O6
ㅡ
sooyoung masuk ke kawasan sekolah. dia terasa dirinya diperhati. sooyoung mengangkat kepalanya untuk memandang jalan. ekor matanya sempat melihat ramai orang sedang berbisik sesama sendiri.
"ey tengoklah dia tu. dahla kena buli lepastu gedik nak dekat dengan mingi. menyampah aku" kata gadis bernama heejin. matanya menjeling sooyoung. sooyoung mengetap bibir.
sungguh dia tak suka dengan situasi sekarang. sooyoung masih berjalan seperti biasa. dia malas mahu bergaduh. nanti dia juga dipersalahkan. sedang sooyoung berjalan, ada orang sengaja melanggarnya.
perempuan itu mengerang sakit. "haish perempuan ni menyusahkan betul! jalan pakai matalah!" sooyoung ditolak ke belakang. dia terasa seperti seseorang sedang memegang bahu kanannya dari belakang.
sooyoung menoleh ke belakang. "kau ok?" tipulah jika sooyoung tak terkejut. dia mengangguk perlahan. "wah dia dah start buat drama depan kita" mingi memandang perempuan itu tajam.
"kau tak malu ke buat kecoh pagi ii ni jungeun?" belum sempat jungeun membalas, mingi sudah menarik sooyoung pergi dari situ. makin bertambah riuh kawasan koridor itu disebabkan mingi memegang tangan sooyoung.
mana tak terkejutnya. jungeun telah beritahu hampir semua orang bahawa dia mempunyai perasaan pada mingi. tapi sudah terang lagi bersuluh yang mingi tidak pernah menyukai gadis itu.
sooyoung hanya menunduk kepala dari tadi. mana dia mahu sorok muka malunya? akhirnya mingi berhenti berjalan. baru saja sooyoung mahu masuk kedalam kelas, tangannya ditarik mingi.
"waktu rehat nanti jumpa dekat rooftop" mingi lepaskan tangan sooyoung perlahan. senyuman manis dihadiahkan. mingi melintasi kelas sooyoung. sooyoung pula masih memandang mingi dari jauh.
mingi masuk kedalam kelas. wajah yunho menyapa pandangannya. kerusi sebelahnya ditarik. "sejak bila kau rapat dengan sooyoung?" mingi hanya diam. beg diletak diatas meja. "kau suka dia ke?"
ㅡ
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro