Ep7
Pintu bilik dibuka perlahan sebelum dia menapak masuk. Bilik yang sebentar tadi gelap gelita bertukar cerah.
Asahi merebahkan tubuhnya diatas katil. Keluhan kecil dilepaskan. Dia teringat akan kata-kata Jieun sebentar tadi.
"Ari kena buli dekat sekolah. Aunty dengan uncle dah cuba pujuk dia untuk bagitahu perkara ni pada pihak sekolah tapi Ari yang tak nak. Dia kata dia akan selesaikannya sendiri. Bila dah jadi macam ni buat aunty risau sangat dekat dia."
"Aunty dah tak nak dia lalui kesakitan lagi cukuplah bila dia dah hilang kedua orang tuanya. Aunty cuma nak dia rasa kebahagiaan. Aunty nak tengok dia tersenyum. itu je aunty minta." Jieun menangis teresak dalam dakapan Jongsuk.
Asahi menekup mukanya apabila mengingati kembali tentang tadi.
"Hikun?" Asahi melihat di depan pintu bilik sebelum bangun dari perbaringannya.
"Mama..." Puan Akira masuk ke dalam bilik Asahi sebelum melabuhkan punggungnya di sebelah anak lelakinya.
"Mama tengok macam Hikun ada masalah je. Kenapa ni? Hikun ada apa-apa nak share dengan mama ke?"
"Nothing mama..." Hikun tersenyum nipis.
"Hikun, mama bukan baru lahirkan Hikun dan baru kenal anak mama ni. Mama kenal sangat anak mama ni kalau ada masalah. Share lah dengan mama. mana tahu mama boleh tolong Hikun?" Mendengar kata-kata sebegitu dari Puan Akira, Asahi mengeluh berat.
"Hikun risaukan kawan Hikun,Ari."
"Kenapa dengan dia?"
"Dia kena masuk hospital tadi. Keadaan dia teruk sangat mama."
"Kesiannya dia..... macam mana boleh jadi macam tu?"
"Hikun tak tau selama ni yang dia kena buli di sekolah. Hikun dapat tau pun baru je tadi bila mama dia bagitau keadaan sebenar. Hikun rasa macam Hikun ni kawan yang teruk je mama. Tak ambil tahu tentang kawan sendiri bila dah jadi macam ni baru nak ambil tahu. Teruk kan Hikun ni mama?" Puan Akira mengusap bahu anaknya sambil tersenyum.
"Hikun.... Hikun bukan kawannya yang teruk malah jauh sekali dari tu. Maybe she have a reason to take it secret from you. Mungkin dia tak nak Hikun risau dengan keadaan dia. Lagi satu perkara sudah terjadi dan kita tak boleh menyalahkan takdir yang ditentukan. Nanti bila dia dah sihat,Hikun tanyalah dia. Cakap dengan dia baik-baik."
Asahi tersenyum senang dengan jawapan mamanya.
"Thank mama."
"Most welcome,honey."Terasa sesuatu bergetar pada poket seluar, Asahi segera mengeluarkan telefonnya dari poketnya.
Skrin yang gelap itu serta merta bercahaya terang. Satu mesej yang dihantar oleh seseorang dilihat sebelum mengukirkan senyuman manis.
"Siapa tu? tersengih semacam mama tengok." Asahi memandang mamanya dengan senyuman masih terukir di bibirnya.
"She's coming back,mama."
_______
Cahaya tingkap dari wad membuatkan lena Ari terganggu. Perlahan matanya dibuka dan melihat sekeliling.
"Kenapa aku ada dekat sini?"
"Dah bangun?" Ari memandang kearah suara yang bertanya.
Mashiho menapak masuk ke dalam wad itu bersama. Mereka duduk di kerusi yang bersebelahan dengan katil Ari.
"Macam mana saya boleh ada dekat sini? Cio? Haru?" Haruto dan Mashiho saling berpandangan sebelum melihat semula ke arah Ari.
"Takkan Ari tak ingat apa-apa?" Ari menggelengkan kepalanya.
"Ari pengsan semalam. Tak tau la macam mana tapi Cio jumpa Ari dalam keadaan Ari yang sangat teruk." Ari cuba mengingati kejadian yang berlaku petang semalam.
Apabila menyedari tentang hal semalam,Ari memandang bawah.
"Ari, boleh tak jujur dengan kitorang?"
"Apa?"
"Ari kena buli ke dekat sekolah?" Ari mengigit bibirnya.
"Mana adalah. Ari okay je, jangan risau."
Mashiho memegang lembut tangan Ari dan memandang tepat ke anak mata gadis itu.
"Ari kitorang dah anggap Ari ni macam adik kami sendiri. Kalau Ari ada masalah atau ada sesuatu yang tak kena,Ari boleh cerita dengan kami. Jangan pendam seorang diri."
"Betul tu Ari. Kitorang sayang Ari sangat. Kitorang tak nak sesuatu berlaku pada Ari. Itu buat kitorang rasa kawan dan siblings yang teruk."
Mendengar kata-kata Haruto dan Mashiho, Air mata Ari menitis sebelum ianya lebat. Tubuh Mashiho dipeluk erat oleh Ari.
"Ceritalah Ari... Betul ke Ari kena buli?"
"Salah ke kalau Ari nak merasa kehidupan baru? Salah ke kalau Ari rapat dengan orang yang Ari sayang? Kenapa hidup Ari macam ni? Eomma dengan appa dah tinggalkan Ari. Ar-Ari dah tak ada siapa-siapa lagi dekat dunia ni. Baik Ari mati je untuk puaskan hati semua orang!" Badan Ari menggeletar kerana menangis kuat dalan dakapan Mashiho.
"Kenapa Ari cakap macam tu? Ari tak keseorangan. Ari ada mama, papa, Ochi, Cio,Haru dan Sahi. Ari masih ada kami sisi Ari." Mashiho mengusap lembut belakang badan Ari.
"Ari tak layak ke untuk bahagia? tak layak ke nak hidup? Kalau hidup pun menyusahkan orang lain je kan?"
"Shuhhh.... Ari dah. Jangan cakap macam tu. Cio yakin Ari dapat kebahagiaan yang Ari cari dan Ari tak menyusahkan sesiapa pun."
Semakin lebat air mata gadis itu turun sehinggalah Ari terlena dalam pelukan Mashiho.
Mashiho yang sedar akan itu terus meletakkan kepala Ari perlahan-lahan pada bantal. Selimut dibetulkan sebelum dia dan Haruto keluar dari wad itu.
"Aku rasa macam Ari ada masalah kesihatan mental la Haru. Macam... mental dia diganggu dengan kata-kata racun daripada seseorang."
"Aku pun rasa macam tu."
"Kita patut bagitahu benda ni pada Sahi dengan Yoshi."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro