Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Ep3

Biasan cahaya matahari yang menyinari di tingkap bilik Ari menyebabkan gadis itu tersedar dari tidurnya.

Ari menggosok matanya sebelum memandang kearah jam locengnya yang terletak elok di mejanya bersebelahan dengan katil.

6.50 pagi.

Ari bangun lalu merenggangkan badannya. Sudah menjadi rutin hariannya seperti itu pada setiap pagi.

"Hmm... Bagus juga kalau aku bersiap awal."

Ari turun dari katil dan mencapai tualanya lalu masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan dirinya.

5 minit kemudian...

Ari keluar dari bilik air dengan rambutnya yang basah. Terasa segar badannya selepas mandi tadi.

Ari melangkah ke bilik wardrobe untuk mengambil baju sekolahnya. pintu almari dibuka dan baju sekolah yang tergantung elok itu dicapainya.

Ari menyarungkan baju sekolah pada badannya. Rambut yang basah itu dikeringkan dengan hairdryer.

Setelah memastikan bahawa rambutnya benar-benar kering,Ari melangkah ke meja belajarnya untuk memasukkan buku ke dalam beg sekolah.

Ari memikul beg sekolahnya dan tidak lupa juga untuk mengambil maklumat peribadi dirinya untuk digunakan semasa pendaftaran nanti.

Ari melangkah keluar dari bilik dan turun ke tingkat bawah. Eunji yang sedang menyediakan sarapan pagi disapa Ari.

"Morning mama!"

"Morning dear. Come and have a sit. Breakfast together with mama."

"okay." Ari menuju ke meja makan dan duduk di kerusi.

"Mama,papa tak balik lagi ke? Uncle Harua kata papa dengan uncle balik hari ni." Soal Ari.

Roti bakar diambil dan disua ke mulutnya.

"Belum lagi,sayang. mungkin petang ni ataupun malam nanti baru papa akan balik."

"Ouh... Mama Ari pergi sekolah dulu lah takut lambat nanti."

"nak mama hantarkan tak?"

"It's okay,mama. Ari boleh Jalan kaki. Lagipun sekolah Ari dekat je dengan rumah kita." Ari menghabiskan susu di dalam gelasnya.

"If you say so... then. Take care,dear."

"Alright,mama."

Ari bangun dari kerusi dan melangkah keluar dari rumah untuk ke sekolah.
________
Osaka Highschool

Bangunan sekolah itu dipandang oleh Ari dengan pegun. Tidak berkelip mata gadis itu melihatnya.

"Besar jugak eh sekolah baru aku ni. Dah la cantik. Bersih pulak tu." Ari melangkah masuk ke pagar sekolah.

Semua pelajar yang sedang berjalan di situ melihatnya. Ada yang tertanya siapa dia, ada yang memujinya dan ada juga yang ingin menjadikannya sebagai teman wanita.

"Weh, siapa tu?"

"Entah, budak baru kot."

"Comel la budak tu."

"Aku nak jadi kawan dia lah."

"Kalau la dia jadi girlfriend aku."

"Kau ni Yuki, berangan je tau!"

Banyak bisikan yang Ari dengar dari semua pelajar itu tapi dia memilih untuk berdiam diri dan hanya tersenyum.

Apabila Ari sampai di blok pertama, tiba-tiba sahaja dia terdengar hentakan kaki yang turun dari tangga.

"Cepat-cepat! mereka dah sampai."

"Tu mereka!"

"Senpai! Aishiteru!"

"Mashiho senpai!"

"Haruto senpai!"

"Yoshi senpai!"

"Asahi senpai!"

Jeritan demi jeritan itu membuatkan Ari ingin tahu apa yang ada di situ. Ari melangkah ke arah pelajar-pelajar yang tengah membuat crowed itu.

"Erm... boleh saya tanya?" Ari menanya soalan pada salah seorang pelajar di situ.

"Ye?"

"Siapa mereka tu? Kenapa awak semua menjerit melihat diorang?"

"Awak tak kenal?"

Ari menggeleng kepalanya.

"Mungkin awak pelajar baru disini, jadi biar saya bagi tahu awak. Yang pakai jaket hitam and tinggi lampai tu Watanabe Haruto.Dia anak jutawan terkenal di Fukuoka. Keluarga dia selalu sponsor sekolah ni kalau ada lawatan.

"Ouh..."

"Yang cute miut tu pulak Takata Mashiho. Dia yang paling comel dekat sekolah ni! siapa yang dekat dengan dia geram je nak cubit-cubit pipi dia yang lembut tu and dia peramah orangnya.

"Rambut orange tu pulak Kanenamoto Yoshinori. Dia anak pengetua dekat sekolah ni. Dia tak begitu friendly dengan orang tapi kalau orang buat baik dengan dia, dia okay je."

"Lastly Hamada Asahi. He... cam mana nak cakap ya..."

"Why?" Ari pelik bila pelajar perempuan itu senyap seketika.

"Introvert. Pelik. Tak suka orang yang tak rapat dengan dia and pendiam. Dia anak kepada pengeluar beer terkenal di Osaka ni. Tak ramai minat dengan dia sebab perangai dia tu."

Ari mengangguk faham.

"Mereka digelar sebagai T4."

"Ouh..... Thanks for info."

"You're welcome."

Ari melangkah dari situ. Dia ingin menuju ke pejabat untuk proses pendaftarannya.

"Ari? Ari ke tu?" Tiba-tiba seseorang menyebut namanya.

Ari memandang ke arah suara yang memanggilnya tadi. Yoshi melangkah laju ke arah Ari. Badan gadis itu di peluknya.

Semua pelajar yang berada di situ tergamam termasuk Haruto,Asahi dan Mashiho.

"Lama tak jumpa Ari. Ari apa khabar?"

"B-baik. Awak kenal saya?"

"Mestilah Ochi kenal Ari. Ari dah lupa ke Ochi? Sedihlah macam ni.." Ari mengerutkan dahinya.

'Ochi? Kami pernah jumpa ke? Dimana? Tapi jap.... Macam familiar lah muka dia ni dengan someone. Tapi siapa eh?'

Selepas lama berfikir lama, akhirnya Ari sudah mengingatinya.

"Ochi! Rindu Ochi!" Yoshi tersenyum sambil membalas pelukan Ari.

"Ochi pun rindu Ari. Ochi dengar dari mama yang mama dengan papa Ari dah tak ada. Maafkan Ochi ya, sebab tak ada dekat sisi Ari masa Ari perlukan Ochi."

Ari tersenyum nipis.

"It's okay. Ari faham. Ochi jauh tambahan pula waktu tu sekolah. Mesti Ochi tak nak tinggalkan pelajaran Ochi dekat sini."

Yoshi mula perasan akan perubahan muka Ari mula mengubah topik.

"Ari nak pergi pejabat ke?"

"Haah."

"Jom Ochi bawakan.Mesti papa gembira dapat jumpa Ari." Ari tersenyum.

Sudah lama dia tidak bertemu dengan bapa saudaranya itu. Dia asyik sibuk dengan urusan kerja di Osaka. Dulu, jarang-jarang dia balik ke Korea. Kalau balik pun masa perayaan tahun baru.

"Korang nak ikut aku dengan Ari pergi pejabat tak?"

"Tak apalah. Kau pergi je lah dengan dia. Kitorang masuk kelas dulu. Nanti masa cikgu Mino. Kalau lambat masuk kang naya weyy."

"Okay la kalau macam tu. kitorang gerak dulu. Apa-apa roger tau."

"Alright."

Ari dan Yoshi langkah bersama ke pejabat sambil berbual. Haruto, Mashiho dan Asahi masuk ke kelas mereka.

Pelajar-pelajar yang lain sudah mula masuk ke kelas mereka masuk ke kelas mereka masing-masing.

Hanya seorang pelajar yang masih berada disitu dan tidak berganjak dari tempat dia berdiri.

"Siapa budak baru tu? Macam mana dia boleh rapat dengan Yoshi? Apa hubungan mereka?"

Berbagai soalan berada di kepalanya saat ini. Dia tidak puas hati selepas melihat kemesraan diantara Yoshi dan Ari.

Seperti mereka ada hubungan yang terlampau istimewa.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro