Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

22

yeosang berhenti disatu tempat. sooyeong memandangnya pelik. "kenapa kau buat dekat jungeun macam tu?" pertanyaan yeosang buatkan sooyeong bengang. dia lepaskan tangan lelaki itu.

"dia pon pernah buat macam tu dekat aku, kenapa kau kisah sangat?" sooyeong mengusutkan rambutnya. dia mengangkat kaki untuk beredar dari situ. "ha sooyeong, kenapa kau tipu aku?"

sooyeong memusingkan badan menghadap yeosang. "tipu apa pulak ni?" dia menggaru kepala. "kenapa kau tak bagitau aku yang kau hidup lagi?" soal yeosang. "kalau aku bagitau, konferm aku kena buang sekolah lagi"

sooyeong berniat mahu pergi dari situ, sudahlah yeosang sudah tau yang dia menipu selama ni. baik dia lari. "kau nak lari lepas dah buat aku suka kau balik? rileklah. aku tak marah pon sebab kau menipu aku"

yeosang pusingkan sooyeong supaya mereka memandang sesama sendiri. "so lepasni tak payah takut kalau orang syak kau. aku akan backup kau" bahu sooyeong ditepuk sebelum dia dipeluk lelaki itu.

jiwoo memandang mereka dari jauh. hatinya tak tenteram mendengar ayat yang keluar dari mulut yeosang. "sooyeong hidup lagi?" jiwoo menanya diri sendiri. patutlah haritu dia nampak lain. "kau tengok apa?"

lelaki itu menutup mulut jiwoo supaya dia tak menjerit. "kau buat apa dekat sini?" tanya lelaki itu lagi. jiwoo sudah buntu. sudahlah lelaki itu tinggi. mahunya sakit kepala asyik duk langut sebab pandang atas.

"s-saya lalu sini sebab nak amik buku dekat bilik guru, saya taktau pulak ada diorang dekat sana. tolong jangan bagitau yeosang pasal ni" jiwoo cuba memujuk lelaki itu. haih banyaknya lelaki itu.

"hurm, ok. tapi ada syarat" jiwoo mengangkat kening. ada syaratlah pulak. "balik ni tunggu aku dekat depan pagar sekolah. aku nak bagitau something" lelaki itu pergi meninggalkan jiwoo yang sedang pelik.

tanpa membuang masa, jiwoo terus pegi ke bilik guru. dia mengetuk kepalanya. dia tak kata pon yang dia bersetuju dengan syarat lelaki tadi. tapi kalau dia tak setuju, rahsianya mungkin akan bocor.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro