Ep9
"Yoshi, kau tak pelik ke?" Soal Asahi. Mereka berada di taman selepas melawat Ari sebentar tadi.
"Pelik? kenapa?"
"Ari tiba-tiba je jadi macam tu kalau tengok muka Harumi." Yoshi mengeluh.
"Aku pelik jugak sebenarnya tapi aku rasa mungkin Ari dalam keadaan trauma. Aku rasa berkemungkinan yang muka Harumi tu hampir sama dengan muka pembuli yang buli Ari."
"Kita dah tak boleh buang masa. Aku tak sanggup nak tengok Ari macam tu."
"Hikun?" Asahi memandang kearah suara yang memanggil.
"Asuka?"
"Finally we meet! I miss you so much!" Asuka memeluk Asahi dan Asahi membalas pelukannya.
Yoshi hanya menjadi pemerhati diantara mereka berdua. Asahi mula tersedar bahawa Yoshi masih disini.
"Sorry Yosh, aku lupa nak bagitahu kau. Perkenalan ni tunang aku, Hashimoto Asuka."
kata Asahi.
"Hai, saya Asuka."
"Yoshi, Kanenamoto Yoshinori." Yoshi dan Asuka bersalaman.
"Aku tak tahu pun kau bertunang? Dah la tak ajak pergi majlis tunang kau."
"Sebenarnya, benda ni dah lama. Waktu aku kecik lagi. Kitorang tunang dan akan berkahwin atas dasar keluarga. Tapi kitorang tak anggap benda tu satu paksaan sebab kitorang saling mencintai."
"Ouh..." Yoshi terdiam.
Sebenarnya,Yoshi berperang dengan perasaannya sendiri saat ini. Yoshi tahu Ari sukakan Asahi kerana gadis itu sendiri memberitahunya.
*FLASHBACK*
"Ochi, Ari nak bagitahu something ni tapi Ochi jangan gelak pulak." Yoshi yang sedang mengecat lukisannya itu terhenti. Waktu cuti mereka pada ketika itu dihabiskan di Art class. Itu semua cadangan Yoshi.
" Apa dia?"
"Janji jangan gelak tau!"
"Ya...ya. Ochi janji." kata Yoshi sambil mengangkat tangan sebagai dia bersumpah janji.
"Sebenarnya...Ermm..."
"Sebenarnya?"
"Ari..."
"Ari apa? Ari ada buat benda ke sampai rasa bersalah macam ni?"
"Mana ada!" marah Ari.
"Habis tu?"
"Sebenarnya Ari... su-suka Asahi." Serta merta ketawa tercetus di bibir Yoshi.
"Ochi! Tadi janji tak nak gelak! Ochi tipu!" Ari menarik muncung.
"Okay... okay. Sorry la... Ochi just terkejut. Ari suka dia? Perangai introvert macam tu."
"Kalau dia introvert pun apa salahnya? Dia baik tau!"
"Okay... Bila Ari nak bagitahu dia tentang perasaan Ari?"Yoshi menyambung kerja mengecat lukisannya.
"Ari fikir nak ajak dia keluar masa festival bunga api nanti."
"Pelik pulak rasanya. Biasanya lelaki akan go for first step tapi ni terbalik."
"Biarlah!"
"Yosh?" Lamunan Yoshi terhenti. Dia memandang kearah Asahi dan Asuka.
"Ah? Apa? Kau ada cakap apa-apa tadi?"
"Kau dah kenapa mengelamun jauh? Tak. Aku nak balik dulu. Nak bawak balik tunang aku jumpa family aku."
"Takde apa, aku cuma fikirkan tentang Ari. Kau baliklah, nanti roger kalau nak kahwin." Asahi dan Asuka tertawa kecil.
"okaylah. Aku pergi dulu." Asahi dan Asuka melangkah pergi dari taman itu.
Yoshi melihat mereka pergi sehinggalah hilang dari pandangan matanya. Dia mengeluh berat.
"Macam mana ni? Mesti Ari akan kecewa. Patut ke aku bagitahu dia? Atau diamkan je sampai Asahi bagitahu sendiri? Tapi aku tak nak khianat pada Ari."
Fikiran Yoshi sudah mula serabut kerana memikirkan tentang hal itu.
_______
"Saya ada bawakan makanan untuk awak. Makanlah. Mesti awak tak ada selera nak makan makanan hospital ni kan?" Asahi membuka kedua dua bekas yang dibawanya dari rumah tadi.
"Awak ni Sahi.... Susah je. Saya okay je kalau makan makanan hospital." Ari tersenyum segan.
"Tak ada yang susah pun. Makanlah."
"Okay." Ari mengambil penyepit dan menyuapkan tteobokki ke dalam mulutnya.
Asahi ketawa kecil apabila melihat ada kesan kotoran kecil pada mulut Ari dan menggeleng kepala. Dia terus mendekati pada bibir Ari dan mengelap kotoran itu.
Ari terkaku. Jantungnya sudah berdegup kencang saat ini. Perasaan yang amat hangat di hatinya. Asahi duduk semula di tempatnya selepas mengelap kotoran pada bibir Ari.
"Awak ni makan pun comot. comel."
'Dia kata apa tadi?!'
'Dia kata aku comel?!'
"Te-terima kasih..."
"Sama-sama. Ermm... Ari."
"Hm?"
"Awak tak nak cerita ke apa yang berlaku?" Suapan Ari tiba-tiba berhenti sebelum penyepit di letakkan.
"Saya tak paksa awak kalau awak tak nak cerita. saya faham."
"Sa-saya kena buli."
"Kenapa?"
"Sebab Ochi?"
"Yoshi?"
"Kenapa sebab Ochi Ari?" Ari dan Asahi tersentak saat Yoshi meluru kearahnya.
Ari senyap.
"Bagitahu Ochi kenapa? Jangan diam macam ni Ari. Masalah takkan selesai kalau Ari diam macam ni."
Tiba-tiba tangisan kecil keluar dari mulut Ari.
"Ari, cakaplah dengan saya kenapa?" Ari memandang muka Yoshi kemudian memandang Asahi.
"Sebab... Ari rapat dengan Ochi. d-dia tak nak Ari rapat dengan Ochi. Dia nak Ari keluar dari hidup Ochi...Hiks..." teresak-esak Ari menangis.
"Dia siapa eh nak bagitahu macam tu?! Memang nak kena betul la!" Yoshi merengus kasar.
"Sabar Yoch. Aku tahu kau tengah marah, aku pun marah jugak tapi kau kena tenang dulu."
"Macam mana aku nak tenang kalau dia cuba nak pisahkan hubungan kami Asahi! kau cuba cakap dengan aku macam mana!"
"Kau ingat kalau kau marah macam ni masalah selesailah? macam tu?" Yoshi terdiam seketika.
Asahi memandang ke arah Ari dan menggenggam tangan gadis yang sedang menangis itu untuk menyalurkan kekuatan padanya.
"Ari kenal ke dia siapa?" Soalan Asahi itu membuatkan Ari terkelu.
Patutkah dia beritahu?
Ari takut jika dia beritahu Asahi mungkin dia akan kena dengan Harumi lagi. Dia tak mahu. Dia sudah lelah kerana selalu dibuli oleh Harumi.
"Ari?"
"T-tak. Ari tak kenal." Berbohong demi kebaikan dirinya tapi dia tidak sedar bahawa jika dia berkata sebegitu belum tentu Harumi akan berhenti dari membulinya.
"Ari pasti Ari tak kenal dia?"
"Ya."
'Maaf Sahi, Ochi. Mungkin ini jawapan yang terbaik buat masa sekarang.'
"Okey,kalau Ari kenal dia. Ari bagitahu terus pada kitorang."
"Okay."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro