Finale
Sedar sedar mereka semua telah pun menjadi pelajar graduan. Hari ini sangat meriah dengan kehadiran pelajar graduan bersama ibu bapa mereka.
Ada yang menangis kegembiraan bersama keluarga mereka. ada juga menangis kerana tidak sanggup meninggalkan sekolah itu kerana banyak kenangan telah tercipta bersama rakan-rakan dan guru-guru.
Ari bersama Jieun dan Jongsuk bergambar yang ditangkap oleh Haruto. Gambar itu dijadikan sebagai kenangan buat Ari sampai bila-bila.
"Chukkahaeyo, Ari-ya. Anak mama dah graduate pun. I'm so proud of you." Ucap Jieun.
"Kamsahamnida mama,papa. Kalau bukan sebab mama, papa selalu ada untuk Ari... Mungkin Ari takkan berjaya sampai tahap ni. Thank you so much." Ari memeluk kedua-dua ibubapa angkatnya.
Pelukan dibalas erat.
"You're welcome, honey. What ever happened in this world, we will always with you. Support what ever you want to do."
"Thank you again,mama."
"Ari!"Ari memandang suara yang memanggil sebelum senyuman manis diberikan kepada si dia.
"Mama,papa. Ari nak pergi dekat diorang kejap."
"Pergilah."
Ari melangkah kearah tiga jejaka yang segak dengan baju graduasi yang tersarung di badan mereka.
"Minasan omedeto!" Ucap Ari.
"Arigatō Ari-chan!" Jawab mereka serentak.
"Eh, jom kita bergambar dulu sebelum cikgu panggil nak bergambar pulak nanti." Kata Mashiho.
"Tunggu kejap. Sahi mana?"
"Guys! Gomen...Gomen. Family aku dengan Asuka photo together tadi. Sorry lambat."
"It's okay. Jomlah kita tangkap gambar cepat. Ari jadi yang tengah. Haru kat tepi Ari...." Mashiho memberi arahan untuk mereka.
"Baby, let me betulkan topi tu dulu. Senget sangat." Kata Haruto sambil membetulkan topi Ari.
Walaupun hatinya telah terbuka untuk Haruto tapi Ari masih lagi cuba untuk menyayangi lelaki ini. Dia tidak mahu suatu saat nanti dimana dia akan menyesal kerana melepaskan lelaki sebaiknya pergi dari hidup Ari.
"Thank you,sayang."
"Most welcome, baby."
"Ehem... Sejak bila ada couple HaruRi ni?" Usik Mashiho.
Ari hanya tersenyum malu. Yoshi tersenyum senang apabila melihat perubahan pada diri sepupunya itu.
"Dah lama tapi saja rahsiakan." Kata Haruto sambil menggaru belakang lehernya yang tidak gatal itu.
"Senyap senyap ubi berisi eh korang ni? Dah la official tak bagitahu!"
"Sorry la Cio. Bukan aku tak nak bagitahu tapi Ari kata jangan bagitau lagi."
"Riri pulak kena?" Haruto ketawa sambil perutnya diketam oleh Ari.
Asahi yang sejak dari tadi menjadi pemerhati tingkah laku mereka tersenyum senang.
'Jadi seseorang yang Ari cakap pada Hikun tu ialah... Haruto? Semoga berbahagia Lee Ari.'
Melihat senyuman yang terhias indah di wajah itu telah membuatkan Yoshi gembira pada dia.
'Haruto aku harap kau boleh jaga dan sayang Ari dengan baik. Aku percayakan kau.'
"Okeylah.... Okeylah. Jom ambil gambar cepat. Sahi dah ready ke?" Soal Ari.
"Dari tadi lagi dah ready. Tunggu korang je yang tak habis bertekak."
Mereka semua duduk di posisi masing-masing. Asahi memacakkan kameranya dan dibetulkan sebelum dia menekan butang untuk mengambil gambar.
"Okay ready guys!" Asahi berlari dan duduk disebelah
TIT...TIT... TI TI TI TI... KLIK!
___________
SETAHUN KEMUDIAN.....
Ari melangkah masuk ke dalam cafe. Wajah Asahi yang sedang melambai ke arahnya di dekati. Kerusi ditarik sebelum perlahan dia duduk.
"Hikun apa khabar? Lama tak jumpa kan?" Soal Ari dengan ceria.
Setahun telah berlalu dan selepas tamat sahaja sekolah menengah, mereka semua mengikut haluan masing-masing. Mashiho menyambung pelajarannya ke Kolej di Mei. Yoshi pula di Kobe.
Ari dan Haruto pula baru sahaja mengikat tali pertunangan pada minggu lalu. Dan mereka berdua akan melanjutkan pelajaran bersama ke Malaysia. Dan akhir sekali,Asahi. Menyambung pelajaran di Universiti Osaka.
"Hikun sihat je. Ari order la minum dulu." Ari mengangguk.
Dia pergi memesan minuman di kaunter. Selepas mendapat sahaja minumannya,Ari terus melangkah ke arah Asahi.
"Ada apa Hikun nak jumpa Ari?" Ari menyisip sedikit kopi mocha yang dipesan tadi.
"Hikun ada sesuatu nak bagitahu dekat Ari."
"Apa dia?"
Asahi mengeluarkan sebuah kad jemputan dan diletakkan di atas meja. Ari melihat kad jemputan yang berwarna biru muda itu.
"Apa ni Hikun?"
"Bacalah."
Ari menarik kad itu dan dibaca yang tertulis di kad itu dengan teliti. Dadanya terasa sesak. Tidak percaya apa yang dia dapat dan lihat sekarang ni.
Emosi dan reaksi dikawal sebaik mungkin. Ari cuba melemparkan senyuman manis pada Asahi.
"Hikun dengan Asuka akan berkahwin?"
Senyuman manis Asahi seperti menghiris hatinya saat ini.
"Ya. Hikun harap Ari dapat datang. Hikun tau Ari dengan Haruto akan fly ke Malaysia. Jadi sebelum korang pergi,Hikun nak semua ada di majlis bahagia Hikun."
Senyuman masih tak lekang dari bibir mungil gadis itu. Perlahan Ari mengangguk kepalanya.
"Mestilah Ari akan datang. Ari kan kawan Hikun."
"Arigatō, Ari-chan."
"Hikun, Ari pergi dulu. Ari nak pergi jumpa Ruru. Nanti lama pula dia tunggu."
"Pergilah. Jangan lupa datang tau Ari." Ari mengangguk sebelum melangkah keluar dari cafe itu.
'Hikun tahu Ari masih ada lagi rasa sayang tu pada Hikun. Dari wajah Ari tadi Hikun nampak kekecewaan di mata Ari. Gomen Ari. Semuanya salah Hikun. Mungkin kalau dari awal Hikun bagitahu Ari, Ari takkan rasa sakit macam ni. Hikun cuma boleh berharap Ari berbahagia dengan Haruto. Dia layak berada disisi Ari.'
Ari melangkah laju ke keretanya. punat kunci di tekan sebelum dia melangkah masuk ke dalam perut kereta itu.
Ari menyebabkan mukanya pada stereng kereta. Dia menangis sepuas hatinya.
Walaupun hatinya sudah menyayangi Haruto tapi luka lama masih tetap berdarah. Masih ada lagi sisa rasa sayang Ari pada Asahi.
Ari melihat kembali kad jemputan diberi oleh Asahi kepadanya.
"Lupakan dia Ari. Dia dah menjadi milik orang lain dan akan berkahwin tak lama lagi. Jangan sia-siakan hubungan kau dengan Haruto kerana suatu saat nanti kau akan menyesal. Waktu itu kau tak boleh lagi nak putar balik masa kau dan dia. Pada masa tu kau hanya akan bertemankan air mata sahaja. Hargailah dia sebaik mungkin." Ari berpesan pada dirinya.
Air mata diseka hingga tiada lagi kesan. Enjin kereta dihidupkan. Ari memecut laju keretanya keluar dari kawasan cafe itu.
Panduannya sekarang ini ke taman. Tempat perjanjiannya dengan Haruto.
__________
Hari itu telah tiba. Ari keluar dari keretanya dan menutup perlahan. Nafas dihela perlahan.
'You can do it,Lee Ari.'
Langkah dituju ke pintu masuk dewan. Ari melihat keramaian orang di dalam. Dari kawan-kawan hingga ke kerabat keluarga.
"Baby?" Ari memandang suara yang memanggil tadi.
Wajah kacak itu dipandang sebelum senyuman manis dihadiahkan untuk dia.
"Handsome nya boyfriend Riri ni!" Haruto tersengih dengan pujian dari Ari.
"Always be handsome for my angle."
Tiba-tiba sahaja terasa panas di pipi Ari.
"Jom kita duduk. Majlis dah nak mula. Yoshi dengan Mashiho dah tunggu dekat sana" Ari mengangguk.
Mereka berjalan beriringan menuju ke meja yang diduduki oleh Mashiho dan Yoshi.
Yoshi yang melihat kelibatan sepupunya itu, membeliakkan matanya. Bukan apa. Cuma risau Ari akan sedih lagi kerana lelaki yang pernah menghuni di dalam hatinya dan lelaki itu akan berkahwin dengan seseorang yang dicintainya.
"Ari..."
"Ochi jangan risau. Ari okay je. Ruru ada dengan Ari." Tangan Haruto digenggam sebelum senyuman dilemparkan pada lelaki itu.
Haruto membalas senyuman itu."
Music dimainkan. Pengantin lelaki telah berada disisi paderi. Pintu dibuka luas sebelum wajah manis pengantin perempuan memukau semua disitu termasuklah Ari.
'She is so beautiful. Match with Hikun.'
Selepas paderi mengisytiharkan bahawa dua pasangan pengantin itu telah sah, semua tetamu yang hadir tepuk tangan.
Ari menepuk dengan hati yang senang. Senyuman manisnya tak pernah lekang dari bibir mungilnya.
'Tahniah Hikun. Semoga awak bahagia dengan Asuka. Dia memang layak berada di samping awak berbanding saya. Jika takdir mengizinkan, kita akan bertemu lagi. Mungkin dengan keadaan berbeza.'
_____________
Asahi melepaskan lelahnya. Terasa segar sekejap lepas mandi tadi. Dia melabuhkan punggungnya pada katil.
Hadiah-hadiah yang diberi para tetamu dipandang sekilas. Dari sahabat dan teman rapat hingga kaum keluarga hadiah ini diberikan kepada mereka.
Asahi tersenyum. Gembira dengan majlis yang telah berjaya dengan gemilangnya.
Tiba-tiba satu sampul surat telah menarik perhatian Asahi. Lantas dia bangun dari duduknya dan mendekati pada meja yang bertimbun dengan hadiah.
Sampul surat itu diambil dan dibaca tertera pada atasnya.
To: Hamada Asahi
'Ari...'
Sampul itu dibuka dan dibaca isi didalamnya.
Dear Hamada Asahi,
Hi Hikun!
Tahniah atas perkahwinan Hikun dengan Asuka. Maaf kalau Ari tak sempat jumpa Hikun dengan Asuka tadi.
saat Hikun baca surat ni, bermakna Ari dah berada di atas awan biru bersama Haruto.
Hikun, Arigatō.
Terima kasih sebab sudi jadi kawan Ari. Menjadi tempat Ari berlindung, berkongsi cerita dan menjadi keluarga kepada Ari.
Maaf andai selama kita pernah berkawan, Ari ada menyingung perasaan Hikun. Dan Ari minta maaf sebab menyimpan perasaan pada Hikun. walhal Ari tahu waktu tu Hikun sudah memiliki yang lain.
Terima kasih untuk segala memori yang telah kita cipta bersama. Ari takkan pernah lupa semua tu. Sampai bila-bila Ari akan semat di dalam hati dan ingatan Ari.
Akhir kata...
Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Ari percaya Asuka adalah yang terbaik untuk Hikun dan boleh menjaga Hikun lebih baik dari Ari.
Sayonara, Hamada Asahi.
Lee Ari
"Hikun baca apa tu?" Dengan cepat Asahi menyorokkan surat itu pada belakangnya.
"Tak ada apa. Cantik bulan malam ni kan?" Asahi memandang langit atas. Bulan dan bintang menghiasi dan menyinari malam.
"Cantik!"
'Hikun pun akan doakan kebahagiaan Ari bersama Haruto. Semoga di kehidupan seterusnya, bahagia menjadi milik kita.'
'Sayonara Lee Ari.'
~THE END~
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro