Ep12
Sebulan kemudian...
Kehidupan Ari sudah kembali ceria selepas kejadian itu. Yang tambah lebih cerianya, dia Dan Asahi semakin rapat. Setiap kali diajak keluar mesti Asahi akan setuju sahaja.
Ari dan empat jejaka itu berada di perpustakaan sekolah untuk mengulang kaji. Mereka akan menduduki peperiksaan percubaan bagi tingkatan 5 bulan ni.
"Huwaa! Penatnya!" Haruto merenggangkan badannya yang sakit akibat terlalu lama duduk di kerusi.
"Baru 30 minit belum lagi sejam. Dari tadi kau main dengan bab yang sama je untuk subjek Biologi tu. Aku tak tahu nak kata apa kalau kau failed subjek tu. Pandai-pandai kau la kena dengan ssaem nanti."Ujar Mashiho panjang lebar.
"Hmm...."Haruto menyilang tangannya diatas meja dan meletakkan kepala diatas tangannya. Perlahan matanya dipejamkan
"Eh... mamat ni tidur pulak?" Ari hanya ketawa kecil.
"Biarkanlah dia tu. Maybe otak dah penat nak fikir."
Ari menyambung kerjanya yang tertanggung tadi. Di cuba untuk menjawab soalan tetapi soalan itu sangat susah.
"Sahi. Sahi tahu tak macam mana nak jawab soalan math ni.?" Asahi mengangkat wajahnya dan melihat ke buku Ari.
Di datang mendekati Ari dan wajahnya didekatkan dengan gadis itu. Ari tersentak.
"Senang je soalan ni. Mula-mula Ari kena buat macam ni....."
DUP...DAP...DUP....DAP....
Terasa sesak nafas Ari saat ini apabila wajah mereka amat dekat. Segala fokus Ari hilang berterbangan kerana melihat wajah Asahi.
"Ari?"
Senyap.
'Aik? dia mengelamun ke masa aku ajar dia tadi?'
"Ari..." Asahi melambaikan tangannya di depan muka Ari.
"Ah? Hah? Apa?"
'Pfftt... Kawaiii ne....'
Asahi menyimpan tawanya tadi.
Wajah Ari yang masih lagi keliru itu dipandangnya.
"Faham tak Sahi ajar tadi?"
"Ah... Faham.... Faham."
"Betul ni?"
"Betul!" Ari hanya tersengih memandang Asahi.
'Adoi.... Lee Ari! Kau dah kenapa lama sangat termenung tengok muka dia?!. Bikin malu saja!'
"Ari... Nak tak lepas kita habis study ni pergi cafe baru dekat dengan kawasan rumah Ari tu?" Soal Yoshi.
"Hurm... Sorry Ochi tapi Ari dah janji dengan Sahi nak pergi Disneyland lepas habis study ni."
"Erm... takpe la kalau macam tu..." Yoshi membuat muka kecewa.
"Esok kita pergi lepas sekolah lah cafe tu. okay tak?"
"Ochi okay je."
"Korang nak join tak?"
"Cio join kalau Haru nak belanja." Haruto terbangun dari lena apabila terdengar seperti namanya disebut.
"Ada orang sebut nama aku ke?" Soalnya masih dalam mamai.
"Kau belanja kitorang esok. Deal?"
"Ermm..." rengek Haruto lalu menyambung tidurnya.
"Pfftt.... Hahahaha"
_________
DISNEYLAND
"Sahi tolong ambil gambar Ari dekat minion tu boleh tak?" Pinta Ari sambil menghulurkan telefonnya pada Asahi.
Asahi mengangguk lalu Ari berdiri di depan patung minion itu dengan pakaiannya juga seperti minion. Ari juga menyuruh Asahi memakainya.
Seperti pasangan kekasih!
"Okay, ready.... 1..2..3!"
KLIK!
Ari meluru kearah Asahi dengan teruja dan melihat gambarnya yang diambil oleh lelaki itu.
"Pandainya Sahi ambil gambar! Cantik sangat!" Asahi hanya tersengih.
"Ari nak pergi mana lepas ni?"
"Kita pergi cari makan la... Ari dah lapar rasa pulak..."
"Ari nak makan apa?"
"Ari rasa nak makan sandwic pelangi yang Treasure pernah makan masa dalam Twmap episode. Diorang pergi sini jugak buat vlog."
"Erm... Sorry kalau Sahi tanya.. Treasure tu siapa?" Ari tergelak kecil.
"Treasure tu group kpop terkenal dekat Korea and dalam group tu bukan setakat ada Korean members je but Japanese members pun ada."
"Ouhhh...... Faham."
"Jom Sahi pergi kedai dekat sana!" Asahi mengikut langkah Ari menuju ke kedai yang memaparkan jualan manisan.
"Nak apa?" Soal jurujual perempuan itu dengan sopan.
"Ari nak apa?"
"Sandwic pelangi tu and chocolate ice-cream."
"Two chocolate ice-cream and one rainbow sandwich." Setelah membayar dan mengambil makanan, Asahi dan Ari duduk di bangku berdekatan.
Ari menikmati makanan dibeli tadi dengan berseleranya. Asahi yang melihat Ari yang sedang makan itu hanya tersenyum.
"Sedap?"
"Sedap sangat! Sahi nak rasa?" Asahi menggeleng sebagai penolakan.
Ari mencubit sedikit sandwic itu dan disua ke mulut Asahi. Asahi yang terkejut dengan tindakan Ari itu hanya melayan sahaja. Dia membuka mulut dan mengunyah sandwic yang di sua oleh Ari tadi.
"Sedap kan?" Asahi mengangguk dan tersenyum kearah Ari.
"Memang Ari suka eh makan sambil comot macam ni?" Tanpa dipinta, Asahi mengelap kesan comot yang ada di bibir Ari.
Ari terkaku dengan tindakan Asahi. Tidak tau mahu membalas apa.
"Kenapa muka Ari merah ni, hmm...." Soalan Asahi menyentak Ari.
"Ta-tak ada lah!" Ari menunduk mukanya untuk menyembunyikan wajahnya yang sudah merona merah padam itu.
Asahi ketawa kecil.
"Ari nak pergi pantai tak?"
"Boleh jugak. Boleh Ari tengok matahari terbenam!" Kata Ari dengan penuh semangat
"Lepas habis makan kita pergi."
"Okay!"
________
Asahi dan Ari tiba di pantai. Tempat kali pertama mereka bertemu.
Ari berlari ke arah air laut pantai dan menarik sebelum menghembuskannya nafas dengannya.
"Segarnya udara kat sini!"
Asahi perlahan menapak menuju kearah gadis itu dengan senyuman manis.
"Arigatō Hikun sebab bawak Ari datang sini!" Kata Ari dengan ceria.
"Hikun?" Ari tersengih memandang Asahi.
"Ari rasa nama comel kalau panggil macam tu. Dah lama Ari nak panggil macam tu tapi malu and takut Hikun tak selesa. Hikun tak kisahkan kalau Ari panggil macam tu?"
"Kalau Ari rasa selesa nak panggil macam tu, Hikun tak kisah." Asahi tersenyum manis pada Ari.
"Erm... Hikun."
"Hm?"Asahi memandang kearah wajah Ari.
"Kalau Ari nak tanya something boleh tak? Tapi sorry kalau soalan Ari ni buat Hikun tak selesa."
"Tanya je lah. Ari nak tanya apa?" Ari yang masih menikmati pemandangan di pantai mengalih sedikit pandangannya kearah Asahi sebelum pandangannya kembali dilemparkan pada pemandangan di depannya.
"Hikun... pernah tak terfikir macam.... erm..."
"Macam?"
"Perempuan yang Hikun idamkan? Yang buatkan Hikun jatuh cinta dengan dia?" Soalan Ari membuatkan Asahi tersenyum.
Teringat pula Asahi pada Asuka. Esok tunangnya itu akan masuk pindah ke sekolahnya.
"Bagi Hikun hanya cukup sikap yang lemah lembut, sopan, baik hati dan...." Wajah Asuka bermain di benak fikiran Asahi.
"Dan?"
"Mungkin boleh jaga makan minum Hikun kalau kami kawin nanti?" Asahi ketawa.
Tidak tahu mengapa kata-kata Asahi itu membuatkan Ari tersentak. Tiba-tiba sahaja mukanya merona merah. Mukanya disembunyikan supaya tidak nampak oleh Asahi.
'Perasannya kau ni Ari! entah-entah dia cakap pasal orang lain.'
Semakin pudar senyuman di wajah Ari. Kenapa dia rasa macam ni? Ari menyoal Asahi semula.
"Hikun ada suka dengan someone tak?" Berdebar pula rasa bila ditanya soalan sebegitu.
"Ad-"
"Ari! Asahi!" Asahi dan Ari sama-sama terkejut dan memandang kearah pemilik suara itu.
"Haruto?" Serentak mereka menyoal.
Haruto datang ke arah mereka dengan seorang gadis disisinya.
Asahi mengerut dahinya apabila wajah gadis di sebelah Haruto itu seperti seseorang yang dikenalinya.
"Asuka?" Ari memandang wajah Asahi dengan pandangan pelik.
"Hikun kenal dia?"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro