Ep8
"So korang rasa Ari mental health problems?" Yoshi menyisip sedikit air untuk menghilangkan rasa dahaga di tekak.
"Yes."
Mereka berempat terdiam. Sekarang mereka berada di rumah Yoshi untuk berbincang berkaitan Ari. Asahi terus sahaja ke rumah Yoshi selepas mendapat panggilan telefon daripada Mashiho. Katanya ada perkara penting yang ingin dia katakan.
"Yosh, aku rasa kita kena bertindak untuk mencari siapa yang melakukan perkara ni pada Ari. Aku takut kalau perkara ni boleh bagi effect teruk pada Ari."
"Aku pun setuju dengan Mashiho." Kata Asahi.
Hati Asahi dipungut rasa kasihan terhadap gadis itu. Kenapa apa orang sanggup buat Ari sebegini? Apa salah Ari pada dia?
"Kalau macam tu nanti kita mulakan pencarian dan bawak dia kepada cikgu Kotaro." Mereka semua mengangguk.
Kotaro. Cikgu disiplin sekolah mereka yang sangat garang dan amat tegas. Jangan dibuat main kalau bab disiplin, silap hari bulan korang dah jadi arwah.
Nampak je lembut, baik hati dan sayang anak murid tapi sekali langgar je peraturan disiplin sekolah....
Terus boleh berubah 360 darjah jadi gorila!
"Okaylah korang, aku nak pergi lawat Ari. Nanti apa-apa roger."
"okay."
_______
Yoshi berjalan ke lift hospital untuk ke tingkat 5 di mana wad Ari berada. Saat dia menekan butang lift, dia mendengar jeritan seorang gadis yang sepertinya memanggilnya.
"Yoshi!" Yoshi mencari suara yang memanggilnya.
"Harumi? awak buat apa kat sini?" Harumi datang mendekati Yoshi.
"Saya baru habis melawat sepupu saya. Dia accident masa balik dari kerja. Awak buat apa dekat sini? Awak sakit ke?" Harumi buat-buat menanya sedangkan dia sudah tahu tujuan lelaki ini.
"Saya datang melawat sepupu saya jugak dekat sini. Bukan sebab sakit." Yoshi tersenyum.
Harumi seperti ingin pitam saat melihat senyuman lelaki dihadapannya itu.
"Harumi?" Harumi tersedar dari lamunan.
"Ah... ye? awak cakap apa tadi?"
"Saya tanya awak tadi, awak nak ikut ke saya pergi melawat sepupu saya tu?"
"Boleh jugak. Mana tahu saya kenal dia?" Saat pintu lift terbuka,mereka masuk ke dalam menuju ke tingkat atas.
Harumi tersenyum sinis.
'Lee Ari, I'm coming to see you. Wait for me..."
________
Ari terkaku dan terkelu saat dia melihat gadis amat dia kenali dan ingin dia mengelak darinya berada di sebelah Yoshi.
"Ari? Kau ke sepupu Yoshi tu? kenapa tak bagitahu aku? And kenapa kau tak bagitahu aku yang kau masuk hospital? sampai hati kau..."
"Korang kenal ke?" Soal Yoshi.
"Kenal sebab dia kawan saya. Dia tolong saya dari pembuli." Tipu. Semua itu hanyalah penipuan semata-mata. Ari tahu gadis itu cuba membuat dirinya seperti orang baik dimata Yoshi supaya dia dapat rapat dengan sepupunya itu.
"Ouh ye ke? Maknanya sebab Ari masuk hospital sekarang ni sebab pembuli tu ke Ari?" Yoshi memandang ke arah Ari meminta jawapan untuk soalannya.
Harumi memandang kearah Ari dengan pandangan yang sukar ditafsirkan sendiri oleh Ari. Harumi bergerak ke arah Ari dan memeluk tubuh gadis itu dengan erat. Ari hanya kaku.
"Miss me,dear?" Bisik Harumi.
Yoshi melangkah ke arah Ari dan duduk di sofa bersebelahan dengan katil Ari.
"Ari macam mana? Okey?"
"Ar-Ari okay je. Ochi janganlah risau."
"Lega Ochi dengar Ari dah okay. Ari tahu tak betapa risaunya Ochi masa tengok keadaan Ari teruk macam tu?" Ari tersenyum nipis.
Kedengaran telefon berbunyi membuatkan Yoshi menarik telefonnya dari poket.
"Ari dengan Harumi berbuallah. Ochi nak angkat call jap." Yoshi bangun dan keluar dari wad itu untuk menjawab panggilan itu.
Tinggallah Harumi dan Ari di dalam wad itu. Suasana di dalam amat sunyi sehinggalah Harumi memecahkan kesunyian itu.
"Aku tak sangka kau masih hidup lagi. Aku ingat kau dah mati. So boleh la aku berbahagia dengan Yoshi tapi malangnya......huh!" Ari hanya mendiamkan diri.
"Kenapa kau perlu hidup eh? kenapa tak mati je! Hidup kau memang menyusahkan orang eh?"
"It's okay Ari. Bila kau dah keluar nanti aku akan teman kau pergi kubur so waktu boleh lah aku tanam kau dekat situ terus!"
Ari menekup telinganya. Dia dah tak sanggup lagi. Cukuplah sejak dari hari dia kena buli dengan Harumi sehingga sekarang diganggu oleh gadis itu.
"Cukuplah! Saya tak sanggup lagi!"
"Kenapa ni Ari? apa yang kau tak sanggup?"
"TOLONGLAH KELUAR DARI SINI!"
"Aku cuma nak temankan kau,Ari."
"KELUARLAH! AKU CAKAP KELUAR! KELUAR! TOLONG JANGAN GANGGU AKU LAGI!"
"Kenapa ni?!" Yoshi melangkah masuk ke dalam wad dan di belakangnya ada Asahi yang memandang risau ke arah gadis itu.
"Ta-tak tau. Lepas je Yoshi keluar. Ari terus je macam ni Yoshi." Harumi mula berlakon.
Yoshi menerpa ke arah Ari. Badan gadis itu di peluk erat untuk menenangkannya.
"Ari.... Tenang... Bagitahu Ochi kenapa ni?"
"ARI DAH TAK TAHAN LAGI DENGAN SEMUA NI. ARI DAH TAK LARAT! ARI NAK EOMMA DENGAN APPA. ARI NAK IKUT EOMMA DENGAN APPA! ARI NAK MATI!"
"shuhhh...... Ari jangan macam ni. Ochi ada dengan Ari. Ari kena kuat. Ochi akan tolong Ari." Dengan perlahan Ari memandang Yoshi sebelum pandangan susuk tubuh Asahi dan Harumi.
Ari menekup kembali telinganya dan menutup matanya.
"KENAPA KAU TAK KELUAR LAGI HAH?! KELUARLAH AKU CAKAP. TOLONG KELUAR!!!!!!"
Yoshi dan Asahi terkejut. Harumi buat-buat terkejut dengan kejadian yang berlaku sekarang ni
"Ari kenapa ni? Ada apa-apa tak kena ke?" Asahi mula mendekati Ari dan memegang kemas tangan gadis itu.
"KENAPA DIA TAK KELUAR LAGI?!" jerit Ari.
"Siapa Ari?"
"PEREMPUAN TU!"
"A-Ari... kenapa kau halau aku?" Harumi membuat air mata palsu.
"Harumi saya rasa better awak balik dulu. Ari tak sihat lagi buat masa sekarang ni. kalau dia dah okay nanti awak datanglah lawat dia lagi,okay."
"Kalau awak dah cakap macam saya ikut saja cakap awak,Yoshi. Ari, aku balik dulu. nanti aku datang lawat lagi."
Harumi melangkah keluar dari wad itu dengan tangisan yang sengaja dibuat-buat.
Keluar saja dari wad itu, Harumi tersenyum sinis.
"Haih lah.... Lee Ari. Aku baru je nak berseronok tadi tapi nak buat macam mana.... Kesian kau... Aku dah pernah cakap dengan kau... Hidup kau akan aku seksa hidup-hidup."
"But it's okay. Ada banyak masa lagi aku ada untuk hancurkan kau. Wait for it okay,dear. I'll promise to you that yang kenangan indah ini kau takkan kau lupa sampai bila-bila."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro