Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Ep10

Tiga hari telah pun berlalu. Ari pun sudah dibenarkan balik dan ke sekolah semula tapi hati gadis ini tidak tenang kerana takut terserempak dengan Harumi.

"Thanks uncle Harua sebab hantarkan Ari."

"Dah memang tugas uncle Ari. Tak perlulah nak berterima kasih. Ari jaga diri. Belajar rajin-rajin."

"Okay! Ari keluar dulu. Bye uncle!" Ari keluar dari keretanya dan melangkah masuk ke dalam pagar sekolah.

Ari menilik jamnya. 7:30 pagi. Sengaja dia mahu datang awal kerana mahu mengelak dari Harumi.

Ari masuk ke dalam kelasnya dan melihat seorang pelajar yang berada di dalam kelas itu.

"Morning Yuriko!" Yuriko yang sedang membuat kerjanya segera menoleh kearah Ari.

"Morning Ari. Kau dah siap ke kerja Yuta ssaem?"

"Aku kan tak datang sebab sakit."

"Ouh ye ke? Sorry,aku lupa."

"It's okay."

"But ssaem kata kerja biologi dia mesti siap. tak kiralah dia datang sebab sakit ke apa yang penting kerja dia settle." Rasa seperti nak jatuh saja rahang Ari.

Apa tak kena dengan ssaem dia ni? Apa angin yang membuatkan ssaem berkata begitu? semasa ketiadaannya ada berlaku sesuatu ke?

"Aku tertinggal bas ke apa? kenapa tiba-tiba?"

"Yang tu... kau tanyalah 4 orang tu. Salah sorang dari diorang buat hal dengan ssaem." Yuriko menyambung  kembali kerjanya.

"Ari!" Kerana terkejut disergah begitu,Ari memukul Mashiho dengan begnya.

"Aduh! Sakitlah,Ri..." Adu Mashiho. Ari menghentikan pukulan apabila mendengar suara Mashiho

"Bukan salah Ari. Siapa suruh Cio kejutkan Ari macam tu." Ari buat muka tak bersalah. Mashiho memuncungkan bibirnya.

"Dah la Shiho. Tak comel pun kau buat muka macam tu." Haruto mengusutkan rambut Mashiho sebelum duduk di tempatnya.

Asahi melangkah masuk ke dalam kelas dan duduk di sebelah Ari.

"Korang ada buat hal ke dengan ssaem Yuta?" Soalan Ari itu mematikan pergerakan empat jejaka itu.

Mereka memandang kearah Haruto.Ari turut memandangnya.

"Kitorang tak ada buat apa-apa tapi Haruto ada." Ari mengangkat keningnya.

"Ma-mana ada..."

"Haruto prank Yuta ssaem. Dia pergi letak gam gajah dekat kerusi ssaem lepastu ssaem nak bangun dari tempat duduk dia and than seluar ssaem terkoyak. Kitorang semua kena denda sebab Haruto. And ssaem bagitau yang siapa tak siapkan kerja sekolah dia akan kena lebih teruk. Tak kiralah orang tu datang ke tidak." Jelas Asahi.

"Sahi! Kenapa kau bagitahu."

"WATANABE HARUTO! AWAK MEMANG NAK KENALAH! TAK PASAL-PASAL SAYA TERJEBAK SEKALI!" Ari mengejar Haruto hingga satu sekolah.

"ARI-CHAN! GOMEN! SAYA TAK SENGAJA!" Haruto berlari sepuas hatinya daripada ditangkap oleh Ari.

"BANYAKLAH AWAK PUNYA TAK SENGAJA! MARI SINI WATANABE HARUTO!"

"IIEE!!!!!"

Gelagat mereka itu mengundang pandangan ramai pelajar tetapi mereka semua dah terbiasa dengan kejadian itu jadi mereka buat tidak tahu sahaja seperti bukan masalah mereka.

Harumi yang melihat itu hanya tersenyum sinis.

"Bergelak ketawa lah selagi boleh Lee Ari. Yang pasti hari keseksaan kau akan tiba. Aku akan buat kau rasa tak bahagia and kau akan keluar dari sekolah ni."
________

Waktu rehat...

"Korang nak makan apa ni? Biar aku dengan Yosh pergi belikan. Kita makan dekat rooftop sajalah. Malaslah bila ramai budak kat cafe."

"Ari okay je mana-mana Ochi beli."

"Aku pun sama macam Ari."

"Aku macam biasa."

"Okay. Korang pergilah dekat rooftop dulu nanti kitorang pergi."Haruto dan Yoshi melangkah menuju cafeteria.

"Cio dengan Sahi pergi lah dulu. Ari nak pergi jumpa Yuta ssaem."

"Kenapa nak jumpa Yuta ssaem?"

"Kalau korang dah kena denda sebab kesalahan Haruto bermakna Ari pun kena juga. Ssaem nak jumpa masa rehat. Dasar Hartanto! Hmphh!"

Haruto pov:

"Hachumm!!"

"Aishhh... ada orang sebut nama aku ke ni?"Haruto menggosok hidungnya yang gatal itu.

(okay back to the story 🤣)

"Hmm.... okaylah. Jangan lambat sangat tau. Takut nanti pembuli tu cari Ari."

"Don't worry." Ari melangkah keluar dari kelasnya menuju ke bilik guru.

Sedang dia dalam perjalanan ke bilik guru,ada satu tangan yang menarik kuat pergelangan tangan Ari.

"Arghh!"

Ari ditarik hingga ke belakang sekolah dan badannya dihempap pada dinding konkrit.

"Aduh!" Ari menggosok belakang badannya yang sakit itu. Dah la luka yang lepas belum sembuh sepenuhnya. Ni nak tambah lagi?

"Miss me,Lee Ari?" Suara itu menyentak Ari.

Perlahan Ari mengalihkan pandangan kearah Harumi yang tersenyum sini.

"Ouhh... Ari saya ni rindu sampai tak terkata la." Harumi ingin mengusap kepala Ari tetapi ditepis oleh gadis itu.

"A-apa lagi yang kau nak Harumi? Tak cukup lagi ke selama ni kau dah seksa hidup aku? Kau nak aku mati ke apa?!" Air mata Ari sudah jatuh ketakutan.

Harapannya untuk tidak bertembung dengan gadis didepannya ini hancur begitu saja seperti debu yang beterbangan.

"Aku cuma nak kau keluar dari sekolah ni tapi kau dah bagi cadangan terbaik untuk aku. Kau nak mati Lee Ari?" Terkelu Ari dibuatnya.

Dia buat lawak ke apa ni? Ari ingin lari tetapi rambutnya ditarik kasar oleh Harumi.

"Ah! Sakit! Tolonglah Harumi aku merayu pada kau lepaskan aku."

"Boleh tapi kau kena ikut cakap aku. Tinggalkan Yoshi dan keluar dari sekolah ni. Boleh?"

"Kenapa kau tak faham lagi yang aku ni hanyalah sepupu rapat Yoshi tak lebih dari tu. Dan kenapa aku nak kena keluar dari sekolah ni." Rasa amarah Harumi terus menaik.

Pipi lembut Ari itu dipukulnya kuat.

"Sebab aku benci tengok kau rapat dengan dia! Macam dia layan kau bukan sekadar sepupu tapi lebih dari tu! Aku sakit hati bila dia mesra dengan kau!" Harumi menghayunkan tendangannya pada perut Ari.

"Akh! D-dia hanya ang-anggap aku ni... sep-pupu dia aje. T-tak lebih dari tu..."

"Kau ingat aku nak percaya dengan semua tu?" Harumi duduk mencangkung di depan Ari.

Rambut gadis itu ditarik kuat dan tamparan kuat diberikan pada Ari.

"Mata aku tak buta lagi nak menilai,Lee Ari. Aku tahu walaupun kau orang sepupu tapi perasaan tu tak sama. Mungkin kau anggap dia macam sepupu tapi dia macam mana pulak?!" Harumi memukul muka Ari bertubi-tubi hingga wajah cantik itu tercemar dengan luka dan darah.

"Pe-percayalah ca-cakap ak-aku ni. Dia t-tak ang-gap le-lebih da-dari tu pun sebab dia sen-diri bagi-tau aku yang ada seorang yang istimewa da-dalam ha-hati dia."

'Someone Speacial dalam hati Yoshi? siapa?'

'No Harumi! Jangan percayakan kata-kata perempuan ni! entah-entah dia sengaja nak cakap macam tu sebab nak larikan diri dari kau!'

Harumi berperang dengan diri sendiri. Dia tak tahu sama ada kata-kata Ari itu boleh dipercayai atau tidak.

Sedar tidak ada seseorang menjerit kearah Mereka.

"Ari!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro