Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Ep1

Seorang gadis duduk bersandar dan termenung di tepi dinding. Hari ini ialah pemakaman ibu bapanya.

Dia yang masih berada di sekolah ketika itu telah mendapat panggilan dari mak ciknya untuk segera pulang ke rumah kerana ibu bapanya sudah meninggal dunia.

Ibu bapanya yang dalam perjalanan dari Seoul ingin pulang ke Busan telah terlibat kemalangan besar dan mengakibatkan kematian.

"Eomma....Appa....Kenapa... Hiks... kenapa cepat sangat tinggalkan Ari. Hiks... Ari dah tak ada siapa-siapa dah dekat dunia ni. kenapa? Kenapa Eomma dengan appa pergi dulu?" Ari memeluk lututnya dan menagis teresak-esak.

"Ma-macam mana Ari nak hidup tanpa eomma dan appa nanti? Hiks..."

"Ari..." Seorang wanita dalam lingkungan 40-an datang mendekati Ari.

Dia duduk bersebelahan Ari dan memeluk tubuh gadis itu.

"Aunty tau Ari kuat. Ari boleh hadap semua ni. Eomma Ari dulu wanita yang kuat tau, jadi Ari pun kena jadi macam eomma. Ari jangan risau. Ari masih lagi ada aunty Jieun , uncle Taeyong, aunty Ryujin and uncle Felix. kalau Ari perlukan apa-apa pertolongan,kami sedia membantu." Ari memandang Jieun dengan masih lagi tersisa air mata.

Tubuh tua itu dipeluknya erat. Ari menangis teresak-esak di belakang Jieun. Jieun mengusap lembut kepala Ari.

"Terima kasih Aunty Jieun."
______
Jieun pulang ke rumah bersama suaminya,Lee Jongsuk. Pintu rumah dibuka, mereka berdua masuk ke dalam dan merebahkan tubuh ke sofa.

Jieun mengeluh lemah. Tindakannya itu disedari oleh Jongsuk.

"Kenapa ni Jieun?" Soalnya.

"Jieun kesiankan Ari abang. umur dia baru nak masuk 17 tahun. Tiba-tiba Jisoo dengan Mino meninggal. Ari dah tak ada siapa-siapa lagi. Dia dah jadi sebatang kara,abang."

"Jieun... tak baik cakap macam tu. Ari tak keseorangan. Dia masih ada kita sebagai keluarganya."

"Saya risaukan Ari la bang. Dia duduk sorang-sorang dekat rumah tu."

"Abang pun risau juga tapi Jieun jangan fikir sangat. Tak ada apa-apa lah. Semuanya akan okay.Jieun jangan risau,ya?"

"Hmm... baiklah."

Jongsuk mengambil remote TV dan membuka TV. Screen yang tadi gelap sudah bercahaya. rancangan digemarinya sudah bermula.

"Abang..."

"Kenapa sayang?"

"Nanti kita pindah Jepun kan?"

"Ya,kenapa Jieun tanya?"

"Tak. Jieun fikir nak ambil Ari sebagai anak angkat kita and biar dia duduk sekali dengan kita nanti. Macam mana? Abang setuju tak?"

"Abang setuju je dengan cadangan Jieun tu. Tapi macam mana dengan Ari nanti? Dia setuju ke?"

"Yang tu abang jangan risau. Nanti saya akan cakap dengan dia."

"Okay."
______
Ari termenung di dalam kelas. Kelas yang bising itu tidak dihiraukannya.

Seorang gadis datang kearah Ari dengan sekotak susu pisang. Dia duduk berhadapan dengan Ari.

"Ari... Kau okay tak ni? Dari pagi sampailah rehat kau asyik termenung je? kau masih teringat pasal eomma dengan appa kau lagi ke?"

"Rora,tipulah aku kata kalau aku tak teringat,rindu dengan eomma dengan appa aku. Tapi ada benda lain jugak aku fikirkan."

Rora. Atau nama sebenarnya Lee Dain. Kawan baik Ari semenjak masuk sekolah menengah. Ibu bapanya merupakan koporat. Mereka sentiasa sibuk tetapi mereka cuba mencari masa bersama Rora supaya anak gadis mereka tidak merasakan kesunyian.

Rora merupakan anak tunggal sama seperti Ari. Kedua ibu bapa Ari dan Rora saling mengenali antara satu sama lain. Sewaktu majlis pengebumian ibu bapa Ari,Rora juga berada disitu untuk menyalurkan kekuatan untuk kawannya yang sudah merangkap seperti adik-beradiknya.

"Apa yang kau fikirkan,Ari."

"Masa sarapan tadi, aunty Jieun ada bagitahu yang dia nak ambil aku jadi anak angkat dia and dia nak bawak aku pergi Jepun. Terus menetap dekat sana." Ari mengeluh.

"Jadi kau setuju?"

"Entah la Rora, sayang nak tinggalkan sekolah ni. Kawan dekat sini. Senior tahun akhir, diorang baik dengan aku. Lebih-lebih lagi aku sayang nak tinggalkan kau dengan Junghwan. Mesti dia sedih kalau aku nak pergi nanti."

"Kau pergi je lah Ari. Mungkin aunty Jieun fikir ini adalah jalan yang terbaik untuk kau. Mungkin dia nak kau start new life kat sana. New school. New friends. Tapi kau kalau dah ada kawan baru jangan lupakan aku dengan Hwannie dekat sini."

Ari tergelak kecil.

"Tak adalah. Korang berdua selamanya kawan baik aku. Aku takkan lupakan korang disini."

"Kalau kau ada masa kau call la kitorang kat sini."

"Ya."
________

"Jadi apa keputusan Ari? Ari dah fikir masak-masak?" Soal Jieun.

Jongsuk memandang anak buahnya yang masih menunduk.

Dengan yakin,Ari mengangkat kepalanya dan memandang kedua ibu bapa saudaranya.

"Ari...Ari setuju ikut aunty dengan uncle pergi jepun."

"Syukurlah kalau macam tu."Jieun menatap muka Ari dengan penuh kegembiraan.

"Tentang anak angkat tu macam mana pula?" Soal Jongsuk.

"Erm...Ari tak kisah. Kalau aunty dengan uncle nak ambil Ari sebagai anak angkat,Ari setuju je."

"Kalau macam tu besok kita pergi daftar pengambilan anak angkat tu. Okay tak,bang?"

"Abang okay je..."

"Ari?"

"Ari pun okay aunty. ermm.... aunty. Bila kita pergi japan?"

"Lusa sayang. Kenapa? Ari ada kerja ke nak buat?"

"Tak adalah. Cuma esok Lisa ssaem nak buat majlis perpisahan untuk Ari sebelum Ari pergi. Ari balik lewat,tak apa kan?"

"Hmm.... kalau macam tu, take care ya Ari. Kalau dah habis,Ari call je uncle. Nanti uncle pergi ambil dekat sekolah." Kata Jongsuk.

"Okay uncle."
______
(Gonna be fine song suggested for this part.)

"Class, as you know that today is Ari last day here with us and sebagai tanda perpisahan kita buat sedikit majlis untuk Ari sebagai kenangan." Kata ssaem Lisa.

"Okay sebelum kita mulakan, kita berikan Ari ruang untuk bercakap pada kita semua. Ari,silakan."

"Thank you ssaem."

"Welcome."

Lisa memberikan laluan kepada Ari. Ari menghadap kepada kawan-kawannya. Wajah seorang demi seorang dilihatnya. Tanpa sedar matanya berkaca. Sayang benar untuk meninggalkan mereka semua.

"Today... Is my last day here. So before I go, I wanna to thanks to you guys for this 4 year we have been together. All those memories I'll be always remember."

"Hyunsuk."

"yup."

"Thanks for be my friend. kau banyak tolong aku walaupun kadang-kadang tu kau rasa malaskan sebenarnya." Ari ketawa dalam tangisan."

"Huwaa... Ari! Janganlah buat aku macam ni! Sedih tau!" Kata Hyunsuk sambil menangis.

"Childish lah kau ni Suk... Hahaha...Hiks."

"Hoon."

"Ye,Ari."

"Walaupun perangai kau selalu gila-gila. suka prank orang. tapi kau selalu buat aku happy bila aku sedih. Thank you tau."

"No problem." Jihoon tersengih.

"Kyu."

"Kau nak cakap aku ni sombong,tak layan sangat orang, walaupun tak macam kembar aku si Doyoung tu tapi aku tetap caring kan pasal kau?"

"Alah kau ni spoil la. Anyways, thanks for you caring about me."

"Janji dengan aku kau tak sakit kat sana nanti."

"Ye. kau janganlah risau."

"Hmm...Kalau aku tahu kau sakit. Tau lah aku nak buat apa dengan kau nanti."

"Fine,Kim Junkyu. Mmm.... Doyoung."

"Yes, princess?"

"Hihihi. Thanks for everything. thanks for treat me like a princess. Like I'm too speacial for you."

"Prince charming always there for his Princess."

Ari tersenyum.

"Jae."

"Thank for teaching you math every time right,Lee Ari." Ari tergelak kecil.

"Yeah, but not just that. Thanks for teaching me all knowledge you know,Yoon Jaehyuk. You are my genius boy."

"Haha... Genius tak ada upah."

"Nanti aku belanja aiskrim masa balik nanti."

"okay."

"Woo... Mamat poyo. perasan hebat.perasan handsome.pera-"

"Kau ni Nak perli aku ke apa,Lee Ari?" Jeongwoo tidak puas hati.

"Rileks la. Jangan marah. Nanti kau jugak yang merana aku takde."

"Tak ade maknanya kau tak ada aku merana."

"Kita tengok nanti. Apa-apapun thanks sebab suka layan aku yang suruh kau macam-macam and I'm sorry too for that day."

"Nahh... tak payah cite la pasal benda tu. Aku dah okay sekarang."

"Alright. Yedam."

"My baby girl? what it's?"

"Buaya darat terkenal satu sekolah. Thank you for all songs that you have made for me. Kalau ada lagi hantar lah dekat aku. And berhentilah jadi buaya. kalau one day ada orang buat revenge menyesal la kau nanti."

"Yup aku akan hantar dekat kau kalau ada lagu baru and for buaya things nope I don't think so..."

"Ikut suka hati kau lah Damie... Jangan nanti kau cari aku sudah."

"Ye...ye."

"Last but not least, my two friends. So Junghwan. Lee Dain. Thank you for always be with me. susah senang sama-sama dengan aku. sakit sama-sama dengan aku and yang tak boleh lupa tidur sama-sama.Hahaha!" Semua ketawa dengan kata-kata terakhir Ari.

"Perlu ke kau sebut pasal tidur tu Lee Ari?"

"Chill la Hwannie. nanti kau jugak rindu dengan aku nak tidur sama-sama kan?"

"yelah...yelah..."

"Thanks for creating many memories with me, Hwannie. Rora."

"Huwaa.... Ari! Aku akan rindu kau!" Rora datang memeluk Ari. Ari membalas pelukannya.

"Dah la tu Rora." Rora melepaskan pelukan.

"Janji dengan aku kau akan baik-baik je dekat sana, jangan lupa aku and one more thing always call me."

"Ye Lee Dain!"

Langkah Ari beralih pada Lisa.

"Ssaem thank you for be my best teacher. you teach many things although I was so naughty in your class but I'll miss you, teacher."

"Ari, dekat sana jaga diri ya. Kalau ada masa datang lah sini melawat kami."

"I'll teacher."

"Again. Thank you guys!" Kata Ari lalu menundukkan kepalanya pada mereka semua.

"Okay, let's eat!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro