan meja VIP.
"Where we going?"
"Meet my friends, they wanna see what you look like."
Mereka betul-betul berada di tengah dewan, di antara tetamu VIP, dekat dengan pentas. Ketibaan kami di pandang oleh semua Datuk. Lekas mereka berdiri bersalaman dengan Datuk Arsyad. Hanya seorang lelaki saja yang tidak berniat bangun. Malah untuk pandang sekejap juga tidak mahu.
"I'd like to introduce y'all to my future wife, Hanna Andersson."
Nana mempamerkan reaksi jelas tidak percaya. Matanya setia menikam dalam iris mata Datuk Arsyad yang semakin lama, semakin mengecil. Serasa nak lempar aje gelas yang dipegangnya. Rupanya apa yang dikatakan Kayyisa adalah tepat sekali.
"Excuse me, Sir."
Nana tarik lengan Datuk Arsyad sedikit menjauh dari teman-temannya. Gelas miliknya di letak atas meja.
"We need to talk!" keras bait kata yang keluar dari bibir Nana. Marah teramat sangat!
"Take a deep breath baby." pujuk Datuk Arsyad lembut.
Cuba dicapai tangan Nana namun tangannya ditepis kuat. Keras sekali perlakuannya. Datuk Arsyad terkejut. Sedetik kemudian, riak wajah itu diubah tersenyum bagai tiada apa-apa yang berlaku.
"I am the happiest man in the world because I am going to marry you.."
Rambut panjang Nana dielus lembut. Ditatap intense anak mata itu menghulur rasa cinta yang kian mekar buat gadis muda ini. Biar orang kata dia tak tahu malu kerana ingin memiliki, sedikitpun dia tidak mengambil peduli. Sayangnya pada gadis muda ini tiada noktah. Siapa sangka, rancangannya hanya sebagai peneman menjadi pencinta untuk selamanya.
"I am not your future wife! I am not ready for marriage. I can't imagine you as my husband. I will never be able to accept you as my husband. Never!" Bisik Nana keras.
"You are going to be mine forever.. I love you.." ucapnya tulus di lubuk hati.
"I am not marrying you, Datuk Arsyad. We're not married! We should stop this as soon as possible, no one's getting married!"
"Baby..."
Datuk Arsyad meraih tangan Nana. Namun kasar tangan itu ditepisnya.
"I am not marrying you, Datuk Arsyad!" tekan Nana.
"Calm down baby....calm down...." Lembut suaranya. Tak berkasar langsung.
"No, Don't pull that with me. Don't even try to- . This is not how you treat your sugar daddy right?"
Nana mendengus geram. Mata dijuling ke atas tanda menyampah. Dan bila Datuk Arsyad memegang lembut kedua belah bahunya, pantas anak mata mereka berdua bersatu.
"I am sorry baby...."
Bahu Nana yang terdedah dielus lembut. Senyum semanis gula diukirnya. Gelas milik Nana dicapai lalu disua padanya.
"Minum air dulu. Okay? Sejukkan hati you. I tahu you tengah marahkan I lagi."
"I tak nak." Tolak Nana. Nadanya sedikit rendah. Lebih baik daripada tadi.
"You tak maafkan I ke? Minum sikit pun you tak nak?" Pancing Datuk Arsyad dengan raut wajah sengaja dipamer sedih.
"Bukan macam tu. I-i...."
Nana kemam rapat bibir. Gelas miliknya ditatap lama. Terselit rasa tidak enak. Banyak kali ditepis perasaan itu. Bukannya berkurang, malah bercambah terasa perasaan tidak enak itu.
"You tuduh I masukkan sesuatu dalam air you ke?"
Raut wajah Datuk Arsyad bertukar sedih. Sengaja kepalanya menoleh ke arah lain. Seperti berjauh hati dengan sikap buruk sangka Nana padanya.
"Tekak I rasanya nak minum air lain."
Nana senyum kekok. Dia berura-ura nak cari air lain. Baru selangkah diangkat, lengannya dicengkam dan ditarik merapat dengan tubuh Datuk Arsyad.
"Tadi you sakitkan hati I cakap tak nak kahwin. Sekarang apa pulak? You nak sakitkan hati I dengan menuduh I bukan-bukan? Sampai hati you kan?"
"Y-you dah salah faham. Macam I cakap, tekak I nak rasa air lain dari air coca cola. Itu aje. I takde cakap apa-apa kan? Mengata you pun I tak buat."
Tubuh yang makin merapat ditolak menjauh. Debaran hebat berpalu. Sungguh Nana rasa tak selamat. Takut jika Datuk Arsyad buat sesuatu diluar jangkaannya. Biasanya kata-kata hatinya adalah betul belaka.
"Betul you tak maksudkan apa-apa? Betul you tak tuduh I?"
Siap pakej telapak tangan itu diangkat gaya ikrar. Bersungguh-sungguh mengaku yang dia tidak menuduh apa-apa meskipun hatinya berkata lain.
"Betul! I berani bersumpah! Serius dan tak main-main."
"Buktikan."
Bergetar hebat tubuh Nana. Ayat itu cuma sepatah tapi bentuk perintah itu terasa berat untuk ditunaikan. Tiada yang salah dengan perintahan itu. Hanya salah diri yang terlalu takut untuk mencuba.
"I..."
Datuk Arsyad angkat kedua alisnya. Kedua tangannya berpeluk dada.
"Tak susah pun. Minum dan kita balik."
Tsk!
Decitan kasar dibunyi. Banyak kali nafasnya dihela sebelum air coca cola itu diteguk sekali. Habis licin. Tak ada langsung baki dari air itu. Datuk Arsyad apa lagi?
Senyum sampai ke telingalah. Rancangannya akan berbuah hasil!
"Tak sia-sia I jadikan sugar daddy you."
Anak mata itu seakan-akan gelap berbalut nafsu. Pinggang Nana dicari. Dapat apa yang dia cari, Nana ditarik rapat hingga setiap lekuk tubuh itu dirasainya. Rambut panjang itu dihidu banyak kali.
"I sayang you, Nana. I dah lama sayangkan you. I bunuh isteri I semata-mata sebab I nak dapatkan you. I tahu you tak suka bermadu. I tahu semuanya. I dah lama stalk you. I dah lama nak dapatkan you. Tubuh you...Hidup I cuma you...you aje..." Gaya orang gila bayang Datuk Arsyad ungkap semua kata.
Nana memejam mata rapat. Ada sesuatu yang tak kena dengan dirinya ketika ini. Kerutan pada dahi menampak. Dia cuba untuk menghilang rasa ini.
'Sedarlah Na! Sedar!'
Dia cuba menolak tubuh itu. Malangnya tenaga lelaki itu lebih kuat daripada dirinya.
"Lepaskan I!"
Entah kekuatan datangnya dari mana,
Buk!
Tubuh itu jatuh terjelepok di atas lantai. Lalu Nana guna kesempatan itu untuk melarikan diri. Riuh-rendah suara dari orang ramai tidak diendahkan. Satu dalam kepalanya iaitu Lari!
"Nana!"
Belum diangkat tubuh, seseorang telah menekup mulutnya lalu Datuk Arsyad pengsan tidak sedar diri.
"Take him away."
Mereka mengangguk lalu membawa tubuh itu menjauh dari tempat itu.
"Have some fun guys."
Sekelip mata keadaan bertukar menjadi seperti biasa. Declan bergerak pantas mencari perempuan tadi. Keluar aje dari dewan, seorang gadis menarik perhatiannya. Bersandar dengan muka yang memerah. Declan sedar bahawa perempuan itu sedang menahan diri. Langkah dihayun merapati gadis cantik itu.
"Hye..."
Mukanya seinci saja. Tubuhnya pula betul-betul merapat dengan tubuh itu. Nana menggeleng banyak kali. Ada gelenjar aneh yang tiba-tiba hadir ketika Declan berhasil mendaratkan kucupan di keningnya.
"Get off of me!"
Hingga untuk beberapa saat Nana membiarkan gelenjar aneh itu terbang dan berseluncur bebas di dalam tubuhnya. Entah bagaimana ia bisa menjelaskan rasa.
"I am here to help."
Sejurus itu, tubuh itu dicempung masuk ke dalam kereta miliknya dibawa pulang ke rumah.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro