Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

💌 ; T w o

Usai saja menghantar Nami balik ke rumah Kak Suyeon, Haera berjalan untuk pulang ke rumahnya. Kalau ikutkan hari ini dia malas untuk pergi ke mana-mana. Namun disebabkan stok makanan ringannya sudah habis, terpaksalah dia pergi ke kedai.

Masa dalam perjalanan nak pergi kedai, kebetulan pula Nami sedang bermain di laman rumahnya. Nampak pula Haera sedang lalu di situ. Memang tak boleh lari lagilah jawabnya.

Merengek-rengek budak tu nak ikut. Nak tak nak, terpaksalah Haera angkut Nami sekali. Ingatkan hari ni hidupnya tenang tanpa Nami. Rupanya tidak. Memang tak lengkap harinya tanpa seketul Park Nami.

Sampai saja pagar rumah, Haera terberhenti seketika. Matanya memandang lama ke arah sebuah kereta berjenama Hyundai berwarna putih terparkir elok di tepi rumahnya.

"Kereta siapa pulak ni?" getus Haera perlahan.

Dia jengukkan kepala. Pintu rumahnya terbuka luas. Tandanya mesti ada tetamu yang datang. Tapi siapa? Kawan nanny ke?

"Ya. Saya memang tinggal dengan cucu saya tu. Lama dah. Dari dia tadika sampailah dia dah kerja ni. Nanti dah kahwin, barulah dia ikut suami dia."

Dari luar lagi Haera dah dapat dengar perbualan nanny dengan seseorang yang berada di dalam. Lah, dah kenapa tiba-tiba pasal kahwin ni?

"Elok sangatlah tu. Boleh jaga awak."

Satu suara lain dan asing pula membalas kata-kata nanny. Kedengaran suara seorang wanita. Dengan rasa ingin tahu yang membuak-buak, Haera segera masuk ke dalam membuatkan dua pasang mata itu serentak beralih kepadanya.

"Hah, sampai pun. Lamanya pergi kedai," nanny bersuara. Haera pandang seorang wanita yang duduk bertentangan dengan nanny.

Dari segi pakaiannya, Haera boleh katakan bahawa wanita itu bukan calang-calang orang. Walaupun hanya memakai blaus dan skirt labuh, pakaiannya kelihatan elegan dan mewah. Rambut hitamnya yang cantik tersanggul dan wajah yang hanya disolek tipis membuatkan wanita tersebut kelihatan anggun.

"Apa lagi tercegat dekat situ? Mari sini."

Nanny bergegas menyuruh Haera yang masih terpacak berdiri di hadapan pintu itu untuk duduk di sebelahnya.

"Maaf kalau kedatangan saya ni buat kamu terkejut," ucap wanita itu dengan penuh sopan kepada Haera.

Haera tersenyum janggal. "Err, tak apa."

"Memandangkan Haera dah ada di sini, sebenarnya saya nak tawarkan sesuatu untuk Haera. Saya tak pasti Haera terima atau tak. Tetapi saya sangat berharap agar Haera terima tawaran saya ni. Dah penat saya cari merata tempat. Semuanya tak berminat dengan tawaran saya," wanita tersebut mula berucap panjang lebar. Tawaran yang dimaksudkannya itu menghadirkan rasa hairan pada diri Haera.

Haera pandang nanny di sebelah. Nanny hanya menjadi pendengar dan mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Tawaran apa tu, puan?" tanya Haera. Tiba-tiba dia gementar pula dengan apa yang bakal dijawab oleh wanita itu.

Janganlah dia bagi tawaran yang pelik-pelik. Tak pepasal naya Haera dibuatnya.

"Disebabkan saya dapat tahu yang Haera bekerja di pusat taska, saya nak tawarkan Haera jadi pengasuh dan penjaga untuk cucu saya."

[ To Be Continue ]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro