Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2O

mingi keluar dari hospital. dia pergi je 7e yang tak jauh dari sana. baru saja dia mahu masuk, matanya terpandang kearah seorang lelaki yang sama tinggi dengannya. "oit yunho" panggilnya dari jauh.

yunho melambai dari jauh. dia tersenyum nipis. mereka berdua lepak diluar kedai. "kau buat apa dekat sini. kau tunggu mak kau ke?" tanya mingi. yunho mengangguk. memang betul ibunya doktor, tapi dia terpaksa menipu.

"tadi kau lawat siapa mingi?" yunho memulakan soal siasat. mingi letakkan air tin yang diminum tadi. "kau nampak ke muka dia?" soalan dijawab soalan. tanpa ragu yunho mengangguk.

"kalau sooyoung ada dekat hospital, siapa orang yang berlakon jadi sooyoung dekat sekolah?" yunho menaikkan kening kanannya. "aku rasa, sooyeong tak mati pon. tah tah dia tipu" yunho sengaja berkata begitu.

mingi mengeluh perlahan. dia teringat pesanan sooyoung tadi. sebenarnya mereka berdua dah ternampak kelibat yunho. sooyoung mengarahkan mingi untuk beritahu perkara sebenar.

dia tahu, satu hari nanti orang lain akan tahu perkara sebenar juga. "macam yang kau nampak, yang dekat hospital tu memang sooyoung pon. pasal sooyeong, dia memang tak mati lagi. dia tipu untuk kebaikan diri dia"

"sooyeong tak mati lagi?" mata mereka berdua beralih ke belakang. wajah yeosang buatkan mingi mengetap bibir. boleh pula lelaki itu ada disini. "betul ke apa yang kau cakap tu mingi?" tanya yeosang tak puas hati.

"kalau betul dia still lagi hidup, maknanya tekaan aku betullah" yeosang perlahan lahan mengukir senyuman. dia duduk disebelah mingi. "kau tak marah ke?" tanya mingi. dia ingatkan yeosang mahu menumbuknya tadi.

yeosang menggeleng. "aku tengok dari perangai pon dah boleh tau yang dia tu sooyeong" mingi menghela nafas, lega. "so, kita tiga jelah yang tau pasal ni?" tanya yunho. mingi mengangguk.

"kau nak cakap apa dengan sooyeong nanti, yeosang?" mingi menanya, dia mahu tau juga plan yeosang. "aku bagitau jelah yang aku kenal dia. aku straight to the point je. btw macam mana sooyoung boleh masuk hospital?"


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro