Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 18

Tubuh Kayyisa meringkuk di atas rumput halaman rumah megah itu, ia terpisat-pisat bangun apabila merasakan cahaya matahari yang terpancar tepat mengenai wajahnya. Bahang panas terasa pada seluruh tubuh. Telapak tangannya dilekap pada dahi.

"Panas..." Ringis Kayyisa muka memerah.

Meski tiada tenaga untuk berdiri, Kayyisa mencuba bangun. Langkah nya gontai, bahkan ia tampak begitu rapuh tanpa penguat semangat. Tiba-tiba Kayyisa merasa hilang semangat untuk hidup. Sesampai saja di pintu,

Tok! Tok! Tok!

Ketukan pintu itu perlahan bersama bibir tidak henti meminta pertolongan. Tubuh nya hampir merosot jatuh lekas ia bergantung pada pintu.

"Ummi... Walid..." Seruan itu menyedihkan tapi tak ada sesiapapun yang mendengar nya.

Tubuh Kayyisa mengigil. Setelah beberapa minit mengagahkan diri, ia akhirnya kalah dengan rasa sakit. Perlahan-lahan tubuh nya jatuh bertepatan itu, pintu dibuka.

"Kayyisa!" Teriak Ummi, segera mendapatkan tubuh yang jatuh itu.

Walid yang baru turun dari tangga menatap acuh tak acuh aje keadaan anak perempuannya itu.

"Abang tolong saya angkat Kay boleh?" Pinta Ummi bersama anak mata berkaca. Sayu melihat keadaan anak perempuan nya.

"Aku tak nak ambik peduli anak perempuan tak reti bersyukur macam dia." Ujar Walid dingin, surat khabar dicapai lantas ia memulakan rutin pagi nya.

"Kay demam panas, abang tak kesian ke tengok keadaan anak kita?"

Dengusan keluar dari bibir Walid. Tidakpun mengerling, ia buat bodoh dengan permintaan sang isteri. Biarpun begitu, mendengar esakan dari Ummi melembutkan hati nya.

"Haih,"

Walid menyimpan kembali surat khabar lalu mendapatkan anak perempuan nya.

"Mari papah sama-sama."

Ummi mengangguk laju. Air mata nya diseka, tidak lupa ia mengucapkan terima kasih. Meski raut wajah itu dingin tanpa balasan, sekurang-kurangnya Ummi bersyukur kerana suami nya masih berbaik hati untuk membantu nya. Kayyisa dibaringkan di atas sofa panjang.

"Abang boleh rawat Kay?"

Pekerjaan sang suami adalah doktor, kerana itu Ummi meminta jasa baik suami nya untuk merawat Kayyisa.

"Kejap,"

Walid mengambil sesuatu dari poket seluar nya. Menyedari perbuatan sang suami yang enggan merawat Kayyisa, Ummi bertindak agresif menolak sang suami pada sofa single.

"Ummi benci Walid! Sampai hati Walid buat Ummi macam ni! Kalaupun benci pada Kay, janganlah sampai membiarkan Kay seorang diri menanggung derita! Ummi yang keluarkan Kay dari rahim Ummi, Ummi juga yang merasa betapa sakitnya melahirkan. Apa hak abang untuk layan anak saya macam ni?!" Hambur Ummi penuh perasaan marah sekaligus kecewa.

Walid terkelu. Tatapan kecewa juga kepiluan milik sang isteri menyayat hati nya. Langkah dimajukan lantas lengan itu cuba diraih nya namun ditepis kasar oleh isteri nya.

"I'm sorry," Ungkap Walid menyesal.

Ummi memalingkan muka dari menatap sang suami. Merasa sakit hati dengan perbuatan Walid, langkah nya dibawa ke tingkat atas tapi dakapan Walid dari belakang menghentikan langkah nya.

"Abang tak sengaja, maafkan abang." Kucupan diberikan pada ubun-ubun sang isteri.

Ummi menahan nafas, diam-diam air mata jatuh membasahi kedua pipi nya. Walaupun ia cuba tidak mahu menangis tapi menyedari perbuatan kasar sang suami, rasanya sangat menyakitkan.

"Ummi tahu, anak Ummi buat salah mendekati lelaki asing yang belum kita kenal. Tapi itu semua bukan salah Kay seratus peratus. Bahkan, Allah memberi rasa pada manusia tidak mengenal siapa dan bila. Apatah lagi Kay yang tidak mengetahui salah nya mencintai lelaki asing itu. Kalau betul Walid tak suka, kahwinkan mereka. Jadikan mereka bersama." Tegas Ummi, membiarkan pelukan Walid menenangkan diri nya.

"Abang tahu sayang tengah marah, tapi jangan ubah panggilan kita. Panggil abang, jangan panggil Walid." Pujuk Walid lembut.

Ummi pulak?

Sengaja mengeraskan hati agar tidak mudah menerima pujukan dari Walid. Penuh kasih, ia dimanjakan dengan ciuman sayang dari Walid. Semudah itu juga, perasaan marah nya mengendur.

"Sayang jangan marah lama-lama, abang tak boleh tengok isteri abang marah-marah macam ni lama-lama."

"Rawat Kay," Suruh Ummi tidak mahu dibantah.

Mahu tak mahu, Walid mematuhi arahan sang isteri. Berat hati, Walid melepaskan pelukan. Selanjutnya, ia naik ke tingkat atas mengambil peralatan doktor nya. Dalam beberapa minit, ia kembali lalu melabuh duduk di samping Kayyisa.

"Boleh bagi Kay makan?"

"Boleh," Jawab Walid biasa, kini fokus check kesihatan anak perempuan.

Ummi menghilang ke ruang dapur. Senyum disembunyi kan. Dalam diam, ia bersyukur kerana sang suami terpujuk dengan lakonan sedih nya.

'Thank you, Allah.'

Usai menyiapkan bubur, Ummi kembali ke ruang tamu. Nampak gaya nya Walid sudahpun selesai. Dapat dilihat dari sang suami yang telah melepaskan stethoscope milik nya.

"Macam mana keadaan anak kita?"

"Anak kita okay, cuma perlukan rehat. Demam panas biasa, insha Allah nanti akan okay."

Ummi tersenyum dengan helaan nafas lega. Tatkala sang suami angkat punggung bangun, ia memeluk erat tubuh itu.

"Thank you sebab sudi jaga anak kita. Tanpa abang, Ummi pun tak dapat nak bawak Kay ke sofa panjang."

Walid senyum kecil lantas membalas pelukan Ummi. Anak mata nya berkaca mengingat perbuatan kasar nya pada Kayyisa.

"Abang minta maaf atas perbuatan abang selama ni. Abang sayang Kay pada masa yang sama, abang takut kalau-kalau Kay berani menconteng arang pada muka kita berdua. Abang tahu gambar kemesraan mereka tidak sampai ke tempat tidur tapi abang lelaki dan abang-"

"Abang takut dengan hasutan syaitan?"

"Yeah," Bisik Walid manja, menyelusup wajahnya pada leher sang isteri.

Ummi tertawa kecil disertai elusan kecil pada kepala sang suami.

"Syaitan ada di mana-mana abang. Untuk menghindari syaitan, kita kahwinkan aje mereka berdua." Simple dan padat ungkapan itu.

"Kita dah janji nak kahwinkan anak kita dengan ustaz kan? Tak baik mungkir janji." Ujar Walid serba salah.

"Kita kahwinkan ajelah anak kita dengan ustaz. Bila ada status, mungkin lelaki asing tu dah tak kacau anak perempuan kita."

Menyetujui apa yang Ummi katakan, Walid mengangguk.

"Abang naik dulu, ada kerja sikit nak buat."

"Aight!"

Setelah kepergian Walid, Ummi mengambil tempat di samping Kayyisa. Entah kenapa, melihat raut wajah pucat Kayyisa membuat bening halus jatuh tanpa bisa dapat di tahan. Sejak dulu, Kayyisa selalu mendapat perlakuan kasar dari Walid. Baru kali ini Ummi ada keberanian untuk mencegah.

"Maafkan Ummi, Ummi tak layak jadi ibu yang baik. Setelah bertahun-tahun Kay dihukum, baru kali ini Ummi berani. Ummi akui sikap pengecut Ummi. Untuk kali ini, Ummi minta satu dari Kay. Kahwinlah dengan ustaz. Dengan begitu, Ummi bisa tenang. Sekurang-kurangnya pernikahan itu bisa membuat Walid berhenti menghukum Kay."

Ummi meraih tangan halus itu lalu dibawa ke bibir. Lama dan menyedihkan. Air mata yang turun mengena kulit halus itu. Di ruang tamu itu, tangisan sayu Ummi memenuhi segenap ruang.

📍Nak bab seterusnya?

Kuncinya 🔑 🔐

10 votes 🔓⭐

See ya🤗

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro