O3
ㅡ
sooyoung memandang mingi dari hujung mata. tolong cakap yang dia sedang bermimpi sekarang. sooyoung menjentik tangan kirinya namun hasilnya dia masih lagi berjalan disebelah mingi.
selama mingi berkawan dengan yeosang, dia tak pernah lagi membuli sooyoung. tambahan mingi langsung tidak tahu mengapa yeosang membuli sooyoung. katanya ada benda yang dia tak puas hati dengan sooyoung.
sooyoung terfikir sesuatu. tak boleh ke mingi pujuk rakannya supaya berhenti membuli dia? yeosang ni harap saja muka hensem tapi perangai nak dekat sama dengan syaitan. macam manalah perempuan boleh suka dia.
tiba ii langkah mingi terhenti. entah kenapa sooyoung turut berhenti berjalan. "sooyoung" mingi pusing menghadapnya. "y-ye?" jawab sooyoung. mingi menggaru belakang leher. "erm. teman aku makan boleh tak?"
sooyoung hampir mahu ketawa melihat perbuatan mingi. baginya ia kelihatan comel. "kau tak makan kan waktu rehat tadi. mesti kau lapar. takpe harini aku belanja" kata mingi laju.
dia amat berharap yang dia dapat makan semeja dengan sooyoung harini. setelah berfikir panjang, akhirnya sooyoung bersetuju untuk meneman mingi makan. bibir mingi mengukir senyuman manis.
mingi tersedar. cepat ii dia sorokkan senyuman tadi. macam manalah dia boleh terlupa. "jom" mingi berjalan dahulu. sooyoung mengikut dari belakang. pintu 7e dibuka. "selamat datangㅡ eh mingi?"
sooyoung memandang kearah orang yang memanggil nama mingi. mingi pula melambaikan tangannya kearah lelaki tersebut. "kawan mingi ke girlfriend mingi?" lelaki itu menanya sooyoung.
sooyoung sudah terkebil kebil mahu menjawab. yelah, dia bukannya kawan mingi pon. apatah lagi girlfriend. "kau ni. dia kawan aku lah. dah sooyoung, biarkan dia. cepatlah pilih kau nak apa" sooyoung mengangguk.
dia pergi ke corner mi segera. "sooyoung. kau kat mana?" panggil mingi. "sini" sooyoung mengangkat tangannya. mata sooyoung masih meneliti makanan. mingi menarik tapak tangan sooyoung. dia serahkan satu onigiri.
ㅡ
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro