Ep14
Seperti yang dijanjikan, selepas.habis sahaja waktu sekolah Ari dan empat jejaka itu pergi ke cafe berdekatan dengan rumah gadis itu.
"Korang order la dulu. Ari nak balik kejap letak beg. Nanti Ari datang balik."
"Ochi nak ikut sekali. Mama dengan papa kata diorang busy so balik lambat malam ni. Ochi tumpang kat rumah Ari boleh?" Soal Yoshi.
"Boleh je."
"Aku dengan Ari balik dulu jap tau. Kau orang order makan minum dulu."
"Okay."
Ari dan Yoshi beriringan. Waktu dalam perjalanan Yoshi terpandang Gelang di tangan Ari dan rantai di lehernya juga.
"Ari..."
"Eung?"
"Siapa yang bagi gelang dan rantai tu? Asahi ke?" Soal Yoshi.
"Tak lah. bukan dia. My childhood friend. Sebelum Ari pindah sini lagi and dah lama Ari tak jumpa dia... Mesti sekarang dia dah handsome kan,Ochi?"
"Tapi Ochi rasa Ochi lagi handsome dari dia." Kata Yoshi dengan lagaknya.
"Eiii.... perasannya dia." Yoshi dan Ari sama-sama ketawa.
"Ari tau ke nama dia apa?"
"Erm... Ari tak tau nama sebenar dia tapi kalau nama panggilan Ari akan panggil dia Ruru and dia akan panggil Ari Riri."
"Riri? Hahaha... macam bunyi telefon!"
"Ish! Ochi ni!" Ari memukul lengan Yoshi.
Yoshi berhenti ketawa. Tiba-tiba suasana bertukar menjadi sunyi. Yoshi mengigit bibirnya.
"Ari..."
"Kenapa?"
"Yoshi nak cakap benda tapi Ari jangan marah atau sedih tau." Ari mengerutkan dahinya.
"okay..."
"Bayangkan kalau sebenarnya Asahi....." Yoshi terdiam.
Patutkah dia teruskan sahaja?
"Asahi?" Yoshi mengeluh.
Walau bagaimanapun Ari akan tahu juga suatu hari nanti. Lebih baik sakit sekarang dari kemudian hari nanti kan?
"Kalau Asahi dah ada seseorang dalam hatinya?"
DENGG!!
Bagaikan ada panahan petir mengenai diri Ari. Di terkaku dengan kata-kata Yoshi.
"K-kalau macam tu... A-Ari akan undur diri."
Betul ke macam tu Lee Ari? Betul ke kau nak undur diri daripada dia?
Sakit...
Ya. Memang sakit sangat tapi melihat kebahagiaannya juga sudah buat Ari gembira.
"Ari sebenarnya...." Yoshi serba salah hendak memberitahu Ari tentang perkara ini.
"Sebenarnya apa Ochi?"
"Asahi dia dah bertunang..." Penyataan yang diberikan oleh Yoshi betul-betul mengejutkan Ari.
"O-Ochi gurau je kan sebenarnya... Lawaklah Ochi ni..." Ari buat-buat ketawa untuk menutup hatinya yang gusar itu.
"Tak Ari. Ochi tak bergurau pasal benda ni and memang betul Asahi dah bertunang dan Ochi dah tengok sendiri siapa perempuan tu."
"Ochi tau nama dia?"
"Nama dia Hashimoto Asuka."
"Asuka?" Bagaikan tidak percaya apa yang didengari saat ini.
"Kenapa? Ari kenal dia?"
"Sepupu Haruto. Masa Ari keluar dengan Asahi semalam... Terserempak dengan diorang..." Mata Ari berkaca tapi ditahannya.
"Patutlah.... Patutlah macam pelik je kan semalam.... Rupa-rupanya...Hiks..." Ari bersandar di tepi tembok dan menangis di situ.
Yoshi datang dan memeluk tubuh sepupunya itu.
"Ari... Ochi tahu sakit sangat bila orang yang kita sayang dah ada yang lain disisi tapi Ari kena kuat. Mungkin sudah ditakdirkan begini. Mungkin Tuhan nak bagi kebahagiaan yang lain pada Ari? Mungkin ada yang masih menunggu tapi Ari je tak tahu." Ari menangis semahunya dalam pelukan Yoshi.
"Hiks... Ochi. Kenapa hidup Ari macam ni ya? Ari memang tak layak kan untuk bahagia?"
"Shuhh.... jangan cakap macam tu. Mungkin belum tiba lagi kebahagiaan yang Ari cari."
Ari menangis lagi. Setelah lelah menangis Ari menyeka air matanya.
"Feeling better?"
"Hmm..."
"Ari nak tanya Asahi ke pasal benda ni? Macam mana perasaan Ari pada dia?" Ari menunduk.
"Biar dia sendiri yang bagitahu. Ari takkan tanya dia. Bulan depan dah festival bunga api. Ari akan luahkan perasaan Ari pada dia waktu walaupun... Ari tau dia akan tolak Ari waktu tu." Ari tersenyum nipis.
______
"Korang jom pergi karaoke nak tak? Aku dah lama tak karaoke ni." Kata Haruto.
"Aku on je." Kata Asahi
"Korang pergi jelah. Ari nak balik. penat rasa." Benar sekali dia penat. Penat menangis.
"Ala Ari... Join la kami sekali. Tak best kalau Ari takde. Kalau Ari tak nak pergi jugak, Cio pun tak nak pergi." Rajuk Mashiho.
"Kau ni mengada la Mashi... orang dah penat kau nak paksa kenapa?"
"Ikut suka hati akula!"
"Okaylah.... Ari ikut. Jangan lah gaduh."
"Cun! Let's go guys." Mereka masuk ke dalam pusat karaoke itu.
Mereka masuk ke dalam bilik 335. Haruto telah mula menyanyi sebelum diikuti oleh yang lain.
Ari?
Dia hanya duduk di hujung kerusi melayani perasaannya saat ini.
"Dari tadi Ari termenung je. Jom lah nyanyi sekali!"
"Takpe lah Haruto. Ari tak nak, rasa malas pulak nak nyanyi."
"Bolehlah Ari.... Cio nak dengar macam mana suara Ari menyanyi. mesti sedap kan!" Ari mengeluh. Dia mengalah untuk kali ini.
Mikrofon diambil dari tangan Haruto sebelum dia menekan musik yang ingin dimainkan.
"Anyways... before I started singing this sing, Ari nak bagitahu yang this song Ari tuju pada someone."
Kedua anak mata Ari bertembung dengan anak mata Asahi sebelum dia menarik nafas dan muka menyanyikan lagu itu.
This is me praying that
This was the very first page
Not where the storyline ends
My thoughts will echo your name
Until I see you again
These are the words I held back
As I was leaving to soon
I was enchanted to meet you
Please don't be in love with someone else
Please don't have somebody waiting on you
Usai menghabiskan nyanyiannya, Air mata Ari mengalir sebelum esakan kedengaran.
"Sorry... Hiks... Izinkan Ari ke tandas kejap." Tanpa menunggu balasan dari mereka ,Ari terus meluru keluar dari bilik itu menuju ke tandas.
"Kenapa dengan Ari? Putus cinta ke?" Soal Haruto.
"Entah la."
Yoshi tahu kenapa Ari menangis sebegitu sekali. Kerana Hamada Asahi.Tanpa membuang masa Yoshi bangun mengikuti langkah Ari.
"Yosh, kau nak kemana?"
"Aku nak tengok Ari."
______
"Hiks.... Hiks...."
"Lee Ari... Kenapa kau macam ni? Hiks... Kenapa kau tak tahan air mata kau depan dia?"
"Lee Ari kau pabo." Ari memukul kepalanya.
"Baik aku keluar cepat sebelum diorang risau." Ari membasuh mukanya. sebelum melangkah keluar dari tandas.
Alangkah terkejutnya Ari apabila Yoshi bersandar di dinding tandas itu.
"Ochi..."
Tanpa berkata apa-apa Yoshi menarik tubuh Ari dalam pelukan erat.
"Cry if you want to cry. Ochi faham perasaan Ari. Lepaskan je. Jangan pendam. Ochi ada untuk Ari."
Lepas sahaja Yoshi berkata sebegitu,Ari memeluk erat tubuh lelaki itu dan menangis semahunya.
'Kenapa susah sangat untuk aku bersama dia? Kenapa takdir perlu begini untuk kami? Susah sangat untuk aku lepaskan dia begitu sahaja. Tuhan, bantulah aku hadapi ujianmu.'
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro