25 - special chapter
ㅡ
2 tahun kemudian.
"yah song mingi! sabarlah!" sooyoung memegang lututnya. penat mengejar mingi. sudahlah dia yang bawak barang. "sooyoung! cepatlah kejar!" jerit mingi sekuat kuatnya. dahlah suara tu garau.
buat orang rasa seram je. sooyoung bentangkan tikar. akhirnya dia dapat duduk. dia cuba mencari kelibat kakaknya. bekas makanan dikeluarkan satu persatu. "huh penatnya"
mingi letakkan kepalanya diatas peha sooyoung. lengannya diletak diatas mata. "bangunlah, orang nak letak makanan ni" bahu mingi ditepuk beberapa kali. namun tiada hasil. "oh taknak bangun eh? ok takpe"
sooyoung memandang mingi yang hampir terlena. baru saja sooyoung mahu mencubit mingi, jeritan wooyoung mengejutkan mereka berdua. "ha larilah lari. malas aku nak kejar" hyejoo menjeling wooyoung sebelum dia pergi duduk bersama sooyoung.
"ish dia ni tak sporting betul" wooyoung mencebik lalu dia pergi menyelit disebelah hyejoo. "haish janganlah! orang nak bentang tikar ni!" wooyoung terus menjarakkan dirinya.
susah betul ada girlfriend yang kuat marah ni.
"yelah yelah" wooyoung pergi sejauh jauhnya. nak merajuk. "oit tu pahal tu?" kalini san pula yang berteriak. chaewon melambai kearah hyejoo dan sooyoung. dia letakkan bakul makanan diatas tikar.
"biasalah, budak kena marah. mana tak merajuk" jawab sooyoung. dia masak sangat dengan perangai hyejoo. wooyoung pulak tak boleh nak diam sekejap. asyik bising je. "aku pegi pujuk dia kejap" hyejoo bangun dari tikar.
mereka hanya mengangguk. "ada orang merajuk ke?" sooyoung pusing kebelakang. dia tersenyum nipis. "sampai pun. asal lama sangat?" tanya sooyoung. dia mengusap rambut mingi perlahan.
"ni ha, ada orang lupa nak bawak makanan. dia belilah pizza. tu yg lambat" sooyeong menuding kearah yeosang. lelaki itu hanya menggaru kepala. "yunho mana?" tanya san. dia ingatkan yunho datang dengan mereka.
"entah. otw kot" sooyeong mengangkat bahu. "jiwoo! jaga dia elok elok! jangan lari laju sangat!" semua serentak memandang kebelakang. rupanya yunho dan jiwoo dah datang. tapi bawak budak?
"anak sape kau bawak ni yunho?" tanya yeosang. semua pandang yunho dengan pandangan mengejek. "ish anak buah akulah. korang jangan fikir bukan bukan pulak" beg dan tikar diletak.
"dah dah. jom duduk. penat akak lari" jiwoo menarik tangan yunhee. hyejoo dan wooyoung turut duduk ditikar semula. hyejoo membiarkan saja wooyoung memegang tangannya. kang ada yang merajuk lagi
"mingi, bangun" lengan mingi ditepuk. mingi mengeliat kecil. "eh bila korang sampai?" tanya mingi. dia mengusap mata. "tahun lepas" jawab sooyeong sengaja. "ni anak sape pulak ni?" jari mingi menuding kearah yunhee.
"anak sayur yunhoㅡ" kepala wooyoung ditepuk san. "anak buah. bukan anak sayur" wooyoung mencebik lalu lengan hyejoo dipeluk erat. "hyejoo. tengok san" hyejoo hanya melayan. dia mengacah mahu memukul san.
"dah dah. jom makan. karang sejuk, tak sedap" sooyoung membuka penutup makanan. "yeay boleh makan" sorak wooyoung. "yunhee nak makan apa dulu?" tanya jiwoo. yunho yang disebelah tersenyum nipis.
"chaewon, makanlah" san serahkan pizza ketangan chaewon. "tengkiu" jawab chaewon dengan mulut penuh. sempat pipinya jadi mangsa cubitan san. chaewon menjeling san tajam. "hehe" san tersenyum sehingga lesung pipitnya timbul.
"hyejoo~, nak tu boleh?" wooyoung mengelip mata beberapa kali. dia menuding kearah air coke hyejoo. "mana kau punya?" mata hyejoo meliar mencari air tersebut. "erm. dah habis" hyejoo mengeluh perlahan. dia paskan botol air itu ke tangan wooyoung. "yeay tengkiu"
"sang, tolong aku amik pizza tu" sooyeong menuding jari kearah pizza ada didepan yeosang. tanpa membuang masa, yeosang menolaknya kearah sooyeong. "nah" sooyeong ucap terima kasih. matanya beralih ke sooyoung.
"sooyoung, dalam ni ada seafood lah. jangan makan" mingi mengambil makanan itu dari tangan sooyoung. "ala tapi nampak sedap" sooyoung mencebik bibirnya. "nanti aku belikan yang lain eh. kang kalau kau makan tu, tak pasal pasal kita kena dating dalam wad"
sooyoung mengangguk tanda ok. dia ambil sup cendawan yang dibeli oleh yeosang. itu pun oklah. janji makan. "so korang, lepas ni kita nak pegi mana?" tanya san. otaknya sudah terfikir destinasi seterusnya. "erm, kita tanyalah dulu pendapat masing masing"
hyejoo mula dahulu. "aku nak pegi tempat senyap. sebab aku taknak dengar wooyoung bising" jawab hyejoo jujur. "auw sweetnya!" wooyoung letakkan kepalanya dibahu hyejoo.
"chaewon?" san menuding kearah chaewon. "kita pegi funfair nak?" sooyoung mengangguk mendengar cadangan chaewon. "bagus jugak tu. aku teringin nak bawak mingi masuk rumah hantu. mesti best"
riak wajah mingi sudah berubah. "ala, tempat lain kan banyak. takyah la pegi sanaㅡ" san mengangkat tangan mengatakan dia setuju. yang lain turut menyetujui cadangan chaewon. "takut la tu" usik sooyeong. "manade!" mingi mengetap bibir. malu diusik begitu.
ㅡ
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro