O2
ㅡ
sooyoung mengemas buku yang berselerak diatas mejanya. entah kenapa semua orang berpakat mengundi dia untuk menghantar buku sejarah yang berat lagikan banyak. sudahlah tak reti susun.
"nah. memandangkan kau last, jangan lupa kunci pintu" hyejoo menyerahkan kunci pada sooyoung. hyejoo keluar bersama kawannya, jiwoo dan chaewon. terbit rasa cemburu dalam hati sooyoung.
awalnya dia berkawan baik dengan mereka bertiga tapi disebabkan sooyoung dibuli, tiada siapa berani mahu dekatkan diri dengan sooyoung. alasannya, mereka takut yeosang akan jadikan mereka mangsa yang seterusnya
selesai menyusun, sooyoung mengangkat buku itu dengan berhati hati. dia keluar dari kelas. koridor sudah kosong. langit pula makin gelap. sooyoung menyeluk poketnya, dia cuba mencari kunci namun gagal.
sooyoung cuba imbangkan diri supaya buku yang berada ditangan kirinya tidak terjatuh. setelah berminit mencari kunci, akhirnya dapat juga dia memegang kunci tersebut. namun nasib tak menyebelahi sooyoung.
buku yang dipegang tadi jatuh ke lantai. satu keluhan keluar dari mulut sooyoung. dia menyusun semula buku tadi. sooyoung mengintai jam dipergelangan tangan. dia perlu menyusun secepat mungkin.
sooyoung mengeluh lega. akhirnya boleh juga dia mengunci pintu. sooyoung menjengket kaki namun sia ii saja usahanya. dia agak pendek untuk capai kunci diatas. sooyoung menjengket buat kali ke dua.
sooyoung pasrah. dia tetap tak sampai. tiba ii satu tangan mengunci pintu tersebut. sooyoung memandang ketepi tanpa ragu. "terima kasihㅡ" senyuman sooyoung mati. buku sejarah tadi diambil.
sooyoung berniat mahu tinggalkan tempat itu secepat mungkin tapi pergelangan tangannya direntap oleh mingi. buku yang dipegang sooyoung hampir terjatuh akibat mingi menariknya dengan kuat.
tanpa sebarang suara, mingi mengambil beberapa buku yang ada ditangan sooyoung. dia berjalan dahulu manakala sooyoung masih terkaku dengan perbuatan mingi. "sooyoung, cepatlah"
ㅡ
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro