Ep11
"Ari!"
Harumi memandang kearah suara itu lalu dia melangkah kebelakang dan menggeleng kepalanya.
"Harumi apa yang kau dah buat pada sepupu aku hah?!" Yoshi meluru kearah Ari yang berkeadaan teruk itu.
Baru sahaja nak sembuh dari luka yang lama tetapi luka baru sudah ditambah pada bahagian muka.
Kalau bukan sebab ada budak junior yang beritahu pada mereka tentang perkara ini mungkin sampai balik pun mereka tak tahu di mana keberadaan Ari.
*Flashback a few minutes ago*
"Nah, makanan korang." Haruto menghulurkan makanan yang dibeli bersama Yoshi tadi kepada Mashiho dan Asahi.
"Arigatō."
Yoshi mencari kelibat Ari tetapi tiada tanda-tanda gadis itu ada di sini. Yoshi muka tak senang duduk.
"Kau kenapa Yosh. resah semacam je aku tengok." Soal Mashiho sambil menyedut air milo untuk menghilangkan dahaganya.
(Air mellowww yer guyss laki saya minum🤭)
(Back to story 😁)
"Mana Ari?"
"Dia jumpa Yuta ssaem."
"kenapa?"
"Kalau kita pun kena denda sebab Haruto. Alwajibalghunah juga lah dia kena sekali."
"Dah lama ke dia pergi?"
"Ermm... lama jugak."
"Weyhh, aku risau la. Macam mana kalau dia kena buli lagi? Luka dia baru je nak sembuh. takkan nak kena tambah lagi?!"
"Relaks Yosh. Tak ada apa-apalah, dia pergi jumpa ssaem je tu."
"SENPAI!" keempat mereka terkejut mendengar jeritan daripada seorang junior perempuan kelas bawah.
"Haihh.... penat juga kan jadi popular ni kan guys..." Asahi, Mashiho dan Yoshi memberi side eyes pada Haruto.
(Bombastic Side eyes criminal oversensitive side eyes 🤣)
"Kau je nak bukan kitorang."
"Yo-yoshi senpai..."
"Kenapa ni Yumiko? Cuba bertenang dan tarik nafas lepastu hembus. Baru cerita dekat kitorang." Gadis yang dipanggil Yumiko itu membuat apa yang disuruh oleh Mashiho.
Setelah lega barulah dia menceritakan pada empat jejaka itu.
"Yoshi senpai... Ari-san... dia..."
"Kenapa dengan Ari?!" Yoshi meluru kearah gadis itu.
"Dia kena buli dekat belakang sekolah!"
*End of Flashback*
"Kau nak bunuh sepupu aku ke apa Harumi!"
"Yo-yoshi... Saya tak buat apa-apa."
"TAK BUAT APA-APA KAU CAKAP?! HABIS NI APA HAH?!" Tengkingan Yoshi itu mengejutkan mereka yang berada disitu.
"Haruto,Sahi. Kau bawak perempuan ni pergi jumpa pengetua. Aku tak nak tengok perempuan ni dekat sini. Mashi, teman aku pergi bilik rawatan."Yoshi mengangkat tubuh langsing Ari hingga tidak menyentuh tanah.
"Yoshi..." Harumi menyentuh pergelangan tangan Yoshi dan mendapat tempias dari lelaki itu.
"Don't touch me! Huh, patutlah Ari takut sangat waktu kau melawat dia dulu. Rupanya.....
Kenapa lah aku lambat sedar pasal benda ni, kalau aku tahu dari awal lagi,aku boleh suruh bapak aku buang kau dari sekolah ni." Yoshi melangkah pergi meninggalkan Harumi yang terkaku.
"Tak payah nak buat drama queen dekat sini. Menyampah aku tengok tau tak!? Dah cepatlah bangun! ingat kitorang takde kerja lain ke daripada nak melayan drama queen kau ni?" Haruto memaksa Harumi untuk berdiri.
________
Wajah Ari dipandang lama sebelum tangannya naik mengusap lembut kepala gadis itu.
"Sekarang Ari dah tak perlu hadap lagi dia. Dia akan pergi dari hidup Ari."
"Yosh, macam mana dengan Ari." Yoshi mengeluh sebelum pandangan diangkat memandang Haruto dan Asahi.
"Keadaan dia dah teruk balik. Luka lama tu dah kembali dan dah jadi lebih teruk."
"Hmm....."
"Kau dah uruskan dah tentang Harumi." Haruto mengangguk
"Bapak kau buang dia dari sekolah and nanti dia nak datang tengok keadaan Ari."
"Ughh...." Apabila terdengar seperti Ari telah bangun, Yoshi terus meluru kearah gadis itu.
"Ari...."
Ari membuka matanya dan melihat muka kerisauan Yoshi. Kemudian dia mengalih pandangan ke arah Mashiho,Haruto dan Asahi sebelum seluruh kawasan bilik itu dipandangnya.
"Kenapa Ari dekat sini?"
"Ari pengsan sebab...." Ari cuba mengingati kembali kejadian sebelum dia pengsan.
Setelah mengingatinya,Ari mengeluh lemah.
"Kenapa Ari tak bagitahu yang dia buat semua tu?"
"Ari tak nak Ochi kecewa sebabkan perbuatan dia pada Ari. Ari tahu Ochi sayang dia. Ochi pernah cakap yang Ochi dah lama pendam perasaan dekat dia,sebelum Ari pindah sini lagi." Ari menunduk.
Mashiho dan Haruto nampak terkejut kecuali Asahi. Asahi tahu segalanya tentang Yoshi termasuklah siapa yang disukai oleh lelaki itu.
"Keselamatan Ari lebih penting daripada dia. Kalau jadi sesuatu buruk pada Ari.... Ochi... takkan dapat maafkan diri Ochi sebab bagi Ochi punca Ari macam ni disebabkan Ochi." Yoshi meraup wajahnya.
"Dah la Ochi. benda pun dah jadi. Tak ada apa yang boleh diubah. Lupakan je yang dah lepas tu."Yoshi mengangkat pandangannya dan memandang tepat ke wajah Ari.
"Ari dah tak perlu risau sekarang sebab dia takkan ganggu Ari. So, you can live with happily Lee Ari."
"Maksud Ochi?"
"Papa dah buat tindakkan dan dia dah dibuang dari sekolah. Mungkin sekarang ni papa tengah bincang dengan family dia." Ari mengangguk.
"ARI!" Mereka semua terkejut apabila suara Jieun bergema di segenap bilik itu.
"Mama-"Tubuh Ari dipeluk erat oleh Jieun.
"Mama syukur sangat Ari tak apa-apa. Nasib baiklah budak jahat tu dah kena buang sekolah. Jadi Ari tak perlu lagi hadap kesakitan tu." Pelukkan dilepaskan. Wajah Ari diteliti oleh Jieun.
"Kesiannya anak mama..."Lirih Jieun bersama air mata.
Keempat-empat jejaka itu menunduk menahan air mata. Mashiho dan Haruto memang lemah bila memandang air mata dari wajah seorang ibu. tidak kiralah ibu kandung, ibu tiri atau ibu kepada kawan sendiri.
Yoshi mendekati Jieun dan mengusap belakang badan wanita itu.
"Dah la aunty, Ari pun tak apa-apa. Masalah pun dah selesai and Ari pun takkan kena buli lagi. Aunty tak perlulah risau lagi ya?" Pujuk Yoshi.
"Betul cakap Ochi tu mama. Ari dah okay. Mama tak perlu lah risaukan Ari lagi. Tengok ni Ari kan sihat je ni." Kata Ari sambil menunjukkan dirinya seperti ada otot.
(Seperti Jihoon ka? atau Yedam?🌚🤭)
Jieun dan lain-lain tertawa dengan gelagat Ari. Ari tersenyum senang bila melihat wajah tua itu tersenyum.
Ari terpandang pada wajah Asahi dan dia terkaku.
Wajah itu... Manis sekali senyumannya. Masa seakan berhenti untuk Ari. Memandang wajah kacak itu dengan dihiasi senyuman manis sekali yang tidak pernah dilihat oleh Ari.
Tanpa disedari oleh Ari,Asahi memandangnya dengan masih senyuman yang sama. Tak pernah lekang di bibirnya
DUP...DAP...DUP...DAP
'kenapa laju sangat jantung aku berdegup ni bila tengok senyuman dia macam tu?'
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro