Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

O8

pipi seonghwa ditumbuk mingi. lelaki itu terjatuh ke lantai. dia mengelap kesan darah yang ada ditepi bibir. "woi kau asal main kasar?!" salah seorang rakan seonghwa memegang kolar mingi.

seonghwa dipapah jongho. dia memandang kearah sooyoung yang sedang ketakutan. "wey korang, dah laㅡ" belum sempat jongho habis cakap, hongjoong sudah menumbuk pipi mingi.

"mingi!" sooyoung berlari ke arah mingi. kepala lelaki itu diangkat. "dah dah la tu! mingi jom!" sooyoung menarik tangan mingi untuk keluar dari rooftop. dia tak mahu mereka menyambung bertumbuk sesama sendiri.

sooyoung bawa mingi ke bilik sakit. dia mengetuk pintu dahulu sebelum kakinya menapak masuk kedalam bilik tersebut. "eh sooyoung?" sooyoung dan mingi menunduk hormat kearah guru tersebut.

"cikgu ada pelajar cedera" sooyoung menuding jari kearah mingi. "ah boyfriend awak ke?" sooyoung menggeleng kepala. cikgu itu tergelak perlahan. jarinya menunjuk kearah tangan sooyoung.

sooyoung memandang tangannya. dia terlupa yang dia masih lagi sedang berpegang tangan dengan mingi. sooyoung menarik tangannya semula. dia menepuk seperti ada habuk. dia cuba menyorok wajah malu.

"saya tengah busy ni, boleh tak awak rawat dia? lagipun awak setiausaha pbsm kan?" sooyoung mengangguk. "kalau macam tu, saya keluar dulu ye? saya ada mesyuarat. jangan lupa simpan barang. baibai"

cikgu itu melambai mereka berdua. dia keluar dari bilik sakit. "awak duduklah situ dulu. saya nak pegi amik first aid kit kejap" sooyoung membuka laci. kotak first aid kit diambil. dia menarik kerusi untuk duduk dihadapan mingi.

"tahan sakit sikit eh" sooyoung menghalakan cotton buds kearah hujung bibir mingi. tipulah jika jantung sooyoung tak berdegup laju. sudahlah ini kali pertama dia duduk berdekatan dengan mingi.

mingi menyelit rambut sooyoung ketelinga. "kau nampak macam tgh struggle. takpe buat jelah slow slow" mingi keluarkan dua kotak susu strawberi yang ada dipoketnya. "sorry sebab tinggalkan kau sorang sorang tadi"


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro