Ep15
Minggu peperiksaan sudah tiba. Semua murid sudah berdebar di dalam dewan peperiksaan
Ada yang tengah gelabah.
Ada yang tenang.
Ada yang berdoa semoga kejayaan yang dia akan dapat selepas peperiksaan tamat.
Ari memandang kertas subjek Biologi. Wah awal-awal lagi kena masuk bab sains. Dah la Biologi pulak tu!
"Harap-harap lah aku dapat jawab soalan peperiksaan biologi ni." Doa Ari.
"Okay, semua pelajar boleh mula menjawab soalan peperiksaan sekarang." Kata guru bertugas.
Perlahan Ari membuka kertas soalan itu. Ari gembira kerana semua soalan dapat dijawabnya. Semuanya senang je!
Masa berlalu begitu pantas. Sedar tidak sedar sudah satu jam mereka menjawab kertas peperiksaan itu dan akhirnya waktu peperiksaan telah tamat. Dan masa untuk..... Waktu rehat!
Semua murid keluar. Ada diantara mereka yang mengeluh kerana soalan itu tak dapat dijawabnya. ada yang gembira kerana dapat jawab. Dan Ari salah seorang daripada mereka.
"Huwaa! Susah giler soalan last tu!" Kata Haruto.
"Memang la susah kalau kau tak baca pun. Asyik tidur je time study!"Bebel Mashiho
Ari dan Yoshi keluar dari kelas itu dengan gembira.
"Korang boleh jawab ke soalan Biologi tadi?" Soal Asahi.
"Boleh!" Jawab Ari dan Yoshi serentak.
"Senang sangat soalan tadi sampai Ari rasa nak terlompat lompat masa dalam dewan tadi." Sengih Ari.
"Confirm mesti Ari lulus punya subjek ni pastu jadi anak murid kesayangan ssaem." Kata Mashiho.
"Takkan lah sampai macam tu sekali. Ari buat biasa-biasa je."
"Hikun!" Asahi memandang suara yang memanggil sebelum senyuman lebar di beri pada si gadis.
Ari hanya tersenyum nipis melihat situasi itu. Pedih yang dirasakan saat ini amat dalam tetapi dia terpaksa hadapnya.
"Ari..."
"It's okay Ochi... Ari okay je."
Yoshi memandang sayu kearah wajah Ari yang suram itu
"Jom makan. Okasan ada buat bekal untuk Hikun." Asahi mengangguk.
"Korang aku pergi rehat dengan Asuka dulu. Sorry tak dapat join korang rehat sekali."
"Kitorang okay je. Kau pergilah dengan cik tunang kau tu."
Asahi dan Asuka pergi meninggalkan mereka berempat yang masih di depan kelas.
Sudah dua minggu Asuka berpindah ke Osaka Highschool. Dan mereka semua sudah maklum kecuali Ari tentang pertunangan Asahi dan Asuka. Asahi belum memberitahu tentang pertunangannya dengan Asuka.
Walaupun Ari sudah tahu tentang pertunangan itu tapi dia tetap menunggu bila tiba masa Asahi memberitahunya sendiri.
"Erm... Ari.."panggil Haruto.
"Eung? Kenapa Haru?"
"Boleh tak nak jumpa dekat rooftop kejap? ada something Haru nak tanya."
"Tak boleh ke kat sini je? kau ni macam nak luahkan perasaan dekat sepupu aku pulak" kata Yoshi.
"Merepek je lah Ochi ni! Jom Haru." Ari menarik tangan Haruto hinggalah ke rooftop. pintu ditutup sebelum Ari duduk di bangku berdekatan.
"Haru nak cakap apa?"
"Erm... Sebenarnya dah lama Haru nak tanya benda ni.."
"Apa dia?"
"Siapa yang bagi Ari rantai dengan gelang tu? sebab Haru macam pernah nampak je gelang dengan rantai tu sebelum ni." Haruto menunjukkan kearah rantai dan gelang yang dipakai oleh Ari.
"Oh.. Ni kawan Ari masa kecik yang bagi. Kenapa? Haru ada hilang gelang dengan rantai macam ni ke?"
"Kawan masa kecik?"
"Haah." Haruto cuba mengingat seorang budak perempuan yang pernah dia beri gelang dan rantai semasa di Korea dulu
"WH♡LA?"
"Gabungan nama Ruru dengan Riri. Suka tak?"
"Mestilah Riri suka! Semua yang Ruru bagi Riri suka."
"Kalau nanti kita dah besar. masuk sekolah menengah. Kita jadi couple betul-betul tau! Ruru tak nak nanti ada orang lain ambil Riri dari Ruru sebab Ruru sayang sangat Riri. Promise?"
"Promise!"
"Riri?" Secara tidak langsung Haruto menyebut nama itu di depan Ari
Ari terkejut.
"Macam mana Haru tau nama panggilan Ari masa kecik?"
Jadi betullah tekaan Haruto selama dua minggu ni. Ari ialah Riri. Budak perempuan yang pernah membuatnya jatuh cinta semasa di Korea.
"Betul lah apa yang Haru sangka selama ni."
"Sangka? Apa yang Haru sangka?"
"Arilah budak perempuan tu. Riri. Budak perempuan yang pernah Haru suka 10 tahun lalu. Riri ingat lagi tak?"
Ari benar-benar terkejut. Takkanlah Haruto budak lelaki tu? Ruru ialah Haruto?
"Ruru? So you're the boy that I like too 10 years ago?"
"Yes. Still remember me?"
"Gila tak ingat. Riri rindu sangat Ruru tau." Tubuh sasa Haruto itu dipeluk Ari. Haruto membalas pelukannya.
"Ruru ingatkan kita dah tak dapat jumpa lagi. Tuhan dah makbulkan doa Ruru nak jumpa Ari." Pelukan dilepaskan.
"Kenapa lepas Ruru pindah balik Jepun Ruru tak call pun Riri. Setiap hari Riri tunggu Ruru call Riri tau!" Ari memuncungkan mulutnya.
"Bukan Ruru tak nak tapi masa tu Ruru busy sangat dengan kelas apa semua sampai tak ada masa nak call. Sorry tau baby. Jangan merajuk."
"Takde maknanya baby,baby!" Ari masih dengan rajuknya.
"So... Ari nak apa sebagai balasan minta maaf dari Haru?" Ari tersengih lebar.
"Chocolate ice-cream!" Haruto tergelak.
"Okay lepas habis sekolah kita pergi beli."
"Eung!"
"Riri... Ingat lagi tak janji yang
pernah kita buat dulu?"Mendengar sahaja soalan itu terkeluar dari mulut Haruto, Ari menundukkan kepalanya sebelum mengangguk perlahan.
"Ruru... Maafkan Riri sebab tak dapat tepati janji tu. sebab.... Riri dah suka kan someone."
"It's Asahi the person you like?" Tepat mengenai sasaran.
Macam mana Haruto tahu? Seingat Ari, dia hanya memberitahu tentang perasaannya pada Yoshi sahaja.
"Macam mana Ruru tahu?"
"From your actions Riri. I know you love him but... Riri, dia dah jadi tunangan orang. Riri tahukan benda tu?"
"Ari tahu. Tapi Ari nak dengar mulut dia. Tak lama lagi festival bunga api, Ari akan luahkan perasaan dekat dia waktu tu. Walaupun diri sendiri dah akan ditolak."Ari senyum tipis.
"Lepas sahaja Ari luahkan perasaan Ari pada dia, Ari akan cuba perlahan lupakan dia."
"Boleh tak Ari cuba bukakan hati Ruru untuk Ruru?" Soalan Haruto menyetaknya.
"Ruru masih lagi sayangkan Riri macam dulu. Dah lama Ruru tunggu Riri. 10 tahun. 10 tahun tu bukan masa yang singkat Riri." Ari memandang tepat ke anak mata Haruto
Terpancar cahaya keikhlasan pada mata itu. Ari menggenggam erat kedua tangannya.
"Riri akan cuba untuk bukakan hati Riri pada Ruru. Cuma... bagi Riri masa ya?"
"Ambillah selama mana masa yang Riri nak,sayang. Ruru tetap setia menunggu. Apa jua keputusan Riri. Ruru akan terima."
"Thank you so much Ruru because understanding me."
"Always,baby."
'Tuhan. Andai betul tiada jodoh diantara kami, kau kuatkanlah hatiku untuk perlahan melupakannya. Dan jika benar kau menghantarkan lelaki ini untukku supaya mengubati hati yang terluka ini, Kau lapangkanlah hatiku untuknya dan belajar untuk mencintainya. Sesungguhnya dia lelaki yang sangat baik dan aku tidak mahu mengecewakannya.'
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro